Anda di halaman 1dari 16

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(PENIDIDKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER SEPTEMBER 2020

HBEF3203

PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 980315125964001


NO. KAD PENGENALAN : 980315-12-5964
NO. TELEFON : 016-2879574
E-MEL : nurulhaleeza1998@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN
1-2

PENTAKRIFAN ”PENILAIAN SUMATIF”


DALAM KONTEKS PENGUKURAN DAN
3
PENILAIAN

PENJELASAN TENTANG PENILAIAN


SUMATIF YANG DAPAT MEMBANTU
GURU MENGUKUR DAN MENILAI 4-5
PENCAPAIAN PELAJAR

KAEDAH PENILAIAN SUMATIF YANG 6-10


DILAKSANAKAN DALAM BILIK DARJAH

KESIMPULAN 11
1.0 PENGENALAN

Seiring dengan pascaglobalisasi kini, pendidikan merupakan antara salah satu


rancangan yang akan mempengaruhi kualiti dan sistem ketamadunan bagi sesebuah
bangsa di seluruh dunia. Menurut Wan Hassan (2007), manusia akan dianggap
mundur sekiranya mereka tiada pendidikan. Malahan, individu dan keluarga yang
berilmu dan meletakkan ilmu sebagai cara hidup mereka akan lebih mudah membuat
keputusan yang bijak dan tepat. Dalam erti kata lain, sistem nilai dalam masyarakat
adalah penting supanya ia dapat dikembangkan dan disuburkan supaya masyarakat
memiliki etika yang tinggi dalam kehidupan mereka. Pendidikan merupakan sebuah
proses menimba ilmu yang amat penting dalam kehidupan semua manusia. Hal ini
dikatakan demikian kerana proses pendidikan tidak akan pernah selesai. Sejak dari
kecil hinggalah tua proses pendidikan akan sentiasa berlaku sepanjang hayat kita.
Cuma yang membezakannya adalah sama ada proses itu berlaku secara formal atau
tidak formal. Seperti yang kita ketahui, pendidikan formal adalah proses yang berlaku
di dalam bilik darjah dan diajar oleh seorang insan yang bergelar guru. Di sekolah,
pelajar akan menuntut ilmu bagi melengkapi fasa pembelajaran mereka untuk
mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Bagi menilai tahap kefahaman dan keupayaan
seseorang pelajar itu di dalam bilik darjah, pengukuran dan penilaian akan dilakukan.

Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan adalah satu bahagian proses dalam
pengajaran dan pembelajaran. Pengukuran membawa maksud suatu proses untuk
menentukan nombor pencapaian yang dicapai oleh murid atau erti kata lain untuk
memberikan pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan yang diperolehi oleh pelajar
dalam pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (2009), pengukuran ialah suatu proses
atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara
atau keadaan. Hal ini bermaksud pengukuran dalam pendidikan dan pembelajaran di
sekolah akan dapat menentukan keputusan terkumpul yang dicapai oleh pelajar.
Menurut Tan Hui Leng, Ee Ah Meng (1996) pengujian biasanya melibatkan
pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperoleh
dalam bentuk nombor. Walaubagaimanapun, dalam bilik darjah pengukuran biasanya
melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diperolehi.

1
Penilaian adalah proses mendapatkan maklumat kuantitatif. Ini adalah proses di
mana guru menentukan perubahan tingkah laku dan membuat penilaian - penilaian.
Proses penilaian dapat memberikan maklumat mengenai pencapaian matlamat
kursus, kaedah pengajaran guru dan keberkesanan kursus.Penilaian juga merupakan
proses mengumpulkan maklumat, yang dapat membuat keputusan mengenai
kemajuan, perkembangan, penguasaan dan pencapaian pembelajaran pelajar.
Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran di dalam bilik darjah.
Penilaian dapat dijalankan secara format dan sumatif. Oleh itu, guru memainkan
peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar.
Guru menentukan hasil pembelajaran yang akan dinilai, merancang dan membina
alat penilaian, menganalisis maklumat penilaian dan melaporkan pencapaian murid
tersebut. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan keseluruhan potensi
pengembangan dan mengintegrasikannya dari segi kecerdasan, semangat, emosi dan
jasmani mengikut falsafah pendidikan kebangsaan. Menurut Mokhtar Ismail (1995),
Penilaian merupakan proses untuk menentukan mutu, kualiti, harga atau nilai
sesuatu benda. Dalam konteks pendidikan, Beliau memfokuskan penilaian kepada
hasil pembelajaran yang telah dilalui oleh pelajar, iaitu setakat mana pelajar dapat
menyerap kandungan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

