Anda di halaman 1dari 10

THILAGA A/P MANNIAN

810518045196

MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA BAGI

MURID TAHUN 1 DENGAN KAEDAH ‘DRILLING METHOD’

Abstrak

Kajian ini dijayakan bagi mengenalpasti keadah untuk mengatasi masalah membaca yang
dihadapi oleh murid-murid tahun 1. Seramai 11 orang murid tahun 1 terlibat sebagai responden
dalam kajian ini.

Tinjuan awal kajian ini dilakukan dengan menggunakan keadah pemerhatian hasil kerja murid
dan melaksanakan sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Hasil tinjauan mendapati terdapat
sebilangan murid yang tidak mahir membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Suatu
perancangan tindakan telah diberi tumpuan bagi membolehkan murid mencapai kemahiran
membaca.

Guru telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid diberi peluang
untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan. Pengajaran dan
pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama
dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat
penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.
THILAGA A/P MANNIAN
810518045196

1.0 Pengenalan.

1.1 Membaca merupakan suatu kemahiran bahasa yang penting dalam pembelajaran Bahasa
Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kemahiran
membaca merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid dalam mempelajari
Bahasa Melayu. Bacaan lancar yang dikuasai oleh murid akan memudahkan proses menimba
pelbagai ilmu.

1.2 Kelemahan menguasai kemahiran membaca akan menjejaskan pengunaan sistem bahasa
dan menjejaskan kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Kajian ini jua
bertujuan membina kemahiran bacaan dengan sebutan dan intonasi yang betul di kalangan
murid.

1.3 Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian
dan penyelidikan berdasarkan keputusan Peperiksaan Diagnostik sesi persekolahan 2017.
Temubual juga dilakukan kalangan responden kajian tindakan ini.

1.4 Sekolah ini mempunyai murid seramai 41 orang murid. Pada keseluruhannya murid-
murid di sini adalah berbangsa India. Murid murid di sini sudah menjadi kebiasaan bertutur
dalam dialek kedearah mereka yang merupakan bahasa berkomunikasi utama di sekolah dan di
rumah.

1.5 Hanya segelintir murid-murid sekolah ini tidak dapat membaca dengan baik. Ini adalah
kerana masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan belajar yang responden
alami.

1.6 Kebolehan beberapa orang pelajar yang mampu mambaca dengan amat baik mewujudkan
suatu situasi yang membina.
THILAGA A/P MANNIAN
810518045196

2.0 Fokus Kajian Tindakan

2.1 Berdasarkan keadah pemerhatian, didapati semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu murid mengalami masalah menyesuaikan nada bacaan dengan elemen tanda
baca. Murid murid tidak mengendahkan tanda bacaan ketika membaca dengan mengikut intonasi
yang betul.

2.2 Masalah yang berlarutan akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan bahasa ilmu. Maka aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan kami kaji dalam
kajian tindakan ini.

3.0 Objektif Kajian Tindakan.

3.1 Bagi memurnikan kajian tindakan ini, saya telah menetapkan dua objektif utama iaitu
objektif sampingan dan objektif utama.

3.2 Objektif sampingan yang sasarannya untuk meningkatkan kefahaman murid dalam
penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma dan tanda soalan.

3.3 Objekif utama pula mensasaran agar murid dapat membaca dengan lancar ketika
mengunakan tanda baca dan murid dapat membacanya dengan sebutan serta intonasi yang betul.

4.0 Responden yang terlibat.

4.1 Seramai 11 orang murid tahun 1 terlibat iaitu 5 orang murid perempuan dan 6 oarang
murid lelaki.

4.2 Seramai 4 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan tidak dapat menguasai
kemahiran membaca dengan baik.
THILAGA A/P MANNIAN
810518045196

5.0 Fokus kajian/ Isu keperihatinan.

5.1 Berdasarkan keadah pemerhatian semasa proses p&p guru dapat mengesan masalah yang
dihadapi oleh murid. Antaranya adalah murid tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa
dengan betul. Ini kerana sebilangan murid tidak mengikut intonasi bacaan dan hanya
meneruskan pembacaan tanpa menguasai bacaan dengan nada bertanda baca.

5.2 Sesi temu bual dengan responden mendapati bahawa mereka tidak memahami fungsi
setiap tanda baca dengan nada dan gaya bacaan yang sepatutnya.

5.3 Segelintir responden juga tidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan betul.
Responden juga tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah. Jelas
responden juga tidak memahami konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma ) dan
membaca berhenti tetap ( noktah ).

5.4 Responden dibekalkan dengan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah
(ADD) dan buku bacaan makanis adalah sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini.
Responden dibimbing berkaitan konsep tanda bacaan dan latihan sebagai menguji kefahaman
mereka dalam menggunakan tanda bacaan dalam ayat-ayat yang mereka baca, tutur dan tulis
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.

6.0 Persoalan kajian.

6.1 Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab beberapa
persoalan yang berkaitan seperti:
Adakah responden mengetahui dan faham konsep sistem asas tatabahasa bahasa Melayu?
Adakah sistem asas tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu rsponden membaca, bertutur dan
menulis dengan baik?
THILAGA A/P MANNIAN
810518045196

7.0 Galuran aktiviti. (‘DRILLING METHOD’)

7.1 Dua aktiviti telah digalurkan bagi mengesan masalah membezakan penggunaan tanda
baca. Aktiviti pertama akan melibatkan responden membaca ayat yang sama dengan tanda baca
berlainan. Sementara aktiviti kedua akan membolehkan responden terlibat dengan permainan
bahasa.

