Anda di halaman 1dari 7

Kumpulan 2 (Bab 7 – Bab 12)

Ahli Kumpulan: Amzaar Sufii,Ahmad Sazli,Bah Azario,Aiman Abqari,Muhammad Firdaus,Isma Danial

Bab 7

Penduduk Sungai Ramal gempar apabila mendapat tahu Pak Saidi menghantar anaknya belajar di
sekolah Inggeris.Beberapa orang penduduk kampung mengadukan hal tersebut kepada ketua
kampung. Jika Pak Saidi ingin meneruskan cita-cita tersebut,mereka ingin menghalau Pak Saidi
sekeluarga dari kampungnya.Mereka takut kalau anak-anak mereka akan dipengaruhi oleh Pak Saidi
supaya menjadi murtad.Tuk Ketua tidak termakan akan hasutan orang kampung kerana beliau sedar
bahawa keluarga Pak Saidi memiliki akhlak yang terpuji.Sebaliknya Tuk Ketua menempelak Abu
kerana anaknya,Nordin mencuri buah rambutan orang-orang kampung. Nordin pula mendendami
Pak Saidi kerana menganggap Pak Saidi yang melaporkan hal tersebut kepada Tuk Ketua.

Bab 8

Pak Saidi tidak mempedulikan rungutan penduduk kampung.Pak Saidi bertegas.Dia mahu anak-
anaknya mendapat pendidikan di sekolah aliran Inggeris.Hal ini dikatakan demikian kerana orang-
orang putih lebih maju daripada orang Melayu dari segi pendidikan.Mereka menjajah tanah Melayu
kerana memiliki pengetahuan yang tinggi.Pak Saidi menegur sikap Karim kerana dia beranggapan
bahawa anak-anak perempuannya tidak perlu diberi pendidikan yang tinggi.Berlaku pendebatan
antara Pak Saidi dengan Tuk Ketua yang kurang puas hati terhadap Pak Saidi.Pak Saidi tetap
mempertahankan pandangannya,iaitu menghantar anak ke sekolah Inggeris bukan bermakna
menjadikan anak mereka penganut agama Kristian.

Bab 9

Suatu malam Pak Saidi terjaga daripada tidur apabila dikejutkan oleh bunyi bising.Pak Saidi dan
Adnan mengamati bunyi tersebut dan terlihat suatu lembaga.Adnan sempat membaling kayu
belatinya ke arah salah seorang daripada dua lembaga itu.Keesokan harinya, Adnan melihat tayar
basikal ayahnya dikerat dengan pisau angkara perbuatan khianat.Beberapa orang pelanggan
bercerita tentang Nordin. Kaki kanannya bengkak sehingga sukar berjalan.Pak Saidi teringat akan
peristiwa dua hari lalu ketika Adnan sempat membaling kayu belatinya ke arah lembaga itu.

Bab 10

Adnan dikhatankan ketika umurnya mencecah dua belas tahun.Sebagai anak lelaki,Adnan kurang
merasai kesakitan ketika berkhatan.Ayahnya membelikan Adnan sebuah basikal baharu sebagai
hadiah.

Bab 11

Cikgu Nazri menyatakan bahawa pada bulan depan akan diadakan pertandingan syarahan dalam
bahasa Inggeris. Adnan menyatakan kesanggupannya untuk menyertai pertandingan tersebut.
walaupun rakan-rakannya memperlekeh tindakannya itu.Pak Saidi sekeluarga hadir ke tempat
berlangsungnya pertandingan pidato bagi memberikan sokongan moral kepada Adnan. Adnan telah
menjadi juara dalam pertandingan pidato bahasa Inggeris itu.

Bab 12

Perlawanan bola sepak antara Kampung Sungai Merab dengan Kampung Sungai Ramal telah menjadi
buah mulut orang ramai. Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merab tidak berpuas hati kerana
mereka kalah di tangan pasukan Kampung Sungai Ramal.Mereka mengatur pula perlawanan tinju
antara kedua-dua pasukan. Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merab akan bertinju dengan
Adnan daripada pasukan Kampung Sungai Ramal.Akhirnya, Budin dan Adnan bersepakat untuk tidak
meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka menjadi sahabat.

SINOPSIS DAN PERISTIWA LAFTENAN ADNAN


KUMP: 3 (BAB 13-18)
NAMA AHLI:
NUR SYAUQINA MUSFIRAH BT KAMARULSHAM
NUR DAMIYA NAIMAH BT KHAIRUDIN
NURUL AMAANEEY BT ADILA SABRI
AEZIE NUR BT ZAMHARIRA
DIYANA BT ABDULLAH
NUR AZZAHRA BT MANSOR

BAB 13 – DARAH MUDA

Beberapa tahun berlalu, Adnan berjaya menamatkan persekolahan dengan cemerlang,


manakala dua orang adiknya masih bersekolah. Adnan mengajar orang kampung membaca
dan menulis dalam bahasa Inggeris. Selain itu, dia juga ada ke sawah. Adnan terpilih sebagai
guru pelatih yang mengajar di sekolah Sungai Ramal. Adnan termenung di beranda kerana
menjadi guru bukan cita-citanya, dia ingin menjadi seorang askar. Namun peluang tersebut
masih belum datang kepadanya. Akhirnya, Adnan memutuskan untuk menjadi guru pelatih
buat sementara waktu. Pada keesokan pagi, Adnan berbasikal ke Sekolah Melayu Sungai
Ramal. Adnan akan mula bertugas di situ selama setahun setengah setelah dibincangkan.

