Anda di halaman 1dari 13

PEMARKAHAN

KOD &NAMA KURSUS

Semester 2 Sesi 2016/2017

KPT 6024: Rekabentuk dan Pengembangan Instruksional

TAJUK

MODEL SMITH AND RAGEN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

PARTHIBAN A/L MUTHIAH M20152001723 MT13

SHARVINA A/P WATALINGGAM M20152001715 MT13

YEEMA A/P MOHGAN M20152001717 MT13

PENSYARAH: Profesor Madya Dr.Mahizer bin Hamzah

Tarikh :____________________________________
SENARAI ISI KANDUNGAN

1.0 SENARIO

2.0 POLA DAN PRINSIP REKABENTUK KURIKULUM

3.0 APLIKASI REKABENTUK MODEL

4.0 PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN

5.0 KAJIAN KES

6.0 RUMUSAN

7.0 RUJUKAN
1. PENGENALAN

Pembelajaran merupakan satu usaha yang dilakukan untuk memperoleh


kompetensi atau berupa pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang diperlukan dalam
melakukan suatu pekerjaan. Usaha untuk meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran selalu dilakukan tanpa henti. Proses pembelajaran dapat dipandang sebagai
sebuah sistem dengan komponen-komponen yang berinterfungsi satu sama lain. Komponen
yang satu akan menjadi masukan bagi komponen-komponen yang lain dalam mencapai
matlamat bagi sebuah sistem.

langkah awal yang perlu dilakukan adalah menerapkan reka bentuk sistem
pembelajaran untuk meningkatkan proses pembelajaran yang berkualiti. Reka bentuk sistem
pembelajaran mengandungi langkah-langkah sistematik yang diperlukan untuk mewujudkan
sebuah aktiviti pembelajaran. Kita perlu mengenal model-model reka bentuk sistem
pembelajaran untuk dapat merancang sebuah sistem pembelajaran. Setiap model
mempunyai ciri khas tersendiri yang relevan untuk digunakan dalam mereka bentuk aktiviti
pembelajaran yang tertentu. Hal ini sesuai dengan pandangan yang dikemukakan oleh
Marlene Fauser dkk. (2006) yang mengemukakan bahawa "Instructional designers can not
be effective if they are familiar with only one model. The designers must be able to fit the
design to situation and familiarity with various model will make that designer more
successful”.

Para perancang sistem pembelajaran tidak akan berperanan optimum jika hanya
mengenal satu model reka bentuk. Perancang reka bentuk sistem pembelajaran perlu
mengenal pelbagai model agar dapat mewujudkan program pembelajaran yang efektif,
efisien dan menarik. Setiap model pada umumnya mengandungi keterangan langkah-
langkah yang perlu dilakukan dalam merekabentuk program pembelajaran. Setiap model
reka bentuk sistem pembelajaran mempunyai ciri-ciri khusus yang meliputi keunggulan dan
keterbatasan untuk digunakan dalam situasi atau setting pembelajaran tertentu.
Pemahaman tentang model-model reka bentuk pembelajaran yang baik akan membantu
perancang program pembelajaran dalam mewujudkan proses dan aktiviti pembelajaran yang
berkesan. Hal ini akan membolehkan pelajar mampu menggapai kompetensi yang
diperlukan.

Secara umum istilah model diertikan sebagai kerangka konseptual yang digunakan
sebagai pedoman atau acuan dalam melakukan suatu kegiatan. Model digunakan untuk
menunjukkan pengertian pertama sebagai kerangka proses pemikiran dalam uraian
selanjutnya istilah. Sedangkan model asas dipakai untuk menunjukkan model yang umum
dan asas yang dijadikan titik tolak pembangunan model lanjut dalam erti lebih rumit dan
dalam erti kata baru. Sistem pengajaran dibentuk oleh dua konsep iaitu sistem dan
instruksional. Sistem yang selanjutnya diterjemahkan menjadi sistem oleh Wong dan
Raulerson (1973: 9) diertikan sebagai suatu peranti dari bahagian-bahagian yang diikat atau
dipersatukan oleh beberapa bentuk hubungan saling mempengaruhi. Contohnya, sistem tata
suria, sistem kekerabatan. Instruction yang diterjemahkan menjadi pembelajaran oleh Saylor
dan Alexander (1976) diertikan sebagai pelaksanaan kurikulum atau dalam pengertian
khusus pembelajaran merujuk pada proses belajar-mengajar (teaching-learning process).

