Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam
perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh
alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat canggih. Kaedah–kaedah lama
semakin jauh ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun, kita masih terikat dengan
model-model pengajaran dan teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan.
Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya
dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan
berubah dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Pembelajaran pula adalah
satu proses perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan,
mendapat latihan sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu
pembelajaran itu adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia
melalui pengalaman.
Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah berlandaskan
kepada teori-teori pembelajaran. Pengalaman dan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam
proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat yang menghasilkan satu
perubahan tingkah laku manusia. Namun sejauh manakah teori-teori tersebut memberi impak
kepada proses PdP seperti yang dinyatakan?
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah
bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi
fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-
prinsip tertentu. Salah satu alat yang digunakan untuk memahami proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih mendalam adalah melalui teori.

1
2.0 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme merupakan satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula dari
pengetahuan dan pengalaman yang disimpan dalam storan memori atau struktur kognitif
murid. Dalam proses pembelajaran, maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan
sebahagian daripada struktur kognitif di dalam minda.
Menurut Sharifah Maimunah (2001), pembelajaran konstruktivisme ini bertitik tolak
daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang
mementingkan perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap
berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya daripada tidak
tahu kepada tahu. Hal ini, kemudiannya beralih kepada teori pembelajaran Kognitivisme yang
diperkenalkan oleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini adalah mental. Semua
idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental dikenali sebagai skema
yang akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia.
Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga sebaliknya dan
seterusnya lahirlah teori pembelajaran Konstruktivisme yang merupakan pandangan terbaru
di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada
mereka.
Teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam
pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas, iaitu
pengetahuan dibina oleh para murid, setiap murid memiliki idea dan pengetahuan asas,
proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan fasilitator
dalam pembinaan pengetahuan murid. Penggunaan pendekatan teori PdP memainkan
peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu PdP dalam bidang pendidikan.
Teori pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-
teori ini guru akan memahami proses pembelajaran yang berlaku dalam diri murid, memahami
faktor yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran murid-murid.
Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana teori ini terbukti sangat
dominan dalam pendidikan sekarang kerana menyediakan perubahan paradigma kepada
pendekatan yang lebih berasaskan kognitif berbanding pendekatan tradisional yang lebih
kepada behaviorisme. Kajian yang dilakukan oleh Peter, Abiadun dan Jonathan (2010),
menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada
akademik murid. Oleh itu, teori ini sangat sesuai diaplikasikan di dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP).

2
INTERNET JEAN PIAGET
Memberi peluang kepada murid untuk
membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan Mengambil kira
Menggalakkan murid murid dengan situasi yang sebenar kepercayaan dan sikap
bertanya dan berdialog yang dibawa oleh murid
dengan murid dan guru
Menganggap pembelajaran
sebagai satu proses yang
Mengambil kira dapatan
TEORI KONSTRUKTIVISME sama penting dengan hasil
kajian tentang bagaimana
pembelajaran
murid belajar sesuatu idea
Menggalakkan proses
inkuiri murid melalui
Menggalakkan dan kajian dan eksperimen
menerima daya usaha
Menggalakkan soalan/idea Menyokong
dan autonomi murid
yang dimulakan oleh murid pembelajaran secara
dan menggunakannya sebagai koperatif
panduan merancang
BUKU pengajaran LEV VYGOTSKY

RAJAH 1: PETA I-THINK CIRI-CIRI TEORI KONSTUKTIVISME

3
3.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MASA KINI
BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME

Saya telah memilih untuk menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme dalam


pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah saya rancang. Pendekatan teori
konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil
daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar iaitu
tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama, di mana guru
hanya “menuang ilmu“ kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan
pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka. Tambahan pula, pendidikan masa kini
adalah pendidikan abad ke-21.

Rajah 2: Ciri-ciri Pembelajaran abad ke-21


Pembelajaran abad ke-21 menekankan keseimbangan dalam pembelajaran iaitu
berasaskan murid manakala guru hanya sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, pihak sekolah dan guru perlu melaksanakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dapat mewujudkan pembelajaran abad ke-21 agar murid dapat
menguasai kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kritikal dan analitikal, kemahiran
teknologi, kreativiti, kerjasama dan komunikasi yang dibuktikan oleh pakar bahawa murid
mempunyai kemahiran tersebut (Sawchuk, 2009). Dalam memenuhi tuntutan mempersiapkan
murid dengan pembelajaran abad ke-21, guru-guru perlu mempelajari terlebih dahulu
bagaimana untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-21.

