Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PAPIT

96500, BINTANGOR SARAWAK

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI KOKURIKULUM
2015

DRY DUSTBIN

TARIKH:
7 OGOS 2015

Kertas Cadangan Projek Inovasi Dam Ular Pintar.


1.1Tajuk
Projek inovasi yang telah dipilih oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Papit ialah ialah
bertajuk Dry Dustbin. Dry dustbin merupakan satu inovasi yang diilhamkan untuk
menjamin keselesaan alam sekitar.

Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan

yang melibatkan beberapa orang murid bersama guru penasihat, guru penolong
kanan kokurikulum dan setiausaha kokurikulum.
1.2Pengenalan
Pengertian Sampah
Sampah adalah sisa suatu usaha atau kegiatan [manusia] yang wujud padat
[samaada berupa bahan organik ahupun bukan organic yang bersifat dapat terurai
mahupun tidak terurai]. Samah juga merupakan bahan yang dianggap tidak
berguna lagi. Menurut Kamus Dewan Edisi ke tiga, sampah ialah benda-benda yg
dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yg tidak dikehendaki (spt kertas kotor,
daun kering).

Sampah adalah sesuatu yang tidak berguna lagi, dibuang oleh

pemiliknya atau pemakai semula. Sampah adlah sumberdaya yang tidak siap pakai.
Sampah adalah limbah yang bersifat padat, yang terdiri dari zat organic dan zat
anorganik, yang dianggap tidak berguna lagi dan harus dikelola agar tidak
membahayakan lingkungan dan melindungi investasi pembangunan. (DPU. 1990).
Menurut Tchobanoglous, Theiseen dan Eliassen (1993), sampah adalah semua
buangan padat yang dihasilkan dari seluruh kegiatan manusia dan haiwan yang
tidak berguna atau tidak diinginkan. Oleh itu pengurusan sampah amat penting
terutamanya di sekolah. Hal ini kerana pengurusan sampah yang baik akan
menjamin keselesaan alam sekitar di sekolah. Sampah yang gagal di selenggara
dengan baik juga akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit yang dibawa
oleh haiwan perosak seperti lalat, tikus dan lipas.
1.3Objektif
Dapat menarik minat pelajar untuk membuang sampah ke tempat yang
betul.
Dapat memupuk sikap cintakan kebersihan dalam kalangan murid.
Dapat mengurangkan bau sampah yang disebabkan oleh takunan air di
dalam tong sampah.

Dapat mengurangkan kehadiran serangga perosak seperti tikus, lalat dan


lipas.
1.4Rasional projek
Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk memastikan sampah yang
telah dibuang kedalam tong sampah tidak bercampur dengan di mana takungan air
di dalam tong sampah akan mengakibatkan bau yang kurang mnyenangkan.
Disamping itu, takuangan air sampah ini juga oleh menarik minat haiwan perosak
seperti tikus dan lipas. Selain itu, projek ini juga dapat membantu meningkatkan
semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan murid. Seperti mana yang kita
tahu, dunia hari ini mengambil mudah dalam menjaga alam sekitar. Ada yang
menganggap kerajaan sudah membayar mereka yang sepatutnya untuk menjaga
kebersihan alam sekitar di negara kita. Oleh yang demikian, projek ini akan
membantu memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga alam
sekitar. Bak kata pepatah melentur buuh biarlah dari rebungnya. Oleh itu murid
dapat menanamkan sikap cintakan alam sekitar di dalam diri mereka sebaai
bekalan pada masa mendatang.
1.5Skop dan limitasi projek
Skop projek Dry Dustbin ini adalah untuk kegunaan murid dan guru untuk
membuang sampah di sekolah.
Ada beberapa perkara yang telah membataskan projek Dry Dustbin ini.
Antaranya ialah sewaktu ingin membuat saluran keluar ton sampah. Kelengkapan
yang tidak cukup menjadikan perkara ini sukar. Disamping itu, kekangan masa juga
menjadi cabaran utama dalam menyiapkan projek ini.
1.6Kepentingan dan Impak projek
Penggunaan tong sampah cukup sinonim di sekolah. Pelbagai kempen telah
dijalankan sama ada di peringkat kementerian mahupun di peringkat sekolah untuk
menggalakkan murid menjaga kebersihan alam sekitar dan menggunakan tong
sampah secara optimum. Namun begitu, pembuangan sampah yang tidak
sistematik akan mengundang bahaya.
Dengan adanya Dry Dustbin, ia akan membantu mengasingkan sampah
dengan air daripada sampah yang dibuang. Air yang telah diasingkan akan disalur

keluar melalui saluran buang. Hal ini akan menjadikan sampah sentiasa kering dan
tidak berbau. Seperti mana yang kita tahu, sampah yang berbau akan menarik
perhatian haiwan dan serangga perosak sepeti tikus, lipas dan lalat. Kehadiran
haiwan dan serangga ini akan meningkatkan risiko terhadapap penyakit yang
dibawa oleh haiwan dan serangga tersebut seperti penyakit kencing tikus.

1.7Anggaran kos projek


BARANG
Tong

HARGA
RM 13.40

KUANTITI
1

Sampah

Jaring Plastik

RM 10.00
per meter

1 METER

Hos

RM 2.00
Per meter

2 meter

Transparent

Hot

Glue

RM 21.00

Gun

Jumlah

RM 48.40

1.8Tinjauan / Kajian literature


Persekitaran yang bersih merupakan tunggak keharmonian sesebuah negara.
Namun, kadangkala keharmonian sesebuah negara itu boleh terjejas dengan hanya
disebabkan persekitaran yang ditimbuni dengan sampah sarap, juga disebabkan
oleh amalan malas membuang sampah merata-rata tempat. Ini secara tidak
langsung boleh menyebabkan masalah yang lebih besar iaitu pencemaran dan
masalah kesihatan.
Sejajar dengan itu, pada era globalisasi kini, alam sekitar semakin tercemar
bukan sahaja oleh pembuangan sampah semata-mata, namun juga disebabkan oleh
pencemaran

udara,

air,

tanah,

bunyi,

pembalakan

haram

dan

lain-lain.

Walaubagaimanapun, menurut kajian oleh Ojedukun Oluyinka (2011), menyatakan


bahawa kebanyakan dunia sekarang mengalami masalah pembuangan sampah
yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang paling banyak. Kajian
beliau di Nigeria mendapati masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat
semakin meningkat dengan cepat dan bandar Ibadan

merupakan bandar yang

terkotor di Nigeria seperti yang dilaporkan oleh The Nation (2008) dalam Ojedokun
Oluyinka (2011). Selanjutnya, kajian beliau turut mendapati terdapat individu yang
mempunyai tingkah laku yang positif mempunyai kecenderungan melibatkan diri
aktiviti alam sekitar.
Sebagai langkah menangani isu berkaitan alam sekitar, kesedaran dan
literasi alam sekitar atau celik alam sekitar perlulah disemai dalam diri individu.

Menurut Moseley (2000), secara teorinya, kesedaran dan literasi alam sekitar wujud
dalam satu kontinum yang bermula dengan peringkat kesedaran (peringkat
nominal), kefahaman (peringkat fungsi) dan akhirnya kelakuan (peringkat operasi).
Sebagai contoh, kita lihat isu pengabaian pembuangan sisa makanan dan sampah
pada tempat yang sepatutnya. Pada peringkat nominal, kita sedar bahawa
pengabaian

