Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Perkembangan dan penggunaan multimedia, khususnya dalam pendidikan bukan lagi


merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Pendidikan di Malaysia sekarang makin
mencabar selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat. Sebagai sebuah negara yang
berwawasan maka bidang pendidikan merupakan aset penting untuk melahirkan pakar-pakar
dalam sesuatu bidang dalam menuju ke arah sebuah negara berteknologi yang tinggi. Dalam
konteks pendidikan, interaktif melalui multimedia telah memainkan peranan yang penting
dalam mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik dan
bermutu. Ini dibantu dengan keupayaan komputer dalam mempersembahkan maklumat,
menyokong penghasilan aplikasi pengajaran pembelajaran. Video dalam pengajaran dan
pembelajaran dilihat adalah elemen multimedia yang bersifat dinamik dan lebih realistik
berbanding elemen-elemen multimedia yang lain. Media ini adalah gabungan daripada
pelbagai elemen-elemen lain seperti teks, grafik, audio dan lain-lain dalam satu medium.

CARA MERANGSANG GURU MENGGUNAKAN VIDEO DALAM PENGAJARAN

Penggunaan video dalam pendidikan sangat luas dan tidak terhad. Golongan pendidik harus
melihat dari aspek positif mengenai keperluan berinteraksi dengan teknologi terkini bagi
membiasakan generasi yang akan datang dengan cara hidup canggih di abad ke – 21 nanti.
Penggunaan multimedia seperti tayangan video secara tidak langsung dapat memberikan
peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai
teknologi terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan
datang. Menurut Burns and Anderson (1987), pengajaran adalah satu latihan penyelesaian
masalah, iaitu guru perlu menitikberatkan proses-proses komunikasi, motivasi, pengurusan
bilik darjah, pentadbiran dan penilaian.

Tugas guru ialah mengajar dan hasil daripada proses pengajaran ialah proses pembelajaran.
Guru mesti menggunakan pendekatan sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dia mesti merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan
kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Proses pengajaran yang menarik akan membantu
proses pembelajaran pelajar. (Boon Pong Ying & Ragbir Kaur, 1998)

Usaha kerajaan mewujudkan sekolah bestari (smart school) merupakan salah satu bukti
bahawa kerajaan turut berusaha untuk memperhebatkan lagi penggunaan ICT (Information
and Communication Technologies) dalam bidang pendidikan. Sebagaimana yang telah
dirancangkan, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari menggunakan teknologi
multimedia sebagai medium utama pemyampaiannya. Ini sekaligus mengiktiraf multimedia
sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Sekolah Bestari merupakan platform terbaik untuk
melahirkan generasi yang lebih berdaya maju, kreatif dan juga inovatif. Namun apa yang
lebih penting adalah, kewujudan Sekolah Bestari adalah untuk memupuk generasi muda
supaya tidak mengadaptasi sistem pembelajaran menghafal, sebaliknya berfikiran kreatif dan
kritis bagi menghadapi dunia yang kian berkembang.

Golongan pendidik harus melihat dari aspek positif mengenai keperluan berinteraksi dengan
teknologi terkini bagi membiasakan generasi yang akan datang dengan cara hidup canggih di
abad ke – 21 nanti. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang
kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi
terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.
Terdapat kemungkinan dimana suatu masa nanti pengajaran tradisi yang selama ini hanya
menggunakan buku, kapur dan papan hitam akan diambil alih fungsinya oleh komputer dan
teknologi lain yang setara dengannya.

Penggunaan ICT merupakan satu fenomena yang semakin berkembang dalam aspek
kehidupan manusia sama ada secara langsung ataupun tidak. Dunia pendidikan juga tidak
terkecuali turut merasa bahang teknologi ini. Oleh itu, semua pihak yang terlibat dalam
bidang pendidikan terutamanya para guru perlu bergerak seiring dengan arus perkembangan
teknologi tersebut dalam usaha memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak
ketinggalan, seterusnya dapat berkembang maju seiring dengan keperluan masyarakat
semasa.

Untuk mencapai hasrat penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan
penggunaan ICT. Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan dapat meringankan beban serta
kekangan yang sedia wujud dalam pembelajaran tradisi yang sebelum ini terhad kepada
penggunaan buku, kapur dan papan hitam. Mengubah tanggapan guru itu yang perlu
dilakukan.

