Anda di halaman 1dari 15

SEJADAH RINDU - CERPEN : CINTA AHMAD MUTAWAKKIL -

SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN

CINTA AHMAD MUTAWAKKIL


(Zainal Rashid Ahmad)

Sinopsis
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah
menggunakan pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad
Mutawakkil dalam menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara.
Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah memeranjatkan penduduk
kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelah
menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu
pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda
tersebut bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung
kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja
berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad
Mutawakkil membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan
Booth, Sandra. Dia bukan sahaja menjadi penyebar maklumat tentang hal
ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya, malahan turut bekerja
membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk
kumpulan anti-Jepun.
Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan
khabar kepada penduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan
Nagasaki yang membawa kelegaan dan rasa syukur mereka. Ahmad
Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa
pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan
pidatonya yang membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka.
Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk
kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga
yang tidak pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini juga
dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan
Sandra yang sering menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.
Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila
darurat diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad
Mutawakkil tetap mengajak masyarakat kampungnya berjuang tanpa
menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah memberi
amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang
kampung membenci komunis.
Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat
perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui
pidato citra merdeka dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup
diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki
yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil
pergi dan tidak pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di
surau kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil
terbunuh namun semangat perjuangannya terus membara dalam
masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan kata-kata semangat
anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga
pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa
cinta yang mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa
dia pulang ke kampung tersebut untuk meneruskan kehidupannya di situ.

Tema
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rasyid Ahmad)
memaparkan tema perjuangan mementang penjajah. Ahmad Mutawakkil
yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan
cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang
penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis. Ahmad Mutawakkil telah
menggunakan penguasaan ilmunya dalam menjadi penyebar maklumat
tentang penjajah kepada mesyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan
tahun lagi, Ahmad Mutawakkil telah menonjolkan dirinya sebagai seorang
pemimpin muda yang berpengaruh. Hal ini dibuktikan melalui pidato- pidato
yang disampaikan kepada masyarakat kampung untuk meniupkan
semangat patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkil
merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang
tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah
Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk
menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap
kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus
diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati
kata-kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”.

Persoalan
1. 1. Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung
Contoh: Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah
sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau telah mengupah
beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri untuk meneroka
belukar bagi meluaskan penanaman getah. (m/s 40)

2. 2. Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan


Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya,
Wan Sadir dengan cara bekerja dengan orang putih. (m/s 41)

3. 3. Persoalan kesan kedatangan penjajah


Contoh:Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah
menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang. (m/s
42)

4. 4. Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin


Contoh: Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat
isyak untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat
menumpang nasib setelah pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat
kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak
angkatnya.(m/s 43)

5. 5. Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan


Contoh: Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung
mendapatkan
maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan
bercakap
dalam bahasa Inggeris. (m/s 44)
6. 6. Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan
mendapatkan kemerdekaan
Contoh: Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat
buruk, berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu
untuk merdeka. (m/s 50)

ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN 5 : CERPEN CINTA AHMAD


MUTAWAKKIL

D. WATAK DAN PERWATAKAN:

1. Ahmad Mutawakkil:
a. berusia 25 tahun ketika meninggal dunia kerana ditembak komunis.
b. anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu apabila bapanya
meninggal dunia.
c. pintar - boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris yang diajar Imam
Ngah Deraman.
d. patriotisme - berjuang menyedarkan rakyat untuk menentang komunis
dan penjajah.
e. bijak merancang masa depan - belajar membaca dan menulis bahasa
Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di rumah Tuan Booth selama 3
tahun.
f. petah berpidato - selalu berpidato kepada penduduk kampung untuk
menyedarkan mereka supaya menentang komunis dan penjajah.
g. berani - berani bersuara menyatakan pendapatnya kepada rakyat
supaya menentang komunis dan penjajah walaupun dinasihati oleh Tuan
Booth supaya menghentikannya.
h. Sanggup berkorban - sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan
kemerdekaan tanah air daripada penjajah serta menentang keganasan
komunis.
i. sangat berpengaruh - beliau dihormati dan dipilih sebagai pemimpin
nombor dua partinya.
j. menghargai jasa - beliau menghargai jasa Tuan Booth yang telah
memeliharanya dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh Tuan Booth di
banglonya.

