Anda di halaman 1dari 3

PAK 21

Definisi : Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi,


kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
5 standard asas PAK21 : komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai
murni dan etika.

Mengapa persekitaran fizikal dan psikososial bilik darjah Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK 21) dapat
meningkatkan proses kemenjadian murid.

Persekitaran fizikal
- susunan bilik darjah
1. tidak menghalang pergerakan guru ke tempat duduk murid : guru dapat memantau tingkah laku
murid dengan mudah dan cepat, memastikan murid sentiasa menumpukan perhatian terhadap
proses pembelajaran.
2. Kedudukan guru berhampiran dgn murid : memudahkan guru berinteraksi dengan murid & murid
dapat belajar dengan berkesan
3. Pemandangan murid mesti jelas dan tidak terhalang : murid dapat melihat persembahan guru
dengan mudah & keberkesanan pembelajaran murid dapat ditingkatkan
4. Ruang trafik yg selesa : murid2 bergerak untuk mengambil bahan pembelajaran di sudut
pembelajaran kelas mereka dan semasa aktiviti kumpulan & murid2 boleh berkongsi hasil kerja
masing2
5. Susunan bilik darjah abad ke-21 : susunan berkumpulan/seminar - meningkatkan
kerjasama/kolaborasi antara murid2 & menggalakkan komunikasi/perbincangan antara murid2
- Ruang pada dinding
1. Menyediakan jadual waktu kelas, jadual bertugas, peraturan bilik darjah, carta organisasi dan
senarai nama murid di kelas : menjaga disiplin murid
- Ruang / sudut pembelajaran
1. Menyediakan sudut2 khas untuk aktiviti tertentu : pemulihan dan pengayaan - meningkatkan
prestasi pembelajaran murid
2. Menyediakan sudut membaca : memupuk minat untuk membaca
- pencahayaan, pengudaraan, perabot
1. Lampu dan kipas - pencahayaan & pengudaraan yang baik meningkatkan prestasi pencapaian
akademik murid - memastikan murid belajar dalam keadaan bilik darjah yang selesa
2. Pintu dan tingkap sentiasa dibuka untuk pengudaraan : murid berasa selesa dan tidak mudah letih
& bersemangat untuk belajar
3. Perabot - kerusi dan meja mencukupi : memudahkan proses pembelajaran murid
- kebersihan
1. Murid berasa selesa untuk belajar dalam bilik darjah yang bersih

Persekitaran Psikososial
- guru sensitif dan peka kepada perbezaan individu dan gaya pembelajaran murid yang berbeza dan
memberikan peluang yang sama untuk semua murid : guru dapat memenuhi keperluan peribadi dan
psikologi setiap murid - murid rasa dirinya dihargai dan disayangi & belajar dengan baik
- mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea antara murid2
Guru mengamalkan demokrasi - memberikan perhatian dan menghormati pandangan murid
(memberi peluang bersuara & peluang untuk membuat keputusan : meningkatkan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis)
- menjadi pendengar yang aktif (mendengar masalah murid - membantu menyelesaikan masalah
supaya mereka sentiasa belajar dalam keadaan yang tenang) mewujudkan komunikasi dua hala
(berinteraksi dengan baik dan mesra dengan murid - murid rasa diri dihargai dan bersemangat untuk
belajar)

Cadangkan penggunaan satu model pengurusan disiplin dan satu tindakan intervensi bagi mengawal
pelajar yang menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah PAK 21.

PAK 21
Peranan guru dalam menyediakan persekitaran bilik darjah PAK 21 dari aspek fizikal dan psikososial
Penyediaan persekitaran bilik darjah PAK 21 dari aspek fizikal dan psikososial yang boleh
meningkatkan proses kemenjadian murid

Model disiplin Asertif Canter - mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas, memberikan
peneguhan, guru mempunyai hak untuk mengajar secara profesional dan tanpa gangguan, murid ada
hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang dengan sokongan guru dan rakan
- GURU AKAN GAGAL MENYEDIAKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF KEPADA MURID-
MURID SEKIRANYA TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS TINGKAH LAKU YANG MENGGANGGU
PEMBELAJARAN

Model Akibat Logikal Dreikurs - kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab
kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah, guru mengenal pasti
punca kepada masalah tingkah laku, guru dan murid bekerjasama membuat keputusan dalam
pengurusan bilik darjah (demokratik), dendaan tidak patut dijalankan

Model Pengurusan Kelompok Kounin - pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti2
di dalam bilik darjah - kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik
darjah dan cara untuk menangani masalah, menangani lebih drpd satu situasi (pertindanan), teguran
memberikan kesan/iktibar kpd murid2 lain (Kesan Gelombang), teguran diberi mesti jelas (jelas,tegas,
bernada serius), menjalankan akibat yang dinyatakan sekiranya melakukan salah laku, kelancaran dan
pelaksanaan aktiviti mengawal salah laku

Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon - membantu murid memperolehii kawalan


dalaman/kendiri, tidak lagi bergantung kepada teknik intervensi tradisional yang bpusatkan kawalan
guru, ganjaran, hukuman, tidak mengawal murid secara luaran (pendekatan I-message, persekitaran
memberangsangkan, mendengar murid dgn aktif, elak halangan komunikasi)

Model Beyond Discipline Alfie Kohn - tekankan komuniti bilik darjah yang penyayang dan
menghargai antara satu sama lain, tidak mendisiplinkan murid dgn mengubah dan mengawal murid
ttp melibatkan murid sebagai sebahagian daripada proses disiplin dlm pdp, tidak guna hukuman dan
ganjaran, bina komuniti pembelajaran

Tindakan intervensi (mengawal pelajar yang menunjukkan tingkah laku bermasalah)

Bimbingan dan kaunseling


- menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi : melayan setiap murid dengan adil
-memberikan perhatian sepenuhnya kepada murid : menggalakkan murid untuk berkongsi masalah
& bercerita tentang diri mereka supaya mereka rasa diri dihargai dan disayangi (mengetahui punca
tingkah laku yang bermasalah)

- mendengar dengan aktif : mendengar masalah dengan teliti, memberi nasihat kepada murid &
membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi/mencari jalan penyelesaian
: mendengar dan membaiki salah tanggapan murid, cuba memahami
keadaan diri dan konteks sebenar murid (murid akan lebih mempercayai, mesra,
berminat dan terbuka semasa berkomunikasi) kemudian secara perlahan
sedarkan murid tentang salah tanggapan, guru perlu memiliki kesabaran yang
tinggi

- berkolaboratif dengan pihak lain (pihak pentadbir, guru kaunseling, guru disiplin, ibu bapa) : cuba
berhubung dengan ibu bapa murid untuk memahami masalah sebenar yang dihadapi oleh murid

Anda mungkin juga menyukai