Anda di halaman 1dari 2

1.

JELASKAN 4 MODEL DALAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU

a) Model Tingkah Laku Psikodinamik


Model ini melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor
dalaman individu itu sendiri.
Dalam perspektif teori ini, melihat perkembangan personaliti terjadi
semasa kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan
psikoseksual (Oral Stage, Anal Stage, Phallic, Latency Genital)

b) Tingkah Laku Model Biofizikal


Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara
organik.
Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan
zat makanan dan penyakit dengan tingkah laku individu.

c) Tingkah Laku Model Behavioral


Berteraskan teori-teori tingkah laku yang melibatkan rangsangan,
ganjaran dan sebagainya. (Teori Pelaziman - Teori Psikososial)

d) Tingkah Laku Model Persekitaran


Intervensi tingkah laku yang berasaskan model persekitaran seperti:
- Strategi berpusatkan kanak-kanak
- Strategi berpusatkan persekitaran
- Strategi berpusatkan kanak-kanak & persekitaran
- Interface-Centered
2. BERDASARKAN MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU, BERIKAN CONTOH
PELAKSANAAN SETIAP MODEL TERSEBUT DALAM MENGURUS TINGKAH
LAKU BERMASALAH .

a) Model Tingkah Laku Psikodinamik


Boleh dilaksanakan melalui kaunseling seperti temua bual kepada
murid yang bermasalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru mengadakan
temu bual kepada murid seperti menyedarkan, memberi bimbimgan dan
menegur tingkah laku murid yang negatif .

b) Tingkah Laku Model Biofizikal


Guru mengambil berat pemakanan, perubatan, nutrisi dan
sebagainya. Sebagai contoh, guru memberi murid makanan atau minuman
yang berkhasiat seperti susu kotak atau buah-buahan seperti pisang, apple
dan sebagainya. Ini dapat dilihat pada sekolah PPKI Masalah
Pembelajaran iaitu murid dibekalkan susu kotak apabila tiba waktu rehat.

c) Tingkah Laku Model Behavioral


Menggunakan Teori Pelaziman, ini bermaksud tingkah laku
dipengaruhi oleh peneguhan seperti ganjaran atau dendaan. Maka, dengan
adanya ganjaran atau hukuman yang sesuai, suatu tingkah laku yang positif
dapat dikekalkan manakala tingkah laku yang negatif dapat diubah.
Sebagai contohnya, guru tiada di dalam kelas dan murid-murid
bergaduh di dalam kelas tersebut, denda yang dikenakan adalah murid tidak
dibenarkan keluar rehat. Maka kesan tersebut membuatkan murid-murid tidak
akan bergaduh lagi apabila guru tidak berada dalam kelas.

d) Tingkah Laku Model Persekitaran


Guru boleh hias dan atur kelas dengan penuh ceria agar murid-
murid dapat lebih fokus dan bersemangat dalam proses PdPc di dalam bilik
darjah. Maka, murid kurang menunjukkan tingkah laku yang negatif atau
yang boleh menganggu Pdp dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai