Anda di halaman 1dari 57

RIS MARK

AH
SEMESTER 1 SESI
2010/2011

SEMESTER 1 SESI 2020/2021

GRU 60104 : KAEDAH PENYELIDIKAN UNTUK

PENDIDIKAN TUGASAN : PROPOSAL

TAJUK

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN PRESTASI SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM NO. TELEFON


SITI HAJAR BINTI MOHD KASER 20201000149 M201 017-9363451

KUMPULAN KULIAH :J

PENSYARAH : DR ZAHARI BIN SUPPIAN


PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat illahi dengan limpah dan kurniaNYA dapat saya menyiapkan
Tugasan : Proposal ini dalam masa yang ditetapkan. Pada kesempatan ini saya ingin
merakamkan penghargaan saya terutamanya kepada. Dr. Zahari bin Suppian, Pensyarah
Kaedah Penyelidikan Untuk Pendidikan (GRU60104) atas segala bimbingan serta tunjuk ajar
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang
bekerja keras dan memberikan komitmen yang memuaskan. Semoga hubungan silaturahim
yang erat wujud antara kita.

Akhir sekali, penghargaan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dengan tugasan ini
tidak kira sama ada secara langsung atau tidak. Segala budi kalian amat saya hargai.

Sekian, Terima kasih.

SITI HAJAR BINTI MOHD KASER


M20201000149
GRU60104
KANDUNGAN

Muka Surat
PENGHARGAAN ii
KANDUNGAN iii

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Tujuan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Persoalan Kajian
1.7 Hipotesis Kajian
1.8 Kerangka Teoritikal Kajian
1.9 Kerangka Konseptual Kajian
1.10 Kepentingan Kajian
1.11 Batasan Kajian
1.12 Definisi Operasional
1.13 Kesimpulan

BAB 2 SOROTAN LITERATUR


2.1 Pengenalan
2.2 Kepimpinan

2.3 Prestasi Sekolah

2.4 Pengetua Dan Prestasi Sekolah

2.5 Kajian Lepas Tentang Kepimpinan Sekolah

2.6 Kajian Lepas Hubungan Kepada Pengetua Dengan


Prestasi Sekolah

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Reka Bentuk Kajian
3.2 Kajian Rintis

3.3 Subjek Kajian dan Tempat Kajian

3.4 Instrumentasi
BAB 1

1.1 PENGENALAN

Rancangan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013-2025 telah dirangka dan

dilaksanakan pada tahun 2013 untuk mencapai perubahan dalam rangka kerja sistem

Pendidikan Malaysia. Laporan PPPM 2013-2025 telah dihasilkan untuk mengubah

sistem pendidikan seiring dengan anjakan evolusi industri Perindustrian ke 4 (4iR) yang

semakin ke depan telah menitikberatkan kualiti kepimpinan sekolah dan kualiti guru

selaras dengan kemahiran abad ke 21 yang mana meliputi pelbagai anjakan antaranya

melahirkan masyarakat yang mampu berdaya saing, penggunaan teknologi tinggi dan

mampu melahirkan generasi yang pakar dalam pelbagai bidang. Jesteru itu, pemimpin

sekolah perlulah membuat perubahan dalam amalan kepimpinan supaya ianya selari

dengan perubahan masa kini supaya kualiti pendidikan di sekolah dapat mencapai

indeks prestasi sekolah (KPI) yang telah ditetapkan dan mengikut perancangan PPPM

2013-2025.

Amalan kepimpinan dan gaya kepimpinan boleh mempengaruhi kejayaan dan

keberkesanan organisasi. (Zaidatol, 2003). Menurut (Senin, 2005) dan (Zaidatol, 2003)
kepimpinan transformasi boleh diamalkan di sekolah untuk mencapai objektif misi dan

visi sekolah. Kepimpinan transformasi dapat membantu membangunkan matlamat

sekolah, arah hala tuju sekolah dan memudah cara pekerja serta tindak balas terhadap

perubahan organisasi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan penutupan sempena Persidangan

Serantau Pertama mengenai Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan yang diadakan di

Institut Aminuddin Baki dari 12 hingga 15 September 2009 menyatakan bahawa

kerajaan berharap lebih banyak sekolah akan berusaha meningkatkan kualiti dan

menjadi pilihan utama para ibu bapa. Tambah beliau, tanpa kepimpinan yang mantap,

pelajar akan merosot, pengurusan akan terjejas dan kualiti pendidikan akan merosot.

Kepimpinan berprestasi tinggi perlu dipupuk di kalangan pemimpin sekolah bagi

meningkatkan prestasi sekolah. Kejayaan sesebuah sekolahnya dinilai melalui

kepimpinan oleh seorang pentadbir yang mencorak dan memandu hala tuju sekolah

tersebut. Pihak pengurusan dan guru perlu menggembleng tenaga untuk meningkatkan

kualiti pendidikan agar rancangan yang telah direncanakan kerajaan dapat mencapai

objektif yang telah ditetapkan.

Beberapa kajian tokoh-tokoh pendidik dan pengurusan seperti Drucker (1969),

Halpin (1966), Sergiovanni (1987), Edmonds (1979), Ubben dan Huges (1987), Levin

dan Lockheed (1993), Mortimore (1995), Cheng (1996), Scheerens dan Bosker (1997)

telah menunjukkan bahawa pemimpin telah memainkan peranan yang penting dalam

menjayakan sesebuah organisasi seperti sekolah. Gray (1990) menyatakan bahawa tiada

bukti yang menunjukkan bahawa sekolah berkesan diterajui oleh kepemimpinan yang

lemah. Malah pada pendapat Wan Mohd Zahid (1993), Abdul Shukur (1995, 1996,
1998) dan Hassan (2000) bahawa sekolah yang kurang berjaya boleh bertukar menjadi

berjaya sekiranya mempunyai kepemimpinan yang berkualiti.

Kajian yang dijalankan oleh Edmonds (1979), Brookover, et al. (1979), Sapore

(1983), Rutter, et al. (1979) dan Kroeze (1983) mengatakan bahawa sekolah yang

berkesan mempunyai para pengetua yang dapat memahami peranan yang dimainkan

dalam program pengajaran di sekolahnya. Mereka bukan sahaja faham, tetapi bercita-

cita tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pencapaian akademik

para murid mereka secara keseluruhan. Begitu juga Wildy dan Dimmock (1993)

mengatakan bahawa kajian-kajian mengenai kepemimpinan pengetua dalam pengajaran

yang dilakukan di kebanyakan negara mendapati bahawa pengetua yang mempunyai

kemahiran dalam pemimpin pengajaran boleh membawa perubahan dalam pengajaran

guru dan pembelajaran para muridnya.

Menurut Ayob (2005) kepimpinan menjadi lebih signifikan dan perlu diberi

keutamaan apabila sistem pendidikan negara mengalami transformasi yang mendadak

bagi menyaingi dunia globalisasi di samping ledakan teknologi maklumat dan

komunikasi. Oleh itu, Nor Azni, Foo, Soaib dan Aminuddin (2015) menjelaskan

bahawa seorang pemimpin mesti mewujudkan kesediaan ke arah perubahan dalam

kalangan para pekerja masing-masing dalam usaha untuk menjayakan perubahan.

Sehubungan dengan itu, pemimpin instruksional harus bijak mengurus sekolah

memandangkan iklim sekolah semasa dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk

membentuk sekolah berkesan manakala guru ialah barisan pelaksana pengajaran dan

pembelajaran.

Crum dan Sherman, (2008), dan White-Smith dan White, (2009) yang

menerangkan bahawa pemimpin yang menguasai ilmu kepimpinan, ditambah lagi


dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru maka secara positifnya dapat

meningkatkan prestasi murid. Sehubungan dengan itu, pemimpin organisasi perlu

memahami cara untuk memupuk kesediaan ini supaya pekerja akan lebih komited

terhadap perubahan yang dilaksanakan. Mengikut Hallinger dan Murphy (1985),

keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah sekolah terletak pada kepimpinan

instruksional seorang pengetua. Persoalannya kini, adakah pemimpin instruksional

berjaya memainkan peranan agar dapat melahirkan kepuasan kerja dalam kalangan

guru di sekolah? Tegasnya, masalah ketidakpuasan terhadap kerja oleh guru sering

dikatakan masalah yang dapat mengganggu keberkesanan sekolah (Mohd. Kassim,

2003).

Justeru, satu sistem pengumpulan data berpusat dan mekanisme bantu kendiri

akan diperkenalkan bagi membolehkan guru menjejak dan mencapai maklumat tentang

pencapaian sekolah masing-masing, dan apakah langkah yang boleh dilakukan untuk

menambah baik. Peranan guru besar sebagai pentadbir sekolah dilihat sebagai tunjang

utama yang mengerakkan hasrat kerajaan. Program penambahbaikan sekolah ini akan

menjadi asas kepada usaha untuksemua sekolah mencapai standard sekolah berprestasi

tinggi. Semua guru besar akan diberi kuasa autonomi untuk mengurus tadbir sekolah,

mengurus sumber yang sedia ada dan menghasilkan pelajar seperti mana yang

diharapkan (Jemaah Nazir Sekolah, 2003).

Harapan dan strategi untuk mewujudkan sekolah berkesan agar dapat

melahirkan para pelajar yang berkualiti merupakan satu usaha yang memerlukan

pendekatan yang bersepadu yang menggabungkan antara pembangunan pemimpin

pengajaran pengetua dan mengembalikan semula ke tahap maksimum peranan utama

guru iaitu mengajar di bilik darjah secara berkesan agar proses pembelajaran berlaku
secara optimum. Selain itu, pembangunan insan diri para guru iaitu komitmen kerja

perlu dipertingkatkan. Elemen-elemen yang boleh memberi kepuasan kerja guru juga

perlu diwujudkan di sekolah-sekolah. Dengan adanya kesepaduan antara pemimpin

pengajaran pengetua, amalan pengajaran guru yang berkesan, komitmen dan kepuasan

kerja di kalangan para guru, maka harapan untuk menjadikan sesebuah sekolah, sekolah

berkesan akan menjadi kenyataan.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Kepimpinan adalah komponen penting dalam menentukan peningkatan keberkesanan

sekolah. Konsep kepimpinan di sekolah sering dikaitkan dengan pengetua sahaja.

