Anda di halaman 1dari 27

_________________________________________________________________________

HMEF5083_V2
INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY
JANUARY 2020 SEMESTER

NAMA : NUR SAMSIAH BINTI ABDUL WAHID

NO.MATRIKULASI : CGS02092906
NO. KAD PENGENALAN : 790420-13-5112

E-MEL : chems@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN ; SIBU,SARAWAK

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


BAHAGIAN 1

INTEGRASI TEKNOLOGI DAN PEMBELAJARAN AKTIF MEMPENGARUHI


KEBERKESANAN PEDAGOGI

PENGENALAN
Trend terkini dalam sistem pendidikan global menjadikan teknologi sebagai medium
yang mampu membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia dilihat sebagai perangsang dalam meningkatkan penguasaan murid
dalam pembelajaran. Kepelbagaian teknologi yang diperkenalkan saban hari
mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan seharian (Aznan Omar,
2017). Dengan adanya teknologi, masyarakat seluruh dunia boleh berkomunikasi di
antara satu sama lain dan kemudiannya memberi impak besar dalam perniagaan,
pendidikan, sains sosial, sains dan teknologi.Kesannya, teknologi mudah alih mula
mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dunia kerana wujud interaksi secara
peribadi sesama individu.
Dalam memastikan kemenjadian murid, guru memainkan peranan penting untuk
menjadikan pada akhir PdPc mereka mampu bersaing dan mampu mengadaptasikan
dan mengaplikasikan penguasaan ilmu dalam persekitaran di luar bilik darjah (Mohd
Salmi Osman, Maria Chong Abdullah, Abdul Aziz Ismail & Samsilah Roslan, 2015).
Transformasi ini amat bertepatan dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia
(seterusnya KPM) yang menetapkan bahawa pembudayaan KBAT dalam PdPc
sebagai satu agenda yang perlu dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia bermula pada tahun 2013 hingga 2025 (KPM, 2013).

TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Naim Hj. Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu
perkaedahan atau pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi
pengurusan (organisasi dan personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka
bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan
sumber ( mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik
untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan
pembelajaran manusia.

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


Yusuf Hashim (1997), teknologi pendidikan ialah satu proses merancang,
membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara
sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada
teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.

PEMBELAJARAN AKTIF
Dalam proses dan aktiviti pembelajaran samaada melalui penulisan, perbincangan,
penyelesaian masalah mahupun refleksi memerlukan satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang mampu mendorong pelajar. Pembelajaran yang melibatkan pelajar
secara langsung dan aktif membolehkan mereka mencerap pembelajaran dengan lebih
baik. Berbanding dengan kaedah konvensional seperti pembelajaran melalui kaedah
syarahan atau penerangan oleh guru dengan mengambil nota umpamanya. Keadaan
ini akan meminimumkan potensi dan motivasi pelajar dan menghadkan pencapaian
objektif pembelajaran itu sendiri.
Ironinya pembelajaran secara aktif sangat membantu murid meningkatkan
penguasaan dalam apa jua bidang dipelajari. Pembelajaran ini merupakan satu kaedah
pengajaran masteri iaitu berpusatkan murid. Dalam aktiviti ini, pelajar diberi peluang
untuk berinteraksi, bekerjasama dalam pasukan dipelajari, malah dapat menyerlahkan
lagi bakat dan potensi mengikut kemampuan dan kebolehan pelajar. Kaedah ini
memerlukan guru berusaha melaksanakan aktiviti untuk menjadikan pelajar aktif dari
awal hingga akhir sesi pembelajaran. Pastinya keadaan ini akan menghidupkan dan
menceriakan suasana di dalam kelas.
Dalam laporan PPPM 2013-2025, KPM mensasarkan bahawa ICT harus
digunakan bukan sahaja untuk tujuan penggunaan tetapi ia harus merangkumi
peningkatkan pembelajaran pelajar secara berkesan. Justeru itu, KPM melaksanakan
strategi “dua gelombang” dengan mengukuhan asas ICT sekolah sambil
memperkenalkan penyelesaian ICT. Strategi ini terbukti amat berkesan dalam sistem
pendidikan masa kini berdasarkan kepada pengalaman yang dialami oleh negara maju
yang lain. Antara teknologi yang akan dihuraikan dalam penulisan ini melibatkan
penggunaan Papan Putih Interaktif , LCD, CD dan Visualizer.

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


PAPAN PUTIH INTERAKTIF (SMART BOARD)

