Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA

Bismillahirahman nirahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih peneraju acara, dif-dif kehormat berkarisma, panel juri teguh saksama,

serta warga dewan berbahagia. Salam 1 Malaysia.

Pujangga Melayu selalu berpesan,

Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa, sendi bangsa ialah budi,

runtuh budi runtuhlah bangsa. Indah tampan kerana budi, tinggi darjat kerana

bahasa.Maka yakinilah bahawa “KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA”.

Warga dewan sekalian,

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, sopan santun dan tatatertib, akal

kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan, tingkah laku dan kebaikan. Sesungguhnya

amalan berbudi bahasa dapat ditakrifkan sebagai norma kehidupan masyarakat

Malaysia yang terkenal dengan santun perkataannya dan indah pertuturannya.Maka

prakarsa amalan berbudi bahasa merupakan tonggak penting dalam menjamin

kemakmuran Malaysia yang diwarnai dengan pelbagai kaum,bangsa dan Negara.

Warga dewan sekalian,

Hayatilah idea pertama, Melahirkan individu yang beretika.

Etika merupakan sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku dan kesusilaan yang

membawa maksud prinsip moral kehidupan. Dalam melakar kejayaan Malaysia,

Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya yang beretika serta

1 PIDATO SK KAMPUNG BAHAGIA JAYA 2017 | KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI


BAHASA
kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksud

selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga

tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan

sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru pembentukan etika yang

bersandar pada budi bahasa, perlu digarap dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi

bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Warga dewan sekalian,

Berbalik kepada idea kedua , melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun

Sejarah membuktikan masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang

memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian

lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina empayar dan

kerajaan yang kuat dan hebat sebagaimana tamadun Mesopotamia,Tamadun Mesir

Purba, Tamadun Indus dan Tamadun Hwang He. Walaupun pada masa itu teknologi

masih belum berkembang dengan sepenuhnya. Dalam mendepani cabaran

teknologi global yang mampu menghakis budi bahasa, penerapan budaya berbudi

bahasa sewajarnya dari segenap sudut bidang . Usaha ini bukan sahaja di premis

kerajaan, malahan di gedung-gedung perniagaan, media massa, institusi pendidikan

seperti sekolah mahupun universiti.Yakin dan percayalah budi bahasa, lambang

ketamadunan bangsa.

Warga dewan sekalian,

Idea ketiga saya, berpaksikan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.

2 PIDATO SK KAMPUNG BAHAGIA JAYA 2017 | KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI


BAHASA
Seantero dunia memperakui uniknya potret kejayaan Malaysia dilakari warna warni

perpaduan dalam kepelbagain. Kita mampu hidup bersatu iabarat seikat sirih,

seliang bagai tebu, serumpun bagai serai. LAntaran itu prakarsa perpaduan telah

lama ita laksanakan dalam kepelbagaian kaum, agama dan bangsa. Amalan berbudi

bahasa member jaminan kepada perpaduan. Masyarakat yang berbudi bahasa akan

saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umur individu tersebut.

Natijahnya, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan

gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan

kepercayaan. Cukuplah peristiwa 13 Mei 1969 terkubur dalam lipatan sejarah

negara. Pepatah ada mengatakan bersatu teguh, bercerai roboh. Justeru, apabila

masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar

tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.

Kesimpulannya warga dewan,

Kesimpulannya, pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk

negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk

sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain di dunia.

Usaha ini menyeru semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan

mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Malah Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari

semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengangankan

segala tabiat buruk seperti gengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari

3 PIDATO SK KAMPUNG BAHAGIA JAYA 2017 | KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI


BAHASA
memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan

terbilang. Maka benarlah bahawa, Kepentingan Amalan Berbudi Bahasa.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

4 PIDATO SK KAMPUNG BAHAGIA JAYA 2017 | KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI


BAHASA

Anda mungkin juga menyukai