Anda di halaman 1dari 14

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL 1.

0 PENDAHULUAN

Pendidikan di Malaysia terus berkembang dari sehari ke hari. Dalam era pembangunan yang semakin canggih dengan teknologi terkini, sistem pendidikan dititikberatkan bagi melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan berpendidikan. Jika dahulu hanya menggunakan batu dan kulit-kulit pokok sahaja, tetapi sekarang dengan adanya teknologi yang canggih, segala peralatan dan bahan untuk belajar telah berubah dari zaman ke zaman. Dari kulit kayu kepada kertas sehinggalah sekarang ini, penggunaan ICT telah banyak membantu tahap pendidikan di Malaysia.

Dalam kenyataan Falsafah Pendidikan Negara, dinyatakan bahawa pendidikan di sekolah adalah satu usaha yang berterusan kearah melahirkan individu yang berpotensi dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang, dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini dapat dijadikan garis panduan bagi setiap pendidik di dalam mendidik setiap murid mereka. Sesuatu sistem pendidikan itu ditetapkan oleh perkembangan yang terdapat hari ini dan juga perkembangan yang berlaku pada masa lalu. Ini menunjukkan pendidikan hari ini akan menjadi asas kepada generasi akan datang dan sedikit sebanyak harus diterapkan pada masa sekarang. Oleh itu pengajaran yang berkesan perlu dilaksanakan supaya pembelajaran akan menjadi lebih sistematik dan dapat menarik minat murid untuk belajar.

Proses pengajaran tidak hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks, kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih dari itu termasuklah penggunaan komputer yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi menarik minat murid. Pengajaran yang dilaksanakan haruslah melibatkan pelbagai teknik agar tidak hanya menghasilkan pengajaran yang mendatar. Ini akan menjadikan pembelajaran tidak menarik. Pembelajaran lebih berpusatkan guru sahaja (dalam bentuk satu hala) di mana guru menyampaikan isi pelajaran dan murid hanya mendengar telah menjadikan murid peserta pasif atau passive learner. Ini akan menyebabkan murid akan merasa mudah bosan dan sedikit sebanyak akan melunturkan minat untuk belajar. Strategi yang digunakan ini bolehlah dikatakan sebagai kaedah tradisional dan haruslah diperbaiki agar dapat
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL HALAMAN

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang aktif di mana murid turut berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar amatlah digalakkan kerana ia merupakan salah satu kaedah bagi melahirkan suasana pembelajaran yang aktif antara murid dan guru.

2.0

DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar merupakan bahan yang pentinga untuk diaplikasi sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam darjah. Definisi bahan bantu mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam

menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai information from which a (written) work is to be produced. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.

Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL HALAMAN

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL 3.0 PRINSIP BAHAN BANTU MENGAJAR

Tujuan pendidikan adalah untuk mewujudkan satu pola tingkah laku pelajar. Oleh itu guru memainkan peranan yang penting agar pengajaran yang dilakukan dapat meninggalkan kesan yang baik terhadap pelajar. Teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh guru haruslah sesuai agar ianya dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan minat dikalangan pelajar. Ini menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai secara umumnya menjadikan pendidikan lebih konkrit, cenderung untuk menimbulkan rasa ingin tahu dan minat serta menambah variasi kepada corak pengajaran di dalam kelas. Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa.

3.1

Sesuai

Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuaian dengan perkara-perkara seperti berikut :

a) Objektif dan matlamat pengajaran bahasa b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran c) Keadaan pelajar d) Suasana pembelajaran e) Minat pelajar

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif tersebut.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL 3.2 Mencabar

Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar. Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :

a) Bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak. b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks. c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu. d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif) e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif) f) Bahan yang umum kepada teori. g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

3.3

Menepati

Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut :

a) b) c) d) e) f)

Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar. Susunan bahan Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat. Maklumat yang kemaskini Perbendaharaan kata yang sesuai Bahan pengajaran yang diperakui.
HALAMAN

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL 3.4 Menarik

a) Rekaletak ; Peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep. b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur murid. c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman. e) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

3.5

Praktikal

Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau murid. Bahan pengajaran seharusnya sederhan dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu murid menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.

3.6

Mudah alih

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemanamana dan tidak terlalu berat atau besar. Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL 4.0 KATEGORI BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis antaranya ialah bahan bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu mengajar elektronik dan bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

4.1

Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik

Bahan bantu mengajar bukan elektronik bermaksud BBM yang tidak menggunakan sistel elektronik dan juga sumber bekalan kuasa elektrik. Atau secara lebih mudahnya dikenali sebagai bahan hand made atau manual. Bahan ini kesemuanya berbentuk maujud dan boleh disentuh dan dimanipulasi berdasarkan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Antara contoh bahan bantu mengajar bukan elektronik ialah :

a. Papan hitam atau papan tulis b. Buku teks c. Papan pemer atau papan buletin d. Fail tegak dan bahan bacaan (majalah, kalender, poskad dan sebagainya) e. Gambar f. Kad imbasan dan kad cantuman - Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna di belakangnya. - Kad cantuman dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad dan kemudian kad itu dipotong g. Carta h. Grafik i. Papan pengajaran j. Model tiga dimensi k. Boneka atau patong l. Diorama

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL 4.2 Bahan Bantu Mengajar Elektronik

Bahan bantu mengajar elektronik secara mudahnya dapat difahami adalah bahan yang menggunakan sejenis sumber kuasa elektrik sama ada menggunakan sumber terus (dari plug) atau menggunakan sumber kuasa dari bateri. Bahan dari kategori ini terdiri dari bentuk maujud dan juga abstrak. Pemilihan bahan ini haruslah mengambil kira tahap pemikiran murid bagi mengelakkan BBM yang terlalu abstrak dan sukar untuk difahami murid yang sekaligus akan menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai. Antara contoh bahan mengajar elektronik ialah :

a. Overhead Projektor (OHP) b. Transparensi OHP c. Pita slaid (filem slaid) d. Radio e. Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder) f. Alat rakaman g. Filem tayang atau filem jalur h. Komputer

4.3

Bahan Bercorak Pengalaman / Bahan Sebenar

Bahan bercorak pengalaman sebenar merupakan bahan yang paling berkesan untuk diaplikasi di dalam P&P kerana bahan ini memudahkan isi pembelajaran disampaikan kepada murid dan murid mudah memahaminya. Antara kaedah penggunaan bahan bercorak pengalaman sebenar ialah :

a. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran b. Bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai realia iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu benda bukan hidup, benda buatan, tumbuh-tumbuhan dan benda hidup.
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL HALAMAN

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL 5.0 KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar mempunyai pelbagai kelebihan yang harus dimanfaat oleh setiap guru dalam memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai. Antara kepentingan yang dapat diperolehi oleh guru sewaktu mengaplikasikan BBM di dalam darjah ialah :

5.1

Menyampaikan Pengajaran Berkesan

Bahan bantu mengajar dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan. Ini kerana pendekatan yang bersifat mediatif seperti ini (menggunakan sesuatu medium untuk menyampaikan isi pembelajaran) terbukti berkesan dan dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih lancar berbanding murid hanya mendengar butir bicara guru semata-mata.

Contohnya untuk subjek kajian tempatan dalam unit pengasasan empayar Melaka oleh Parameswara iaitu perjalanan Parameswara dari Palembang ke muara sungai Melaka, sekiranya guru hanya memberitahu perjalanan tersebut secara abstrak, murid akan sukar untuk memahami dan menggambar perjalanan tersebut. Ini kerana tahap pemikiran murid masih belum mampu untuk menafsir sesuatu yang berbentuk abstrak. Justeru, penggunaan BBM seperti peta dan arah pergerakan Parameswara berhijrah dari Palembang ke muara sungai Melaka pasti akan memudahkan murid untuk memahami arah pergerakan tersebut. Malah mereka pasti akan mempunyai sifat ingin tahu/inkuiri dengan bertanyakan dengan apakah Parameswara berhijrah, bagaimana Parameswara berhijrah dan sebagainya.

