Anda di halaman 1dari 16

MARI BELAJAR

TATABAHASA
Kata Penguat

http://www.free-powerpoint-templates-design.com
Kata
Penguat 01 Kata penguat - ialah perkataan yang
mengikuti kata adjektif untuk membawa
maksud menguatkan makna @ maksud
yang terkandung oleh kata adjektif itu.

02 Ada tiga jenis kata penguat, iaitu:


Penguat Hadapan Penguat Belakang

Penguat Bebas
Kata Penguat Hadapan
Agak Paling Terlalu

Contoh Ayat:

01 Kecederaan Hakim agak parah dan


masih dirawat di hospital.

02 Aswad merupakan murid yang paling


pintar di dalam kelasnya.

03 Iman tidak dapat menghabiskan


makanan itu kerana telalu pedas.
Kata Penguat Belakang
Benar Nian

Betul Sekali

Contoh Ayat:

01 Baik
Leha.
benar tingkah laku anak gadis Mak

02 Pandai betul Dinie membuat kraf tangan


daripada tanah liat itu.

03 Indah nian pemandangan di Pulau


Tioman.

04 Rumah Tuk Imam ialah rumah yang


hampir sekali dengan masjid.
Kata Penguat Bebas
Amat Sangat Sungguh

Contoh Ayat:

01 Banglo yang terletak di tengah-tengah


taman perumahan itu amat indah.

02 Agak sukar bagi peserta ekspedisi lalu


di situ kerana jalannya sangat sempit.

03 Harga perabot yang dibuat daripada


kayu jati itu sungguh mahal.
Tugasan :
Salin semula nota diatas ke dalam buku tulis
tatabhasa.
LATIHAN:
SALIN SEMULA AYAT DAN PILIH JAWAPAN YANG BETUL DI DALAM
BUKU

01 Indah ______ pemandangan di tepi


pantai itu pada waktu petang.

A. agak B. paling

C. nian D. terlalu
02 ______ besar jasa parajurit kepada tanah
air, bangsa, dan agama.

A. Agak B. Benar

C. Sekali D. Sungguh
03 Keris yang baru disiapkan oleh Wan Mat
Seman itu tajam ______.

A. agak B. terlalu

C. nian D. sekali
04 Rumah tradisional Melayu ______ cantik
kerana seni ukirannya yang halus.

A. nian B. agak

C. sangat D. benar
05 Bas ekspres dari Nilai itu lambat ______
tiba di stesen Jalan Duta.

A. benar B. sekali

C. paling D. terlalu
06 Encik Muliandi pantas ______
melakukan kerja-kerja di bengkel itu.

A. sekali B. paling

C. terlalu D. agak
07 Adik berjalan dengan ______ perlahan
kerana kakinya masih sakit.

A. nian B. sekali

C. amat D. benar
08 Gunung Everest dikenali sebagai
gunung yang ______ tinggi di dunia.

A. agak B. paling

C. terlalu D. sekali
09 Pokok kelapa di kebunnya ______ tinggi
untuk dipanjat oleh Wak Kartoo.

A. sekali B. terlalu

C. benar D. paling
10 “Baik ______ perangai anak perempuan
Puan Hendon itu,” kata Datin Elly.

A. agak B. terlalu

C. betul D. paling

Anda mungkin juga menyukai