Smith dan Ragan (1993) mengatakan reka bentuk sistem pengajaran iaitu proses
sistematik yang dilakukan dengan menterjemahkan prinsip-prinsip belajar dan pembelajaran
menjadi rancangan yang boleh dilaksanakan dalam bahan dan aktiviti pembelajaran. Oleh
itu, sistem pengajaran merupakan susunan aktiviti belajar mengajar yang mengandungi
dimensi perancangan kegiatan belajar mengajar. Sebagai perancang dan pelaksanaan
sistem pengajaran merujuk pada langkah-langkah yang sebaiknya ditempuh dalam
menetapkan tujuan, isi proses dan penilaian pengajaran. Sebagai proses sistem pengajaran
merujuk kepada interaksi antara komponen pengajaran dalam suasana kelas secara nyata.

Model smith dan ragan merupakan model yang paling lengkap yang
menggambarkan bagaimana suatu proses pembelajaran dirancang secara sistematik dari
awal hingga akhir. Pada umumnya, setiap reka bentuk sistem pengajaran mempunyai
keunikan dan perbezaan dalam langkah-langkah dan prosedur yang digunakan. Perbezaan
juga kerap terdapat pada istilah-istilah yang digunakan. Namun demikian, model-model reka
bentuk tersebut mempunyai dasar prinsip yang sama dalam usaha merancang program
pembelajaran yang berkualiti. Reka bentuk instruksional mengandungi aspek bagaimana
sebaiknya pembelajaran diadakan atau diciptakan melalui satu siri prosedur serta
penciptaan persekitaran belajar. Selain itu, reka bentuk instruksional terdiri atas aktiviti-
aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk suatu proses belajar.
2. PROSES REKA BENTUK MODEL

Pendekatan tradisional bermaksud suatu cara yang menggunakan prinsip


pengajaran tradisional. Dalam pendekatan ini, guru hanya memberi arahan dan murid
mengikut arahan. Aplikasi pembelajaran sehala dan guru sebagai pengajar Antara kebaikan
dalam penggunaan pendekatan ini ialah guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan
bahaya dan kemahiran khas. Antara ciri - ciri pendekatan tradisional ialah kurikulum yang
ditetapkan, mementingkan pengajaran, guru menentukan tugas, tugasan diberikan kepada
pelajar, guru menentukan piawaian, berfokus kepada guru dan mengukur pengajaran
mengikut gred.

Menurut Smith dan Ragan (1993), “Pengajaran ialah penyampaian


maklumat dan aktiviti bagi memudahkan pelajar untuk mencapai matlamat 
pembelajaran yang spesifik” dan bahan perantara merupakan komunikasi mesej
pengajaran. Justeru, definisi pengajaran berasaskan web ialah program pengajaran
berasaskan hipermedia yang menggunakan atribut dan sumber WWW bagi mereka
cipta dan mendukung suasana pembelajaran yang bermakna. Suasana pengajaran
berasaskan web termasuk sumber, sokongan kolaborasi, implementasi aktiviti berasaskan
web sebagai rangka kerja pembelajaran dan menyokong kedua-dua kumpulan novis dan
pakar.
Berikut adalah gambaran visual model Smith dan Ragan (Smith & Ragan, 2005,
p.10) Berdasarkan diagram di atas, walaupun proses reka bentuk ini kelihatan linear, Smith
dan Ragan menekankan bahawa aktiviti berkaitan dengan pembangunan instruksional
selalunya berlaku serentak. Langkah-langkah dalam setiap fasa adalah saling bergabung
jalin yang mana sebarang perubahan dalam satu langkah memerlukan pereka instruksional
membuat perubahan pada langkah-langkah yang lain. Model Smith dan Ragan mempunyai
tiga aspek penting iaitu, analisis, strategi, dan penilaian. Ketiga-tiga aspek ini sangat penting
dalam menghasilkan bahan PdP dan perlu dilakukan dalam proses membangunkan bahan
PdP.

Aspek strategi dirasakan rumit untuk dilaksanakan. Aspek analisis perlu dibuat
sebelum memulakan proses reka bentuk bahan kerana maklumat itu dapat membantu
pereka instruksional untuk menghasilkan bahan PdP yang menepati kehendak pengguna.
Begitu juga aspek penilaian dimana aktiviti ini dapat membantu pereka instruksional
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu bahan PdP yang dibangunkan. Smith dan
Ragan memberi penghargaan kepada Reigeluth (1983) dalam menghuraikan strategi
instruksional yang mengandungi tiga ciri yang penting. Strategi-strateginya boleh dirancang
di tahap subjek (makro) atau di tahap pengajaran (mikro). Berikut adalah penerangan
ringkas berkaitan strategi instruksional di tahap mikro.

Setiap individu belajar secara operasi mental, satu proses yang dikenali sebagai
persepsi terpilih dan harus menjawab tiga soalan berikut :

1) Apakah isi kandung yang diperlukan?


2) Bagaimanakah cara isi kandung itu perlu dipersembahkan?
3) Bagaimanakah cara isi kandung itu harus dicerakinkan?

