Anda di halaman 1dari 14

Tajuk Kajian Tindakan :

MENGATASI KELEMAHAN MENYEBUT


PERKATAAN YANG MELIBATKAN
KONSONAN BERGABUNG (DIGRAF)

1.1 Pengenalan
Sekolah Kebangsaan Lubuk Kaloi merupakan
sebuah sekolah rendah yang terletak di
kawasan pedalaman Sarawak. Jumlah murid
adalah 150 orang dengan bilangan guru
seramai 25 orang. Setiap kali aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid
akan menunjukkan sikap acuh tidak acuh
apabila mereka sukar untuk mengeja dan
menyebut
sesuatu
perkataan.
Ini
membuatkan guru terpaksa memikirkan suatu
aktiviti yang boleh menarik semula minat
murid untuk belajar.

1.2 Latar belakang


Kajian
Kajian ini dijalankan kepada 20 orang murid

dalam Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Lubuk


Kaloi. Murid yang bermasalah mengeja dan
menyebut sesuatu perkataan dalam suku kata
digraf. Oleh itu, satu kajian perlu dilaksanakan
untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Daripada tinjauan awal yang dilaksanakan
oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 2, mengeja dan menyebut sesuatu
perkataan adalah sangat lemah.

1.3 Masalah Kajian


Setiap

murid menduduki Ujian Saringan LINUS


mereka sering kali tidak dapat menjawab soalansoalan yang melibatkan perkataan atau suku kata
yang mempunyai digraf. Murid juga gagal untuk
membaca ayat dan petikan jika perkataan di dalam
ayat terdapat perkataan yang mempunyai konsonan
bergabung (digraf).
Murid akan menyebut gaga bagi perkataan
nganga dan yayi bagi perkataan nyanyi. Oleh itu,
guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2
bertindak dengan menjalankan kajian ini untuk
mengatasi masalah tersebut.

1.4 Tujuan
Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi

kelemahan murid menyebut perkataan yang


melibatkan konsonan bergabung (digraf) bagi
20 orang murid Tahun 2 di Sekolah
Kebangsaan Lubuk Kaloi, Sarawak.

1.5 Objektif
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif
berikut:
1. Menyebut perkataan yang mempunyai suku kata
konsonan bergabung (digraf) bagi ny dan ng.
2. Membaca perkataan, ayat dan petikan dengan
lebih lancar.
3. Untuk melaksanakan program Intervensi agar
dapat membantu 20 orang Tahun 2 menyebut dan
mengeja suku kata konsonan bergabung digraf

1.6 Persoalan Kajian


1. Bagaimanakah

murid
dapat
menyebut
perkataan yang
mempunyai suku kata
konsonan bergabung (digraf) bagi ny dan ng?
2. Sejauh manakah murid boleh membaca
perkataan, ayat dan petikan dengan lebih
lancar?
3. Sejauh manakah program Intervensi agar dapat
membantu 20 orang Tahun 2 menyebut dan
mengeja suku kata konsonan bergabung
digraf?

1.7 Kepentingan Kajian


Kajian ini diharapkan dapat menyelesaikan

masalah mengeja dan menyebut sesuatu


perkataan yang mempunyai suku kata
konsonan bergabung digraf dengan betul
dan lancar. Hal ini juga membantu guru
Bahasa Melayu Tahun 2 dalam pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan perkataan
atau suku kata konsonan bergabung yang
mempunyai digraf.

Bab 2
2.0 Tinjauan Literatur

Bab 3
Metodologi Kajian
3.1 Pendekatan
Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan
kuantitatif. Teknik pengumpulan data adalah
seperti berikut :
1.Analisis dokumen murid Ujian Saringan
LINUS
2.Soalan Ujian Saringan LINUS

3.2 Populasi dan


Persampelan
Kumpulan sasaran kajian ialah

murid-murid
Tahun 2 seramai 20 orang. Kajian dijalankan
selama sebulan. Teknik Persampelan Secara
Bertujuan digunakan yang mana semua murid
dalam Tahun 2 dilibatkan. Dalam hal ini,
jumlah populasi dan jumlah sampel adalah
sama iaitu 20 orang.

3.3 Teknik Pengumpulan


Data
Minggu Pertama
1. Membuat analisis dokumen rekod pencapaian
Ujian Saringan LINUS.
Minggu Kedua
1.Mesyuarat Jawatankuasa LINUS bersama
Panitia Bahasa Melayu
2.Melaksanakan Aktiviti Cantum dan Sebut
menggunakan kad-kad huruf

Minggu Ketiga
1. Aktiviti eja dan sebut berdasarkan gambar
dengan tayangan slaid Power Point.
2. Aktiviti bertulis dengan menjawab lembaran
kerja berkaitan apa yang dipelajari.
Minggu Keempat
1. Melaksanakan Ujian Pos (Ujian Saringan
LINUS)

Lampiran Carta Gantt


Jadual 1 : Carta Gantt Pelaksanaan Kajian Tindakan Mengatasi
Kelemahan Menyebut Perkataan yang Melibatkan Konsonan
Carta Gantt NPQEL
Bergabung
(Digraf)
2013.xlsx
Bil Perkara / Aktiviti
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Membuat analisis dokumen rekod


pencapaian
Ujian Saringan LINUS

Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Mesyuarat Jawatankuasa LINUS bersama


Panitia Bahasa Melayu

Melaksanakan Aktiviti Cantum dan


Sebut
menggunakan kad-kad huruf
Aktiviti eja dan sebut berdasarkan
gambar
dengan tayangan slaid Power Point
Aktiviti bertulis dengan menjawab
lembaran
kerja berkaitan apa yang dipelajari.
Melaksanakan Ujian Pos (Ujian
Saringan LINUS)

Anda mungkin juga menyukai