Anda di halaman 1dari 18

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

LADANG SUNGAI TINGGI,


45600 BESTARI JAYA, SELANGOR DARUL
EHSAN

KAJIAN TINDAKAN
2022

NAMA :
UMAH A/P SLVARAJOO

TAJUK :
TEKNIK MARILAH BERKOMUNIKASI DALAM
BAHASA MELAYU
ABSTRAK

Kajian Pengajaran ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran bertutur bagu

murid – murid Darjah 6. Seramai 4 orang murid Darjah 6 dari SJKT Ladang

Sungai Tinggi telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dijalankan

melalui pemantauan dalam aktiviti lisan komunikasi Bahasa Melayu. Hasil

tinjauan menunjukkan bahawa murid lazimnya menerangkan isi dengan ringkas

tanpa struktur yang standard. Objektif kajian ini ialah untuk meneliti kelakonan

murid dan membantu mereka supaya dapat menerangkan isi secara teratur melalui

satu struktur yang tersusun. Strategi yang digunakan telah menunjukkan

keberkesananya dalam membantu murid meningkatkan kemahiran bertutur.

1.0 PENDAHULUAN

Dalam mempelajari Bahasa Melayu, pelbagai kemahiran perlu dikuasai oleh murid-

murid. Berkomunikasi adalah salah satu kemahiran asas yang paling utama yang

perlu dikuasai oleh para murid. Penguasaan kemahiran ini amat penting kepada

mereka demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang menjadi asas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah.

Pencapaian kemahiran membaca pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran

murid dalam Bahasa Inggeris. Bacaan lancar yang dikuasai oleh murid akan

memudahkan proses menimba pelbagai ilmu.


1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .

Saya sebagai guru Bahasa melayu Tahun 6 Valluvar,SJKT Ladang Sungai Tinggi

masalah utama saya adalah kelemahan murid dalam bertutur dalam Bahasa Melayu.

Murid tidak dapat bertutur atau bercakap seperti yang dikehendaki untuk mendapat

penguasaan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu. Terdapat banyak kesalahan kosa

kata dan struktur ayat dilakukan semasa murid bertutur .Ayat murid masih dalam

tahap ayat tunggal dan tidak peluasan subjek atau predikat. Isu ini telah

menyebabkan jawapan iaitu ayat murid tidak menarik dan menunjukkan murid

kekurangan kosa kata. Kekurangan dari segi pembinaan ayat ini adalah disebabkan

oleh kekurangan sikap membaca dalam kalangan murid.

Pembacaan pada tahap minimum menyebabkan murid tidak dapat

mengembangkan idea apabila ada gangguan Bahasa ibunda. Muris juga tiada peluang

untuk bertutur dalam Bahasa Melayu melainkan waktu pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu di kelas. Murid juga tidak mencuba untuk bertutur dalam Bahasa

Melayu. Idea mereka hanya tertumpu kepada bimbingan guru sahaja.Sepanjang

pengajaran dan pembelajaran murid tidak mempunyai pemikiran kreatif dan kritis

untuk bertutur secara menarik dan gramatis.Justeru,melalui Teknik dan kemahiran

yang saya cadangan diharap dapat membantu mengurangkan dan mengatasi masalah

ini.
2.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi di atas,didapati murid tidak menggunakan suatu Teknik

yang dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Masalah yang dinyatakan di

atas berlaku dalam kalangan 4 orang murid Tahun 6Valluvar. Masalah ini harus

diselesaikan pada peringkat awal supaya murid fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

Justeru ,kajian yang akan dijalankan nanti menekankan kepada aspek komunikasi

yang menarik dan bermutu.Hal ini penting kerana agar murid dapat menguasai

kemahiran bertutur.Hal ini penting kerana kemahiran bertutur merupakan komponen

penting dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penguasaan Bahagian ini juga membantu

murid dapat penguasaan yang baik dalam kemahiran denganr tutur Bahasa Melayu.