Smartboard dengan maksud lain ialah papan pintar atau papan putih interaktif
elektronik. Smartboard ialah sebuah peranti persembahan yang bersemuka dengan
sebuah komputer. Imej komputer dipaparkan ke atas papan oleh projektor yang boleh
ditonton dan dimanipulasi. Pengguna boleh mengawal kedua-dua perisian daripada
komputer dan dari papan.Di Malaysia, papan putih interaktif telah diperkenalkan
seawal tahun 2002 di Maktab Tentera Di Raja Malaysia (MTD). Dahulu, MTD adalah
satu-satunya sekolah kerajaan di Malaysia yang mempunyai papan putih interaktif di
dalam setiap kelas. Ini menjadikan pelaksanaannya efektif kerana guru dan pelajar
tidak diberi sebarang pilihan, melainkan terpaksa membudayakan diri menggunakan
papan putih interaktif dalam P&P.Papan putih interaktif telah diperkenalkan kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2004. Di peringkat awal, pada
tahun 2005, iaitu sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) diumumkan,
sejumlah sekolah yang baik telah diberikan papan putih interaktif agar ia dapat
digunakan secara rintis. Pada tahun 2006, lebih banyak lagi jenama dan perisian
papan putih interaktif ini dirintis. Lebih banyak sekolah lagi dilibatkan.
Dengan perkembangan teknologi yang pantas dan berkembang sangat pesat. Ia
secara tidak langsung memberi kesan yang positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di seluruh Malaysia. Salah satu perkembangan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah pengunaan papan puith interaktif didalam kelas.
Papan putih interkatif dilihat menjadi pilihan utama para pelajar semsas proses
pengajaran dan pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam sebuah bengkel seminar
para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007).
Berdasarkan keutamaan, peserta-peserta bengkel BETT dari pelbagai negara telah
ditanya tentang teknologi apakah yang mereka harapkan dapat disediakan di sekolah
mereka. Hasil soal selidik mendapati, hampir 70 peratus menyatakan interactive
whiteboard atau papan putih interaktif (IWB) perlu diberi keutamaan dalam setiap
sekolah.  (Utusan Malaysia, 2009)   
Pertama kita lihat kepada aspek kebaikan penggunaan Smartboard dalam
pengajaran dan pembelajaran hakikatnya telah mewujudkan persekitaran yang
interaktif dan seterusnya merangsang pelajar minat untuk memberi
perhatian.PEnggunaan audio, visual, grafik dan kepantasan teknologi simulasi ini

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


meberi impak yang sangat signifikan kepada pelajar. Penggunaan teknologi
sebenarnya telah memberi keberkesanan penyampaian isi pelajaran kerana ia
ditampilkan dalam bentuk yang menarik. aedah perlaksanaan perisian wiimote
whiteboard di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran memerlukan
pemain wii atau wii remote sebatang pen infrared yang boleh dibuat sendiri , komputer
bimbit sebuah projektor  dan perisian percuma wiimote whiteboard. Komponen-
komponen tersebut akan menghasilkan papan putih interaktif dan kosnya jauh lebih
rendah berbanding membeli sebuah smartboard. Beban kewangan menjadi lebih
rendah kerana kebanyakan pengguna atau tenaga pengajar sudah mempunyai
komputer riba dan projektor sudah terpasang di dalam kelas.Kaedah paparan ini
dihasilkan oleh Johhny Lee Chung untuk memudahkan tenaga pengajar diseluruh
dunia.Kaedah ini adalah satu inovasi yang boleh diadaptasi dalam penggunaan
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dan kursus Senibina.    
    Kewujudan inovasi papan putih interaktif adalah kaedah yang digunapakai dan ia
adalah satu inovasi baru dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Senibina, namun
begitu bukan semua kursus perlu menggunakan papan putih interaktif ini.
Penggunaannya masih terhad kepada kreativiti tenaga pengajar yang
menggunakannya. Hakikatnya penggunaan papan putih interaktif ini sangat
membantu, khususnya dalam kuliah yang melibatkan penggunaan powerpoint atau
pengajaran yang melibatkan perisian seperti Adobe Photoshop. Pendekatan yang
digunakan lebih kepada penggunaan dalam pengajaran yang melibatkan powerpoint.
Adakala pensyarah memerlukan papan putih untuk melakar atau menerangkan dengan
lebih lanjut tentang suatu pengajaran, maka pensyarah perlu menekan butang untuk
menaikkan kembali skrin projektor.Maka dengan adanya papan putih interaktif,
pensyarah mampu untuk melakarkan penerangan hanya diatas papan putih interaktif
seterusnya memudahkan sesi pengajaran. Namun papan putih interaktif ini perlu
disetkan sebelum aktiviti pengajaran dijalankan agar  boleh digunakan semasa kelas
berlangsung.   
Proses pembelajaran menggunakan wiimote whiteboard ini masih ditahap
percubaan dimana pengunaannya sangat terhad kepada subjek-subjek tertentu
sahaja. Aplikasi penggunaan papan putih interaktif ini masih di dalam proses
penambahbaikan. Bagaimanapun, ia telah mendapat respon yang positif dari pelajar-
pelajar. Teknologi wiimote whiteboard ini dilihat berkesan dalam membantu kaedah

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan bersifat dua hala. Namun,
masih wujud kekangan dalam keberkesanan perisian ini. Ini kerana
sambunganan bluetooth  di antara wiimote dan komputer riba yang kadangkala
terputus membataskan penulisan yang lebih pantas di atas papan putih
berkenaan.Melalui pemerhatian yang dijalankan, penggunaan teknologi ini mampu
menggalakkan proses pembelajaran dua hala di antara pelajar dan pensyarah dengan
menggunakan perisian wiimote whiteboard sebagai medium perantaraan. Pelajar
cenderung untuk memberi tindak balas dan seterusnya menjawab soalan di papan
putih secara sukarela. Malah keinginan pelajar untuk menjawab soalan adalah lebih
tinggi kerana mereka berminat untuk mencuba teknologi papan putih
tersebut.Perubahan minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran turut
terserlah. Pelajar cenderung untuk hadir ke kelas bagi menyertai proses pembelajaran
dengan wujudnya sesuatu yang baru didalam kelas khususnya pengunaan
teknologi wiimote whiteboard. Hasil yang didapati adalah sangat positif kerana ia
mampu menarik minat pelajar untuk sentiasa aktif didalam kelas semasa penyampaian
pengajaran dan pembelajaran.    Pelaksanaan wiimote whiteboard dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah inisiatif tenaga pengajar untuk memastikan
kelangsungan penggunaan teknologi ini diteruskan. Tenaga pengajar perlu proaktif dan
sentiasa sensitif terhadap teknologi dan keperluan pelajar. Tarikan utama kepada
aplikasi wiimote whiteboard ini adalah kerana kosnya yang sangat mampu dimiliki oleh
setiap tenaga pengajar berbanding teknologi smartboardyang menelan belanja
sehingga puluhan ribu ringgit setiap satu. 

