Anda di halaman 1dari 8

KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

MASALAH MEMBACA
LATAR BELAKANG
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), telah dilaksanakan di sekolah
rendah mulai tahun 1982. Kurikulum ini telah memperkenalkan pelajaran pemulihan
sebagai salah satu terasnya dan untuk menunaikan inovasi kurikulum ini, banyak
guru khas pemulihan telah ditempatkan di sekolah rendah. Dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah ini, 3 kemahiran asas telah ditekankan yang perlu dikuasai oleh
pelajar iaitu Kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Kemahiran 3M
merupakan tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kajian ini dijalankankan bagi mengenalpasti kaedah untuk mengatasi
masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid seorang murid tahun 4 Maju,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sg. Buloh, Selangor. Murid ini didapati
menghadapi masalah membaca sejak dari tahun satu lagi terutama dari segi tanda
baca dalam petikan yang dibacanya dan menghadapi masalah intonasi dan sebutan
dalam pembacaan.
Tinjuan awal dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian hasil kerja
murid dan melaksanakan sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Hasil tinjauan mendapati
terdapat sebilangan murid yang tidak mahir membaca dengan sebutan dan intonasi
yang betul. Dengan ini, saya telah merancang satu program untuk mengatasi
masalah tersebut. Suatu perancangan telah diberi tumpuan bagi membolehkan
murid mencapai kemahiran membaca dengan baik dan berkesan.
Saya telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid
diberi peluang untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan
dan latih tubi yang diberikan. Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan
kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan

melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat
penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.
Berikut merupakan butir-butir murid tersebut:
Nama

: Muhd Irfhad B. Ahmad

Kelas

: 4 Maju

Umur

: 10 tahun

Masalah pembacaan yang dihadapi: Sebutan dan intonasi serta tanda baca.
Tahap penguasaan dalam Bahasa Melayu: Kurang memuaskan.

PENGENALAN

Membaca merupakan suatu kemahiran ahasa yang penting dalam


pembelajaran Bahasa Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Kemahiran membaca merupakan unsur penting yang perlu
diketahui oleh setiap murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Bacaan lancar yang
dikuasai oleh murid akan memudahkan proses menimba pelbagai ilmu.
Kelemahan menguasai kemahiran membaca akan menjejaskan pengunaan
sistem bahasa dan menjejaskan kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya
Bahasa Melayu. Kajian ini jua bertujuan membina kemahiran bacaan dengan
sebutan dan intonasi yang betul di kalangan murid.
Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah
pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di
tahun 3 sesi persekolahan 2012. Temubual juga dilakukan kalangan murid-murid lain
di kelas tersebut.
Sekolah

ini

mempunyai

murid

seramai

1900

orang

murid.

Pada

keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa Melayu dan hanya segelintir


sahaja yang berbangsa India dan Cina. Murid murid di sini sudah menjadi kebiasaan
bertutur dalam dialek kedearah mereka yang merupakan bahasa berkomunikasi
utama di sekolah dan di rumah.
Hanya segelintir murid-murid sekolah ini tidak dapat membaca dengan baik.
Ini adalah kerana masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan

belajar yang dialami. Kebolehan beberapa orang pelajar yang mampu mambaca
dengan amat baik mewujudkan suatu situasi yang membina.
Masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru bahasa Melayu ialah muridmurid masih belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah berada
di dalam tahun dua ataupun tahun yang seterusnya. Masalah ini juga sekarang
mendapat perhatian umum. Keadaan ini semakin lama semakin membimbangkan
apabila ramai pelajar gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah
menengah.
Masalah bacaan yang dihadapi oleh murid-murid dapat dilihat melalui aktiviti
bacaan nyaring manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek
bacaan kefahaman. kebiasaan murid akan menyebut sesuatu suku kata semasa
membaca dengan berulang-ulang tetapi masalah ini bukan disebabkan oleh gagap.
Malah terdapat juga murid yang tidak mengenal huruf. Masalah tidak mengenal
huruf ini menjadi punca utama kebanyakkan kanak-kanak gagal membaca dengan
baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid akan menyebut sesuatu
perkataan dengan sesuka hati atau dengan meneka sahaja. Hal ini akan
menyebabkan sesuatu perkataan itu tidak akan bermakna atau berlainan makna.
Selain itu, murid-murid juga seringkali salah sebut huruf atau perkataan.
Salah sebutan ini biasanya terjadi akibat murid-murid ini tidak mengenal huruf
ataupun tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak
bermakna lagi dalam kontek ayat. Permasalahan seterusnya ialah murid-murid suka
membaca huruf, perkataan atau frasa secara terbalik atau songsang. Contohnya
seperti bala disebut laba.
Permasalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran
membaca ini perlu diatasi dengan segera sebelum murid-murid ini melangkah ke
peringkat yang lebih tinggi lagi. Dalam situasi ini jika murid tersebut masih tidak
dapat menguasai kemahiran membaca maka mereka akan ketinggalam