2. Tuan Booth:
a. pengurus ladang dan majikan kepada beratus-ratus orang buruh di
ladang getahnya.
b. mesra - mudah tersenyum apabila bertemu dengan penduduk kampung.
c. baik hati - menjemput pasangan pengantin di kampung itu datang ke
banglonya untuk diraikan serta sanggup memelihara Ahmad di banglonya.
d. peramah - suka bersembang dan bergaul dengan penduduk di surau
pada waktu petang.
e. penyayang - membawa keluarganya yang disayangi berpindah ketika
Jepun menyerang.

3. Sandra:
a. anak Tuan Booth yang fasih berbahasa Inggeris.
b. baik hati - mengajarkan Ahamad menulis dan membaca Inggeris.
c. penyayang - amat menyayangi Ahamad dan beliau menangis apabila
Ahamad dilaoprkan hilang.
d. setia - balik semula ke banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar
anak-anak kampung itu menulis dan membaca kerana terkenang cintanya
kepada Ahamad.

E. LATAR:

1. Latar Tempat:

- surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu
pada waktu selepas maghrib. Di surau itu dia meninggal dunia kerana
ditembak oleh komunis.

- Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama
keluarganya. Di situ juga 5 orang dibunuh oleh komunis.

- Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang


pengurus estet berbangsa Inggeris.

- bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat


Inggeris kepada penentang Jepun.

- Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan
bekerja di estet itu.

- Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara


untuk menakut-nakutkan orang kampung daripada menentang mereka.

- England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas


seminggu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

2. Latar Masa:

- pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan


membuka estet getah serta menggaji ratusan buruh.

- waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan


mendesaknya supaya menasihati Ahamad agar tidak menghasut rakyat
menentang komunis.

- waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang


dengan penduduk kampung.

- waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan


rakyat supaya menuntut kemerdekaan.

- tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth
keluar dari banglonya untuk menyelamatkan diri.
- Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau
kampungnya. Dia meninggal dunia pada malam itu kerana ditembak
komunis.

- 31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran


kerana kemerdekaan negara dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.

- seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.

- 31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia


terkenang akan cintanya kepada Ahamad.

3. Latar Masyarakat:

- masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad


memberi pidato kepada penduduk kampung supaya bangun menentang
penjajah dan komunis.

- masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi


yang lalu dengan berkebun dan bersawah padi.

- masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan


untuk bersama-sama mencari Ahamad yang hilang.

- masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni


bunglo dan 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris menjadi mangsa
keganasan komunis.

- Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth


membuka ladang getah di Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan.

- Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh


ramai mangsa termasuk Ahamad.
F. BAHASA:

1. bahasa Arab - solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah


2. bahasa slanga/ bahasa pasar - "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
3. Repitasi/ pengulangan - Hati Melayu tak reti bermusuh, hati
Melayu penuh dengan persahabatan.
4. Personafikasi - ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah
atau dirobek peluru.
5. Simile - Sawah pula, laksana lautan emas.....
6. Metafora - garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
7. Sinkope - tak, tu, dulu, tau
8. peribahasa - anak angkatnya, minta diri, tangan kosong

G. NILAI:

1. kasih sayang - Tuan Booth membawa semua keluarganya keluar dari


bunglonya seminggu sebelum Jepun menjajah.

2. patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan


kemerdekaan kepada penduduk kampungnya dan menentang kekejaman
komunis.

3. keberanian - Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya


mengajak penduduk kampung memperjuangkan kemerdekaan daripada
penjajah.

4. ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam


perjuangannya menuntuk kemerdekaan negara.

5. kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis


bahasa Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo Tuan Booth.

6. tanggungjawab - Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan


Ahamad sebagai anak angkat setelah Ahamad menjadi yatim piatu.
7. kerjasama - penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan
untuk bekerjasama mencari Ahamad yang hilang ditangkap komunis.

8. hormat-menghormati - Tuan Booth amat menghormati penduduk


kampung dan selalu ke surau untuk berbual-bual dengan penduduk.

9. mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah


memeliharanya dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan Booth di
banglonya.

H. PENGAJARAN:

1. kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik -


Ahamad berani bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang
mendapatkan kemerdekaan.

2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak


penduduk kampungnya supaya berusaha mendapatkan kemerdekaan
tanah air daripada penjajah.

3. kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung


dan tuan Booth bekerjasama untuk mencari Ahamad yang hilang kerana
ditangkap komunis.

4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth


yang pernah memeliharanya dengan menghadiri majlis tuan Booth di
banglonya.

5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa


keluarganya berpindah sebelun Jepun menjajah kampung itu.

6. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri - Ahamad


mengambil peluang untuk belajar menulis dan bercakap Inggeris daripada
Sandra ketika tinggal di banglo tuan Booth.
CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

SINOPSIS

1. Pengarang memperkenalkan watak Ahmad Mutawakkil yang muncul


secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya sebaik-baik sahaja para
penduduk selesai menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Ahmad
Mutawakkil muncul dalam keadaan cedera parah dan pakaiannya dipenuhi
dengan darah dan lumpur.

2. Perkembangan cerpen dimulai dengan pemerihalan kisah kampung


penulis yang telah dipugar (diteroka) oleh moyangnya sejak tiga generasi
yang terdahulu. Selepas itu bermula pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth
sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar dengan
mengupah beratus-ratus orang buruh untuk menanam pokok getah.
Kemudian diikuti dengan kedatangan 15 keluarga buruh berketurunan India
yang bekerja di estet getah milik Tuan Booth.
3. Kisah diteruskan dengan pengenalan watak Ahmad Mutawakkil yang
menumpang banglo Tuan Booth serta berpeluang belajar membaca dan
menulis daripada Sandra, anak tuan punya estet getah itu setelah
kematian bapanya Wak Sadir. Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil
menjadi penyampai maklumat terkini kepada orang kampung. Dua tahun
kemudian dilantik menjadi pemimpin muda parti PEKEMBAR daerah.

4. Pelbagai konflik mula timbul apabila askar Jepun mendarat di Tanah


Melayu pada 1941, menyebabkan Tuan Booth sekeluarga terpaksa
meninggalkan estetnya. Hidup Ahmad Mutawakkil terbiar dan diambil
menjadi anak angkat oleh Imam Ngah Deraman. Selepas kejatuhan Jepun
ketokohan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu terserlah
khususnya melalui sesi pidato dan penulisannya dalam akhbar. Dalam
diam Sandra rupanya menyimpan perasaan kasih kepada Ahmad
Mutawakkil.

5. Pembabitan dalam perjuangan menimbulkan kerisauan kepada


Penghulu Ibrahim Sigap dan Imam Ngah Deraman. Malah Tuan Booth juga
pernah diancam oleh pengganas komunis agar menasihati Ahmad
Mutawakkil tidak menghasut rakyat membenci idealogi komunis.
Akhirnya perjuangan Ahmad Mutawakkil tiba ke puncak apabila didatangi
oleh seorang budak lelaki di surau pada malam Jumaat selepas
menyampaikan ceramah. Rentetan peristiwa tersebut membawa kepada
kehilangan Ahmad Mutawakkil sehingga menimbulkan kerisauan kepada
penduduk kampung termasuk Sandra.