PROJEKTOR LCD

Projektor LCD dan skrin serta pelbagai bahan interaktif sering dibekalkan kepada
sekolah-sekolah. Penggunaan LCD bukan satu perkara yang baru dalam bidang
pendidikan. Dalam konteks pendidikan penggunaan teknologi fiukur sejauh mana ia
mampu membantu meningkatkan mutu pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran. Sistem pembelajaran kini amat berbeza dengan pembelajaran
tradisional. Salah satu yang digunakan dalam proses pembelajaran adalah Projektor
atau LCD (Liquid Crystal Display).

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


LCD adalah teknik untuk mempamerkan data dan maklumat dalam bentuk
huruf-huruf kristal yang tidak tembus cahaya apabila berada dalam ruang listrik
tertentu. Projektor juga adalah perangkat yang mengintergrasikan sumber cahaya,
sistem optik, elektronik dan paparan dengan tujuan untuk dipamerkan gambar atau
video ke dinding mahupun layar. Penggunaan LCD merupakan pelengkap untuk
membantu menyambungkan secara langsung dengan komputer. Kepelbagaian
penggunaan LCD dengan menghasilkan kualiti gambar yang sama dengan apa yang
ada dalam komputer. Teknologi LCD juga dapat menampilkan gambar, warna, dan
gerakan. Oleh itu, penggunaan LCD disambungkan dalam komputer dan hasilnya
dipamerkan ke layar dan tindakan untuk menunjukkan pergerakan pada skrin layar
dilakukan dengan penggunaan tetikus yang ada pada komputer. Penggunaan LCD
dalam bidang pendidikan dikembangkan lagi agar proses pembelajaran di sekolah
berjalan dengan lancar dan berkesan. Jadi penggunaan LCD dalam pembelajaran
merupakan salah satu alat bantu pembelajaran yang baik.
Kesimpulannya, kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang
teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat
dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa
akan datang. Walaupun  penggunaan projektor  dalam bidang pendidikan adalah
kurang  ekoran daripada ketidaksediaan para pelajar menerimanya, namun pandangan
seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru
dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan
kemahiran ini pada masa akan datang.

VISUALISER
Kepesatan teknologi telah memberi impak kepada kepelbagaian inovasi yang
bertujuan memudah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai
inovasi yang diwujudkan dengan konsep yang lebih mesra dan mudah digunakan.
enggunaan ICT dalam pendidikan berupaya meningkatkan potensi diri seseorang
pelajar itu dalam pembelajaran terutama bagi mata pelajaran sains. Hal ini demikian
kerana, penggunaan teknologi yang terkini mampu untuk meningkatkan kefahaman
pelajar terutama pelajar yang belajar secara memahami. Oleh hal yang demikian, guru
sepatutnya melengkapkan diri mereka tentang pengetahuan yang berkaitan dengan

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


ICT. Ini kerana perubahan teknologi telah meningkatkan tuntutan terhadap tugas
sebagai seorang guru walaupun terpaksa berhadapan dengan persoalan adakah
mereka mampu untuk mengguna ICT dalam pengajaran mereka di samping
membimbing pelajar menguasai aras-aras pengetahuan tinggi.
Kaedah visualisasi dalam pedagogi diayakini dapat meningkatkan keupayaan
pelajar menguasai objektif pelajaran. Dalam sebuah kajian oleh Maslinah Lasiun ,
kajian untuk menentukan keberkesanan kaedah visualisasi dalam meningkatkan
keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat di sebuah sekolah luar Bandar,
Sabah. Kaedah visualisasi ini memberi fokus kepada fasa memahami masalah, yang
akan membantu pelajar merancang dan seterusnya melaksanakan strategi
penyelesaian masalah. Kajian ini merupakan kajian tindakan. Persampelan secara
bertujuan telah dilakukan untuk memilih responden kajian iaitu terdiri daripada 12
orang pelajar tingkatan dua yang berbeza tahap kognitif(rendah, sederhana dan tinggi).
Data diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca menyelesaikan masalah
matematik berayat serta melalui pemerhatian kepada jenis gambaranvisualisasi yang
dibuat oleh pelajar. Sebagai data sokongan, analisis dokumen turut dilakukan. Dapatan
kajian yang dianalisis secara triangulasi data menunjukkan bahawa pelajar yang
mempunyai tahap kognitif yang tinggi melaksanakan kaedah visualisasi secara
skematik, manakala pelajar yang mempunyai tahap kognitif sederhana dan rendah
pula cenderung kepada kaedah visualisasi piktorial. Walaupun jenis perwakilan
visualisasi yang digunakan pelajar adalah berbeza, namun keupayaan menyelesaikan
masalah dalam kalangan pelajar meningkat. Secara kesimpulannya, situasi ini
menunjukkan bahawa kaedah visualisasi membantu meningkatkan keupayaan
menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan pelajar pelbagai tahap
kognitif tingkatan dua di kawasan luar bandar.
Walau bagaimanapun penggunaan bahan bantu teknologi ini masih lagi
bergantung kepada aspek luaran lain untuk memastikan kejayan penggunaannya
dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Seperti contoh bahan yang
dipamer, gaya penyampaian guru, pemilihan bahan pembelajaran dan beberapa aspek
lain lagi. Penggunaan visualiser ini akan berkesan sekiranya guru bijak memilih
bahan, tepat gaya penyampaian dan persembahan pastinya akan membantu
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