pembuangan

sisa

makanan

dan

pepejal

boleh

menyebabkan

pencemaran alam sekitar. Pada peringkat fungsi pula pula, kita memahami jenisjenis sisa makanan dan sampah serta kesannya terhadap kesannya terhadap
kesihatan manusia dan alam sekitar andai tidak diurus dengan baik. Pada peringkat
tertinggi iaitu peringkat operasi, kita hendaklah berupaya untuk mempraktikkan
tingkah laku yang dapat membantu mengurangkan masalah ini misalnya dengan
membuang sampah atau sisa makanan pada tempat yang disediakan. Oleh itu, ini
menunjukkan bahawa sikap positif memainkan peranan yang amat penting dalam
menangani isu-isu alam sekitar.
Sehubungan itu, pembuangan sampah merata-rata tanpa meletakkannya ke
dalam tong sampah menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab. Sikap yang
tidak bertanggungjawab dan tidak endah seringkali dikaitkan dengan sebagai
penyebab kepada pelbagai masalah alam sekitar yang berlaku pada masa kini
seperti yang dinyatakan oleh Rozita Ibrahim (2002). Lantaran itu tidak hairanlah
kiranya banyak sekali wacana, perbincangan dan perdebatan mengenai isu alam
sekitar yang mencadangkan agar masyarakat membentuk sikap yang lebih
bertanggungjawab.
Sebagai usaha menangani isu pengabaian pembuangan sisa makanan dan
juga pepejal dengan kaedah yang betul, maka kesedaran terhadap

alam sekitar

melalui institusi pendidikan haruslah diterapkan dalam jiwa generasi masa kini. Ini
kerana jalan terbaik adalah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk
mengubah sikap dan amalan mereka terhadap alam sekitar. Oleh itu, sikap dan
tingkahlaku terhadap alam sekitar ini harus disemai bermula dari bangku sekolah
lagi. Mengikut Moroyer (2005), sekolah menjadi salah satu cara utama menangani
masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pelajar-pelajar yang dididik
dengan amalan murni akan menjadi lebih peka terhadap alam sekitar.
Selain

itu,

peranan

masyarakat

terutama

ibu

bapa

di

rumah

turut

menyumbang kepada peningkatan kesedaran generasi muda terhadap kepentingan


menjaga alam sekitar.

Kenyataan ini disokong oleh Maddox.P,

Dorran.C,

Williams.I.D dan Kus.M (2011) yang menyatakan terdapat peningkatan tahap


kesedaran dan peningkatan sikap yang positif terhadap aktiviti alam sekitar melalui
projek THAW

iaitu Taking Home Action on Waste. Projek ini melibatkan 6705

kanak-kanak di 39 buah sekolah di South Yorkshire, England di mana projek ini


membolehkan mereka mengamalkan amalan kitar semula di rumah dengan
sokongan

ibu

bapa.

Didapati,

pengetahuan

dan

kefahaman

murid

pengurusan sisa meningkat dengan baik.


1.9Kaedah penyelidikan atau metodologi projek
KAEDAH
PEMERHATIAN
Hasil pemerhatian di sekolah saya mendapati sampah yang dibuang
bersama air menyebabkan takungan air di dalam tong sampah akan
mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

PROSES PERLAKSANAAN
Minggu 1 Proses perbincangan dan lakaran.
Minggu 2 -Membeli peralatan yang diperlukan.
Minggu 2 - Menghasilkan dam ular pintar

dalam

1.10

Pelan perancangan projek


MULA
PENUBUHAN KUMPULAN
PEMILIHAN PROJEK
CADANGAN / PENYELIDIKAN

PERINGKAT UJIKAJI
HASIL
TIDAK

ANALISIS
KELEMAHA
N

UJIAN

BERJAYA

ATAU

B
PELAKSANAAN

PENAMBAHBAIK
PENILAIAN

SUSULAN
ANALISA KAJI SELIDIK
PENYERAGAMAN

TAMAT
1.11

Kesimpulan

TINDAKAN

Secara keseluruhannya, projek inovasi Dry Dustbin ini memerlukan


kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar dan guru. Pelajar-pelajar dapat
berbincang dan mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk menjayakan
projek

ini.

Perbincangan

dengan

guru

penasihat

memantapkan

lagi

pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan


menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk
menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan
usaha yang jitu daripada semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai