Anda di halaman 1dari 12

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

KRM 3013 ASAS NOMBOR

TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK NO TELEFON

ANITA BINTI ISMAIL D20112055041

KUMPULAN :

PENSYARAH E-LEARNING :

TARIKH SERAH :
KRM 3013 [ASAS NOMBOR]

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

MUKA HADAPAN 1

ISI KANDUNGAN 2

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PENOLAKAN PECAHAN 3

3.0 PERATUS 9

RUJUKAN 12

TUGASAN 1 MUKA SURAT 2


KRM 3013 [ASAS NOMBOR]

1.0 Pengenalan
Bagi setiap tajuk yang tersenarai di bawah, rancangkan 1 (SATU) aktiviti pengajaran yang
melibatkan penggunaan sama ada bahan konkrit, media atau teknologi. Setiap aktiviti yang
anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 30 minit. Aktiviti ini
mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Kita juga mestilah
menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah
objek 3D,hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti
ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman sendiri.

2.0 Operasi kita tolak melibatkan dua nombor pecahan.

Operasi melibatkan dua nombor pecahan sering menjadi masalah kepada murid-murid
sekolah rendah. Antara perkara yang sering menjadi kesalahan murid ialah menolak pecahan
di mana penyebut adalah berlainan. Murid juga sering lupa untuk menjadikan pecahan
tersebut dalam bentuk termudah.

Contohnya:-

Murid melakukan kesilapan


7 2 5
menolak
− = pengangka dan
9 3 6
penyebut. Murid juga tidak
menyamakan penyebut semasa
proses penolakan pecahan.

Untuk mengajar topik penolakan pecahan, guru perlu memastikan murid telah mengetahui
menolak dua pecahan wajar yang sama penyebutnya dan mengenal pecahan setara bagi
pecahan wajar.

TUGASAN 1 MUKA SURAT 3


KRM 3013 [ASAS NOMBOR]

2.1 Cara mengatasi

 SET INDUKSI - Pengamatan murid dan pengetahuan sedia ada banyak membantu
murid dalam pembelajaran sehari-harian. Oleh itu, semasa memulakan sesi
pengajaran topik pecahan penolakan, guru seharusnya memperkenalkan situasi dan
keadaan di mana murid dapat melihat situasi sebenar. Dengan menggunakan gambar
atau video, murid lebih mudah mengingati cara penolakan pecahan dengan betul.

Contoh video yang diambil dari sumber internet

 SESI PEMBENTUKAN – Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru


boleh melekatkan roda pecahan pada papan putih dan meminta murid
memerhatikannya. Guru bertanya murid berapakah bilangan bahagian yang ada pada
roda tersebut.Guru memanggil wakil daripada murid untuk tampil ke hadapan dan
melengkapkan bahagian roda dengan menampal potongan kad berwarna. Guru
kemudiannya meminta murid lain menanggalkan kad berwarna mengikut bilangan
yang ditolak. Bilangan kad berwarna yang tinggal pada roda pecahan adalah jawapan
bagi soalan yang diberi.

TUGASAN 1 MUKA SURAT 4


KRM 3013 [ASAS NOMBOR]

Contoh Roda Pecahan

 SESI PERKEMBANGAN – Semasa perkembangan konsep, guru boleh mengajar


Menolak dua pecahan wajar yang penyebutnya tidak sama dengan menukar satu
penyebut. Guru menunjukkan langkah penyelesaian dengan menggunakan model
pecahan.

TUGASAN 1 MUKA SURAT 5


KRM 3013 [ASAS NOMBOR]

Contoh carta yang dibuat oleh guru untuk sesi PdP

 SESI PENYELESAIAN MASALAH – Semasa penyelesaian masalah, murid diberi


kepingan pizza dengan pelbagai bahagian. (1/2, 1/4, 1/8,1/16,1/32). Murid perlu
mencari kawan-kawannya untuk membentuk satu kepingan pizza lengkap. Apabila
murid telah berada pada kumpulan pizza yang betul, guru memberi soalan penolakan
dan murid yang berkenaan perlu tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah itu
menggunakan kepingan pizza tersebut. Pizza dilekatkan di papan putih mengikut
turutan penyelesaian penolakan pecahan.

