Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Kertas ini adalah ulasan tugasan bagi kajian yang ditulis oleh Zulhelmi Zulkpli daripada
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertajuk “Perbandingan bagi Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) akan/ sedang dijalankan di Malaysia bagi subjek Matematik dengan Negara
Hong Kong dan Caribbean”. Kajian ini menfokuskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
bagi Malaysia dan dibuat perbandingan dengan Hong Kong dan Caribbean.

Penulis memulakan hasil penulisannya dengan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan


Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan di mana
komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh
guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS
dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
lembaga peperiksaan. Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan
pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran
tersebut (Lembaga Peperiksaan, 2011).

AMALAN

Penulis menerangakn perbezaan amalan antara PBS di Malaysia, Hong Kong dan Carribean.
Penulis menyatakan 100% markah akhir diambil kira dalam peperiksaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) bagi matapelajaran Matematik. Manakala Perlaksanaan PBS di Hong Kong dalam
peperiksaan HKDSE masih mengekalkan 15 % untuk komponen PBS dalam subjek Matematik
dan di Caribbean bagi peperiksaan CAPE pada peperiksaan akhir yang melibatkan komponen
PBS hanya 20 % (LP, 2009; HKEAA, 2012; CXC, 2012). Oleh itu, pelaksanaan PBS ini dapat
memberi impak dalam peperiksaan akhir kepada pembelajaran pelajar. Namun, Pentaksiran
dalam Matematik ini adalah sangat penting dan mampu memberikan gambaran dengan
kefahaman, kemampuan dan kebolehan matematik secara individu atau berkumpulan hasil
daripada pengajaran matematik (Faridah, 2006).

1
Selain itu, PBS bagi matapelajaran matematik dapat dijalankan bukan sahaja dalam kelas
malahan dapat dilakukan diluar bilik darjah. Di samping itu juga PBS dapat dilakukan dalam
pembelajaran secara formatif dan sumatif kerana dapat memberi kefahaman dan pengetahuan
yang mendalam tentang konsep matematik. Pembelajaran Matematik di Malaysia mengamalkan
sistem pembelajaran secara formatif iaitu dinilai murid di akhir satu-satu bab kandungan
Matematik dalam bulananan manakala pembelajaran secara sumatif dinilai pada akhir unit
pembelajaran atau tahun. Manakala bagi di Hong Kong pembelajaran Matematik yang
dilaksanakan juga diamalkan dengan cara yang sama seperti di Malaysia (LP, 2012; HKEAA,
2007). Ini dapat disokong oleh Hassan & Meor (2006) dalam bukunya bertajuk ke Arah
Pengajaran Sains dan Matematik yang berkesan menyatakan melalui penilaian secara formatif
dan sumatif bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih berkesan di kalangan
pelajar di mana dapat dilaksanakan semasa proses P&P (Rosni et al., 2010).

Matlamat dalam kurikulum Matematik juga amat penting dalam pembelajaran. Di Malaysia
Lembaga Peperiksaan dalam kurikulum Matematik memfokuskan Pembelajaran Matematik
kepada membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketrampilan mengaplikasikan
pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan, supaya murid beruapaya menangani cabaran dalam kehidupan harian
bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi. Bagi Negara Hong Kong matlamat
pendidikan Matematik ini dinyatakan untuk memperkembangkan keupayaan pelajar untuk
berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan orang lain dan meluahkan idea dan
pendapat mereka dengan jelas dan logik dalam bahasa matematik. Negara Caribbean, Kurikulum
Matematik dapat membina pemikiran matematik, kefahaman dan kreativiti serta berkomunikasi
melalui penggunaan matematik dan menggunakan matematik model dan menyelesaikan masalah
dalam konteks dunia sebenar (LP, 2009; HKEAA, 2007, CXC, 2008).

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid
yang lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada
pernyataan standard. Negara Malaysia melabelkan rujukan standard sebagai Band di mana
pelajar akan dinilai berdasarkan Band 1-6 berdasarkan pencapaian pelajar dalam satu-satu
objektif kurikulum. Manakala Hong Kong menggunakan skor pada tahap 1 hingga 5 untuk
menilai prestasi pelajar dalam pencapaian pelajar dalam matematik. Satu kelainan penilaian di
Hong Kong pelajar yang mendapat dalam prestasi terbaik pada tahap 5 diwakili dengan simbol
** dan peringkat teratas dengan simbol *. HKSDE akan menganugerahkan Diploma kepada
setiap pelajar mengikut tahap yang dicapai oleh mereka.Manakala, negara Caribbean
menggunakan 7 gred keseluruhan iaitu gred I, II, III, IV, V, VI, VII. Pelaksanaan dasar ini
diterapkan di ketiga-tiga negara dalam usaha untuk meningkatkan mutu pelajaran yang sedia ada
menjadi lebih holistik (HKEAA, 2010; LP, 2010, CXC, 2008).

ISU DAN CABARAN

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh pihak kementerian dalam dekad ini adalah untuk
mengurangkan pembelajaran yang berorientasikan jenis peperiksaan di sekolah. Walau
bagaimanapun, melaksanakan PBS bukanlah satu tugas yang mudah. Adi Badiozaman Tuah
(2006) menegaskan bahawa terdapat tiga faktor yang menyumbang antaranya, (a) sekolah
gagal untuk mentafsir dan memahami taksiran ke dalam segi yang lebih luas operasi yang
membawa peningkatan kepada pembelajaran dan pengajaran di sekolah; (b) sekolah akan
melepaskan tanggungjawab jangka pendek pengajaran, seperti penilaian berasaskan sekolah,
dalam usaha untuk memenuhi kepentingan awam dalam mendapatkan keputusan yang baik
dalam peperiksaan awam; (c) terdapat faktor manusia di mana guru-guru tidak bersedia atau
melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan atau kemahiran yang membuat penilaian
berasaskan sekolah sebagai sebahagian daripada proses pembangunan kurikulum berasaskan
sekolah (Hwa et al., 2008).

PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh
dunia.Pemarkahan dalam peperiksaan akhir bagi Matematik hendaklah mengunakan
komponen PBS yang menyumbang sebanyak 10% -20%. Ini sedikit sebanyak dapat
meningkatkan kualiti mutu pendidikan dalam matapelajaran Matematik. Ini kerana Negara
seperti Hong Kong dan Caribbean penyumbangan markah dalam komponen PBS pada
penilaian pelajar dalam Matematik. Oleh itu, bagi penambahbaikan PBS di Malaysia,
dicadangkan supaya peratus markah diletakan pada 10% - 20% agar ia dapat dilaksanakan
mengikut spesifikasi dan meningkat pembelajaran berkualiti dan sepanjang hayat.
Disamping itu, pelaksanaan tugasan kerja berkumpulan bagi Matematik perlu dilaksanakan
supaya pelajar dapat mengaplikasi konsep matematik dalam kehidupan sebenar. Pelaksanaan
tugasan berkumpulan atau individu dapat dilakukan sejajar dengan konteks PBS pada masa yang
akan datang. Hong kong dan Caribbean boleh dianggap berjaya dalam melaksanakan PBS secara
sistematik. Kepesatan perubahan persekitran pendidikan , dinamika masyarakat dan industri
bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal dan segera. Oleh itu, pelaksanaan PBS harus
dipertingkatkan lagi dengan lebih kukuh dan dinamik dalam penstrukturan kurikulum matematik
yang lebih bermanfaat kepada pelajar.

Selain itu, Guru haruslah menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS. Untuk
memantapkan perlaksanaan PBS di kalangan guru juga perlu di latih dalam perkhidmatan
(Ladap, kursus PBS) haruslah berorientasikan praktikum seperti yang di lakukan oleh Negara
Hong Kong dan kebanyakan Negara membangun. Ladap berbentuk ceramah, taklimat dan
kursus aras komunikasi dua hala terhad perlu kepada proses pengubahsuai dengan keadaan
semasa.
gaya pengajaran guru juga dengan gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan PBS mestilah
sentiasa sejajar dengan konteks penilaian pembelajaran secara formatif dan sumatif .

PENUTUP

Pentaksiran pendidikan di Malaysia haruslah dilaksanakan dengan lebih dinamik serta untuk
bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya
potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi
PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan
lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran.
Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek
kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang
akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan
kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan
pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan
anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan
sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan
penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011a) Kurikulum Standard Sekolah Rendah


Matematik Tahun satu. Kuala Lumpur.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Anda mungkin juga menyukai