GAMIFIKASI
Teknologi seterusnya adalah tertumpu kepada Teknologi gamifikasi digital.
Guru kini menghadapi cabaran baharu dan perlu menyesuaikan diri dengan proses
perlaksanaan pdpc yang perlu memenuhi rentak dan keperluan generasi era digital.
Pendekatan dan kaedah pengajaran pastinya amat berbeza dengan harapan
membolehkan murid era abad 21 ini lebih aktif dan memiliki motivasi yang kuat untuk
terlibat dalam proses pdpc yang dilaksanakan. Cabaran pokok ialah tentang daya
ketahanan dan mengekal minat murid terhadap isi pdpc. Memetik pendapat Gabe
Zichermann, yang dipetik oleh (Giang, 2013),penggunaan mekanisma
permainan(gamifikasi) meningkatkan kebolehan untuk mempelajari kemahiran baharu
sebanyak 40peratus. Dapatan ini menjelaskan bahawa gamifikasi boleh dijadikan salah
satu kaedah yang berkesan dalam memberi motivasi kepada murid untuk sentiasa
terlibat secara aktif.
Gamifikasi adalah perkataan pinjaman Bahasa Inggeris, enurut Deterding,
Sebastian, et al(2011), gamifikasi ditakrifkan sebagai penggunaan permainan yang
mempunyai unsur-unsur reka bentuk dalam konteks bukan permainan.Dalam konteks
pendidikan,pendekatan gamifikasi merujuk kepada penggunaan elemen yang dapat
merangsang dan memberikan motivasi kepada pengamalnya agar pengajaran dapat di
integrasi dalam bentuk permainan (Hussain, Tan &Idris, 2014). Menurut Dewan
Bahasa& Pustaka (2004), gamifikasi bermaksud proses menjadikan sesuatu aktiviti
yang asalnya bukan permainan sebagai aktiviti bermain. Gamifikasi menyentuh
kehendak dan keperluan asas naluri murid berkisarkan kepada status dan pencapaian,
sama seperti permainan.
Dalam penggunaan gamifikasi ini, matlamat utamanya adalah memaksimakan
keseronokan dan penglibatan murid dalam pdpc dengan usaha menarik minat dan
inspirasi murid untuk belajar. Secara ringkas ia difahami sebagai proses mengadun isi
pembelajaran dengan aktiviti berbentuk permainan. Antara ciri gamifikasi adalah jelas,
unsure persaingan , mencabar, mempunyai isi pembelajaran yang menampilkan istilah
pengajaran dan bersifat boleh dilaksanakan dimana sahaja. Sesuai dengan ledakan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)dalam era digital di abad ke-21
kini,pelaksanaan konsep gamifikasi oleh guru terutamanya sebagai kaedah PdP untuk
murid di sekolah amatlah digalakkan. Ini kerana Generasi Z ini lebih mudah menerima
perubahan dari aspek inovasi.

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


Gamifikasi sememangnya memberikan kesan yang positif dalam proses PdP dan
sesuai dilaksanakan seiring dengan minat murid dan tuntutan perkembangan
pendidikan pada hari ini. Gamifikasi boleh dijadikan satu pendekatan berkesan untuk
mencetus perubahan positif dalam tingkah laku dan sikap murid terhadap
pembelajaran. Apatah lagi elemen gamifikasi sangat mudah dan fleksibel untuk di
integrasikan dalam proses pengajaran sebagai aktiviti untuk mencapai objektif
pembelajaran yang tertentu.

KESIMPULAN

Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat


penting kerana ia diyakini dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Dengan
menggunakan pelbagai teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar
akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan seperti komputer, LCD, CD,
pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan
dengan teknologi terutamanya ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang
tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini
kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar
akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam
memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod
setiap maklumat yang diperolehi.
Kemahiran dalam menggunakan teknologi terkini ini dilihat mampu memberi
nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu
kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat
menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT terutamanya melalui pengalaman
yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa
proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang
apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan
sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti
penyampaian.
Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan
pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru
dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat
penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan kepelbagai
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang
pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam
sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam
menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan pelbagai
teknologi murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana
proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada
penggunaan alatan teknologi tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti
powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih
memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan
persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang
timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah
bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan teknologi. Dan titik akhirnya
ialah menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