TUGASAN 1 MUKA SURAT 6


KRM 3013 [ASAS NOMBOR]

Contoh Kepingan Pizza

 SESI PENYELESAIAN MASALAH – Lembaran kerja diedarkan kepada murid dan


soalan juga boleh ditayangkan di slaid persembahan power point.

Contoh Latihan Yang

TUGASAN 1 MUKA SURAT 7


KRM 3013 [ASAS NOMBOR]

Contoh Latihan Yang Diedarkan

Contoh Latihan Yang Ditayangkan Di Power Point

3.0 Pengajaran penyelesaian masalah melibatkan peratus.

TUGASAN 1 MUKA SURAT 8


KRM 3013 [ASAS NOMBOR]

 Pengajaran penyelesaian masalah peratus sering menjadi topic yang sukar kepada murid
sekolah rendah. Mereka tidak biasa dengan penggunaan istilah peratus malah segelintir
besar daripada mereka tidak tahu keperluan penggunaan peratus. Untuk mengajar topik
peratus, guru perlu memastikan murid telah dapat menyatakan pecahan Perseratus dalam
peratus dan murid dapat menyatakan pecahan perseratus dalam peratus.

3.1 Cara Mengetasi


 SESI INDUKSI – Pada sesi ini, guru boleh membuat tinjauan berfokus di mana guru
menyediakan kad harga diskaun yang biasa dijumpai di pasar raya. Guru menunjukkan
kad harga pada murid dan menyoal mereka dan memberitahu kepada murid simbol yang
dijumpai adalah ”peratusan”.

Contoh Kad Diskaun

TUGASAN 1 MUKA SURAT 9


KRM 3013 [ASAS NOMBOR]

 SESI PEMBENTUKAN – Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru


meminta murid duduk berpasangan. Guru mengedarkan setiap kumpulan sehelai kertas
yang mengandungi seratus petak. Murid diminta untuk mewarnakan petak dengan corak
yang berlainan dan warna yang berlainan. Minta murid menuliskan bilangan petak
mengikut warna dalam pecahan.

Contoh Kad Petak

Guru menjelaskan kepada murid bahawa bilangan petak-petak berwarna mewakili


pecahan dan peratusan.

TUGASAN 1 MUKA SURAT 10


KRM 3013 [ASAS NOMBOR]

 SESI PERKEMBANGAN – Semasa perkembangan konsep, murid diagihkan kepada 4


kumpulan. Guru memberitahu murid-murid bahawa mereka akan dibimbing untuk
membina satu projek mengikut kumpulan. Guru mengedarkan kad projek kepada ketua
kumpulan.

 Stesen 1:
 - Mengira bilangan mozek yang berwarna dalam peratusan di perpustakaan.
 Stesen 2:
 - Mengira bilangan buku Matematik daripada 100 buah buku yang terdapat di rak buku
 Stesen 3:
 - Mengira kerusi yang berkusyen..
 Stesen 4:
 - Mengira kad pinjaman “red spot.

Contoh Soalan

 SESI PENYELESAIAN MASALAH – Guru meminta murid mengira peratusan untuk


setiap stesen. Kumpulan yang berjaya dengan jawapan yang betul dan pantas dikira
sebagai pemenang.

 SESI LATIHAN - Lembaran kerja diedarkan kepada murid.

Contoh Lembaran Kerja

TUGASAN 1 MUKA SURAT 11


KRM 3013 [ASAS NOMBOR]

RUJUKAN

Mok Soon Sang (2010). A Primary Education Course in Mathemathics for Post Graduate
Diploma (K.P.L.I). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

http://www.slideshare.net/cikajasepan/savedfiles?s_title=bmm3171-konsep-strategi-
pendekatan-kaedah-dan-teknik&user_login=Permata_An-Nur

http://siowchengfang.blogspot.com/

http://ceriamatematik.blogspot.com/

http://hongsiewhoon.blogspot.com/2012/12/rph-membaca-dan-menulis-masa.html

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun


Tiga. Kementerian Pelajaran Malaysia. www.kssr.bpk.my

Dokumen Standard Kurikulum Matematik Tahun 1 KSSR

Dokumen Standard Kurikulum Matematik Tahun 2 KSSR

Huraian Sukatan Matematik Tahun 6 KBSR

Huraian Sukatan Matematik Tahun 5 KBSR

Huraian Sukatan Matematik Tahun 4 KBSR

TUGASAN 1 MUKA SURAT 12

Anda mungkin juga menyukai