Menurut Crowther, F., Kaagan, Stephen S., Ferguson, M. and Hann, Leonne (2002)

kebanyakan sumber pembangunan kepimpinan adalah berkaitan dengan pengetua

sekolah. Kekurangan sumber dalam pembangunan kepimpinan di peringkat guru

memberikan gambaran bahawa kepimpinan di peringkat guru adalah tidak penting

seperti kepimpinan pengetua. Pandangan ini tidak tepat kerana kepimpinan guru

merupakan pelengkap kepada kepimpinan pengetua dalam menghasilkan sekolah yang

cemerlang. Tanpa kerjasama antara barisan guru dan barisan pentadbir adalah mustahil

untuk sesebuah organisasi bersaiz sekolah untuk bergerak dengan efisien.

Crowther et. al. (2002) menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah hilang

bersama pengetua yang bersara. Fenomena ini berlaku kerana guru tidak diberi peluang

untuk menjadi pemimpin. Kepimpinan konvensional meletakkan tugas kepimpinan

pada bahu pihak pentadbir sahaja. Pihak pentadbir sibuk dengan tugas mentadbir dan

mengurus sekolah dan masa guru dipenuhi dengan aktiviti 5 instraksional. Pengasingan

antara tugas mentadbir dan instruksional menyebabkan wujudnya jurang antara guru
dan barisan pentadbir. Guru tidak diberikan peluang untuk menimba pengalaman dalam

pengurusan dan pentadbiran sekolah manakala barisan pentadbir pula kehilangan

peluang untuk berkongsi pengalaman instruksional mereka dengan barisan guru. Jurang

ini juga menyebabkan komunikasi dua hala antara barisan guru dan barisan pentadbir

tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pandangan, idea dan pendapat antara

kedua-dua golongan ini tidak dapat di kongsi dan akhirnya masalah di sekolah tidak

dapat ditangani dengan baik. Jurang yang wujud ini seharusnya dihapuskan dengan

pendekatan kepimpinan guru. Barisan pentadbir sebaiknya memberikan peluang guru

untuk menjadi pemimpin dalam kalangan rakan sekerja. Lantas penghasilan guru yang

memahami konsep kepimpinan guru dapat diwujudkan. Pemimpin yang berkesan

mampu menghasilkan pemimpinpemimpin baru dalam kalangan pengikutnya. Oleh itu,

pengetua yang berkesan seharusnya dapat melahirkan pemimpin-pemimpin guru yang

berketrampilan. Ringkasnya, pengetua perlu memupuk konsep kepimpinan dalam

kalangan guru-guru di sekolahnya.

Menurut Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. (2011) aspek

kepimpinan guru boleh mempertingkatkan kualiti guru namun begitu terdapat beberapa

permasalah dari sudut profesional guru yang boleh mengugat konsep kepimpinan guru.

Contohnya: (a) guru sering bersendirian dan kurang berinteraksi dengan rakan sekerja

disebabkan beban pengajaran, (b) beban tugas pentadbir boleh dikurangkan jika konsep

kepimpinan guru dapat dilaksanakan, (c) kurang sokongan dan inisiatif daripada pihak

atasan untuk guru mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diajar, (d)

dasar yang tidak konsisten menyebabkan guru hanya mencari jalan tengah dalam

pengajaran dan (e) persepsi bahawa profesion pendidikan adalah bidang yang mudah.
Konsep kepimpinan selari mensasarkan peningkatan pencapaian pelajar hasil

dari pembangunan pedagogi dan pembentukan identiti sekolah. Guru sebagai pemimpin

perlu membangunkan pedagogi yang sesuai berdasarkan keadaan pelajarnya.

Pembentukan identiti sekolah terbahagi kepada tiga komponen iaitu pembelajaran

profesional bersaskan sekolah, pembentukan budaya dan pedagogi berasas sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia ketika ini sedang mengorak langkah ke arah konsep

kepimpinan selari. Contohnya pengenalan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah)

merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan secara school based.

Guru-guru yang mempunyai kualiti bekerja berpunca daripada sikap disiplin

dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik.

Disiplin diri guru mencerminkan keperibadian dan menyediakan landasan yang kukuh

dalam meningkatkan kualiti dalam sesi pembelajaran serta pengajaran di dalam kelas.

Sikap disiplin guru dalam bekerja memberi pengaruh yang besar terhadap motivasi

dalam bekerja. Robins dan Mary (2012) mengatakan motivasi ialah kesediaan

melakukan usaha untuk mencapai sasaran organisasi yang terkandung oleh kemampuan

usaha tersebut dalam memuaskan keperluan sejumlah individu. Sementara itu,

Hasibuan (2013) berpendapat bahawa kedisiplinan adalah kesedaran dan kesediaan

seseorang mentaati semua peraturan perusahaan dan norma-norma sosial yang berlaku.

Dengan demikian, disiplin kerja yang ada di dalam diri guru memberikan kesedaran

kepadanya untuk berusaha menghasilkan kerja yang berkualiti. Dari hasil kajian

Artikawati (2016) menunjukkan ada pengaruh positif dan signifikan keterampilan guru

mengadakan variasi terhadap prestasi belajar siswa kelas IV Sekolah Rendah. Suharto

dan Cahyono (2005) dan Hakim (2006) menyatakan faktor yang mempengaruhi

prestasi adalah motivasi, di mana motivasi adalah suatu keadaan seseorang yang

bergerak untuk mencapai matlamat atau mencapai hasil yang diharapkan. Oleh itu,
sekiranya di sekolah, guru perlu berusaha bersungguh-sungguh supaya pencapaian

akademik dapat dilakukan dengan baik hasil daripada motivasi yang tinggi.

Penjelasan di atas menunjukkan bahawa pembentukan sekolah yang berkesan

boleh dicapai dengan adanya peningkatan kualiti daripada pelbagai faktor yang

menyokongnya. Salah satu adalah faktor sumber manusia di sekolah, seperti guru besar,

guru dan rakan sejawat yang mengendalikan proses pembelajaran secara langsung di

sekolah. Selain itu, kualiti kepimpinan pengajaran guru besar sekolah yang baik serta

disiplin guru yang tinggi dalam proses pembelajaran pendidikan membantu pencapaian

motivasi yang tinggi untuk menghasilkan prestasi akademik yang baik. Oleh itu,

kepimpinan pengajaran guru besar sekolah dan disiplin guru menjadi keutamaan dalam

kajian ini yang dilihat dapat meningkatkan motivasi serta prestasi akademik pelajar

dalam sekolah.

1.3 PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Kajian ini adalah untuk mengkaji gaya kepimpinan guru besar di sekolah rendah.

Kajian ini meliputi tiga gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di sekolah

tersebut. Gaya kepimpinan yang akan dikaji ialah gaya kepimpinan demokratik, gaya

kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan instructional. Kajian ini perlu dijalankan

untuk melihat hubungan gaya kepimpinan guru besar dan prestasi sekolah. Gaya

kepimpinan guru besar adalah sesuatu yang sangat sukar diramal kerana seseorang guru

besar itu terpaksa berhadapan dengan pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, guru-guru,

ibubapa, pelajar dan komuniti setempat dalam pelbagai situasi.


Musa (2002) menyatakan kualiti gaya kepimpinan yang tinggi sangat penting

dalam mentadbir dan mengurus sekolah dalam menghasilkan prestasi sekolah yang

baik. Kemajuan sekolah lazimnya dikaitkan dengan guru besar yang baik serta

pembelajaran pelajar bergantung kepada kepimpinan yang baik di mana proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku (Shahril 2000; Peter Neil et al. 2001).

Oleh itu, gaya kepimpinan guru besar banyak ditentukan oleh pihak-pihak yang

berurusan dengannya. Selain itu, guru-guru juga dapat menentukan serta menilai gaya

kepimpinan guru besar melalui pemerhatian, pengamatan dan tafsiran pancaindera

mereka. Bilangan guru yang ramai di sesebuah sekolah mencetuskan pelbagai

perspektif dalam bentuk persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan guru besar.

Perbezaan persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar turut dipengaruhi oleh

faktor demografi seperti jantina, umur dan pengalaman mengajar. Persepsi ini akan

menentukan keberkesanan pengurusan dan kepimpinan seseorang guru besar.

Sehubungan itu, penentuan gaya kepimpinan guru besar adalah penting untuk

mengenal pasti gaya kepimpinan yang paling dominan. Ini disebabkan masalah di

dalam sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan kepimpinan guru besarnya. Oleh itu,

gaya kepimpinan yang jelas, eksplisit dan diterima oleh guru-guru akan memantapkan

kedudukan dan pengaruh guru besar dalam pengurusan sekolah.

Kajian mengenai guru besar perlu dijalankan kerana usaha ini penting untuk

mengukuhkan kepimpinan pemimpin di sekolah-sekolah di Malaysia agar dapat

mencapai matlamat Sekolah Berprestasi Tinggi. Sekaligus, kajian ini akan dapat

membantu untuk memenuhi hasrat KPM untuk merealisasikan NKRA yang ketiga iaitu

Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan (KPM 2009).


Menurut Jemaah Nazir Sekolah (2003) dalam kajian kepimpinan di sekolah

berkesan semenanjung Malaysia, didapati pemimpin sekolah yang berjaya adalah

dengan memberi perhatian yang berat terhadap aspek-aspek kepimpinan seperti gaya

kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, permuafakatan, motivasi dan dorongan,

kepimpinan kurikulum dan pengupayaan kepimpinan di tempat kerja. Berdasarkan

kepada dapatan berkenaan, maka aspek-aspek tersebut telah di tetapkan sebagai

indikator prestasi oleh Nazir Sekolah untuk mengukur gaya kepimpinan guru besar dan

prestasi sekolah.