dalam

kurikulum biasa dan seterusnya akan tercicir dalam bidang pelajaran juga. Jika
keadaan ini tidak di kawal dengan segera, keadaan ini akan berterusan sehingga ke
sekolah menengah. Murid-murid akan meningkat ke peringkat sekolah menengah
tanpa masalah akademik mereka pada peringkat sekolah rendah dapat diselesaikan
terlebih dahulu.

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan keadah pemerhatian, didapati semasa proses pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu murid mengalami masalah menyesuaikan nada
bacaan dengan elemen tanda baca. Murid murid tidak mengendahkan tanda bacaan
ketika membaca dengan mengikut intonasi yang betul.
Masalah yang berlarutan akan menjejaskan martabat Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Maka aspek tanda baca dalam
pembacaan telah menjadi isu yang akan saya kaji dan selesaikan dalam tugasan ini.
OBJEKTIF

Bagi memurnikan kajian ini, saya telah menetapkan dua objektif utama iaitu
objektif sampingan dan objektif utama.
Objektif sampingan yang sasarannya untuk meningkatkan kefahaman murid
dalam penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma dan
tanda soalan.
Objekif utama pula mensasaran agar murid dapat membaca dengan lancar
ketika mengunakan tanda baca dan murid dapat membacanya dengan sebutan
serta intonasi yang betul.
MURID YANG TERLIBAT
Seramai 22 orang murid tahun 4 Maju terlibat iaitu 12 orang murid
perempuan dan 10 oarang murid lelaki.
Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tidak dapat
menguasai kemahiran membaca dengan baik.

PROSES MENGENALPASTI MASALAH MEMBACA MURID

Berdasarkan

keadah

pemerhatian

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, saya dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Antaranya
adalah murid tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa dengan betul. Ini

kerana sebilangan murid tidak mengikut intonasi bacaan dan hanya meneruskan
pembacaan tanpa menguasai bacaan dengan nada bertanda baca.
Sesi temu bual dengan murid-murid mendapati bahawa mereka tidak
memahami fungsi setiap tanda baca dengan nada dan gaya bacaan yang
sepatutnya.
Segelintir murid juga tidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan
betul. Murid-murid juga tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan
noktah. Jelas bahawa murid juga tidak memahami konsep membaca dengan
berhenti sekejap ( koma ) dan membaca berhenti tetap ( noktah ).
Murid-murid dibekalkan dengan pendekatan penggunaan akhbar dalam
dalam bilik darjah (ADD) dan buku bacaan makanis adalah sebagai permulaan
penyelesaian permasalahan ini. Murid-murid dibimbing berkaitan konsep tanda
bacaan dan latihan sebagai menguji kefahaman mereka dalam menggunakan tanda
bacaan dalam ayat-ayat yang mereka baca, tutur dan tulis semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Dua aktiviti telah dijalankankan bagi mengesan masalah membezakan


penggunaan tanda baca. Aktiviti pertama akan melibatkan murid membaca ayat
yang sama dengan tanda baca berlainan. Sementara aktiviti kedua akan
membolehkan murid terlibat dengan permainan bahasa.
Bahan-bahan yang digunakan dalam menjayakan aktivti adalah seperti
kertas lembaran bacaan dan kad ayat untuk aktiviti pertama. Sementara balang
plastik, radio dan kad arahan bagi aktiviti permainan bahasa.
Instrumen dan keadah pemerhatian melibatkan soalan ujian, temu bual dan
pemerhatian. Analisa dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan maklumat
percapaian murid dalam aspek yang dikaji. Maklumat daripada temubual dan
maklumbalas dari rakan guru dapat dijadikan kayu pengukur dalam menilai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan dan kelemahan guru
semasa mengajar juga dicatatkan. Begitu juga dengan amalan pembelajaran murid.