BAHAGIAN 2
Guru memainkan peranan penting dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Guru memainkan peranna pendorong, penjar, fasilitator, pembimbing
dan penyamoai maklumat tentang pembelajaran. Malah guru juga memastikan segala
proses dalam penyampaian ilmu tersebut berjalan lancar meliputi kebajikan dan
masalah pelajarnya. Oleh itu, seorang guru hendaklah membuat satu perancangan
pengajaran yang teliti dan mampu memberi impak yang menyeronokkan dan tercapai
objektif pengajarannya.
Dalam setiap teori pembelajaran boleh dikatakan penggunaan sumber
pengajaran dan pembelajaran ini sangat penting sebagai perangsang dan untuk
menarik perhatian dan minat semasa proses pembelajaran dan pengajaran, yang
seterusnya mewujudkan satu pengajaran yang berkesan. Keberkesanan pengajaran
guru mampu mendorong pelajar memperoleh maklumat memproses maklumat dan
mengaplikasikannya serta berlaku perubahan tingkahlaku yang baharu. Sumber
pembelajaran ialah pihak atau bahan dan media yang berupaya untuk membantu guru
atau pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Penggunaannya dapat
meningkatkan mutu pembelajaran.

TEORI GAGNE
Proses pembelajaran ini dapat diterangkan dalam lapan peringkat pembelajaran
yang telah dikenalpasti Gagne. Peringkat pembelajaran yang dimaksudkan ini bermula
dari pembelajaran isyarat, gerak balas, rangkaian motor, pertalian bahasa,
diskriminasi, konsep, hukum dan penyelesaian masalah.
Untuk mengaitkan teori pembelajaran dengan bahan bantu mengajar TMK yang
telah dibuat, kita pergi pula kepada satu model pembelajaran langsung yang
berasaskan model teori pemprosesan maklumat yang dikemukakan oleh Gagne.
Dalam teori ini Gagne menyatakan terdapat lapan fasa pembelajaran dan fasa ini
disesuaikan dengan lapan fasa pengajaran.

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


NUR SAMSIAH ABDUL WAHID
Dorongan semula jadi dalam diri yang wujud
jangkaan dan harapan untuk maju dan
berkembang serta dapat memberi kepuasan

Memberi perhatian kepada apa yang dialami


dan dapat memberi tumpuan serta boleh
mendiskriminasikan persepsi

Ingatan rangsangan yang disimpan dalam stor


ingatan jangka pendek dipanjangkan ke stor
ingatan jangka panjang

Bahagian yang berupaya menerima dan


menyimpan sebanyak mana maklumat atau
data yang diperoleh tanpa had.

Keupayaan mencari dan mengingat semula


data yang telah tersimpan dalam stor ingatan
jangka panjang

Keupayaan menggunakan pembelajaran yang


tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang
untuk keadaan yang seakan-akan serupa

Kadar keupayaan belajar dan tahap


pembelajaran dapat diketahui melalui tingkah
laku yang dicerminkan

Pengukur, peneguh kepada prestasi dan


darjah kepuasan belajar seseorang individu
setelah melalui proses pembelajaran

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


Guru menayangkan gambar s ebagai
menimbulkan rangsangan murid untuk
belajar dan naluri ingin tahu tentang apa
yang bakal dipelajari.
Guru menayangkan video sebagai
menambah perhatian murid dan menjana
kefahaman murid terhadap isi pelajaran.
Dengan ini proses menyimpan data dan
merujuk kedalam buku menambah
maklumat yang diperlukan.

Murid berbincang tentang keperluan


menjaga kebersihan persisiran pantai.
Setiap kumpulan diberikan sekeping
kertas A4 dan menuliskan jawapan yang
telah dibincangkan dalam kumpulan ke
dalam kertas tersebut. Setiap kumpulan
menuliskan jawapan perbincangan
mereka dalam peta buih yang disediakan
guru apda papan hitam.
Murid dan guru bersama-sama menyemak
jawapan yang telah diberikan oleh murid.

.
Murid menyatakan nama-nama
bagi setiapnya.

Murid juga diminta untuk


menyatakan keperluan menjaga
kebersihan persisiran pantai

.Murid dikehendaki untuk menyiapkan


latihan pada buku aktiviti pada muka
surat 65 dan 62.Guru memberikan
peneguhan positif dan mengaitkan
pelajaran hari ini dengan sesi PdP untuk
minggu yang seterusnya.

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SEJARAH TAHUN EMPAT
Tarikh (Hari) : 9 Mac 2020 (ISNIN)
Masa : 7.45 – 8.45 pagi
Tahun/Kelas : 4 Biru
Bilangan Murid : 30 orang
Tema : SEJARAH AWAL NEGARA
Tajuk : 4. Kerajaan Melayu Awal
Standard Kandungan : 4.1 Kedudukan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal
Standard Pembelajaran : 4.1.3 Menamakan laut, selat, teluk dan pulau pada peta di sekitar Kerajaan Melayu
Awal
K4.1.6 Menyatakan keperluan menjaga kebersihan persisiran pantai
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat:
1. Menamakan lima daripada lima laut, tiga daripada tiga selat, dua daripada dua
teluk dan lapan daripada sembilan pulau pada peta di sekitar Kerajaan Melayu Awal
2. Menyatakan empat daripada lima keperluan menjaga kebersihan persisiran pantai
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) : Elemen Asas Sejarah - Tempat
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Nilai Murni (NM) :Kerjasama, menghargai, menyayangi alam sekitar
TKP :Verbal-linguistik, visual-ruang, kinestetik,
KBF :Menjana idea, mengaplikasi, menganalisis, merumus
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Video, selat, teluk dan pulau, peta Asia Tenggara, buku teks Sejarah Tahun 5,
lembaran kerja, pensel warna, kertas A4, buku aktiviti
Aktiviti-aktiviti : Set induksi – Soal jawab definisi laut, selat, teluk dan pulau