3. LANGKAH – LANGKAH DALAM MODEL

Model reka bentuk sistem pembelajaran yang dikemukakan oleh Smith dan Ragan terdiri
atas beberapa langkah dan prosedur sebagai berikut :

Langkah 1 : ANALISIS
Langkah 1.1 : Analisis Persekitaran Belajar

Analisis persekitaran belajar meliputi prosedur menetapkan keperluan akan adanya proses
pembelajaran dan persekitaran tempat program pembelajaran akan dilaksanakan. Tahap
analisis dalam model ini digunakan untuk mengetahui dan mengenal pasti masalah-masalah
pembelajaran.

Langkah 1.2 : Analisi Ciri - Ciri Pelajar

Analisis ciri-ciri pelajar meliputi aktiviti atau prosedur untuk mengenalpasti dan
menentukan ciri-ciri pelajar yang akan menempuh program pembelajaran yang direka. Ciri-
ciri pelajar yang akan menempuh program pembelajaran meliputi keadaan sosial ekonomi,
penguasaan isi atau bahan pelajaran, dan gaya belajar. Gaya belajar pelajar dapat
dikumpulkan manjadi gaya belajar auditori, gaya belajar visual, dan gaya belajar kinestetik.
Gaya belajar adalah kesukaan atau keutamaan yang menjadi ciri-ciri individu dalam
melakukan aktiviti atau proses belajar. Pelajar dengan gaya belajar visual akan mudah
menyerap pengetahuan dan kemahiran melalui deria penglihatan. Dengan kata lain, pelajar
yang mempunyai gaya belajar visual akan mudah belajar melalui kegiatan membaca atau
melihat sendiri. Sedangkan pelajar dengan gaya belajar auditori akan mudah menyerap isi
atau bahan pelajaran melalui deria pendengaran. Salah satu ciri-ciri gaya belajar auditori
iaitu semasa melakukan proses belajar, pelajar lebih suka membaca keras dan belajar
kelompok atau berbincang. Pelajar dengan gaya belajar kinestetik biasanya menggunakan
alat peraga dalam melakukan proses belajar. Mereka cenderung untuk belajar sambil
melakukan suatu aktiviti.

Langkah 1.3 : Analisis Tugas Pembelajaran

Analisis tugas pembelajaran atau disebut juga dengan dengan istilah task analysis
merupakan langkah yang dilakukan untuk membuat keterangan tugas-tugas dan prosedur
yang perlu dilakukanoleh individu untuk mencapai tahap kompetensi dalam melakukan
suatu jenis pekerjaan. Analisis tugas perlu dilakukan untuk menetapkan tujuan-tujuan
pembelajaran khusus yang perlu dimiliki oleh pelajar untuk mencapai tahap kompetensi
dalam melakukan pekerjaan. Tujuan- pembelajaran khusus ini biasanya disusun secara
bertingkat atau hierarkis.
Langkah 1.4 : Menulis Butir Ujian

Menulis butir-butir ujian dilakukan untuk menilai sama ada program pembelajaran
yang dirancang dapat membantu pelajar dalam mencapai kompetensi atau tujuan
pembelajaran yang telah ditetapkan. Butir-butir ujian yang ditulis harus bersifat sah dan
reliabel agar dapat digunakan untuk menilai kemampuan atau kompetensi pelajar dalam
mencapai tujuan pembelajaran.

Langkah 2 : STRATEGI

Langkah 2.1 : Menentukan Strategi Pembelajaran

Menentukan strategi pembelajaran dilakukan untuk menguruskan program


pembelajaran yang direka agar dapat membantu pelajar dalam melakukan proses
pembelajaran yang bermakna. Strategi pembelajaran dalam konteks ini boleh diertikan
sebagai siasat yang perlu dilakukan oleh tenaga pengajar agar dapat membantu pelajar
dalam mencapai hasil belajar yang optimum.

Langkah 2.2 : Menghasilkan Program Pembelajaran

Menghasilkan program pembelajaran mempunyai makna adanya proses atau


aktiviti dalam menterjemahkan reka bentuk sistem pembelajaran yang telah dibuat ke dalam
bahan ajar atau program pembelajaran. Program pembelajaran merupakan output daripada
reka bentuk sistem pembelajaran yang merangkumi keterangan tentang kompetensi atau
tujuan, kaedah, media, strategi, dan isi atau bahan pelajaran, serta penilaian hasil belajar.