7.2 Bahan-bahan yang digunakan dalam menjayakan aktivti adalah seperti kertas lembaran
bacaan dan kad ayat untuk aktiviti pertama. Sementara balang plastik, radio dan kad arahan.

7.3 Instrumen dan keadah pemerhatian melibatkan soalan ujian, temu bual dan pemerhatian.
Analisa dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan maklumat percapaian murid dalam aspek
yang dikaji. Maklumat daripada temubual dan maklumbalas dari rakan guru dapat dijadikan kayu
pengukur dalam menilai keberkesanan p&p. Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar
juga dicatatkan. Begitu juga dengan amalan pembelajaran murid.

8.0 Perlaksanaan Tindakan.

8.1 Aktiviti membaca ayat dengan tanda bacaan

8.1.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan sesi soal jawab.Seterusnya guru
mengedarkan kertas lembaran ( rujuk lembaran 3 ) yang mengandungi ayat yang sama tetapi
tanda baca yang berlainan.

Murid diminta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan seterusnya
membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan tepat. Guru membimbing murid
membaca dengan intonasi yang betul. Guru juga akan membetulkan kesilapan bacaan murid.
THILAGA A/P MANNIAN
810518045196

Pada sesi penutup,guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan
kemahiran membaca mereka.

8.1.2 Pemerhatian.

Pemerhatian telah dilakukan oleh rakan sejawat dan mendapati bahawa semua murid-murid
memberikan perhatian dan penglibatan yang aktif semasa proses p&p.Murid-murid juga
gembira semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi yang berlainan.
Guru juga menunjukkan komitmen dan keyakinan sebagi seorang pendidik.

8.1. 3 Refleksi.

8.1.3.1 Guru mendapati bahawa aktiviti pertama berjaya diajalankan berdasarkan penglibatan
semua murid terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang dicatatkan.
Penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama kepada
guru sepanajang aktivti dijalankan.

8.1.3.2 Aktiviti membaca secara kumpulan juga dijayakan dengan berkesan. Ini kerana guru
dapat mendengar intonasi bacaan murid yang jelas kedengaran. Penglibatan murid yang aktif
serta kawalan kelas yang baik membolehkan objektif serta matlamat pembelajaran tercapai.

8.2. Aktiviti permainan bahasa.

Aktiviti permainan bahasa merupkan aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain.

8.2.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran .

8.2.1.1 Guru menerangkan cara prmainan dan murid-murid diminta untuk mengingati aliran
kotak yang akan dilakukan. Guru mengedarkan sebuah bekas plastik untuk setiap kumpulan,
yang mana setiap bekas plastik mempunyai kad simbol-simbol khusus seperti koma, tanda
noktah dan tanda soal.
THILAGA A/P MANNIAN
810518045196

8.2.1.2 Guru mengalunkan muzik yang menandakan permainan bahasa bermula. Caranya adalah
apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir
mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan.

8.2.1.3 Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak beracun akan
mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( ? ). Murid diberi tempoh
untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan diulang semula setelah
murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul.

8.2.2 Pemerhatian.

8.2.2.1 Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan murid. Murid
kelihatan lebih memahami elemen penggunaan tanda baca. Hampir semua muid dapat membina
ayat secara lisan dengan begitu cepat dan betul.

8.2.3 Refleksi.

8.2.3.1 Proses pengajaran dan pembelajaran ini dianggap berjaya kerana murid-murid dapat
membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Ini telah membuktikan bahawa aktiviti
permainan bahasa ini berjaya mempertingkatkan kefahaman murid.

9.0 Cadangan kajian.

9.1 Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di dalam
kelas terutama kelas lemah dan sederhana.

9.2 Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem tatabahasa.

9.3 Menggunakan kaedah penyelidikan berdasarkan rujukan melalui buku-buku bahasa.


THILAGA A/P MANNIAN
810518045196

9.4 Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai
peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah.

9.5 Guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perbincangan serta pembandingan


mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain bagi memperbaiki
kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah.

9.6 Peyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa proses
pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan juga haruslah diuruskan
dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya alat bantu mengajar
dapat dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain.

9.7 Latihan dalam perkhidmatan wajar diadakandalam bentuk bengkel yang dapat memberi
guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar seiring dengan
penyebaran standard pembelajaran.

10.0 Penutup.

Guru yang perkasa akan sentiasa berjuang melengkapkan dirinya dengan sahsiah yang unggul,
kemahiran yang bersesuaian dan ilmu yang tanpa sempadan. Kajian tindakan adalah sebahagian
proses melengkap diri guru sebagai pendidik.
THILAGA A/P MANNIAN
810518045196

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBACA
BAGI MURID TAHUN 1
DENGAN KAEDAH ‘DRILLING METHOD’

OLEH:

THILAGA A/P MANNIAN


SJKT LADANG TANAH MERAH

TARIKH KAJIAN : JANUARI-MAC 2017


THILAGA A/P MANNIAN
810518045196

ISI KANDUNGAN

1. Abstrak

2. Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

3. Fokus kajian

4. Objektif Kajian

i. Objektif Am

ii. Objektif Khusus

5. Kumpulan sasaran

6. Pelaksanaan tindakan

7. Pemerhatian

8. Refleksi

Anda mungkin juga menyukai