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


Langkah 1 – Gallery Walk / Menyiapkan lembaran kerja
Langkah 2 – Perbincangan kumpulan / Latihan dalam buku aktiviti
Penutup
Refleksi : Rujuk lampiran
Penilaian pengajaran dan pembelajaran : ___orang daripada ___ orang murid telah mencapai objektif P&P.

PROSEDUR PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah Standard Pembelajaran / Isi Aktiviti Pengajaran dan BBM/ EMK/ KPS/ Catatan
pembelajaran Pembelajaran
Set Induksi Tayangan kad laut, selat, Guru menampalkan kad bagi laut, KAEDAH / TEKNIK

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


(5 minit) teluk dan pulau. selat, teluk dan pulau pada papan Soal Jawab
hitam.
Tajuk Pelajaran : Kerajaan Murid ditanyakan tentang maksud BBB
Melayu Awal bagi setiap perkataan yang ditampal Kad laut, selat, teluk dan pulau
Isi Pelajaran : oleh guru.
Menamakan laut, selat, teluk Guru membimbing murid untuk EMK
dan pulau pada peta di mendapatkan jawapan yang betul. KBF – Menjana idea
sekitar Kerajaan Melayu Murid dikehendaki untuk meneka TKP – Visual-ruang, verbal-linguistik
Awal topik yang akan dipelajari.
Menyatakan keperluan Guru memberikan peneguhan. FASA MOTIVASI
menjaga kebersihan
persisiran pantai
Langkah 1 Menamakan laut, selat, teluk KAEDAH / TEKNIK
(30 minit) dan pulau pada peta di Murid dikehendaki untuk duduk Kumpulan / Gallery Walk
sekitar Kerajaan Melayu dalam kumpulan dan menonton
Awal tayangan video. BBB
Laut Setiap kumpulan akan diberikan https://www.youtube.com/watch?v=yWOWhVRX5do
Laut Andaman peta Asia Tenggara yang kosong Peta Asia Tenggara
Laut China Selatan dan pensel warna.
Laut Jawa Murid dikehendaki untuk melabel Pensel Warna
Laut Sulu laut, selat, teluk dan pulau ke dalam Buku Teks Sejarah Tahun 5
Laut Sulawesi peta tersebut berpandukan Lembaran Kerja

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


Lautan Hindi petunjuk :
Selat Laut Warna Biru EMK
Selat Melaka Selat Warna Oren KBF–Menganalisis, mengaplikasi
Teluk Warna Hijau
Selat Sunda Pulau Warna TKP –Visual-ruang, verbal-linguistik, kinestetik
Selat Makasar Coklat
Teluk Elemen Asas Sejarah –Tempat
Teluk Pegu Murid dibenarkan untuk merujuk

Teluk Siam buku teks bagi melengkapkan peta FASA KEFAHAMAN

Pulau tersebut. FASA PEMEROLEHAN


Pulau Sumatera Setiap kumpulan membuat gallery

Pulau Jawa walk untuk melihat hasil kerja

Pulau Luzon kumpulan lain.

Pulau Palawan Murid diberikan lembaran kerja

Pulau Mindanao untuk diselesaikan.

Pulau Sulawesi Murid dan guru berbincang jawapan

Pulau Borneo bagi lembaran kerja. Murid diminta

Pulau Visayas untuk membacakan setiap nama

Pulau Temasik laut, selat, teluk dan pulau.


Lembaran kerja ditampal pada buku
tulis dan dihantar kepada guru.
Langkah 2 Menyatakan keperluan Secara berkumpulan, murid KAEDAH / TEKNIK
(15 minit) menjaga kebersihan dikehendaki untuk berbincang Kumpulan / Perbincangan

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


persisiran pantai tentang keperluan menjaga
Pantai tidak tercemar kebersihan persisiran pantai. BBB
Hidupan laut tidak mati Setiap kumpulan diberikan sekeping Kertas A4
Nelayan tidak hilang sumber kertas A4 dan menuliskan jawapan Buku Aktiviti
pendapatan yang telah dibincangkan dalam Visualiser
Flora dan fauna tidak pupus kumpulan ke dalam kertas tersebut. EMK
Habitat laut tidak kotor Guru menuliskan tajuk dalam peta KBF – Menjana idea
buih pada kertas dan menggunakan TKP – Visual-ruang
visualiser. NM – Kerjasama, menghargai, menyayangi alam
Setiap kumpulan menuliskan sekitar
jawapan perbincangan mereka
dalam peta buih yang disediakan PENAHANAN
guru. INGAT SEMULA
Murid membentang secara
kumpulan menggunakan visualiser
memaparkan jawaoan kumpulan
masing-masing dan guru bersama-
sama menyemak jawapan yang
telah diberikan oleh murid.