5.2

Pelbagaikan Pendekatan Pengajaraan

Selain itu, dengan penggunaan bahan bantu mengajar ini, guru dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar yang berlainan akan menggunakan pendekatan yang berlainan dengan aplikasi kelima-lima pancaindera
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL HALAMAN

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL murid. Semakin banyak gabungan aplikasi pancaindera murid dalam belajar melalui bahan bantu mengajar ini, semakin mudah untuk mereka memahami sekaligus mengingati sesuatu isi pembelajaran yang diajar oleh guru. Malah bahan bantu mengajar yang membentuk interaksi turut memainkan peranan dalam meningkatkan tahap sosialisasi murid terutama antara sesame murid dan murid serta guru.

Contohnya penggunaan aplikasi perisian (software) pembelajaran yang bersifat interaktif seperti perisian yang dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Perisian yang dimuatmasuk ke dalam cakera padat tersebut adalah bersifat interaktif iaitu murid akan perlu berinteraksi dengan perisian tersebut seperti mengklik dan sebagainya. Malah perisian seperti itu turut menggabungkan elemen-elemen muzik yang harmoni, warna yang menarik dan wujud elemen keseronokan. Tambahan pula tidak semua murid mempunyai kemudahan computer, internet dan perisian khusus untuk P&P ini. Justeru minat murid akan bertambah sekaligus dapat merealisasikan ojektif pembelajaran dan pengajaran.

5.3

Menyampaikan Konsep Dengan Jelas

Aplikasi bahan bantu mengajar sewaktu P&P turut dapat membantu guru dalam menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas. Ini kerana dengan gabungan elemen muzik, warna dan interaktif tersebut, sesuatu konsep dapat dijelaskan dengan lebih mudah lagi mudah difahami.

Antara contohnya keberkesanan bahan bantu mengajar dalam menyampaikan sesuatu konsep yang lebih mudah ialah dengan menggunakan carta alir mengenai proses kemerdekaan tanah air. Carta alir tersebut mungkin mempunyai ilustrasi yang bersesuaian dan menarik minat murid. Melalui carta alir tersebut, murid akan lebih mudah memahami konsep kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Akhirnya objektif pembelajaran akan tercapai dengan jayanya.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL 5.4 Penyampaian Maklumat Dijalankan Dengan Terperinci

Penyampaian dan penerangan maklumat oleh guru juga dapat disampaikan dengan lebih terperinci kerana setiap butir maklumat dan fakta pengajaran boleh dimasukkan secara kekal di dalam bahan bantu mengajar. Dengan itu sewaktu pengaplikasian bahan tersebut, guru tidak akan tercicir maklumat-maklumat penting yang harus difahami murid. Maklumat tersebut juga boleh diringkaskan dengan baik bagi memudahkan pemahaman murid tanpa menggunakan ayat-ayat yang panjang dan berjela.

Antara contoh aplikasi bahan bantu mengajar yang mampu menyampaikan maklumat secara terperinci ialah dengan menggunakan slide powerpoint berkenaan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diubahsuai menjadi lebih interaktif dengan gabungan pelbagai elemen seperti muzik, warna dan sebagainya. Slide tersebut boleh dimuatkan dengan maklumat dan fakta penting dan guru tidak akan tertinggal maklumat penting kerana biodata mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, CCE Turaisingam dan sebagainya mempunyai fakta yang luas. Ini menyebabkan kebarangkalian untuk maklumat tersebut tercicir dari penerangan guru adalah besar. Justeru dengan penggunaan slide presentation powerpoint ini, fakta ini dapat dijelaskan dengan terperinci oleh guru tanpa tertinggal.