Kejayaan pemimpin sekolah untuk memacu keberkesanan sesebuah sekolah

seringkali dihubungkaitkan dengan gaya kepemimpinan sekolah (Ishak Sin, 2002;

Abbas Awang & Balasandran, 2002). Namun begitu, sejauh mana pemimpin sekolah

menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai untuk meningkatkan kecemerlangan

sekolah masing-masing masih menjadi persoalan (Aminah Ayob, 2004). Pemimpin

sekolah yang mempunyai kualiti dalam kepimpinan, berpengaruh, sanggup berkorban

untuk kepentingan organisasi, kreatif dalam kepimpinan, berinovasi, dan berkemahiran

dalam komunikasi merupakan ciri penting dalam menjana kecemerlangan sekolah.

Namun begitu, kajian Mohammed Sani Ibrahim dan Mohd Jasmy Abd. Rahman

(2002) mendapati hanya 23.9% pemimpin sekolah yang mengambil berat dan memberi

sokongan terhadap pelaksanaan program perintis kecemerlangan Sekolah Bestari. Hal

ini menjadi lebih sulit apabila kajian yang telah dilakukan oleh Baharom Mohamad

(2002) mendapati hanya 24% guru sekolah rendah yang menunjukkan tahap kepuasan

tinggi terhadap kualiti kepimpinan di kalangan guru besar mereka. Mohammad Sani

Ibrahim (2002) membayangkan jika pemimpin sekolah bersikap demikian, maka hasrat
Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan jumlah sekolah yang berkesan di Malaysia

tidak akan tercapai.

Di Malaysia, petunjuk prestasi sekolah merujuk kepada hala tuju kepimpinan,

pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan dan kemenjadian murid

(Jemaah Nazir Sekolah, 2004). Peranan pemimpin untuk meningkatkan kecemerlangan

prestasi sekolah menuntut komitmen dan usaha gigih daripada guru-guru yang terlibat

secara langsung dengan pelajar-pelajar. Hal ini melibatkan kemampuan guru untuk

berhadapan dan mengawal situasi yang ekstrim di dalam dan di luar bilik darjah semasa

berhubungan dengan pelajar (Schakel, 2002) Oleh itu, guru-guru memerlukan sokongan

dan motivasi yang tinggi daripada pemimpin sekolah (Mohammed Sulaiman, 2002).

1.4 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan gaya kepimpinan guru besar

dengan prestasi yang diamalkan di sekolah kerajaan.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif khusus kajian ini ialah :

1. Mengenal pasti persepsi guru sekolah terhadap gaya kepimpinan guru besar.

2. Mengenal pasti perbezaan persepsi guru sekolah terhadap kepimpinan autokratik guru

besar berdasarkan jantina, umur dan status perkahwinan.

3. Mengenal pasti perbezaan persepsi guru sekolah terhadap kepimpinan demokratik guru

besar berdasarkan jantina, umur dan status perkahwinan.


4. Mengenal pasti perbezaan persepsi guru sekolah terhadap kepimpinan instruksional

guru besar berdasarkan jantina, umur dan status perkahwinan.

5. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan persepsi guru terhadap prestasi sekolah

berdasarkan gaya kepimpinan guru besar.

6. Mengenalpasti hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dan prestasi sekolah.

1.6 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah persepsi guru sekolah terhadap gaya kepimpinan demokratik, autokratik dan

instruksional guru besarnya?

2. Adakah terdapat perbezaan persepsi guru sekolah terhadap kepimpinan autokratik guru

besar berdasarkan jantina, umur, bangsa, dan status perkahwinan?

3. Apakah terdapat perbezaan persepsi guru sekolah terhadap kepimpinan demokratik

guru besar berdasarkan jantina, umur, bangsa, dan status perkahwinan?

4. Adakah terdapat perbezaan persepsi guru sekolah terhadap kepimpinan instruksional

guru besar berdasarkan jantina, umur, bangsa, dan status perkahwinan?

5. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru terhadap prestasi

sekolah berdasarkan gaya kepimpinan guru besar?

6. Adakah terdapat hubungan antara kepimpinan guru besar dengan prestasi sekolah?
1.7 HIPOTESIS KAJIAN

Beberapa hipotesis telah dibina untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut:

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan persepsi guru sekolah terhadap

kepimpinan autokratik guru besar berdasarkan jantina, umur,

bangsa, dan status perkahwinan.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan persepsi guru sekolah terhadap

kepimpinan demokratik guru besar berdasarkan jantina, umur,

bangsa, dan status perkahwinan.

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan persepsi guru sekolah terhadap

kepimpinan instruksional guru besar berdasarkan jantina, umur,

bangsa, dan status perkahwinan.

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru

terhadap prestasi sekolah berdasarkan gaya kepimpinan guru


besar.

Ho5 : Tidak terdapat hubungan antara kepimpinan guru besar dengan

prestasi sekolah.

1.8 KERANGKA TEORITIKAL KAJIAN

Dalam kajian ini, teori yang menjadi rujukan adalah teori kepimpinan dan teori prestasi.

Dalam model kepimpinan pengajaran yang dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy

(1987) telah menyenaraikan sebelas amalan kepimpinan pengajaran yang harus

dipamerkan oleh guru besar di sekolah. Antaranya ialah guru besar perlu merangka dan

merealisasikan matlamat yang dirancang secara bersama dengan warga sekolah. Beliau

juga perlu menetapkan matlamat tahunan sekolah secara berfokus. Di samping itu,

beliau memastikan matlamat sekolah yang dirangka itu berdasarkan tanggungjawab dan

kebolehan guru yang akan melaksanakannya. Hallinger dan Murphy (1987) telah

membina dan menghasilkan soal selidik Principal Instructional Management Rating

Scale (PIMRS) untuk mengukur tahap kepimpinan instruksional guru besar. Menurut

Hallinger (2011), instrumen ini telah diguna pakai secara meluas di seluruh dunia.

Model kepimpinan pengajaran Hallinger dan Murphy dalam kajian ini sangat sesuai

digunakan, hal ini disebabkan model kepemimpinan pengajaran telah banyak

digunakan dalam pelbagai kajian oleh para penyelidik lain, selain itu model kepimpinan

kepala sekolah yang berjaya mengkaji dasar dan strategi masa yang telah lalu dan masa

kini untuk meningkatkan pencapaian pelajar (Murphy dan Hallinger, 1988).


GAYA KEPIMPINAN
a) Demokrasi.

TEORI OHIO
 kepemimpian yang diacu sebagai struktur
JENIS SEKOLAH inisiatif (initiating structure) dan
pertimbangan (consideration).
 Sekolah Kerajaan
 Menetapkan hubungan dalam suatu kelompok
 Sekolah Swasta
cenderung membentuk saluran dan pola
komunikasi yang ditetapkan dengan baik,

b) Autokratik

TEORI MICHIGAN
 Terdapat unsur-unsur penggunaan autoriti
dalam menjalankan arahan.
 Mementingkan pelaksanaan tugas. Memimpin
dengan menggunakan sumber kuasa formal.
 Membuat keputusan yang berkaitan dengan
tugas mengeluarkan arahan dan memastikan
arahan dipatuhi.

c) Instruksional
TEORI HALLINGER DAN MURPHY
 Memberi tumpuan kepada penentuan matlamat
sekolah,
 penyeliaan dan penilaian pengajaran
 Penyelarasan kurikulum
 Pengawasan kemajuan pelajar
 Sokongan dalam aktiviti pengajaran
 Pengukuhan usaha guru.

LATAR BELAKANG
RESPONDEN
 Jantina
 Tahun berkhidmat
di sekolah.
Teori Kepimpinan

Perilaku kepemimpinan initiating structure cenderung lebih mementingkan tujuan

organisasi daripada mementingkan bawahan, sehingga pemimpin dengan perilaku

semacam ini biasanya suka mengatur, menentukan pola organisasi, saluran komunikasi,

struktur peranan dalam pencapaian tujuan organisasi dan cara pelaksanaannya.

Manakala perilaku kepemimpinan consideration lebih cenderung ke arah kepentingan

bawahan, di mana hal ini ditunjukkan dengan hubungan yang erat antara golongan

atasan dengan bawahan, adanya saling percaya, kekeluargaan, dan penghargaan

terhadap gagasan bawahan. Perilaku kepemimpinan initiating structure dan

consideration tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Hal ini bermaksud

sesuatu tindakannya tidak akan mempengaruhi pelaksanaan tindakan yang lain.

a) Teori Michigan

Mengidentifikasikan dua gaya kepemimpinan iaitu : kepemimpinan yang berorientasi

kepada tugas dan berorentasi kepada pekerja. Pemimpin yang berorientasi tugas

cenderung melakukan penyeliaan secara ketat dan pekerja perlu melaksanakan tugas
mereka mengikut prosedur yang telah ditentukan dengan jelas. Pemimpin jenis ini

menggunakan sepenuhnya autoriti legitimasi dan kekuasaan paksaan dalam usahanya

mempengaruhi para pengikut. Sebaliknya pemimpin yang berorientasi pekerja yakin

tentang perlunya pendelegasian pengambilan keputusan dan usaha membantu

pengikut / bawahan dalam memenuhi keperluan mereka dengan mewujudkan suasana

kerja yang merangsangkan. Pemimpin yang berorientasi pekerja memberi perhatian

kepada prestasi dan kejayaan pekerjanya (Sumidjo : 2003).

Teori Michigan ini lebih banyak diamalkan oleh pemimpin autokratik kerana

terdapatnya unsur-unsur penggunaan autoriti dalam menjalankan arahan. Dalam konsep

kepimpinanan disekolah, pengetua yang mengamalkan teori ini lebih mementingkan

pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal.

Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan

tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Hal ini adalah kerana

kecemerlangan sesebuah sekolah lebih banyak bergantung kepada faktor-faktor

dalaman sekolah tersebut (Ghazali Othman, 2001).

b) Teori Hallinger Dan Murphy

Model Hallinger yang digunakan dalam gaya kepimpinan instruksional boleh

dikategorikan kepada tiga aspek iaitu :

ASPEK KETERANGAN

Aspek I : a) Merangka matlamat sekolah

Mendefinisikan Misi Sekolah. b) Menyampaikan maklumat sekolah

Aspek II : a) Penyeliaan dan penilaian instruksi


Mengurus Program Instruksional.

b) Menyelaras kurikulum

c) Memantau kemajuan pelajar

Aspek III : a) Melindungi waktu P&P

Mewujudkan Iklim Pembelajaran b) Membudayakan perkembangan profesional

Positif.
c) Mengekalkan ketampakan

d) Menyediakan ganjaran kepada guru

c ) Teori Ohio

Kajian ini menggunakan teori kepimpinan yang dipelopori oleh Ohio iaitu teori dua

faktor kepemimpinan: kepimpinan yang diacu sebagai struktur inisiatif (initiating

structure) dan pertimbangan (consideration). Struktur inisiatif merupakan perilaku

dimana pemimpin yang mengorganisasi dan menetapkan hubungan dalam suatu

kelompok cenderung membentuk saluran dan pola komunikasi yang ditetapkan dengan

baik, dan menunjukkan cara-cara penyelesaian pekerjaan. Pertimbangan berkaitan

perilaku yang menunjukkan persahabatan, kepercayaan timbal balik, saling

menghormati, kehangatan, dan hubungan antara pemimpin dan pengikut.

d) Mc.Clelland’s Achievment Motivation Theory atau teori motivasi prestasi.


McClelland mengemukakan bahawa individu mempunyai cadangan energi potensial,

bagaimana energi ini dilepaskan dan dikembangkan tergantung pada kekuatan atau

dorongan motivasi individu dan situasi serta peluang yang tersedia. enam ciri orang

yang mempunyai motivasi berprestasi tinggi, iaitu :

1. Mempunyai tanggungjawab peribadi yang tinggi.

2. Berani mengambil risiko.

3. Memiliki tujuan realistik.

4. Memiliki rencana kerja yang menyeluruh dan berjuang untuk merealisasikan

matlamat.

5. Memanfaatkan ganjaran yang konkrit dalam semua perkara yang dilakukan.

6. Mencari kesempatan untuk merealisasikan perancangan yang telah dibuat.

Teori prestasi akademik dalam kajian ini menggunakan idea yang dikemukakan

oleh Bloom dan dikenali sebagai Taksonomi Bloom adalah struktur hierarki yang

mengenal pasti kemahiran mulai dari tahap yang rendah hingga yang tinggi. Tujuan

pendidikan seperti dirangka oleh Bloom dapat dibahagikan kepada tiga domain / ranah

kemampuan intelektual (intellectual behaviors) iaitu kognitif, afektif dan psikomotorik

(Arikunto, 1990).

Winkel (1987) mengatakan prestasi akademik adalah kejayaan usaha yang dicapai

seseorang setelah memperoleh pengalaman belajar atau mempelajari sesuatu. Prestasi

menjadi bukti nyata kejayaan seseorang yang melakukan kegiatan sesuai dengan usaha

yang dicapainya. Menurut Syah (2001), prestasi adalah hasil belajar meliputi segenap

ranah psikologi yang berubah akibat pengalaman dan proses belajar pelajar. Prestasi

akademik mempunyai hubungan rapat dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran.


Gagne (1985) menyatakan bahawa prestasi belajar dapat dibezakan melalui lima

aspek, iaitu: keupayaan intelektual, strategi kognitif, maklumat verbal, sikap dan

kemahiran. Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar dalam sekolah

disuntik oleh faktor individu itu sendiri mahu pun dari luar. Purwanto (2010)

mendedahkan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar adalah:

a) Faktor-faktor dari dalam individu itu terdiri daripada faktor-faktor fisiologi. Faktor

fisiologi adalah keadaan fizikal dan keadaan daripada lima deria iaitu bakat, minat,

kecerdasan, motivasi pencapaian dan kebolehan kognitif.

b) Faktor-faktor luaran terdiri daripada faktor-faktor persekitaran dan faktor- faktor

individu. Faktor-faktor persekitaran iaitu persekitaran sosial dan alam semula jadi.

Manakala faktor individu pula adalah kurikulum, bahan- bahan, guru, kemudahan,

pentadbiran dan pengurusan.


1.9 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual kajian ini dapat dilihat dalam rajah yang menunjukkan hubungan

kepimpinan pengajaran guru besar dengan prestasi. Prestasi akademik pelajar yang baik

dapat dicapai apabila terdapat kepimpinan pengajaran guru besar yang baik dan

memiliki guru yang berdisiplin tinggi.

PEMBOLEHUBAH TAK BERSANDAR PEMBOLEHUBAH BERSANDAR

CIRI DEMOGRAFI
 JANTINA

 UMUR

 STATUS PERKAHWINAN

PRESTASI

GAYA KEPIMPINAN
 DEMOKRATIK

 AUTOKRATIK

 INTRUKSIONAL
Rajah 1.1. Kerangka Konseptual Kajian dikembangkan dari Konsep dan Hasil Kajian

Prestasi Akademik. Sumber: Ubahsuai dari Hallinger dan Murphy (1987), Syah (2010),

Amir (2012), dan Eddi Supriadi(2018).

Dalam Rajah 1.1 di atas, kepimpinan pengajaran guru besar antara perkara yang akan

dikaji. Ciri demografi guru pula memberikan sumbangan terhadap persepsi dan prestasi

sekolah. Dengan kata lain, kepimpinan pengajaran guru besar boleh meningkatkan

prestasi sekolah, manakala disiplin kerja guru pada akhirnya dapat meningkatkan

motivasi dalam sekolah sehingga pencapaian prestasi akademik dapat dilaksana.

Merujuk kepada rajah 1.1, pembolehubah bebas ialah ciri demografi guru dan

kepimpinan pengajaran guru besar dengan pembolehubah bersandar iaitu prestasi

sekolah.

1.10KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kepada para pentadbir atau guru besar sekolah kerana mereka dapat

mengetahui gaya kepemimpinan mereka dan boleh membantu mereka mengaplikasikan

gaya kepemimpinan yang berkesan di sekolah masing-masing. Dapatan yang diperoleh

akan dapat menambah khazanah ilmu dalam bidang perancangan, pengurusan dan

pentadbiran pendidikan. Dapatan kajian ini juga dapat membantu mereka membuat

perancangan, pengurusan dan penilaian untuk menambahbaik pentadbiran masing-

masing.

Guru-guru besar diharap dapat mengaplikasikan kajian ini untuk meningkatkan

mutu pengurusan sekolah setelah mengetahui kesan gaya kepimpinan yang sesuai dan

berkesan. Pelbagai gaya dan juga persepsi guru-guru terhadap kepimpinan guru besar
yang telah dikenalpasti dapat digunakan oleh para pentadbir sebagai pengukur dan

penanda aras untuk memperbaiki gaya kepimpinan mereka agar prestasi sekolah

sentiasa meningkat. Kepentingan kajian ini kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

ialah mengetahui isu-isu semasa kepimpinan guru besar sekolah kerajaan. Seterusnya

langkah mengatasi masalah tersebut dapat dilakukan.

Bagi pelajar-pelajar pula kajian ini membolehkan mereka mencapai kejayaan

dalam akademik memandangkan pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh pentadbir

sekolah dalam memastikan prestasi sekolah meningkat.

1.11ANDAIAN DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan batasan-batasan seperti berikut:

1. Kajian ini hanya tertumpu kepada guru-guru seramai 338 orang yang mengajar di

sekolah rendah kerajaan di daerah Larut Matang dan Selama, Negeri Perak yang

terdapat sebanyak 132 buah sekolah rendah kerajaan.

2. Pemilihan sekolah adalah secara rawak. Guru yang dipilh terdiri daripada demografi

yang berbeza dan secara rawak.

3. Hasil kajian ini tidak dapat digeneralisasi kepada semua guru besar di seluruh negara

kerana guru yang dipilih ini bukanlah merupakan sampel perwakilan yang sebenar bagi

semua kawasan.

4. Kajian ini dijalankan dalam tempoh yang singkat, ini mungkin tidak membawa kesan

yang jelas.

5. Skop kajian hanya tertumpu kepada gaya kepimpinan guru besar.


6. Data yang diperolehi hanya berasaskan tindak balas responden-responden terhadap soal

selidik yang diedarkan.

1.12DEFINISI OPERATIONAL

1.12.1 Kepimpinan

Mengikut Gardner (2000), kepemimpinan dirujuk sebagai satu proses pujukan iaitu

mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif secara kolektif antara pemimpin

dengan pengikut. Bagi tujuan kajian ini kepimpinan diukur dengan menggunakan

Leader Behavior Description Questionnair (LBDQ) dan kepimpinan pengajaran.

Pemimpin sekolah adalah individu yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran

dan pengurusan sekolah iaitu guru besar, penolong-penolong kanan, ketua bidang dan

ketua-ketua panitia mata pelajaran yang telah dilantik dan bertanggungjawab dalam

menentukan hala tuju kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan program

pendidikan dan kemenjadian murid (Jemaah Nazir Sekolah, 2004)

Mereka terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah, bermatlamat

melakukan perubahan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran, sistem pemikiran

yang memusatkan kepada pelajar dan peningkatan prestasi sekolah (Hessel &

Holloway, 2002; Fullan, 2003; Council of Chief State School Officers, 1996; Senge,

Kleiner & Roberts)


1.12.2 Gaya Kepimpinan

Menurut Shahril Marzuki (2000) gaya kepimpinan merupakan cara seseorang

pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja

supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi.

a) Kepimpinan demokratik

Kepimpinan ini memberi peluang kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan

pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Dalam masa yang sama

mereka juga akan melibatkan diri dan memberi ruang kepada subordinat untuk

menyatakan pendapat masing-masing.

b) Kepimpinan autokratik

Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik mempunyai misi dan visi

yang jelas terhadap organisasi. Kepimpinan ini adalah berpusatkan kepada pengeluaran

(Katz, et al. 1950) dan kepimpinan berpusatkan pencapaian matlamat (Cartwright dan

Zander, 1960), dan mementingkan tugas (Hemphill, et a.l. 1951).