2.1. TINJAUAN DAN ANALISIS KAJIAN

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan dalam membuat tinjauan

berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran yang

diajar. Dalam kajian ini, kaedah yang saya gunakan untuk mengenal pasti

permasalahan murid ialah melalui komunikasi murid. Dengan merujuk kembali

kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid, saya secara tidak langsung dapat

mengetahui kesukaran yang dihadapi oleh murid dan seterusnya dapat merangka

rancangan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka.

Dalam peringkat tinjauan masalah ini, saya telah membuat pemerhatian terhadap

proses pengajaran dan pemudahcaraan yang dijalankan di dalam kelas. Saya


mendapati murid – murid mengalami masalah dalam komunikasi Bahasa Melayu.

Berdasarkan instrumen yang akan saya jalankan untuk meninjau masalah yang

menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran bertutur, maka saya akan membuat

analisis mengikut pecahan masalah seperti yang terkandung dalam jadual 1.

BIL MASALAH JUMLAH (%)


1 Kurang pendedahan 70
2 Kurang kosa kata 80
3 Tidak memahami arahan. 60
4 Kurang keyakinan diri. 60
5 Tiada penggunaan di rumah dan persekitaran 80

Jadual 1

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajian dan

pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan

agar dapat mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran bertutur dan seterusnya

meningkatkan peratus kecemerlangan murid dalam kemahiran bertutur mata pelajaran

Bahasa melayu.

3.1 OBJEKTIF KHUSUS

Kajian ini juga untuk bertujuan

6.2.1. Meningkatkan minat murid berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia

6.2.2. Meningkatkan penguasaan murid ketika bercakap dalam Bahasa Melayu

6.2.3 Meningkatkan peratusan murid yang mendapat penguasaan yang baik dalam

kemahiran dengar tutur dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

6.2.4 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran.

6.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan efektif.
3.2 SOALAN KAJIAN

3.3.1 Sejauhmanakah teknik marilah berkomunikasi dalam bahasa bahasa Melayu

dapat membantu murid meningkatkan penguasaan bertutur dalam bahasa Melayu

3.3.2 Bagaimanakah teknik Marilah Berkomunikasi dalam bahasa Melayu ini dapat

meningkatkan minat dan motivasi murid untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini difokuskan kepada 4 daripada Tahun 6, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Ladang Sungai Tinggi. Responden berumur 12 tahun. Responden ini terdiri daripada

2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Responden-responden bersikap

seperti kurang keyakinan diri dan tidak memberi perhatian semasa pengkaji mengajar

serta ada yang kurang kosa kata , dan ada juga yang tidak peluang untuk

berkomunikasi dalam bahasa tersebut di rumah dan persekitaran.

Secara keseluruhannya semua responden datang dari keluarga yang

mempunyai tahap akademik yang sederhana dan rendah serta masyarakat yang

memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru untuk memastikan kemenjadian anak

mereka dalam pelajaran. Responden adalah berprestasi rendah dalam menguasai

kemahiran yang diajar. Responden juga datang daripada keluarga bertaraf ekonomi

sederhana dan rendah serta mendiami di sekitar kawasan sekolah.


5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Peracangan Tindakan

Tinjauan awal dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti masalah utama

yang menjadi fokus dalam kajian tindakan ini. Tinjauan ini dilakukan sewaktu sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bersama-sama dengan responden

sepanjang tempoh kajian dilakukan dan melalui data awal yang dikumpul iaitu

melalui sesi soal jawab dan perbincangan.

5.1.1 Program Intervensi – Teknik Marilah Berkomunikasi Dalam Bahasa

Melayu

Aktiviti ini dijalankan pada waktu PdPc pada setiap hari. Guru akan memberi tajuk

yang sesuai berkaitan pengajaran dan pembelajaran hari tersebut. Setiap hari satu

tajuk diberikan kepada murid – murid untuk dibincangakan . Murid yang pandai

akan membimbing murid yang lemah.

