Anda di halaman 1dari 2

Tiga Ciri Pengukuran Yang Baik

Tiga ciri pengukuran yang baik ialah dengan mempertimbangkan penggunaan petunjuk tunggal,
skala atau indeks bagi mengukur sesuatu pemboleh ubah. Malahan, Sifat-sifat dan kategori
pemboleh ubah haruslah saling eksklusif, perlu menyeluruh dan bentuk pengukuran haruslah
bersifat unidimensional.
Sifat-sifat yang saling eksklusif
Sifat-sifat yang saling eksklusif ialah seperti seorang individu atau sesuatu kes yang perlu
masuk ke dalam satu kategori dan hanya kategori itu sahaja yang akan berubah-ubah. Sebagai
contoh, kita hendak mengukur jenis atau aspek yang berubah ubah dalam agama dengan hanya
menggunakan empat sifat yang ada dalam agama seperti Kristian, bukan Kristian, Yahudi, dan
Islam. Di sini jelas dan terbukti bahawa langkah atau cara sesuatu pengukuran kita tidak saling
eksklusif. Secara logik kita tahu yang agama Islam dab Yahudi adalah bukan dari agama
Kristian. Contoh lain tanpa sifat-sifat yang eksklusif adalah dengan mengukur satu bandar
dengan ciri-ciri yang perlu ada untuk membuktikan yang ia layak dipanggil bandar. Tiga ciri
yang perlu ada untuk bergelar bandar ialah mesti memiliki pelabuhan sungai, ibu negeri, akses
kepada lapangan terbang antarabangsa. Hal ini demikian kerana, untuk menjadi sesuatu bandar ia
haruslah memiliki ketiga-tiga kombinasi tersebut. Di sini jelaslah bahawa sekiranya kita hendak
memiliki sifat-sifat saling eksklusif kita mestilah membuat ia satu kategori supaya kes-kes yang
tidak boleh diletakkan ke dalam lebih daripada satu kategori.
Sifat-sifat Yang Lengkap
Sifat-sifat yang lengkap bermaksud setiap kes haruslah mempunyai satu tempat untuk pergi dan
sesuai dengannya sekurang-kurangnya satu kategori yang berubah-ubah. Berbalik kepada contoh
agama yang kita bincangkan pada awal tajuk sifat-sifat yang eksklusif itu yang mengatakan
agama ni sentiasa berubah-ubah dengan empat sifat mutlak Kristian, bukan Kristian, Yahudi dan
Muslim. Cara kita menggugurkan kategori adalah dengan menjadikannya satu agama Kristian
yang memiliki sifat-sifat eksklusif. Kita mesti mewujudkan sifat-sifat yang lengkap untuk

meliputi setiap keadaan yang mustahil. Sebagai contoh, agama Islam, Kristian dan Yahudi
memerlukan sifat-sifat yang lengkap bagi menjadikan ia satu agama yang eksklusif dan saling
eksklusif.
Unidimensional
Unidimensional ini bermaksud satu langkah yang bersama-sama atau satu langkah yang
tunggal. Unidimensional ini telah saya tanda dalam perbincangan yang sebelum ini dengan
kesahihan sesuatu kandungan. Unidimensional ini juga ada menyatakan sekiranya kita
menggabungkan beberapa keping maklumat tertentu ke dalam ukuran nilai tunggal semua
kepingan tersebut perlu diukur pada perkara yang sama. Kita biasanya menggunakan teknik yang
lebih maju seperti teknik faktor analisis untuk menguji unidimensional ini. Kita mungkin akan
melihat percanggahan antara idea dalam menggunakan skala atau indeks untuk menangkap
pelbagai bahagian daripada konstruk kompleks dan kriteria unidimensional. Konstruk ia berbezabeza secara teori mengikut tahap abstraksi. Malahan, kita boleh menentukan kompleks tersebut
dengan membina abstrak menggunakan pelbagai sub dimensi supaya setiap bahagian daripada
kandungan yang menyeluruh dapat membina kompleks tersebut. Untuk membina tahap konkrit
yang lebih rendah biasa memerlukan hanya satu dimensi. Sebagai contoh, saya ambil ideologi
feminis kerana ia merupakan satu ideologi yang konstruknya memiliki abstrak dan kompleks.
Malahan, ideologi ini memiliki satu bahagian tunggal yang mampu membina lebih abstrak dan
umum. Untuk membuat langkah unidimensional tentang ideologi feminis ini kita memerlukan
satu konsep sebagai satu sistem kepercayaan yang satu atau mungkin yang berbeza-beza dari anti
feminis kepada pro feminis. Prinsip unidimensional amat bermakna dalam pengukuran yang baik
bagi mengukur sesuatu konstruk. Kita mesti mewujudkan satu konsep kerana ia salah satu yang
masuk akal dan merupakan satu idea yang bersepadu bagi tahap interaksi. Ini menunjukkan satu
cara bahawa satu proses dan konsep dalam satu pengukuran yang baik telah terjalin. Kita
mungkin perlu mengukur mengenai sikap dalam pengajian yang sama untuk membina
unidimensional dalam diri sendiri atau sebagai satu sub abstrak yang kompleks untuk membina
ideologi gender yang lebih luas. Ia adalah idea yang kompleks dengan beberapa bahagian tetapi
boleh menjadi unidimensional pada satu tahap yang lebih abstrak.

Anda mungkin juga menyukai