Seseorang pemimpin autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Pemimpin ini

akan memimpin sumber kuasa secara formal. Pemimpin yang mengamalkan gaya ini

akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan

memastikan arahan itu dipatuhi.


c) Kepimpinan instructional

Menurut Leithwood, Jantzi dan Steinbach (1999), kepimpinan instruksional ialah satu

pendekatan kepimpinan yang memberi penekanan kepada tingkahlaku guru dalam

aktiviti-aktiviti yang secara langsungnya memberi kesan kepada perkembangan pelajar.

1.12.3 Prestasi sekolah

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat, prestasi didefinisikan sebagai satu usaha

untuk memajukan diri untuk mencapai hasil atau mutu yang diperolehi atau dicapai

dalam menjalankan sesuatu tugas. Dalam aspek kajian ini pula, prestasi sekolah

bermaksud berusaha untuk meninggikan lagi hasil pencapaian pelajar agar dapat

meningkatkan dan mengekalkan prestasi sekolah.

1.12.4 Guru Besar Sekolah Kerajaan

Seorang pegawai pendidikan yang diberi tugas untuk mentadbir sesebuah sekolah dan

dilantik oleh Kementerian Pendidikan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

yang berdasarkan kelayakan, kebolehan dan pengalaman. Selepas lantikan, mereka

diberi kursus singkat mengenai pentadbiran (Panduan Pentadbir Sekolah , 1980).

1.12.5 Sekolah Kerajaan


Menurut Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550), “Sekolah Kerajaan” atau “institusi

pendidikan kerajaan” merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan dan diselenggarakan

sepenuhnya oleh Menteri dibawah Bahagian IV.

1.13 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk melihat hubungan gaya

kepimpinan guru besar dan prestasi sekolah. Kajian ini juga turut meninjau samada

gaya kepimpinan tersebut dapat memberi kesan terhadap prestasi sekolah berkenaan.

Kajian ini juga diharap dapat memberi pemahaman kepada pemimpin sekolah tentang

gaya kepimpinan mereka ini mempengaruhi prestasi sekolah. Selain itu, kajian ini juga

diharap dapat menambah koleksi bahan rujukan tentang penyelidikan yang dijalankan

dalam bidang penulisan pada masa akan datang yang boleh dijadikan sumber rujukan

kepada para penyelidik.


BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kejayaan sesebuah sekolah berkait rapat dengan faktor kepemimpinan guru besar. Guru

besar memainkan peranan yang penting seperti melaksanakan penyeliaan, pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah, penyeliaan ke atas kerja-kerja pelajar, program


bacaan, program latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru, program penilaian

berasaskan sekolah dan program kokurikulum. Semua program ini bermatlamat untuk

melahirkan pelajar yang berkualiti, iaitu berilmu, bermoral, berkemahiran tinggi,

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Untuk merealisasikan semua

matlamat tersebut,guru besar disifatkan sebagai individu yang bertanggungjawab

memimpin sekolah supaya berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan ( Fullan,

2001 ) .

Sekolah merupakan sebuah institusi secara formal yang berperanan besar ke

arah pembangunan insan, masyarakat dan negara. Sekolah mempunyai pengaruh yang

amat kuat dalam membentuk masyarakat ke arah kemajuan (Laporan Jawatankuasa

Kabinet,1974). Untuk tujuan itu, sesebuah sekolah mestilah mempunyai ciri-ciri positif

dalam memainkan peranan ke arah penggerak generasi pelajar kepada kemajuan dan

kecemerlangan. Cabaran utama dan kritikal yang dihadapi oleh sistem pendidikan kini

ialah menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti untuk

menghasilkan generasi cemerlang sejajar dengan kehendak dan aspirasi pembangunan

negara.

Sekolah berkesan ialah sekolah yang mencapai tahap terbaik, bermutu dan

terunggul dalam semua bidang yang berkaitan dengan akademik, sahsiah, pengurusan

dan yang lebih penting ialah kepemimpinan. Sekolah tidak akan jadi berkesan

sekiranya pengetua tidak berkemampuan untuk menggerak budaya cemerlang di dalam

organisasi yang diterajuinya (Abdul Shukur, 1998).

Gaya kepimpinan seorang pentadbir juga merupakan faktor penting dalam

keberkesanan sesebuah kumpulan atau organisasi (Ezhar Tamam, 1999 dalam Shukri,
2004). Gaya kepemimpinan seorang pentadbir boleh membawa kepada pencapaian

hasil utama organisasi. Gaya tersebut juga mampu mempengaruhi perubahan besar

dalam organisasi serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai misi, matlamat

dan strategi organisasi (Chan, 2004). Selain itu, salah satu tugas besar dan kompleks

bagi kepimpinan sekolah adalah mengurus perubahan.

Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada

seseorang guru yang selain daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang

diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya.

Kepimpinan guru ini menggerakkan guru-guru lain bagi meningkatkan prestasi sekolah,

khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud bukan kerana guru

itu merupakan ketua organisasi (seperti dalam kes pengetua) tetapi disebabkan guru

tersebut mempunyai kepakaran dan kebolehan serta mampu mempengaruhi rakan-rakan

sejawat lain.

Selaku pengurus dan pentadbir, pengetua bertanggungjawab menentukan tujuan

organisasi, menetapkan dasar-dasar umum untuk perjalanan dan memberi tumpuan

umum terhadap keberkesanan organisasi secara keseluruhan untuk memenuhi objektif

yang ditetapkan. Darjah implimentasi bagi inovasi adalah berbeza disekolah-sekolah

yang berbeza bergantung kepada keprihatinan dan tindakan pengetua atau guru besar

(Mohd Izham, 2009).

Sekolah kurang maju adalah berpunca daripada kelemahan kepimpinan yang

kurang menyumbang kepada pencapaian matlamat sekolah (Juhana Zailah, 2007).

Peranan guru besar atau pengetua semakin hari semakin mencabar terutamanya pada

zaman yang serba moden dan kaya dengan dunia berteknologi maklumat ini. Sebagai

seorang pemimpin sekolah, guru- guru besar perlu mempertingkatkan tahap


kepimpinan mereka agar segala tindakan yang dilakukan dapat memenuhi hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Gaya kepimpinan mereka berbeza-beza akan

mempengaruhi prestasi sekolah dan seterusnya pencapaian pelajar juga turut berbeza.

Menurut Jemaah Nazir Sekolah (2003) dalam kajian kepimpinan di sekolah

berkesan semenanjung Malaysia, didapati pemimpin sekolah yang berkesan memberi

perhatian yang berat terhadap aspek-aspek kepimpinan seperti gaya kepimpinan,

budaya ilmu dan berfikir, permuafakatan, motivasi dan dorongan, kepimpinan

kurikulum dan pengupayaan kepimpinan ditempat kerja. Berdasarkan kepada dapatan

berkenaan, maka aspek-aspek tersebut telah ditetapkan sebagai indikator prestasi oleh

Nazir Sekolah untuk mengukur keberkesanan kepimpinan di sekolah. Keadaan ini

secara tidak langsung memberi kesan keatas prestasi sekolah.

2.2 KEPIMPINAN

Kepimpinan dalam organisasi menjadi keutamaan yang perlu diperhatikan. Organisasi

yang berjaya mempunyai ciri-ciri utama yang membezakannya daripada sebuah

organisasi yang tidak berfungsi iaitu dari aspek kepimpinan yang dinamik dan

berkesan. Beberapa pemikiran teori kepimpinan atau konsep telah diterangkan oleh

beberapa pakar dari semasa ke semasa. Kepimpinan menurut Yaverbaum dan Sherman

(2008), “Leadership is act of gaining cooperation from people in order to accomplish

something”. Kepimpinan adalah tindakan mendapatkan kerjasama orang ramai untuk

mencapai sesuatu. Sule dan Saefullah, (2010) menghuraikan kepimpinan dan

membahagikannya kepada dua konsep iaitu sebagai proses dan sifat. Sebagai proses

kepimpinan, ia memberi tumpuan kepada apa yang dilakukan oleh pemimpin-

pemimpin proses di mana pemimpin-pemimpin menggunakan pengaruh mereka untuk

menjelaskan matlamat organisasi kepada kakitangan, orang bawahan atau mereka


memimpin, dan mendorong mereka untuk mencapai objektif ini, serta membantu

mewujudkan budaya yang produktif dalam organisasi. Merujuk kepada aspek sifat,

kepimpinan adalah koleksi ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh pemimpin. Oleh itu,

pemimpin boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai keupayaan untuk

mempengaruhi tingkah laku orang lain tanpa menggunakan kekerasan supaya orang

menerimanya kerana beliau adalah seorang tokoh yang layak untuk memimpin mereka.

Kotter & Hseket (2011), berkata bahawa: "salah seorang pemimpin dalam peranan

organisasi menyebabkan keghairahan, minat, semangat juang, dan memupuk semangat

rakyat dalam koleksi atau organisasi". Penglibatan proses kepimpinan adalah antara

kehendak dan niat serta penglibatan yang aktif di antara pemimpin dan pengikut bagi

mencapai matlamat yang dicita-citakan bersama. Oleh itu, pemimpin dan pengikut

memiliki tanggungjawab untuk merealisasikan matlamat organisasi.

Ringkasnya, pemimpin-pemimpin dan orang bawahan adalah orang yang sama,

tetapi mempunyai peranan yang berbeza pada masa yang berbeza. Kepimpinan boleh

juga ditakrifkan sebagai proses mempengaruhi dan mengarahkan pekerja untuk

melakukan kerja-kerja yang telah diberikan kepada mereka, seperti yang ditakrifkan

oleh Stoner, Freeman dan Gilbert, (2011) iaitu“The process of directing and influencing

the task related activities of group members”.

2.2.1 Ciri-ciri Guru Besar Sekolah Berkesan.

Berdasarkan kajian dan penulisan sekolah efektif, Swenney (2001) telah mengenal pasti

enam ciri kepimpinan pengetua atau guru besar yang tekal kaitannya dengan

keberkesanan sekolah, iaitu:


a) Pengetua atau guru besar memberi penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam

bidang akademik;

b) Pengetua atau guru besar menyusun dan menetapkan strategi pengajaran;

c) Pengetua atau guru besar menyedia dan mengekalkan suasana yang kondusif di

sekolah;

d) Pengetua atau guru besar menilai pencapaian pelajaran para pelajar;

e) Pengetua atau guru besar menyelaras program pengajaran;

f) Pengetua atau guru besar membantu dan memberi semangat kepada para guru.