BAB 14 – ASKAR MELAYU DIRAJA


Berita tentang penubuhan pasukan askar Melayu tersebar di Kampung Sungai Ramal. Pada
suatu hari, beberapa anggota tentera British datang untuk mencari anak-anak muda yang
berkelayakan untuk berlatih menjadi askar melayu. Adnan teringin untuk memohon.
Ayahnya, Pak Saidi membenarkan Adnan menjadi tentera tetapi ibunya, Mak Milah tidak
setuju. Ibunya lebih suka jika Adnan kekal menjadi guru. Akhirnya, ibunya mengalah kerana
Adnan tetap berkeras untuk menjadi askar.

BAB 15 – BUKU BERTEMU RUAS

Selepas subuh, Adnan dan Mamat sudah berangkat untuk ke Port Dickson dengan berjalan
kaki. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan dua orang pemuda sebaya mereka
yang bernama Yusof dan Jaafar. Mereke berempat pergi ke Port Dickson dengan
menumpang sebuah lori. Pada pukul 12:00 tengah hari, mereka sudah sampai ke Port
Dickson dan terus menuju ke Kem Latihan Haig Lines. Apabila mereka sampai di kem itu,
mereka rasa sangat berdebar ketika menjalani proses temu duga. Selepas temu duga
mereka terus balik ke rumah mereka dengan harapan yang tinggi. Dalam beberapa minggu,
dua askar datang ke rumah Adnan untuk memberitahu bahawa Adnan terpilih untuk
memasuki kem latihan ketenteraan itu. Pak Saidi mengadakan majlis doa selamat
bersempena dengan pemergian Adnan ke Port Dickson. Selepas seminggu, Adnan dan
Mamat bergerak selepas subuh ke Port Dickson.

BAB 16 - PERWIRA

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi menjayakan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya
beliau dimasukkan ke dalam pasukan askar Melayu. Itulah saat paling menggembirakan hati
Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai
perintah pertukaran. Adnan diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula
ditukarkan ke Kedah. Semua rekrut dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindu akan keluarga yang telah
lama ditinggalkan.
BAB 17- KEHIDUPAN BAHARU

Kerana kesungguhan Adnan dalam kerjayanya, Adnan telah dinaikkan pangkat sebagai
sarjan dalam waktu yang singkat. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih untuk
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Selepas pemberitahuan berita
gembira tersebut, Adnan diberikan cuti selama seminggu sebelum bertolak ke London.
Setelah habis percutiannya, Adnan kembali ke Singapura seterusnya ke London. Tanpa
pengetahuan Adnan,semasa beliau di London, ibu bapa Adnan telah pergi ke rumah Pak
Pakih Muda untuk datang merisik. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali
lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Adnan dari London, dia dikejutkan dengan
khabar berita daripada Ibu bapanya bahawa Adnan telah mempunyai calon isteri. Adnan
setuju dengan calon isteri yang di pilih ibu bapanya dan beberapa hari kemudian, Adnan
telah pun berkahwin dengan seorang guru di kampungnya iaitu seorang gadis yang bernama
Sophia, anak Pak Pakih Muda

BAB 18 – BERHARI RAYA DIKAMPUNG

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi
bayi perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi
ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di
rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar
Melayu. Mereka hidup bahagia.
Bab 25
* Pertempuran sengit berlaku di kubu Sungai Kelantan dan akhirnya tentera Jepun berjaya
memasuki Kelantan dan menawan Kelantan.
* Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal
pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan
dalam Perang Dunia Kedua.

Bab 26
* Kapal perang kebanggaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan
Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya
dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan
kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British
berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun.

Bab 27
* Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan
tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai
usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak
tentera British.
*
Bab 28
* Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian
utara Singapura berhampiran Sarimbun. Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pengkalan Udara
Tengah di Seletar dan di Sembawang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan
Buffaloes yang selamat ke Palembang.
Bab 29
* Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu Penghulu
Deraman datang bertemu dengan Leftenan Adnan untuk menyatakan persediaan mereka bertempur
membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak
bahawa Samad dan dua orang ialah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak
harus dibiarkan.
Bab 30
* Pertempuran berlaku di Pasir Panjang namun Leftenan Adnan menghalang anggotanya membantu.
Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang.
* Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh. Adnan dapat menghidu helah
tentera Jepun dan menyerang tentera Jepun yang menyamar sehingga menyebabkan tentera Jepun
banyak kehilangan nyawa.

Anda mungkin juga menyukai