5.1.2 Ujian Pasca

Setelah selesai sesi intervensi, satu ujian pasca akan dijalankan bagi mendapatkan

maklumat serta bukti yang dapat menunjukkan kaedah yang telah digunakan dapat

memperlihatkan perubahan dari segi penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan

murid.
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data.

Pengumpulan data merupakan satu cara yang sistematik untuk mendapatkan

sesuatu maklumat yang dikehendaki. Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat

beberapa instrumen dalam kaedah pengumpulan data yang dirasakan sesuai.

5.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian akan dilakukan sepanjang aktiviti intervensi dilaksanakan. Pengkaji akan

merangka dan menyediakan borang pemerhatian berhubung dengan perkara-perkara

yang ingin diperhatikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Pemerhatian pengkaji bertumpu kepada lima item menggunakan borang skala kadar

untuk melihatkan tindak balas responden terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan.

Semasa pemerhatian ini, pengkaji ingin memerhatikan sejauh mana pendekatan

pembelajaran melalui teknik Marilah Berkomunikasi Dalam Bahasa Melayu dapat

membantu responden meningkatkan kemahiran bertutur.

5.2.2 Ujian Pra

Satu ujian dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah murid yang tidak

dapat berkomunikasi dengan betul.


Keputusan Ujian Pra Bahagian A

Bil Nama Tahap Penguasaan

1 GEERIJA 2

2 RATNAALAGI 2

3 SHAKTIVEL 3

4 PUGALENTHI 3

5.2.3 Ujian Pasca

Satu ujian akan dijalankan untuk menilai penguasaan murid.Jika 3/4 responden dapat

menguasai kemahiran komunikasi ini dengan mengaplikasi teknik komunikasi ini

maka boleh diaplikasikan kepada murid lain.

5.2.4 Soal Selidik

Soal selidik merupakan kaedah pengumpulan data yang kerap digunakan oleh

pengkaji. Ia merupakan suatu cara yang paling mudah untuk memperoleh data atau

maklumat yang diperlukan ke arah membolehkan pengkaji mengetahui keadaan

sebenar tentang isu-isu pengajaran dan pembelajaran. Ianya mestilah dibina selaras

atau memenuhi objektif atau masalah yang sedang dikaji.

5.3 Perancangan Cara menganalisis Data

Data akan dianalisis bagi setiap cara pengumpulan data. Maklumat yang diperolehi

semasa pemerhatian akan dicatatkan untuk membuat refleksi. Markah ujian pra dan
pasca akan dikumpul dan dianalisa dengan membuat banding beza setiap jawapan

yang diberikan oleh murid bagi melihat perubahan yang berlaku. Skor akan diberikan

dalam bentuk peratus. Dalam soal selidik pula graf analisis iaitu carta bar akan dibina

untuk menunjukkan perbezaan peratus bagi pencapaian.

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan.

Dalam bahagian perancangan pelaksanaan tindakan, saya akan memperincikan

setiap proses serta aktiviti yang saya lakukan untuk menyiapkan kajian tindakan ini

dengan membina carta gantt. Melalui carta gant dapat dilihat setiap tempoh

pelaksanaan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan.

6.0 Rumusan/Penutup

Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Walaupun murid-murid

mempunyai masalah pembelajaran daripada pelbagai aspek, guru bertanggungjawab

untuk mencari jalan penyelesaian dengan mempelbagaikan kaedah, teknik dan

pendekatan yang kreatif dalam mengatasi permasalahan yang timbul. Saya mendapati

teknik sebegini yang digunakan dalam kajian ini mampu membawa perubahan yang

besar kepada murid dalam menguasai kemahiran membaca secara berperingkat.

Walau bagaimanapun, kita buat semampu mungkin supaya semua murid menerima

pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.