Penutup 1. Penutup Kognitif Guru menunjukkan gambar laut, KAEDAH / TEKNIK


(5 minit) Isi Kandungan pelajaran selat, teluk dan pulau dan murid Soal jawab

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


Menamakan laut, selat, teluk dikehendaki untuk menyatakan
dan pulau pada peta di nama-nama bagi setiapnya. EMK
sekitar Kerajaan Melayu Murid juga diminta untuk KBF – Mengaplikasi
Awal menyatakan keperluan menjaga
Menyatakan keperluan kebersihan persisiran pantai. BBB
menjaga kebersihan Murid dikehendaki untuk Buku Aktiviti
persisiran pantai menyiapkan latihan pada buku Laman Web
2. Penutup Sosial aktiviti pada muka surat 65 dan 62. GENERALISASI
Peneguhan positif Guru memberikan peneguhan positif PERLAKUAN
Perasaan pencapaian dan mengaitkan pelajaran hari ini PENGUKUHAN
Membuat perkaitan dengan sesi PdP untuk minggu yang
seterusnya.

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


KESAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEDAGOGI

Pada masa kini, kaedah pendidikan secara tradisional seperti”chalk and talk” bagi subjek sejarah
dilihat kurang menarik minat pelajar generasi kini. Pendidikan sejarah bukanlah sebagai sesuatu
yangmembincangkan tentang masa lalu dan hanya terikat kepada tarikh, masa, peristiwa dan
hafalan faktasemata-mata. Tetapi dengan mempelajari sejarah seseorang pelajar itu akan menjadi
lebih bertanggungjawab dan boleh memperoleh banyak pengajaran.
Justeru dapat dijadikan  sebagai  pemangkin kepada pembangunan diri manusia yang
merangkumi aspek, rohani, jasmani, intelek dan emosi sebagaimana yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini akan menjadikan matapelajaran Sejarah lebih bermakna dan memberi persepsi baru kepada
minda pelajar bahawa ia bukanlah satu subjek yang kaku dan membosankan. Sejarah sangat penting
untuk dipelajari kerana menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaiki kesilapan
masa lalu bagi membolehkan kita menciptakejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. Tanpa belajar
daripada kesalahan dan kesilapan masalalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan
sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara
mahupun bangsa . Selain itu, pelajar jugaakan mengetahui bagaimana seseorang ahli sejarah itu
bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaranyang dibimbing oleh guru mereka (Isabel, Gracia
& Valvada 1997)
Perkembangan dunia teknologi dan digital pada hari ini mampu melahirkan pendidik
yang lebih kreatifdan sentiasa mempunyai idea-idea baru dalam proses P&P. Penggunaan video
merupakan salah satu daripada cabang komunikasi yang boleh digunakan oleh para pendidik
sebagai salah satu pedagogi mereka disamping dapat menarik minat pelajar untuk memahami
sesuatu topik mahupun subjek. Menurut Mohd Arif (2000) sebuah laman web adalah
merupakan laman yang mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik, animasi,
audio dan video yang berdasarkan kepada citarasa dan kreativiti pembinalaman web tersebut.
Justeru, laman web merupakan satu halaman komputer yang melibatkan teks, audidan grafik
yang boleh digunakan sebagai media pengajaran yang disediakan oleh para pendidik
untukdigunakan dalam proses P&P dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kaedah pembelajaran
penggunakan Laman Web juga dilihat sebagai satu pendidikan ke arah abad 21 secara tidak
langsung. Hal ini kerana,Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif
pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh
negara mulai tahun 2015 sejajar dengan usahaKementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


transformasi pendidikan melalui Pelan PembangunanPendidikan Malaysia (PPPM) 2013
– 2025.
Rodriguez (2003) menyatakan banyak strategi dan pendekatan telah diperihalkan dalam
kajiankepustakaan tentang penggunaan internet sebagai alat pembelajaran dalam kalangan
pelajar.Pengajaran berasaskan Laman web merupakan program pengajaran berasaskan
hipermedia yangmenggunakan atribut dan sumber Jejaring Sedunia (World Wide Web atau
WWW) untuk mereka ciptadan mendokong suasana pembelajaran yang bermakna (Badrul
Khan, 1997).Ciri-ciri utama pembelajaran dalam talian ialah capaian dan pemudahcara
komunikasi.Denganitu pembelajaran dalam talian mampu menyokong pembelajaran yang berbe
ntuk konstruktivisme yang bercirikan pembinaan pengetahuan yang berpusatkan pelajar, dan ber
interaktif. Peranan guru ialahsebagai fasilitator dan tidak sebagai pakar, manakala peranan
pelajar ialah sebagai kolaborator yangaktif dan tidak sebagai pendengarjpenerima pengetahuan
yang pasif.  Pembelajaran ini  menggalakkan  pemikiran  yang  kritis  di kalangan  pelajar 
dan melibatkan proses interaksi dan kolaboratif dalam penjanaan pengetahuan (Jonassen, 1999).
Pembelajaran melalui laman web mengajak para guru untuk mengalih paradigma pengajaran
merekadaripada yang bercorak behavioris dan kognitivis kepada konstruktivis. Konstruktif
dikaitkan dengan pendekatan pedagogi berdasarkan “learning by doing”. Justeru, membolehkan
pelajar meningkatkan kompetensi, pengetahuan atau teknologi dan lain-lain perkara yang boleh
mengembangkan diri sendiri.Konstruktivis dikatakan berupaya mengubah sikap memindah maklumat
secara pasif kepada yang aktifdengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat
mempertingkat kemahiran berfikir tahap tinggi (high- order thinking skills).