5.5

Menarik Perhatian & Fokus Murid

Penggunaan bahan bantu mengajar yang menggabungkan elemen-elemen menarik telah dibuktikan mampu menarik dan memusatkan perhatian dan fokus murid. Aplikasi bahan bantu mengajar elektronik dan bahan bantu mengajar bukan elektronik mampu menarik perhatian murid kearah sesi pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya penggunaan bigbook berkenaan bendera-bendera negeri-negeri di Malaysia yang interaktif dan menarik dapat menarik minat murid kearah pembelajaran. Dengan penggunaan kaedah bukaan tetingkap, sliding, pusingan dan sebagainya seperti yang terdapat dalam kaedah penggunaan transparensi, bigbook tersebut akan menjadi

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

10

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL lebih menarik dan interaktif. Murid akan mampu memberikan fokus dan tumpuan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan.

5.6

Memberi Pengalaman Baru

Penggunaan bahan bantu mengajar turut dapat memberi satu pengalaman baru kepada pelajar. Murid berjaya mendapat pengalaman baru sekiranya guru mengaplikasi bahan bantu mengajar bercorak pengalaman ataupun bahan sebenar. Malah murid turut mendapat pengalaman baru jika menggunakan bahan bantu mengajar yang lain namun peratusan keberkesanan memberikan pengalaman baru tidaklah tinggi sepertimana penggunaan bahan bantu mengajar bercorak pengalaman.

Antara contohnya aplikasi bahan bantu mengajar bercorak pengalaman ialah seperti lakonan situasi adab makan, pantomin kisah Melaka mendapat nama, lawatan ke muzium dan projek pameran sejarah kemerdekaan negara. Malah penggunaan bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai realia iaitu merupakan benda semulajadi yang digunakan sewaktu P&P turut membantu dalam memberikan pengalaman baru kepada murid contohnya guru membawa daun kapal terbang dan menceritakan khasiatnya kepada murid. Terdapat sesetengah murid tidak pernah melihat daun kapal terbang dan dengan kaedah guru membawa bahan real tersebut ke dalam kelas, murid akan dapat mengetahu bentuk dan jenis daun tersebut.

6.0

KESIMPULAN

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai alat pemudah untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan murid-murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Bahan Bantuan Mengajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan di kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan adanya BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL HALAMAN

11

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL diselamatkan dari masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBM juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan mengaplikasikannya dalam P&P.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

12

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL

BIBLIOGRAFI
Buku Ilmiah

Hajah Noresah Bt. Baharom et. al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Sdn. Bhd. Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam. Oxford Fajar. Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain. (2009). Teknologi Multimedia. Dalam Pengajaran dan Pembelajaran . Puchong. Penerbitan

Rujukan Internet

Bahan

Bantu

Mengajar.

(2009).

Diakses

pada

Mac

2013

dari

URL

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2010/11/bahan-bantu-mengajar.html Konsep Dan Kategori Bahan Bantu Mengajar. (2012). Diakses pada 1 Mac 2013 dari URL http://www.ipgktarpengajiansosial.com/2012/08/konsep-dan-kategori-bahanbantu-mengajar.html Saiful. (2009). Fungsi Bahan Bantu Mengajar. Diakses pada 1 Mac 2013 dari URL http://epulldpliukm.blogspot.com/ Saraswati. Prinsip dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam P&P. Diakses pada 10 Mac 2013 dari URL http://ge2123.tripod.com/Saraswati/nota_kuliah_2.htm

Tesis

Nur Baizura Binti Mahyidin. (2006). Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Dalam Pengajaran Seharian. Ph.D Dissertation, Universiti Teknologi Malaysia. Segaran A/L Shanmugam. (1999). Penggunaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Ph.D Dissertation, Universiti Putra Malaysia

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

13

PSS 3109 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL Jurnal

Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia Dalam Pengajaran jQAF. Journal of Arabic and Islamic Education, 2(2), 53-64.

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

HALAMAN

14

Anda mungkin juga menyukai