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Proses

pengajaran

dan

pembelajaran

dimulakan

dengan

sesi

soal

jawab.Seterusnya guru mengedarkan kertas lembaran kerja yang mengandungi ayat


yang sama tetapi tanda baca yang berlainan.
Murid diminta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca
dan seterusnya membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan
tepat. Guru membimbing murid membaca dengan intonasi yang betul. Guru juga
akan membetulkan kesilapan bacaan murid.
Pada sesi penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk
meningkatkan kemahiran membaca mereka.

PEMERHATIAN SEMASA PROSES PENGAJARAN

Pemerhatian telah dilakukan oleh rakan sejawat dan mendapati bahawa


semua murid-murid memberikan perhatian dan penglibatan yang aktif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid juga gembira semasa membaca
ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi yang berlainan. Guru juga
menunjukkan komitmen dan keyakinan sebagi seorang pendidik.
Guru mendapati bahawa aktiviti pertama berjaya diajalankan berdasarkan
penglibatan semua murid terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat
yang dicatatkan. Penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh
tumpuan dan kerjasama kepada guru sepanajang aktivti dijalankan.
Aktiviti membaca secara kumpulan juga dijayakan dengan berkesan. Ini
kerana guru dapat mendengar intonasi bacaan murid yang jelas kedengaran.
Penglibatan murid yang aktif serta kawalan kelas yang baik membolehkan objektif
serta matlamat pembelajaran tercapai.

AKTIVITI PERMAINAN BAHASA

Aktiviti permainan bahasa merupakan aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil


Bermain. Guru menerangkan cara permainan dan murid-murid diminta untuk

mengingati aliran kotak yang akan dilakukan. Guru mengedarkan sebuah bekas
plastik untuk setiap kumpulan, yang mana setiap bekas plastik mempunyai kad
simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal.
Guru mengalunkan muzik yang menandakan permainan bahasa bermula.
Caranya adalah apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan
bergerak secara bergilir-gilir mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga
muzik diberhentikan.
Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak
beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( ? ).
Murid diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan
ini akan diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul.

PEMERHATIAN AKTIVITI PERMAINAN BAHASA


Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan
murid. Murid kelihatan lebih memahami elemen penggunaan tanda baca. Hampir
semua muid dapat membina ayat secara lisan dengan begitu cepat dan betul.
Proses pengajaran dan pembelajaran ini dianggap berjaya kerana muridmurid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Ini telah
membuktikan bahawa aktiviti permainan bahasa ini berjaya mempertingkatkan
kefahaman murid dalam pembacaan.

CADANGAN BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID

1. Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutama kelas lemah dan
sederhana.
2. Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek
sistem tatabahasa.
3. Menggunakan kaedah penyelidikan berdasarkan rujukan melalui buku-buku
bahasa.
4. Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada
pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah. .

5. Guru

Bahasa

Melayu

seharusnya

mengadakan

perbincangan

serta

pembandingan mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu


sama lain bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi
masalah.
6. Peyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa
proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan
juga haruslah diuruskan dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat
bantu mengajar supaya alat bantu mengajar dapat dikongsi dan diguna oleh
guru-guru yang lain.
7. Latihan dalam perkhidmatan wajar diadakandalam bentuk bengkel yang
dapat memberi guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat
bantu mengajar seiring dengan penyebaran standard pembelajaran.

KEBERKESANAN SEBELUM DAN SELEPAS AKTIVITI BAGI MURID YANG


MENGHADAPI MASALAH MEMBACA

MASALAH MURID

SEBELUM

SELEPAS

1. Sebutan dalam
pembacaan.

Tidak memuaskan

Baik dan memuaskan

2. Intonasi dalam
bacaan.

Tiada intonasi

Berintonasi dengan baik

3. Penggunaan tanda
baca.

Kurang digunakan

Diaplikasikan dengan
baik

4. Kelancaran dalam
bacaan.

Tidak lancar

Lancar

5. Tumpuan dalam
pembacaan.

Kurang tumpuan.

Lebih tumpuan

Anda mungkin juga menyukai