KESIMPULAN

Pembelajaran menggunakan kepelbagaian teknologi seperti contoh menggunakan laman


web yang mengandungi video merupakan satu anjakan paradigma baru kepada guru-guru dalam
subjek sejarah. Pada masa kini, pembelajaran berpusatkan pelajar dilihat lebih menarik
danmampu memberi nafas baru dalam subjek sejarah. Kemudahan internet dan lambakan
teknologi boleh melahirkan guru-guru yang lebih kreatif terutama di abad ke 21 ini. penggunaan
video adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa ini,
berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim.
Dalam tugasan ini jelas menunjukkan bahawa pembinaan perancangan pengajaran yang
merujuk fasa Gagne bermula dari perkasa asas hingga penutup mampu meberi jangkaan kepada

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


guru tentang keberkesanan pengajaran yang bakal dilaksanakan . Sebagimana dalam pengajaran
sejarah ini dengan menggunakan video dari web bukan sahaja memudahkan tetapi secara tidak
langsung meningkatkan inkuirisiti pelajar dalam pembelajaran sejarah kerana pelajar diberi
peluang untuk meneroka dan memberi pendapat dalam berdasarkan pemahaman mereka. Selain
itu, kaedah ini adalah berbentuk  berpusatkan  pelajar  dimana  pelajar  perlu  baca  bahan 
bacaan  yang  disediakan  serta  mengemukakan  idea dan guru hanya terlibat sebagai
fasilitator dalam kelas. Penggunaan laman web dalam subjek sejarah  juga  menunjukkan
proses  pemebelajaran  berjalan  secara  berterusan.  
Kaedah  ini  juga membuktikan pembelajaran dan pengajaran adalah fleksibel dalam
mendapatkan dan mengakses maklumat. Justeru,kaedah ini boleh memupuk minat pelajar
terhadap subjek sejarah sebagai satu subjek yang menarik bukan lagi membosankan. Justeru,
penilaian pelajar dapat dijalankan dengan lebih mudah dan berkesanke atas seseorang pelajar
itu.

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


LATIHAN 1

Nyatakan keistimewaan kerajaan Melayu Awal.

1. Terletak sepanjang …………………………………………….


Yang menjadi laluan para pedagang.

2. Menjadi pusat ………………………………………………


Tempat persinggahan para pedagang antara China
dan     India.

3. Menjadi pusat ……………………………………………….


Mengumpulkan hasil tempatan untuk didagangkan.

4. Menjadi …………………………………………………. Agama.


Mengembangkan agama Islam ke kawasan sekitar.

LATIHAN 2
Isi tempat kosong lokasi kerajaan dengan betul.

Kerajaa Temasi Santub Gangga Chih-Tu Beruas


n k ong Negara
Kedah
Tua

1. Terletak berhampiran Sungai Dinding.


…………………………………………………

2. Terletak di Lembah Bujang.


…………………………………………………

3. Terletak di Sungai Sarawak.


………………………………………..

4. Terletak berhampiran Sungai Kelantan.


……………………………………..
5. Terletak di Sungai Dinding.
………………………………………………….

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


6. Terletak di muara Sungai Singapura.
………………………………………………..

RUJUKAN

Anderson, T.D. & Joerg, W.B. 1996 . WWW to support classroom teaching. Canadian Journal
ofEducational Communication, 25(1), m.s. 19-35.

Chang, Chi-Cheng. 2001. A study on the evaluation and effectiveness analysis of webbased
learning portfolio (WBLP). British Journal of Educational Technology; 32(4): 435-459.Khan,
B.H. 1999. Web Based Instruction. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology
Publications.

Mohd Arif Ismail & Mohd Jasmy Abd Rahman. 2000. Pembinaan laman web untuk pengajaran
fokusterhadap kursus GE2123 : Teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Prosiding Seminar
PendidikanKebangsaan 2000. Hotel Equatorial Bangi. 14 –  15 November 2000.

Law. N., Y. Lee & A. Chow. 2002. Practice characteristics that lead to 21st century learning
outcomes.Journal of Computer Assisted Learning. 18: 415-426 Blackwell Science Ltd

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).(e-


ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized
byhttps://worldconferences.net  Page128
 
Rodriguez, S., Dodge, B., N. & Menchaca, M. 2003. WebQuest Design and Application Strategies. InC.
Crawford et al. (Eds.), Proceeding of Society for Information Technology and Teacher
EducationInternational Conference 2002, hlm. 2478-2481. 

Norazah Mohd. Nordin & Ngau Chai Hong Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Web –  Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and Evaluation
ofWebquest for Informationand Communication Technology Subject): Jurnal Pendidikan
Malaysia34(1)(2009): 111 – 129Bolick, C. M. my/rencana/harapan-sistem-pendidikan-
malaysia-1.140638#sthash.isxaLEY3.dpuf more at:

NUR SAMSIAH ABDUL WAHID


NUR SAMSIAH ABDUL WAHID

Anda mungkin juga menyukai