Edmonds (2001), menegaskan bahawa pengetua atau guru besar yang berkesan

ialah pengetua atau guru besar yang memainkan peranannya sebagai pemimpin

pengajaran (instructional leader) dan pemimpin yang tegas (assertive).

Rutherford (2003), mengkonsepsikan pengetua atau guru besar yang berkesan

sebagai pemimpin sekolah yang mempunyai wawasan yang jelas tentang sekolahnya.

Manakala Sergiovanni (2005), mengkonsepsikan keberkesanan kepimpinan pengetua

atau guru besar itu dari segi kuasa (forces) dan kemudahan yang ada padanya bagi

melaksanakan sesuatu perubahan. Sergiovanni menegaskan, sekiranya kecemerlangan

sekolah hendak dicapai, seseorang pengetua atau guru besar mesti memainkan peranan

pemimpin yang berketrampilan (competent leader). Sergiovanni turut menegaskan

terdapat lima kelompok peranan yang perlu dimainkan pengetua atau guru besar

sebagai syarat untuk mencapai kecemerlangan sekolah iaitu:


a) Pengetua atau guru besar sebagai pemimpin teknikal yang memainkan peranan sebagai

jurutera pengurusan.

b) Pengetua atau guru besar sebagai pemimpin manusia yang memainkan peranan sebagai

jurutera manusia.

c) Pengetua atau guru besar sebagai pemimpin pendidikan yang memainkan sebagai

clinikan practioner.

d) Pengetua atau guru besar sebagai pemimpin simbolik yang memainkan peranan

penghulu (chief).

e) Pengetua atau guru besar sebagai pemimpin budaya yang memainkan peranan sebagai

high priest.

Lipham dan Hoeh (2002), mengatakan bahawa kepimpinan adalah faktor yang

membezakan pengetua atau guru besar yang berkesan atau tidak berkesan.

“that behaviour of the principal which initiates a new structure in interaction


within a social system, it initiates change in goals, objectives, configurations,
procedures, inputs, processes and ultimately the outputs of social systems.”
(Hussien Mahmood,1993),hlm.45.

Bossert et.al (2005), mengemukakan teori bagaimana tingkah laku pengurusan

pengajaran pengetua atau guru besar mempengaruhi pembelajaran pelajar. Bossert et.al

melihat peranan pengetua atau guru besar sebagai pengurus pangajaran yang

dipengaruhi tiga pembolehubah utama iaitu:

a) Ciri-ciri peribadi
b) Ciri-ciri daerah (pihak yang berkuasa dalam pendidikan di sesebuah daerah).

c) Ciri-ciri luaran.

Tugas-tugas guru besar dalam pentadbiran mengikut Buku Panduan Pentadbiran

Sekolah (2000), yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan ialah:

i. Menguruskan perkhidmatan dan perjawatan guru dan bukan guru.

ii. Mengendalikan kewangan dan akaun sekolah.

iii. Mengurus kegiatan kurikulum dan ko kurikulum.

iv. Pengurusan jadual waktu sekolah.

v. Mengurus kemasukan dan pertukaran murid

vi. Pengerusi lembaga tatatertib sekolah.

vii. Mengurus perjalanan ujian

viii. Mengurus aktiviti-aktiviti berbentuk agama Islam.

x. Bertanggung jawab melaksanakan arahan-arahan yang diberikan oleh

Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

xi. Mengkoordinasi aktiviti-aktiviti sekolah dengan pihak luar

xii. Bertanggung jawab tentang disiplin pelajar.

Rumusannya, kajian-kajian mengenai perubahan banyak melaporkan dapatan-

dapatan yang menggambarkan pentingnya pengetua berperanan sebagai agen

perubahan dan mempunyai gaya kepimpinan initiator perubahan bagi menjamin


kejayaan perubahan yang dilaksanakan. Perubahan juga didapati akan meminggirkan

sistem tradisi persekolahan untuk memberi laluan kepada impak teknologi dan

komunikasi yang serba mudah dan cepat. Begitu juga dengan kerenah birokrasi yang

wujudnya banyak mencengkam sistem persekolahan, akan lenyap kerana organisasi

sekolah perlu cepat bertindak balas kepada perubahan yang datang dari

persekitarannya.

2.3 PRESTASI SEKOLAH

Faktor utama prestasi sekolah adalah dipengaruhi oleh kepemimpinan guru besar yang

mampan, wujud iklim atau budaya sekolah yang positif dan kondusif untuk pengajaran-

pembelajaran, kesediaan pelajar untuk belajar, dan terdapat infrastruktur sekolah yang

lengkap. Jika perkara itu diwujudkan di setiap sekolah, maka sekolah itu boleh menjadi

sekolah prestasi tinggi.

Menurut Leithwood dan Jantzi ( 2000 ), reformasi pendidikan pada masa kini

banyak bergantung kepada hubungan di antara kepimpinan dan penambahbaikan bagi

peningkatan prestasi sekolah. Amalan pemimpin yang berkesan membawa kesan secara

tidak langsung dan kuasa pengaruh ke atas kejayaan sesuatu sekolah dan pencapaian

pelajar. Ini bermakna sebagai pemimpin utama di sekolah, gaya kepimpinan guru besar

akan dapat membawa perubahan kepada sekolah. Perubahan ini boleh mengubah

sesebuah sekolah yang kurang berjaya kepada berjaya. Di samping itu, boleh juga

membawa sebuah sekolah yang telah berjaya ke arah lebih cemerlang. Bush dan

Leithwood (2005) seterusnya berpendapat bahawa amalan kepimpinan guru besar akan

menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah.


Guru besar merupakan pemangkin utama terhadap prestasi sekolah dan

bertanggungjawab dalam menyediakan arah tuju serta inspirasi yang diperlukan untuk

membentuk dan mengimplementasikan prestasi sekolah yang tinggi ( Lussier dan

Achua, 2000). Menurut Loman et.al (2008), kemantapan kepimpinan sekolah dilihat

sebagai pemacu ke arah menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan prestasi sekolah

yang terbaik.

Kajian Rosenblum et al dalam Azizah (2001) mendapati sekolah yang berjaya,

adalah berfokuskan kepada pelajar biasanya cemerlang dalam akademik dan terdapat

murid – murid yang gigih mengikut kebolehan masing – masing. Keadaan ini dapat

meningkatkan prestasi sekolah melalui gaya pembelajaran pelajar yang diterapkan oleh

gaya kepimpinan guru besar yang sesuai mengikut matlamat yang telah ditetapkan.

Sekolah berprestasi tinggi boleh merupakan sebuah sekolah yang bukan sahaja

mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa

dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan, guru-

guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah

Pendidikan Negara. Keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sebuah

sekolah berprestasi tinggi adalah sangat penting ( Sulaiman Masri 199). Sesebuah

sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik didalam akademik,

iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran, malahan kepada gaya

kepemimpinan pihak pengurusan sekolah tersebut.

2.4 PENGETUA DAN PRESTASI SEKOLAH


Kemantapan kepemimpinan sekolah dilihat sebagai pemacu ke arah penghasilan

pendidikan yang berkualiti. Hal ini bererti, guru besar selaku ketua jabatan di sekolah

diberi amanah untuk merealisasikan aspirasi dan pembangunan pendidikan negara

(Abas Awang & Balasundran A. Ramaiah 2002) dan bertanggungjawab terhadap

kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah. Manakala menurut McNulty et al.

(2005) bahawa tugas guru besar di sekolah tidak terhad hanya kepada tugas rutin

pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber dan modal

insan di bawah tadbirannya terutamanya guru supaya mereka dapat menyumbang

khidmat dengan komited dan efektif. Ubben et al. (2001) serta Drake dan Roe (2000)

pernah menyebut bahawa setiap aktiviti yang berlaku di sekolah adalah tanggungjawab

guru besar malah penghasilan sebuah sekolah yang efektif, harmonis serta cemerlang

dikatakan berakar umbi daripada kepemimpinan guru besar yang berkesan. Dengan ini

gaya kepimpinan guru besar akan mempengaruhi prestasi sekolah.

Selain itu, kepemimpinan sekolah juga disarankan supaya mengamalkan gaya

kepemimpinan yang lebih mengutamakan nilai kemanusiaan seperti membina

hubungan yang harmonis dengan guru, bersikap telus, mudah didekati, kerap memberi

motivasi, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru (Bush 2003; Hussein Haji

Ahmad 2001). Manakala mengikut Chan Yuen Fook (2000) pula, aspirasi pendidikan

Negara tidak akan mencapai matlamat jika kepemimpinan sekolah lebih tertumpu

kepada tugas pentadbiran sahaja sedangkan bidang kepengetuaan hari ini bersifat

dinamik,kompleks malah menuntut sesuatu yang lebih tinggi (Speck 1999; Herbert

2006) dalam menyediakan pengetua yang mampu menghasilkan guru yang komited

terhadap sekolah. Gaya kepimpinan guru besar atau pengetua akan memberi kesan

keatas prestasi sekolah memandangkan mereka ini merupakan pemimpin sekolah yang

memacu kearah kejayaan dan prestasi sekolah.


Hord (2000) mengatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi yang hendak

dilaksanakan, perlulah dilakukan dengan cara yang bijaksana, berserta dengan

usahasama antara pemimpin dengan rakan sejawatan atau stafnya. Kepimpinan yang

berkesan adalah kepimpinan yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan

dan kepimpinan yang berjaya dalam menyelesaikan masalah secara bersama.

Bina (2001) pula menyarankan bahawa apabila bekerja dengan rakan sejawatan

atau dengan staf, pengetua atau guru besar sebagai pemimpin sekolah, hendaklah

menjadi teladan.

