Anda di halaman 1dari 3

EKSPERIMEN

Tajuk:
Daya Tarikan Magnet

Tujuan:
Untuk mengkaji hubungan di antara saiz magnet dengan bilangan klip kertas yang
dapat ditarik.

Radas / Bahan:
Tiga magnet bar berlainan saiz, klip kertas, magnet U, magnet ladam, magnet bulat.

Langkah-Langkah:
1. Seorang murid dari setiap kumpulan memegang magnet bar bersaiz besar (Z).
2. Murid tersebut meletakkan beberapa klip kertas pada magnet tersebut.
3. Ahli kumpulan yang lain mencatat bilangan klip kertas yang dapat ditarik oleh
magnet bar bersaiz besar.
4. Seorang murid yang lain dari setiap kumpulan memegang magnet bar bersaiz
sederhana (Y).
5. Murid tersebut meletakkan beberapa klip kertas pada magnet tersebut.
6. Ahli kumpulan yang lain mencatat bilangan klip kertas yang dapat ditarik oleh
magnet bar bersaiz sederhana itu.
7. Seorang lagi murid dari setiap kumpulan memegang satu magnet bar bersaiz kecil
(X).

8. Murid tersebut meletakkan beberapa klip kertas pada magnet itu.


9. Ahli kumpulan yang lain mencatat bilangan klip kertas yang dapat ditarik oleh
magnet bar bersaiz kecil itu.
10. Maklumat yang diperoleh dicatatkan dalam jadual.

Keputusan:
Saiz Magnet Bar

Bilangan Klip Kertas Yang Dapat Ditarik

Kecil (X)

Sederhana (Y)

Besar (Z)

Perbincangan:
1. Tuliskan pemerhatian berdasarkan keputusan yang diperoleh.
___________________________________________________________________
2. Nyatakan inferens bagi bilangan klip kertas yang dapat ditarik oleh magnet bar
bersaiz besar.
___________________________________________________________________
3.Berdasarkan keputusan yang diperoleh, nyatakan pembolehubah:
(a) dimanipulasikan: __________________________________________________
(b) bergerak balas : __________________________________________________
(c) dimalarkan

: __________________________________________________

4. Ramalkan bilangan klip kertas yang dapat ditarik jika magnet bar yang lebih besar
daripada magnet Z digunakan.

5. Nyatakan hipotesis yang ingin dibuktikan melalui eksperimen ini.


___________________________________________________________________

Kesimpulan:
Semakin bertambah saiz magnet, semakin bertambah bilangan klip kertas yang
dapat ditarik oleh magnet.

Anda mungkin juga menyukai