2
2.0 PENTAKRIFAN “PENILAIAN SUMATIF” DALAM KONTEKS
PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Penilaian sumatif merupakan satu jenis ujian formal yang dijalankan bagi
mengetahui tahap pencapaian dalam sesuatu peringkat pencapaian pelajar. Menurut
Mokhtar Ismail (1995), ujian penilaian ialah satu kaedah atau prosedur yang
digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait
seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Tujuan penilaian
sumatif dijalankan untuk mengetahui pencapaian pelajar mengikut beberapa subjek
pembelajaran yang diambil dan meningkatkan keputusan murid dalam sesuatu ujian
yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Aktiviti penilain sumatif dijalankan melalui ujian formal dan mengikut waktu
pelajaran secara kelas atau tingkatan. Penilaian sumatif berbentuk formal iaitu yang
dijalankan melalui ujian kertas yang menggunakan peralatan menulis seperti pensel
atau lisan dalam jangka masa yang sesuai. Selain itu, penilaian sumatif ini hanya
tertumpu secara kelas atau tingkatan sahaja. Selepas sahaja ujian penilaian sumatif
ini selesai dijalankan maka guru akan merekod tahap pencapaian pelajar
menggunakan rekod profil atau pensijilan pelajar.

Di samping itu, apabila keputusan penilaian pelajar sudah direkodkan guru akan
mengambil tindakan untuk menempatkan murid mengikut kumpulan atau kelas yang
sesuai dengan prestasi ujian mereka. Seterusnya, guru akan merancang dan
mengubahsuai pelajaran atau kurikulum setiap pelajar. Akhir sekali, Guru
memberikan pelajar anugerah mengikut pencapaian yang diperolehi oleh pelajar.
Anugerah yang diterima pelajar selalunya berbentuk sebuah sijil. Tujuan anugerah
diberikan kepada pelajar untuk membangkitkan lagi semangat mereka untuk belajar
bersungguh-sungguh. Oleh itu, penilaian sumatif yang dijalankan di sekolah amatlah
penting untuk mengetahui prestasi pelajar berkenaan.

3
3.0 PENJELASAN TENTANG PENILAIAN SUMATIF YANG DAPAT
MEMBANTU GURU MENGUKUR DAN MENILAI PENCAPAIAN
PELAJAR

Penilaian sumatif dapat membantu guru untuk mengukur dan menilai pecapaian
pelajar di bilik darjah dengan melakukan pemantauan. Manakala guru pelbagai
panitia bagi semua mata pelajaran membincangkan dan menyelaraskan kaedah dan
alat penilaian yang digunakan. Contohnya, guru panitia Sains akan berbincang
dengan guru panitia bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik untuk
menyelaraskan kaedah penilaian yang akan dilakukan semasa peperiksaan. Melalui
kaedah ini, semua guru akan dapat menyusun markah kumulatif pelajar mereka
mengikut gred dan kedudukan yang dicapai oleh pelajar mereka. Selain itu, guru
dalam jawatankuasa yang sama juga akan dapat saling berunding atau berbincang
antara satu sama lain untuk membuat penilaian yang lebih profesional terhadap
semua pelajar. Justeru, hal ini akan dapat memberi gambaran kepada pelajar dan
memahami bentuk dan kaedah penilaian yang akan mereka hadapi semasa
peperiksaan.

Seterusnya, format peperiksaan untuk setiap matapelajaran mesti ditetapkan


oleh Kementerian Pendidikan dan agensi Peperiksaan Malaysia supaya mempunyai
sistem penilaian yang sama dan cikgu akan menilai dengan jelas dan tidak keliru.
Cara penilaian sumatif untuk membantu guru mengukur dan menilai pencapaian
pelajar di bilik darjah ialah dengan menggunakan kaedah penilaian antara versi
manual dan dalam talian perlu setara, Kemahiran penilaian seperti ini diperlukan
supaya guru tidak perlu membuat kerja secara berulang-ulang. Contoh kaedah
penilaian secara dalam talian yang dapat dilakukan adalah melalui aplikasi Virtual
Learning Environment ataupun lebih dikenali sebagai Frog VLE yang membolehkan
guru mengajar dan berkolaborasi dengan pihak pengurusan pendidikan untuk
menjalankan kelas secara maya.