Bina menyatakan :

….( principals ) lead by example more than the power of their position….(and they)
cannot change a person’s attitude, but (they) can change and influence an individual’s
circumstances, the environment, and the work atmosphere. The (principles) indirectly
then promote changes in people’s attitudes by concentrating on the climate of the work
area.
2.5 ( Hussien
KAJIAN Mahmood,1993),hlm.
LEPAS 23.
TENTANG KEPIMPINAN SEKOLAH

Kajian Interaksi Pengetua-Guru atau Principal-Teacher Interaction (PTI) yang telah

dijalankan Mohd Izham (2009) telah mengenal pasti tiga gaya kepimpinan yang

berbeza di kalangan pengetua-pengetua atau guru-guru besar sekolah iaitu sebagai

responder, manager dan initiator. Sekolah yang mana pengetua atau guru besar

mempunyai gaya initiator adalah yang paling berjaya diikuti dengan gaya pengurus

(manager) dan akhir sekali ialah gaya responden. Pengetua atau guru besar yang

mempunyai gaya initiator bekerja secara kolaboratif dengan fasilitator perubahan yang

lain.

Cara kolaboratif ini membolehkan sekolah lebih banyak intervensi (nota kepada

staf, mesyuarat kecil dan perbincangan tentang kemajuan), lebih banyak intervensi
pelbagai arah (tindakan yang diambil secara berkumpulan atau lebih daripada seorang),

lebih banyak tindakan dijalankan dengan merujuk guru-guru, lebih arahan daripada

pengetua, lebih banyak tindakan daripada guru-guru dan lebih fokus kepada pelajar

serta pembelajaran. Menurut Hussein , (2008); Razik dan Swanson,( 2001); Day et al. ,

(2006), kepimpinan adalah faktor yang paling penting untuk membentuk sekolah yang

berjaya dan berprestasi tinggi.

Banyak kajian bersetuju bahawa apa yang membezakan kejayaan sesebuah sekolah

dengan sekolah-sekolah yang lain ialah kepimpinan pengetua atau guru besar. Hussein

(2008) menyatakan kepimpinan pengetua yang dinamik dan bersungguh-sungguh telah

dikenalpasti sebagai pembolehubah yang membawa kepada kejayaan sesebuah sekolah

itu.

Southworth (2002), merumuskan bahawa kepimpinan pengajaran adalah

merupakan elemen yang paling penting dalam memastikan sekolah menjadi cemerlang.

Tiga aspek kepimpinan pengajaran yang secara konsisten mempunyai pengaruh ke atas

keberkesanan sekolah ialah menetapkan matlamat sekolah, pengetua yang sentiasa

dapat dilihat dan menggalakan perkembangan professional di kalangan guru.

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Maimunah (2004) mendapati pengetua-

pengetua yang menjadi respondennya mengamalkan gaya kepimpinan membimbing

sebagai gaya kepemimpinan utama dan gaya menyokong sebagai gaya kepemimpinan

kedua. Ini bermakna pengetua-pengetua tersebut mengamalkan gaya kepemimpinan

mengikut kesesuaian situasi dan masalah yang berlaku. Mereka berkebolehan dan

berani dalam membuat keputusan. Ini adalah positif apabila seorang ketua dilihat boleh

menguruskan sesuatu perkara dan tahu bertindak sewajarnya dan menjadikan

pengurusan berkesan Maimunah, (2004).


Pelbagai kajian telah juga dijalankan dalam negara untuk mengkaji gaya

kepimpinan yang bersesuaian dengan perkembangan organisasi birokasi dalam

pentadbiran baru di Malaysia, kerana keperluan untuk melihat kepimpinan dengan lebih

formal. Kajian yang dilaksanakan oleh Budiman Bin Sahali (2008) untuk megenalpasti

pengaruh komponen Gaya Kepimpinan guru besar terhadap penarafan sekolah

berdasarkan SKPM ke atas sebelas buah sekolah rendah kebangsaan mendapati guru

besar zon pekan nanas menggunakan kedua-dua gaya kepimpinan dengan lebih kerap

menggunakan gaya kepimpinan pendayautamaan struktur berbanding gaya kepimpinan

bertimbang rasa.

Dapatan kajian AB Majid (2008) untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar

di empat buah sekolah rendah di Daerah Hulu Trengganu juga mendapati gaya

kepimpinan yang paling dominan daripada persepsi guru-guru ialah gaya kepimpinan

berorientasikan kejayaan, diikuti oleh gaya kepimpinana partisipatif dan menyokong

dan terakhir sekali gaya kepimpinan mengarah. Dari aspek faktor kepimpinan pula,

menurut kajian terhadap kepimpinan di sekolah kebangsaan cemerlang semenanjung

Malaysia oleh panel penyelidik Institut Aminuddin Baki (2004), terhadap sebelas buah

sekolah kebangsaan di bawah pimpinan guru besar berkesan yang telah berjaya

membawa sekolah mereka memenangi Anugerah Sekolah Harapan Negera.

Anugerah Menteri Pendidikan dan Anugerah 3K Peringkat Kebangsaan.

Responden setiap sekolah yang dipilih dalam kajian tersebut adalah terdiri daripada

seorang guru besar, tiga orang guru, tiga orang murid, dan dua orang wakil PIBG.

Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa, guru besar sebagai responden di sekolah

rendah berkesan amat mementingkan kesemua faktor kepimpinan, dari aspek

kepimpinan budaya ilmu dan berfikir 100%, kepimpinan kurikulum 99.1%; berikutan
dengan aspek motivasi dan dorongan 98.2%, gaya kepimpinan 98.0%, permuafakatan

97.7% serta pengupayaan kepimpinan 90.9%.

2.6 KAJIAN LEPAS HUBUNGAN KEPADA PENGETUA DENGAN

PRESTASI SEKOLAH

Menurut Hussein (2008); Razik dan Swanson (2001); Day et al. (2006), kepimpinan

adalah faktor yang paling penting untuk membentuk sekolah yang berjaya dan

berprestasi tinggi. Banyak kajian bersetuju bahawa apa yang membezakan kejayaan

sesebuah sekolah dengan sekolah-sekolah yang lain ialah kepimpinan pengetua atau

guru besar.

Hussein (2008) menyatakan kepimpinan pengetua yang dinamik dan bersungguh-

sungguh telah dikenalpasti sebagai pembolehubah yang membawa kepada kejayaan

sesebuah sekolah itu. Daripada kajian yang telah dijalankan, Bliss (2001) mendapati

sekolah yang berjaya selalunya diterajui oleh pemimpin yang berupaya untuk

memastikan persekitaran sekolah yang sihat, teratur, berdisplin dan terarah, wujud

hubungan kerjasama dengan semua pihak, komitmen yang tinggi dalam kalangan

semua warga sekolah, pembangunan staff yang mencukupi dan mempunyai hubungan

dengan ibubapa dan pihak luaran yang baik dan positif.

Baile dan Collinwood (2008) mendapati kepimpinan pemimpin yang paling

berkesan memberi impak yang besar kepada keberkesanan dan kejayaan dalam

peningkatan organisasi terutamanya, di sekolah-sekolah dan universiti. Bailed dan

Collinwood (2008) mereka mendapati wujud hubungan yang signifikan diantara

kepimpinan yang berkesan dengan kejayaan di sekolah. Menurut Jo, Joseph, & Dana
(2010) kepimpinan pengetua dan guru besar merupakan pendorong utama terhadap

kejayaan sekolah dan mempunyai kesan yang kuat kepada pembentukan sekolah yang

berprestasi tinggi.

Kejayaan sekolah sangat bergantung kepada kepimpinan pengetua dan guru besar.

Pengetua dan guru besar perlu peka kepada perubahan , memahami konteks dalaman

dan luaran sekolah, menentukan arah , bijak dalam membangunkan manusia dan

menstruktur organisasi sekolah. Daripada kajian yang dibuat oleh Day, Harris ,

Hadfield, Tolley dan Beresford (2002) yang dikenali sebagai ‘International Successful

School Principalship Project (ISSPP)’, mereka mendapati wujud hubungan yang

signifikan antara kepimpinan pengetua atau guru besar dengan prestasi sekolah.

Amalan kepimpinan pengetua atau guru besar yang terbaik akan memberi kesan

kepada peningkatan sekolah dan pencapaian pelajar dalam akademik dan bukan

akademik. Menurut Jo et al. (2010), pemimpin SBT sentiasa mengutamakan proses

instruksional dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maka, guru besar sebagai

pentadbir utama sekolah perlu menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai agar prestasi

sekolah adalah terbaik.

Jo et al. (2010) mendapati pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi adalah

mengamalkan kepimpinan intruksional dimana pemimpin sentiasa memberi fokus

kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Pemimpin tersebut juga membentuk

budaya untuk menyokong kepada proses pengajaran, sentiasa berbincang tentang

pengajaran, mementingkan kepada pembangunan professional guru-guru dan

menggunakan pendekatan ‘system development' kepada sebelas elemen yang

berasaskan kajian (faktor pencapaian, perancangan, komponen instruksional, strategi

pengajaran dan keupayaan murid, pengajaran mengikut kandungan, arahan, keperluan


murid yang pelbagai, teknologi, model pengajaran dan pengurusan bilik darjah) apabila

mereka berinteraksi dengan guru-guru tentang proses instruksional.

Mengikut Shahril (2000) peranan sebagai pemimpin pentadbiran semata-mata

sudah tidak lagi sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan semasa serta menangani

cabaran dan harapan pada masa hadapan. Mengikut Shahril (2000) lagi, Jika situasi ini

berlaku matlamat untuk mewujudkan sekolah berkesan tidak akan menjadi kenyataan

kerana kebanyakan penulis dalam bidang pendidikan turut mengakui bahawa

sebahagian besar pengetua yang berjaya mewujudkan sekolah berkesan berperanan

sebagai pemimpin pengajaran.

Musa (2002) menyatakan kualiti kepimpinan yang tinggi sangat penting dalam

mentadbir dan mengurus sekolah dalam menghasilkan generasi yang berkualiti.

Kemajuan sekolah lazimnya dikaitkan dengan guru besar yang baik serta pembelajaran

pelajar bergantung kepada kepimpinan yang baik di mana proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku (Shahril 2000; Peter Neil et al. 2001).

