Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI,

Nama saya _________________ . Tajuk buku saya ialah Pahlawan


Rimba. Buku ini ditulis oleh Badariah Arbin dan illustrasi oleh
Muhammad Khairul Lizan Kasim. Buku ini mempunyai 32 muka surat.

Pahlawan Rimba adalah kisah mengenai Ontoros yang bangkit selepas


menerima kesan penjajahan.

Ontoros yang berasal daripada kaum Murut diajar tentang selok belok
hutan oleh ayahnya Antanom.

Masa berlalu dengan pantas. Ontoros pula semakin membesar dan


bertenaga.

Ontoros ingat pesanan bapa bahawa mereka perlu bersatu menentang


pengacau Kaum Murut.

Nasihat dan tunjuk ajar ayahnya tertanam dalam jiwanya.

Ontoros membesar menjadi pahlawan yang gagah dan berani.

Pada suatu hari, penjajah telah menceroboh kampungnya. Penjajah


membuat pelbagai peraturan dan sekatan untuk menyusahkan orang
kampung.

Ontoros marah dengan kelakukan penjajah.

Penjajah menjadikan kaum Murut sebagai buruh paksa.

Mereka tidak menghiraukan adat dan keppercayaan kaum Murut.

Penjajah menceroboh kawasan suci kaum Murut dengan tujuan membina


jalan sebagai buruh paksa.
Bangsanya melarat, ditindas segenap sudut.

Ontoros dan pengikutnya memulakan serangan terhadap penjajah.

Bangunan milik penjajah dibakar dan dimusnahkan.

Kejayaan Ontoros dan pengikutnya mula digeruni penjajah.

Penjajah menghantar 400 orang untuk menyerang Ontoros,


walaubagaimanapun mereka kalah.

Akhirnya , penjajah berpura –pura mengaku kalah.

Mereka membuat helah dengan mengatakan bahawa mereka mahu


berdamai.

Ontoros dan pengikutnya ditangkap.

Penjajah cuba membunuh Ontoros dengan pelbagai cara. Namun, tiada


satu pun senjata yang lut badan Ontoros. Mereka kebingungan.

Setelah mengetahui rahsia Ontoros, tanpa berlengah penjajah


mencabut tali pengikat itu. Mereka mencederakan Ontoros sebelum
membunuhnya. Pengikut Ontoros juga dibunuh dengan kejam.

Walaupun Ontoros tewas kepada pembohongan penjajah, namun


perjuangannya diteruskan oleh pengikutnya demi mempertahankan Kaum
Murut.

Pengajaran cerita ini ialah semangat cinta akan negara dan bangsa
merupakan satu perkara yang harus timbul dalam diri setiap individu. Ia
perlu dipupuk dan disemat dalam diri seseorang sejak kecil lagi, agar
jiwa mereka sebati dengan perasaan itu.

Anda mungkin juga menyukai