Langkah 3 : PENILAIAN

Langkah 3.1 : Melaksanakan Penilaian Formatif

Melakukan penilaian formatif untuk mencari kelemahan-kelemahan dari draf bahan


ajar yang telah dibuat untuk segera disemak semula agar menjadi program pembelajaran
yang efektif, efisien, dan menarik. Penilaian formatif pada umumnya dilakukan terhadap
prototaip program pembelajaran yang sedang dibangunkan.
Langkah 3.2 : Merumus Program Pembelajaran

Menyemak semula program pembelajaran dilakukan terhadap kelemahan-


kelemahan yang masih kelihatan pada rancangan atau draf program pembelajaran. Dengan
melakukan semakan terhadap draf program pembelajaran maka program
tersebutdiharapkan boleh menjadi program pembelajaran berkualiti, iaitu pembelajaran yang
efetif dan efisien, dan menarik. Model reka bentuk sistem pembelajaran yang dikemukan
oleh Smith dan Ragan mencerminkan adanya keyakinan falsafah mereka bahawa
penerapan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah pembelajaran secara sistematik
akan menghasilkan program pembelajaran yang efektif dan efisien. Smith dan Raglan juga
berpandangan bahawa model reka bentuk sistem pembelajaran yang diciptakannya
merupakan model pembelajaran yang berpusat pada pelajar (leaner centered instruction).
Model reka bentuk ini menurut Gustafson dan Branch bersifat sangat komprehensif dalam
pelaksanaan langkah pembangunan strategi pembelajaran. Hal ini sering menjadi
kelemahan bagi model-model reka bentuk sistem pembelajaran yang lain.
4. PENUTUP

Rekabentuk pengajaran merupakan satu proses yang sistematik yang dapat


merangkakan prinsip-prinsip dalam pengajaran. Patricia L. Smith dan Tillman J. Ragan
(2003) mengemukakan model reka bentuk ini sebagai sistem pembelajaran yang terkenal di
kalangan pelajar dan ahli profesional yang mempunyai kecenderungan terhadap
implementasi teori belajar kognitif. Hampir semua langkah dan prosedur dalam model reka
bentuk sistem pembelajaran ini memberi tumpuan pada rancangan tentang strategi
pembelajaran. Bagi model rekabentuk pengajaran oleh Smith & Ragan terbahagi kepada 3
fasa utama iaitu analisis strategi dan penilaian.

Bagi aspek analisis, ia menjurus kepada analisis berkaitan kawasan sekitar


pembelajaran (learning environment). Sebagai contonya kelas di bilik komputer, kelas di
makmal dan sebagainya; analisis mengenai kumpulan target contohnya pelajar dan analisis
mengenai jenis-jenis tugasan yang akan diberikan contohnya modul, latihan dan
sebagainya.
Bagi aspek Strategi, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penekanan iaitu
pembentukan organisasi dan mengenalpasti kumpulan manakah yang akan menerajui
sesuatu organisasi dan siapakah ahli-ahlinya. Dari segi penyampaian pula, perkara yang
penting adalah perkara apa yang akan disampaikan, contohnya dalam kelas
pengaturcaraan, sudah pasti ia akan menyampaikan ilmu pengaturcaraan dan dari segi isu-
isu pengurusan pula, beberapa bahan atau modul yang lengkap hendaklah disediakan
terlebih dahulu sebelum sesuatu sesi pengajaran bermula.

Akhir sekali, aspek penilaian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian
serentak (concurrently) dan penilaian berterusan (iteratively). Penilaian serentak merupakan
penilaian yang dilakukan sebaik sahaja sesuatu sesi pengajaran itu tamat contohnya
dengan adanya kuiz, ujian bulanan atau peperiksaan manakala penilaian berterusan
merupakan satu penilaian berterusan sehingga ia mencapai objektif yang ditetapkan. Model
Smith & Ragan lebih menumpukan kepada aspek strategi berbanding aspek yang lain.

5. RUJUKAN

 Noriati A. Rashid, Tekonologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur :


Oxford Fajar

 Smith, P. L. & Ragan., T.J. (1999). Instructional design. New York : John Wiley and
Sons Inc. Ragan,T.J.,&Smith,P.L.(1994).Openingtheblackbox :instructionalstrategies
examined. AssocationforEducatonalCommunicationsandTechnology

 Smith,P.L.,&Ragan,T.J.(1996).ImpactofR.M.Gagne'sworkoninstrctionaltheory.
AssocationforEducatonalCommunicationsandTechnology

 Smith,P.L.,&Ragan,T.J.(2001).Conditions‐basedmodelsfordesigninginstruction.
(Jonassen,Ed.)TheHandbookforEducationalCommunicationsandTechnology,623‐
644
 Smith,P.L.,&Ragan,T.J.(2005).InstructionalDesign(Thirded.).Hoboken,NJ :JohnWiley
&Sons,Inc

 Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang (2014), Modul Latihan Frog VLE
Guru Cemerlang Daerah Muar dan Ledang

 Suhaida & Amron, bahan diakses pada 2.4.2017 di https://qmt323e.wikispaces.com

Anda mungkin juga menyukai