Kesimpulan

Kajian pengajaran ini telah mencapai matlamat yang ingin dicapai dan juga menjawab

persoalan-persoalan dalam kajian ini. Pertama, dengan menyediakan struktur melalui

teknik Marilah berkomunikasi, pelajar lebih berupaya untuk menerangkan isi masing -

masing. Struktur yang disediakan ini dapat merangsang pelajar untuk menyampaikan

idea-idea mereka dengan lebih menarik dan memberikan respons peribadi.

Dengan adanya struktur dalam teknik marilah berkomunikasi, pelajar lebih

berkeyakinan untuk bertutur dan hasilnya terbukti jika dilihat pada perubahan markah

yang signifikan. Kajian pengajaran ini bukan hanya memberikan manfaat kepada

pelajar, malah kepada guru-guru juga dalam menjalankan pengajaran lisan. Namun,

usaha lanjutan akan tetap dilakukan untuk memperbaiki pengajaran lisan yang lebih

efektif.
LAMPIRAN

1. Catherine, L., Rebecca, P., Jacqueline, H., & Matt P, O. (2006).


Lesson Study Comes of Age in North America, Phil Delta Kappan, Vol.88,
No. 04, pp273-281

2. Ovando, C., Collier, V., & Combs, M. (2003). Billingual dan ESL
classrooms: Teaching Multicultural Contexts (3rd ed.). Boston: McGraw-
Hill.

3. Soal Selidik murid

4.
Jadual Pelaksanaan

2020 Catatan
Bil Aktiviti
Ogos Sept Okt Nov Dis

1. Taklimat Kajian Tindakan

Mengenalpasti masalah dan pengumpulan


2.
data awal

3. Bacaan dan taksiran maklumat

4. Menentukan fokus kajian

5. Merancang tindakan intervensi

6. Menulis porposal

7. Penyediaan media pengajaran

8. Melaksanakan tindakan

Pengumpulan data selepas perlaksanaan


9.
intervensi

10. Menganalisis, mentafsir dan membuat


kesimpulan

11. Menulis laporan kajian

12. Pembentangan dapatan kajian

§¾º¢Â Ũ¸ Íí¨¸ ¾¢í¸¢ §¾¡ð¼ò ¾Á¢úôÀûÇ¢


SJKT LADANG SUNGAI TINGGI, 45600 BESTARI JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
SELANGOR DARUL EHSAN
ANALISA PROGRAM MARLAH BERKOMUNIKASI
PANITIA BAHASA MELAYU 2022/2023

Ujian Pra

BIL NAMA TAHUN UJIAN PRA


1 GEERIJA A/P V KANNAN 6 VALLUVAR 2
2 PUGALENTHI A/L VICNESVARAN 6 VALLUVAR 3
3 RATNAALAGI A/P MURUGA 6 VALLUVAR 2
4 SHAKTIVEL A/L GANESON 6 VALLUVAR 3
§¾º¢Â Ũ¸ Íí¨¸ ¾¢í¸¢ §¾¡ð¼ò ¾Á¢úôÀûÇ¢
SJKT LADANG SUNGAI TINGGI, 45600 BESTARI JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
SELANGOR DARUL EHSAN

ANALISA PROGRAM MARLAH BERKOMUNIKASI


PANITIA BAHASA MELAYU 2022/2023
UJIAN PASCA

BIL NAMA TAHUN UJIAN PASCA


1 GEERIJA A/P V KANNAN 6 VALLUVAR 3
2 PUGALENTHI A/L VICNESVARAN 6 VALLUVAR 5
3 RATNAALAGI A/P MURUGA 6 VALLUVAR 3
4 SHAKTIVEL A/L GANESON 6 VALLUVAR 5
ANALISA PROGRAM MARILAH BERKOMUNIKASI PANITIA BAHASA MELAYU
2022/2023
6

0
GEERIJA PUGALENTHI RATNA ALAGI SHAKTIVEL

UJIAN PRA SASARAN UJIAN PASCA

Anda mungkin juga menyukai