Kita tidak boleh menyuruh atau mengarah seseorang melakukan perubahan dari cara lama ke
cara baru dalam masa satu hari. Begitu juga dengan guru, ia mengambil masa untuk menukar
kaedah pengajarannya yang telah lama diamalkannya. Oleh itu, guru perlu dirangsang untuk
menyesuaikan diri dengan arus perubahan dunia pendidikan masa kini. Video dalam
pengajaran dan pembelajaran bukanlah susah namun bukan lah mudah bagi orang yang
pertama kali ingin menggunakannya. Cara yang berkesan untuk merangsang atau
menggalakkan guru menggunakan video dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
mengadakan kursus bagi mereka yang tidak biasa atau kurang mahir dalam pengendalian
komputer. Kursus asas seperti pencarian video di internet, pembikinan video dan penerangan
di mana sesuai menggunakan video dalam rancangan pengajaran harian boleh dilakukan.
Pembekalan manual yang lengkap atau modul penggunaan pengaplikasian video juga boleh
dilakukan. Guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan pembelajaran bestari. Antara kemahiran
yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah dapat membina atau membangunkan perisisan
pendidikan bersifat multimedia dan interaktif untuk kegunaan pengajaran di dalam bilik
darjah. Ini kerana teknologi multimedia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri
dalam mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, pihak kementerian dan bahagian kurikulum harus peka dengan kelajuan arus
globalisasi hari ini. Pembekalan perisian dan CD harus dipergiatkan. Perisian yang dihasilkan
haruslah bersesuain dengan tajuk dan tema yang perlu diajar kepada murid. Namun jika
pembekalan perisian mantap namun jika perkakasan lain seperti skrin projector (LCD) yang
kurang juga perlu diambil kira. Apa yang kita lihat LCD kebanyakannya dipasang atau
disimpan di makmal komputer dan makmal sains. ini menyukarkan guru untuk pergi
mengambil dan memasangkannya di kelas dan ini mengambil masa yang lama serta
membuang masa pengajaran yang diperuntukkan. Cadangan untuk memasang LCD di setiap
kelas harus dilakukan dan diambil tindakan.

Seterusnya, pihak atasan seperti pentadbiran sekolah perlu mengadakan mesyuarat


penyelarasan pengajaran di sekolah. Contohnya setiap panitia meletakkan sasaran berapa kali
dalam seminggu perlu pengajaran menggunakan video agar target untuk menghasilkan murid
yang cemerlang dan gemilang terlaksana. Malah apa yang lebih merangsang pihak guru ialah
penghargaan kepada mereka iaitu sesiapa yang menggunakan video pada sesi pengajarannya
direkodkan dalam buku khas. Guru-guru akan lebih bersemangat untuk melihat nama siapa
yang lebih kerap dicatatkan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan band dan
kedudukan sekolah kerana mengaplikasikan TMK di sekolah sepenuhnya.
IMPAK KEPADA MURID DARIPADA PENGAPLIKASIAN VIDEO

Bahan bacaan dan plot penceritaan yang selalu digunakan dalam mata pelajaran bahasa
melayu juga akan lebih mudah dan menarik minat pelajar jika menggunakan pengaplikasian
multimedia. Dengan bantuan multimedia proses pengajaran dan pembelajaran penceritaan
yang selama ini merupakan subjek yang membosan bagi kebanyakan pelajar akan bertukar
menjadi pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini adalah kerana bahan-bahan penceritaan
seperti latar tempat, latar masyarakat dan latar masa boleh direka bentuk bagi menghasilkan
persembahan lebih hidup dengan menggabungkan konsep gambar sebenar, animasi 3D dan
sebagainya atau guru terus menggunakan video klip yang berkaitan dengan pembelajaran
cerita, drama atau lakonan tersebut. Oleh itu pelajar tidak akan berasa bosan dengan
pembelajaran yang hanya menggunakan buku teks sebagai media pembelajaran. Cara ini
juga, dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang suasana sesuatu situasi itu
berlaku, ini secara tidak langsung membolehkan setiap pelajar meletakkan diri mereka dalam
keadaan atau situasi yang dapat memudahkan mereka memahami perkara yang sudah lama
atau sedang berlaku. Kajian yang dijalankan oleh Munir dan Halimah Badioze Zaman(1998)
mengatakan bahawa video amat berkesan dalam menggalakkkan kanak-kanak belajar
membaca.

Seterusnya, video dilihat mampu memberi penerangan yang lebih jelas kepada pelajar di
samping member ingatan yang lebih lama kepada diri pelajar. Hasil kajian mendapati
kemahiran, pengetahuan dan tahap kefahaman yang dikuasai oleh kumpulan yang
mengunakan video adalah lebih tinggi dari kumpulan kawalan. (Bosco, 1986 ; Fletcher ,
1989, 1990 ; Khalili & Shashaari, 1994). Kamus multimedia elektronik adalah salah satu
contoh dalam pengajaran Bahasa Melayu. Berbeza dengan kamus biasa, kamus multimedia
elektronik memaparkan makna sesuatu perkataan atau istilah yang dikehendaki dengan
menggunakan pelbagai media sokongan sebagai tambahan penerangan yang diberikan
menerusi penggunaan teks. Manakala menerusi penggunaan media seperti audio, video,
grafik dan animasi misalnya menyebabkan penerangan sesuatu perkataan dapat dilakukan
dengan lebih mudah dan berkesan. Kadang kala perisian kamus elektronik menyediakan
situasi bagaimana kosa kata itu digunakan dalam membina ayat yang baik.