6. Cerpen diakhiri dengan kematian Ahmad Mutawakkil di atas riba Imam


Ngah Deraman akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi
belakang bahunya dari jarak dekat. Pada 31 Ogos 1957 penduduk
kampung mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai tanda meraikan
kemerdekaan tanah air dan bacaan tahlil mengenang perjuangan Ahmad
Mutawakkil. Sandra kekal di kampung itu dan menyumbang bakti mengajar
anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis. Situasi ini kerana
kenangannya dan kasihnya kepada Ahmad Mutawakkil tidak pernah
padam.

TEMA :
Kegigihan dan keberanian seorang pemuda yang menghadapi
pelbagai cabaran dan tentangan dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan tanah air.

1.Peristiwa Tuan Booth bertindak membawa semua ahli


keluarganya berpindah semasa penjajahan
Jepun demi kasih sayangnya kepada keluarga
Persoalan Persoalan tentang kasih sayang sesama ahli
keluarga

Perwatakan Seorang yang penyayang


Tuan Booth
Latar Masyarakat Masyarakat yang penyayang
Nilai Kasih sayang
Pengajaran Kita hendaklah sentiasa mengukuhkan ikatan kasih
sayang dalam keluarga

2.Peristiwa Masyarakat kampung yang sentiasa tabah dan


sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa
penjajahan Jepun dan keganasan komunis

Persoalan Persoalan tentang ketabahan dalam mengharungi


pelbagai kesusahan semasa zaman perang.

Perwatakan Seorang yang tabah Ahmad Mutawakkil


Latar Masyarakat Masyarakat yang tabah mengharungi zaman perang
Nilai Ketabahan

Pengajaran Kita hendaklah tabah dalam mengharungi zaman


/waktu kesusahan

3. Peristiwa Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang


mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
untuk memerdekakan tanah air melalui pidato
dan penulisan dalam menentang panjajahan
Inggeris dan komunis.

Persoalan Persoalan tentang semangat patriotisme yang tinggi


dalam diri seorang pejuang tanah air

Perwatakan Seorang yang mempunyai semangat


patriotism Ahmad Mutawakkil

Latar Masyarakat Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme


untuk memerdekakan tanah air

Nilai patriotisme

Pengajaran Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme


yang tinggi untuk memperjuangkan kemerdekaan
tanah air

4.Peristiwa Sandra yang mencintai Ahmad Mutawakkil


dalam diam sanggup menetap di kampung itu
selepas kemerdekaan dan mengajar anak-anak
kampung membaca dan menulis.

Persoalan Persoalan tentang kisah cinta yang mendalam

Perwatakan Seorang yang penyayang Sandra

Latar Masyarakat Masyarakat yang penyayang

Nilai Kasih sayang

Pengajaran Kita hendaklah setia apabila menyayangi seseorang


dengan setulus hati

5. Peristiwa Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan


menulis dengan Sandra sehingga
melayakkannya menjawat jawatan wartawan

Persoalan Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan

Perwatakan Seorang yang berilmu Ahmad Mutawakkil

Latar Masyarakat Masyarakat yang sedar akan kepentingan ilmu

Nilai Kebijaksanaan

Pengajaran Kita hendaklah sentiasa mencari ilmu demi


memajukan bangsa

PERISTIWA LATAR MASA LATAR TEMPAT


Ahmad Mutawakkil
melangkah dalam keadaan
terhuyung-hayang dan jatuh Malam Jumaat
Surau kampung
tersemban di ribaan Imam bulan Ogos 1953
Ngah Deraman kerana
ditembak oleh komunis
5 orang komunis memasuki
banglo Tuan Booth dan
mendesaknya supaya
Pukul 9 pagi
menasihati Ahmad Banglo Tuan Booth
Khamis
Mutawakkil agar tidak
menghasut rakyat
menentang komunis
Seorang budak lelaki
berbisik sesuatu kepada
Ahmad Mutawakkil, yang
11 malam Surau
membawa kepada
kehilangan beliau
seterusnya kematiannya.
Penduduk kampung
sembayang maghrib Senja Surau
berjemaah

Anda mungkin juga menyukai