Di samping itu, jumlah kemahiran yang digunakan haruslah dikurangkan supaya


penilaian sumatif yang digunakan oleh guru dapat membantu dalam menilai
pencapaian di bilik darjah dengan lebih efektif. Hal ini dikatakan demikian kerana
penilaian yang terlalu kerap akan memberi tekanan kepada pelajar sehingga hilang

4
motivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang
dijalankan pada akhir tahun. Antara contoh penialain sumatif yang dijalankan oleh
guru ialah ujian di bilik darjah atau sekolah. Ujian di bilik darjah ialah ujian yang
akan diambil pelajar semasa peperiksaan bulanan ataupun secara berpenggal.
Contoh yang seterusnya ialah ujian diagnostik ujian ini bertujuan untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ciri-ciri ujian diagnostik ialah ujian ini tidak memberi gred atau skor
kepada pelajar dan dilakukan terhadap murid yang bermasalah dan mendapat
keputusan tercorot dalam bilik darjah. Hal ini dikatakan demikian kerana tujuan
ujian diagnostik diadakan adalah khusus untuk pelajar yang memerlukan pemulihan
dalam pembelajaran mereka. Ujian diagnostik dijalankan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran sedang berlangsung.

Selain itu, kaedah penilaian sumatif yang dilaksanakan di dalam bilik darjah
akan memudahkan guru untuk membuat penilaian bagi mengesan tahap penguasaan
pelajar dalam sesuatu subjek. Hal ini bermaksud, selepas sesuatu kursus
pembelajaran itu selesai dilaksanakan, penilaian sumatif yang dilakukan akan dapat
mengetahui tahap pengetahuan pelajar dalam sesuatu subjek. Contohnya, melalui
ujian peperiksaan akthir tahun Matematik yang dapat menilai tahap kefahaman
pelajar sepanjang mereka mempelajari subjek itu.

5
4.0 KAEDAH PENILAIAN SUMATIF YANG DILAKSANAKAN DALAM
BILIK DARJAH

4.1 Perbincangan tentang kaedah yang pernah dilaksanakan dalam aspek


bentuk penilaian, profil pelajar dan markah-markah yang pernah direkodkan.

i) BENTUK PENILAIAN

Penilaian sumatif yang dilaksanakan di dalam bilik darjah ialah Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) yang merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berlaku secara
formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dahulunya dikenali sebagai
Pentaksiran Sekolah (PS) pada tahun 2011 tetapi pada tahun 2016 ia mula dikenali
sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Selain itu, matapelajaran yang terlibat dalam PBD ialah semua mata pelajaran
KSSR dan KSSM. Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari tahun 1
hingga tahun 6 di sekolah rendah. Manakala, di sekolah menengah daripada tingkatan
1 hingga tingkatan 5. Dalam penilaian sumatif juga PBD amat penting untuk
membantu guru dalam mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Selain itu,
untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murud dalam setiap subjek,
mengetahui keberkesanan pengajaran, merancang dan mengubah suai kaedah
pengajaran dan guru mengambil tindakan yang sesuai dengan serta merta. Dalam bilik
darjah PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan berlansung.
PBD juga dilaksanakan mengikut kaedah pemerhatian, lisan dan penulisan.

Cara pelaporan PBD dilaksanakan ialah menggunakan templat pelaporan dalam


fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini juga digunakan dalam
peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada pelajar dan ibu bapa mereka. Di samping
itu, untuk memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah dilaksanakan pihak pentadbir
sekolah membuat pemantauan, manakala guru-guru panitia bagi semua matapelajaran

6
membuat perbincangan dan menyelaras kaedah dan instrumen pentaksiran yang
digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga akan melakukan perbincangan sesama
mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid. Pentaksiran
Dalam bilik Darjah ( PBD ) dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

ii) Profil Murid Tahun 1


Berikut merupakan profil murid Tahun 1 Musytari di salah sebuah sekolah di daerah
Sandakan.