Penggunaan video atau capaian video yang mudah di internet membolehkan pelajar mencapai
maklumat tanpa perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan seperti lembaran buku dan teks.
Ia membolehkan pelajar mencapai maklumat mengikut minat, keupayaan, kehendak hati
mereka sendiri dan keselesaan masing-masing. Ia membolehkan pelajar menggunakan cara
yang mereka gemari bagi memahami sesuatu topik tanpa sepenuhnya bergantung kepada
pengajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Contoh yang mudah ialah penggunaan
‘youtube’ di mana kita dapat saksikan ramai guru di Malaysia pada hari ini memuat naik
video pengajaran mereka sama ada pengajaran mikro atau pengajaran sebenar untuk tujuan
berkongsi maklumat atau sebagai sebahagian tuntutan pengajian mereka. Dengan adanya
teknologi multimedia dan internet, seseorang pelajar dapat memperoleh sumber maklumat
atau video sebagai rujukan dan juga sebagai pengukuhan terhadap pengajaran guru sehari-
harian dengan lebih mudah dan pantas.

Video mampu meningkatkan motivasi belajar pelajar. Sumber rujukan elektronik juga
merupakan salah satu contoh media yang menjadi salah satu bahan bantu mengajar paling
meluas dalam pendidikan. Ensiklopedia, tutorial interaktif, buku elektronik, CD interaktif dan
sebagainya. Bagi mata pelajaran bahasa Melayu, media elektronik sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Ini kerana tidak semua guru boleh
memperdengarkan sajak dan syair dengan baik. Oleh itu penggunaan CD interaktif amat
sesuai dijadikan sebagai media dalam pembelajaran tersebut. Ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan motivasi pelajar malah pelajar dapat member tindak balas cepat. Menurut
Derek Rowntree, media pengajaran berfungsi membangkitkan motivasi belajar, mengulang
apa yang telah dipelajari, menyediakan simulasi belajar, mengaktifkan respon pelajar,
memberikan maklumbalas dengan segera, dan menggalakkan latihan yang serasi.

Tahap ingatan manusia adalah sangat rendah jika interaksi berlaku sehala sama ada hanya
mendengar atau melihat tetapi daya ingatan akan bertambah jika adanya interaksi dua hala.
Proses pembelajaran manusia berbeza dengan proses tumbesaran tumbuh-tumbuhan.
Sebatang pokok akan tetap membesar selagi pokok itu menerima udara, air dan baja yang
cukup. Manusia juga akan tetap membesar selagi ia menerima udara, air, dan makanan, tetapi
tidak semestinya dia mengalami proses pembelajaran. Proses pembelajaran manusia
memerlukan usaha dan rangsangan daripada pihak yang mengajar kepada pihak yang belajar.
Proses pembelajaran berlaku sekiranya rangsangan yang diberi oleh pengajar menerima gerak
balas daripada pelajarnya. Sekiranya rangsangan itu tidak menimbulkan gerak balas pelajar,
ini menunjukkan proses pembelajaran tidak berlaku. (Abd. Ghafar Md. Din, 2003). Oleh itu
sesuatu video yang hendak dibina hendaklah menyalurkan maklumat dalam bentuk yang
menghiburkan agar tumpuan pelajar dimaksimumkan. Selain dari itu perisian multimedia
juga hendaklah mencabar minda pelajar agar maklumat yang hendak disampaikan tidak
terlalu mudah dan membosankan. Video yang dibangunkan oleh guru mampu membuat
pelajar berfikir dengan lebih jauh dan berusaha untuk mencari jawapan permasalahan yang
diutarakan. Ini dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif.

RUMUSAN

Daripada perbincangan di atas, dapat kita nyatakan bahawa penggunaan video dalam
pengajaran semua mata pelajaran di sekolah khususnya dalam Bahasa Melayu mampu
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Kepelbagaian penggunaan audio
dan visual dalam multimedia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih
bersemangat dan supaya pelajar dapat mengubah sikap dan akhlak ke arah yang lebih baik
lagi untuk masa depan. Dengan ini, pengaplikasian multimedia dalam Bahasa Melayu diharap
sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesetengah guru Bahasa
Melayu seterusnya dapat mendidik pelajar dan menjadikan mereka pelajar yang cemerlang
dunia dan akhirat. Selain itu, dengan pengaplikasian multimedia dalam Bahasa Melayu akan
dapat menaikkan imej guru Bahasa Melayu di mata para pelajar dan seterusnya memberikan
semangat kepada guru-guru Bahasa Melayu yang lain untuk mempelbagaikan cara
pengajaran dan pembelajaran mereka.

Oleh itu, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik,
pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus
perkembangan teknologi tersebut supaya sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak
ketinggalan dan seterusnya mungkin tidak lagi relevan dengan keperluan masyarakat semasa.
RUJUKAN

http://azurazz84.blogspot.com/2006/03/multimedia-dalam-pendidikan-1.html

http://achmadarfan91.blogspot.com/p/blog-page_23.html

http://satriawati-tugasmedia.blogspot.com/

http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Pengajaran+Berbantukan+Komputer

http://permai73.blogspot.com/2010/01/penggunaan-ict-didalam-pengajaran.html

Anda mungkin juga menyukai