Zubaidah Aman (1999) menyarankan guru besar atau pengetua perlu mewujudkan

persekitaran yang mesra di sekolah, rasa dihargai dan diiktiraf dan menitikberatkan

pembangunan modal insan. Pemimpin perlu bijak mewujudkan hubungan yang baik di

antara guru dan staf supaya persekitaran yang sihat wujud di sekolah. Penghargaan

kepada guru sangat penting kerana dapat meningkatkan motivasi mereka untuk bekerja

dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik pelajar.


BAB 3

METODOLOGI KAJIAN
3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian atau penyelidikan adalah teknik atau kaedah yang digunakan untuk

memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia

memberi gambaran tentang kerangka, perancangan atau strategi yang menentukan

prosedur kajian. Menurut Opponham (1996), fungsi reka bentuk kajian adalah untuk

membantu penyelidik mendapatkan jawapan yang jelas dan tepat terhadap persoalan

kajian.

Salah satu tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk mencari jawapan

kepada persoalan-persoalan penyelidikan. Reka bentuk kajian ini akan membimbing

penyelidik dalam usaha mendapatkan maklumat dan data berhubung objektif kajian

yang dijalankan. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan

instrumen soal selidik (Majid, 1998).

Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah yang mewakili zon masing-masing

dalam Larut Matang dan Selama dengan mengedarkan borang soal selidik. Soal selidik

yang digunakan disediakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden

mengenai perbezaan gaya kepimpinan guru besar dan kesannya ke atas prestasi

sekolah. Pembolehubah bersandar ialah perbezaan gaya kepimpinan guru besar. Tiga

gaya kepimpinan guru besar yang dikaji iaitu gaya kepimpinan demokratik, gaya

kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan instruksional.

Menurut Mohd. Majid Konting (1994), jika pengkaji gagal menggunakan kaedah

pengumpulan data yang baik, sesuai dan berkesan, akan menghasilkan maklumat yang

tidak tepat dan kabur. Manakala Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli,
Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. (2007) dalam buku Penyelidikan Menguasai

Dalam Pendidikan: Teori Analisis dan Interpretasi data berpendapat bahawa,

penyelidik harus menitikberatkan kesahihan data yang dikumpulkan bagi menghasilkan

data analisis yang tepat serta bermakna dalam penyelidikan.

Rekabentuk kajian yang digunakan ialah kaedah kajian secara tinjauan yang

menggunakan soal selidik (Mohd. Najib, 1999). Beliau juga menyatakan bahawa soal

selidik merupakan cara yang tepat, cepat dan menjimatkan masa untuk memperolehi

maklumat secara kuantitatif. Data yang diperolehi melalui kaedah soal selidik adalah

lebih tepat kerana responden lebih berani memberikan tindak balas terhadap aspek yang

dikaji berbanding dengan temuduga atau temubual.

Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Soal selidik ini

menggunakan Skala Likert seperti berikut:

1 = Sangat rendah

2 = Rendah

3 = Sederhana

4 = Tinggi

5 = Sangat tinggi

Munally (1978) berpendapat bahawa Skala Likert selalu digunakan kerana mudah

dibentuk, kebolehpercayaan tinggi dan telah terbukti berjaya mengukur ciri-ciri dan

konstruk dengan berkesan.


Brislin et al (1873) berpendapat, bagi membentuk soal selidik menggunakan Skala

Likert, perlulah menggunakan ayat-ayat yang mudah yang tidak melebihi 16 patah

perkataan, menggunakan ayat aktif bukan ayat pasif, menggunakan kata nama dan

bukannya kata ganti nama bagi mengelakkan kekeliruan, menggunakan perkataan

khusus dan bukan perkataan yang terlalu umum. Disamping itu, perkataan yang kabur,

subjektif, bahasa daerah dan peribahasa perlu dielakkan untuk tidak menimbulkan salah

faham dan kekeliruan di kalangan responden.

Borang soal selidik yang telah diisi lengkap oleh responden dianalisis dengan

menggunakan Statistical Package For The Social Science Version 22 (SPSS versi 22).

3.2. KAJIAN RINTIS

Tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan soal

selidik yang digunakan dalam kajian sebenar. Oleh itu, kajian rintis akan dijalankan

terhadap sebuah sekolah kerajaan. Kebolehanpercayaan dalam sesuatu kajian adalah

merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian untuk memperolehi nilai apabila pengukuran

yang sama diulang (Chua, 2011). Kajian rintis dilakukan keatas 20 orang guru.

Pemilihan sekolah bagi kajian rintis adalah berdasarkan jumlah orang guru yang telah

dikenalpasti sebagai responden. Responden terdiri daripada guru-guru sekolah yang

terpilih. Penyelidik akan mengedarkan instrumen soal selidik disekolah berkenaan dan

memberi masa yang sesuai sebelum ianya dikumpul dan dipungut.


3.3 SUBJEK KAJIAN DAN TEMPAT KAJIAN

Sampel kajian adalah di kalangan guru-guru Sekolah Kerajaan di Negeri Perak. Sampel

kajian amat penting kerana ia menentukan bidang masalah yang perlu dikaji serta

sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul. Ia juga melibatkan masa,

tenaga dan perbelanjaan yang akan digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Jumlah

sampel kajian ini seperti dalam Jadual 1.

Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan maklumat awal yang diperolehi daripada

Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak ) mengenai jumlah guru bagi setiap

sekolah dalam daerah Larut Matang dan Selama. Larut Matang dan Selama mempunyai

enam zon iaitu Zon Taiping, Zon Simpang, Zon Trong, Zon Kamunting, Zon Batu

Kurau dan Zon Selama. Berdasarkan maklumat tersebut, penyelidik telah membuat

keputusan untuk memilih sekolah yang mempunyai lebih 30 orang guru sebagai

responden bagi mewakili zon masing-masing.

Jadual 1: Taburan sampel mengikut sekolah di Daerah Larut Matang dan

Selama, Perak.

BI NAMA SEKOLAH BILANGAN GURU


L

1. SK Kampung Jambu, Taiping 57

2. SK Simpang, Simpang 69

3. SK Toh Johan, Trong 48

4. SK Long Jaafar, Kamunting 64

5. SK Batu Kurau, Batu Kurau 55

6. SK Selama, Selama 45

JUMLAH 338
Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Sampel untuk penyelidikan ini merupakan 338 orang guru dari enam buah sekolah

rendah kerajaan yang telah dipilih secara rawak atas andaian bahawa setiap orang guru

mempunyai peluang yang sama untuk terlibat dalam penyelidikan ini. Sekolah yang

dikenalpasti adalah yang mempunyai bilangan guru dan kakitangan bukan guru terdiri

lebih daripada 30 orang responden bagi mewakili zon masing-masing. Kaedah

pentadbiran instrumen penyelidikan berdasarkan konsep ‘drop and collect’ iaitu proses

soal selidik diedarkan kepada setiap guru dan setiap guru diberikan masa selama

seminggu untuk memberikan maklum balas mereka terhadap pernyataan item dalam

soal selidik.

Saiz sampel ditentukan dengan menggunakan rumus Slovin. Jumlah

keseluruhan guru yang terdapat di daerah Larut Matang dan Selama adalah seramai

2192 orang guru (Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Perak)

Berikut adalah rumus Slovin :

SAIZ SAMPEL , n = N

1 + N e²

Petunjuk:
n = Saiz sampel

N = Jumlah keseluruhan

e = Had toleransi kesalahan 5%

n= 2192

1 + 2192 (0.05)²

= 667

1 + 2192 (0.0025)

= 667

1 + 5.48

= 338.271 orang responden.

Maka, saiz sampel yang dipilih adalah sebanyak 338 orang responden daripada jumlah

keseluruhan 2192 orang guru. Rasional pemilihan dilakukan bersama guru atas rasional

bahawa guru merupakan golongan yang paling banyak berurusan dengan guru besar

dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pelaksanaan polisi pendidikan

dan program pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberi implikasi kepada

prestasi sekolah.

3.4 INSTRUMENTASI
3.4.1 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen

Instrumen kajian ini dibina berdasarkan kepada Leader Behavior Description

Questionnaire (LBDQ) digunakan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar

dari aspek mengarah, bertimbang rasa serta pemimpin pengajaran.

Kajian rintis akan dijalankan ke atas 20 orang responden yang mewakili sekolah

kerajaan. Kajian rintis akan dijalankan di SK Jelai, Batu Kurau bagi mendapat maklum

balas daripada 20 orang responden mengenai gaya kepimpinan guru besar sekolah

kerajaan dan kesannya keatas prestasi sekolah.

Soal selidik dibina untuk mengutip maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.

Soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B dan

bahagian C. Terdapat sebanyak 67 item dalam soal selidik berkenaan. Bahagian A

meliputi soalan tentang latar belakang responden seperti, jantina, umur, bangsa, status

perkahwinan, pengalaman mengajar, dan tempat bertugas. Manakala bahagian B

berkaitan dengan gaya kepimpinan demokratik, autokratik dan instruksional guru besar

sebanyak 30 item. Bahagian C berkaitan prestasi sekolah meliputi aspek masa, iklim

sekolah, komitmen asas, staf, kurikulum, kepimpinan dan penilaian sebanyak 37 item.

Bahagian C diolah dan diubahsuai daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

2010. Dipetik daripada Ubben G.C., Hughes, L.W & Norris, C.J. (2004). The principal:

Creative leadership for excellence in schools, hlm.67-68.

3.5 PENENTU KESAHAN

Antara elemen-elemen yang dititik beratkan oleh penyelidik dalam menentukan

kesahan adalah:
3.5.1 Kesahan Kandungan

Penyelidik merujuk literatur dan jurnal untuk meninjau ciri-ciri gaya kepimpinan

autokratik, demokratik dan instruksional serta kepimpinan berkesan untuk memastikan

item soal selidik mewakili skop yang diselidik iaitu gaya kepimpinan yang diamalkan

oleh guru besar. Kandungan item soal selidik tersebut telah disahkan oleh pakar-pakar

dalam bidang pendidikan. Antaranya, pengetua cemerlang, Pegawai di Jabatan

Pendidikan Negeri Perak (Jpn Perak) dan pensyarah.

Anda mungkin juga menyukai