7
NO KAD BANGSA NO SIJIL LAHIR
BIL NAMA PENGENALAN
1 ARISYAH DANIA BINTI ABDULLAH 130803-12-1056 SULUK SB761281
2 AZDIL SYAH BIN AZLAN 130416-12-0651 MELAYU SB745979
3 DAYANG HAMIZA AIN'NUL MARDIAH BINTI ASMAT 130908-12-1108 BRUNEI SB761868
4 DAYANG NUR SYAFIRAH BINTI ZULAJIEZAN 130827-12-0648 BANJAR SB761612
5 EDNYLEEYANA BINTI SOEHED KUSUMAT MADJA 130123-12-0180 JAWA SB728708
6 HABIB ALLKAF BIN AHMAD 130322-12-0773 ARAB SB745625
7 HIBATULLEYYA MYIESHA BINTI HAR-TONO 131219-12-0120 BUGIS SB788089
8 MOHAMAD ASHARI BIN HARFA 131127-12-0131 BUTON SB757515
9 MOHAMAD AZZARI HAFIZ BIN JOHN 131024-12-1465 BRUNEI SB774673
10 MOHAMAD SAFUAN BIN ABDULLAH 130829-12-0879 BUGIS SB761669
11 MOHAMMAD ASRAF BIN ABDULLAH 130210-12-1333 BAJAU SB731589
12 MOHAMMAD IZAINI BIN RUSLI 130507-12-0171 JAWA SB746254
13 MOHAMMAD JAIREE BIN JALING 130307-12-1073 TIDUNG SB731957
14 MOHAMMAD RAIHAN BIN ABDULLAH 131022-12-1015 SULUK SB774574
15 MOHAMMAD SYA AFFANDI BIN SUFIAN SAH 130208-12-1019 BANJAR SB728978
16 MOHAMMAD ZAIM KHASYI BIN JUNIDI 130531-12-0251 BAJAU SB746646
17 MUHAMMAD FAHDLEE BIN DJAMAL 131120-12-0139 BUGIS SB774921
18 MUHAMMAD FAIZ FADHIL BIN FAIZAL 130816120503 BANJAR SB761426
19 MUHAMMAD NUR HAIKAL DANISH BIN ABDULLAH 130825-12-1559 SULUK SB761677
20 NUR AISYAH MAISARAH BINTI MOHD NASIR 131011-12-1570 TOMBONUO SB774445
21 NUR LYN BINTI ZUL IZZI 130829-12-1222 BRUNEI SB761760
22 NUR MAISYARAH BINTI ROSLAN 130228-12-0064 BUGIS SB731720
23 NURHAIDAH BINTI ABDULLAH 131002-12-1536 BRUNEI SB774529
24 NURSAKINAH BINTI ABDULLAH 130909-12-1126 SULUK SB761854
25 NURSYUHAILAH AMEERA BINTI ASSAN 131112-12-0104 SUNGAI SB774785
26 NURUL AIDAH BINTI KAYDAL 130112-12-0038 BAJAU SB728564
27 NURUL NABILLAH BINTI ABDULLAH 131120-12-1238 SULUK SB757539
28 NURUL NIESHA BINTI ABDULLAH 130905-12-1284 BAJAU SB761838
29 PUTRA RAZDANIEM JHALAL BIN RAZHIEL JHALAL 130306-12-1143 FILIPINOS SB731955
30 PUTRI NURATIKAH BINTI JUNAIDEE 130713-12-0316 JAWA SB750862
31 PUTRI NURUL NADIRAH BINTI HARUDIN 130209-12-0130 BAJAU SB728933
32 SAHRIMA BINTI ABDULLAH 130614-12-0564 FILIPINOS SB746922
33 SARMON BIN NULHAJI 131126-12-0615 FILIPINOS SB757540
34 SITI NORARMALLIA BINTI ARWIN 130707-12-0264 UBIAN SB750744
35 USRI BIN KARNO 130716-12-1381 BAJAU SB750974

ii) Markah yang direkodkan

8
Rajah 1: Penilaian tahap penguasaan 35 orang murid dalam subjek Sains

Berikut merupakan penilaian tahap penguasaan tseramai 35 orang murid bagi setiap
pengetahuan dan nilai. Terdapat tujuh aspek yang dinilai dalam subjek Sains bagi
kelas Tahun 1. Antaranya ialah Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains
Bahan, Bumi dan Angkasa, Teknologi dan Kehidupan dan Sikap Saintifik dan Nilai
Murni. Setiap tahap penguasaan boleh dirujuk pada rajah di atas.

b) Analisis dan rumusan keseluruhan ke atas pencapaian pelajar-pelajar


tersebut

Berikut merupakan graf pelaporan penilaian tahap penguasaan bagi subjek Sains kelas
Tahun 1 Musytari.

9
Berdasarkan graf pelaporan di atas, tiada murid yang memperoleh Tahap Penguasaan
1(TP 1). Deskripsi penilaian ini adalah murid boleh menyebut contoh benda hidup,
keperluan asas benda hidup, bahagian utama tubuh manusia dan haiwan, bahagian
utama tumbuhan, alat yang menggunakan magnet, objek atau bahan yang boleh
menyerap air, bentuk muka bumi, jenis tanah, bentuk asas dan kemahiran saintifik
serta menunjukkan minat dalam bidang ilmu sains.

Manakala Tahap Penguasaan 2 (TP 2) juga tiada murid yang memperolehnya.


Deskripsi bagi Tahap Penguasaan 2 ialah boleh menerangkan tentang perbezaan
benda hidup dan benda bukan hidup, keperluan asas bagi manusia, haiwan dan
tumbuhan, deria dan organnya, kepentingan bahagian tubuh haiwan, kepentingan
bahagian tumbuhan, tindakan magnet ke atas pelbagai objek, keupayaan objek atau
bahan menyerap air, perbezaan kandungan tanah, pelbagai bentuk bongkah dan
kemahiran saintifik serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu dalam bidang ilmu
sains.
Seramai 21 orang murid memperoleh Tahap Penguasaan 3 (TP 3) iaitu murid
boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk melaksanakan
tugasan mudah dari aspek keperluan asas bagi manusia, haiwan dan tumbuhan, deria
dan organnya, kepentingan bahagian tubuh haiwan, kepentingan bahagian tumbuhan,
tarikan dan tolakan antara kutub magnet, keupayaan bahan menyerap air, perbezaan
kandungan tanah dan pelbagai bentuk bongkah dengan jujur serta merekod data
dengan tepat.

10
Manakala, seramai 14 orang murid yang memperoleh Tahap Penguasaan 4 (TP 4)
iaitu murid boleh menghuraikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk
menyelesaikan masalah secara bersistematik dari aspek keperluan asas bagi manusia,
haiwan dan tumbuhan, deria dan organnya, kepentingan bahagian tubuh haiwan,
kepentingan bahagian tumbuhan, kekuatan magnet, keupayaan bahan menyerap air,
perbezaan kandungan tanah dan pelbagai bentuk bongkah serta berani mencuba.

Bagi Tahap Penguasaan 5 (TP 5) tiada murid yang menguasai. Begitu juga
dengan Tahap Penguasaan 6 (TP 6), tiada yang menguasai.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penilaian sumatif adalah amat penting bagi memastikan


penilaian gred pelajar dapat dilakukan dengan lebih efektif. Kecanggihan dari segi
teknologi dan maklumat yang semakin hebat amat membantu dalam memudahkan
proses pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Melalui penilaian sumatif para

11
guru bukan sahaja dapat mengetahui keupayaan, kemahiran dan pengetahuan asas
yang ada pada pelajar dalam perkara yang akan diajar. Akan tetapi, ujian yang dibuat
melalui penilaian sumatif dapat membantu guru untuk merancang dan merencanakan
isi pembelajaran untuk kelas seterusnya.

Hal ini sangat banyak membantu guru supaya mereka tahu tahap keupayaan dan
kefahaman pelajar mereka sebelum memulakan sesi pembelajaran. Melalui penilaian
sumatif juga, para guru akan dapat membandingkan pencapaian seorang pelajar
dengan teman sekelasnya yang lain dan perbandingan ini amat penting supaya
pencapaian atau prestasi seseorang pelajar dapat dinilai secara berkesan. Bagi tujuan
pemulihan, guru akan dapat membuat perbandingan keputusan penilaian semua
pelajar sama ada pelajar itu perlu mengikuti proses pemulihan ataupun tidak. Pelajar
yang lemah akan dapat dibantu untuk meningkatkan keupayaan dan prestasi mereka
dengan bantuan tambahan dari pihak guru dan sekolah.

Oleh itu, sistem penilaian dan peperiksaan yang diadakan setiap tahun dapat
meletakkan standard yang tinggi supaya pihak guru dapat melahirkan generasi yang
berwibawa, berilmu dan bercita-cita tinggi. Sekiranya penilaian sumatif seperti ini
dilaksanakan, ia bukan sahaja dapat memudahkan urusan guru. Malahan, ia akan
dapat meningkatkan kemajuan pelajar dari segi pembelajaran supaya mereka dapat
memperoleh pencapaian yang cemerlang yang akan dapat membantu mereka untuk
mencapai kejayaan di dalam kehidupan mereka.

RUJUKAN

Kamaruddin Husin. (1986). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya: Longman


Malaysia Sdn.Bhd.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka

12
Mok Soon Sang. (2009). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid Dan Alam
Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Noriati Arashid, Boon Pong Ying. (2009). Murid dan Alam Belajar: Seri Pendidikan
Guru. Oxford Fajar.

Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi.


Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. PTS Publication & Distribution
Sdn.Bhd

13

Anda mungkin juga menyukai