4
Pertama sekali, sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru
akan menetapkan objektif pembelajaran terlebih dahulu. Objektif pembelajaran adalah suatu
pernyataan yang menjelaskan hasil pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh murid-
murid pada akhir unit suatu pembelajaran.
Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah mengikut konteks
pembelajaran abad ke-21 seperti rajah di bawah:

Pengajaran
Set
Berasaskan Pengukuhan Penilaian Kesimpulan
Induksi
Aktiviti

Rajah 3:` Proses PdP abad ke-21


3.1 SET INDUKSI
Langkah pertama untuk memulakan proses PdP adalah melalui set induksi. Set
induksi merupakan satu set pembelajaran bagi memulakan sesuatu pelajaran yang
melibatkan sebarang idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian murid
supaya bersedia menghadapi pelajaran. Set induksi adalah kaedah atau cara seseorang guru
memulakan pengajaran (Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zubir, 2007), tindakan-tindakan dan
pernyataan guru yang bertujuan menghubungkan pengalaman murid dengan objektif-objektif
dalam sesuatu pelajaran. Oleh yang demikian, setiap guru perlu merancang set induksi yang
menarik dan mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar pada kelas itu. Tempoh masa
bagi setiap set induksi ini adalah 5 minit dan paling lama 10 minit sahaja bagi setiap kelas.
Oleh itu, bagi set induksi, saya akan menggunakan bahan visual untuk menarik
perhatian murid supaya bersedia menghadapi pelajaran. Menurut Azura Mohd Nor dan
Sabariah Sharif (2014), penggunaan bahan visual dapat membantu meningkatkan minat dan
pencapaian pelajar. Rangsangan bahan visual yang digunakan kepada murid dapat
membantu murid membuat penekaan awal tentang apa yang hendak diajar. Hal ini seterusnya
membantu murid untuk menggunakan pengetahuan sedia ada dan mengumpulkan
pengetahuan yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara prinsip set
induksi ialah set induksi hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. Melalui
prinsip ini, secara tidak langsung, pengaplikasian teori konstruktivisme dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat diterapkan kerana teori kontruktivisme menekankan
proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu. Penggunaan
bahan visual adalah merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan
meningkatkan proses pembelajaran (Tan, 2007). Oleh itu, saya merasakan penggunaan
bahan visual sangat sesuai untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.

5
3.2 PENGAJARAN BERASASKAN AKTIVITI
Langkah kedua ialah guru perlu melaksanakan pengajaran berasaskan aktiviti.
Pengajaran berasaskan aktiviti bermaksud guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau tugasan
yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apa-apa yang
dipelajari. Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar
di mana guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian
matlamat tersebut. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah simulasi, lakonan, eksperimen,
kerja lapangan dan sebagainya. Menurut Zamri (2012), bentuk pengajaran dan pembelajaran
(PdP) pada abad ke-21 masih tetap berpusatkan guru, tetapi guru memainkan peranan lebih
penting untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Penglibatan murid
dalam aktiviti pembelajaran adalah selaras dengan apa yang dikehendaki dalam teori
pembelajaran konstruktivisme yang bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk
membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi
yang sebenar.
Melalui pendekatan ini, saya memilih untuk melakukan aktiviti simulasi. Simulasi perlu
dilakukan murid-murid dengan bimbingan guru. Aktiviti simulasi yang dimaksudkan ialah “role
play”. Murid diberi tanggungjawab untuk memegang peranan dan watak. Sebelum
memulakan aktiviti, murid diberi masa untuk berbincang dan membuat persediaan dan
kemudian barulah membuat persembahan. Melalui kaedah ini, prinsip teori konstruktivisme
yang dapat diterapkan ialah menggalakkan pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan
orang lain dan murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri kerana murid yang
harus melaksanakannya dengan bimbingan daripada guru. Selain itu, pembelajaran
bermakna berlaku dalam konteks tugasan yang berasaskan alam nyata.

3.3 PENGUKUHAN
Pengukuhan boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru
selepas pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bentuk latihan. Cara atau bentuk
latihan pengukuhan yang diberikan kepada murid-murid adalah sama. Setiap murid
dikehendaki menjawab atau melakukan dengan menerima latihan atau tugasan yang
diberikan oleh guru dalam bentuk yang sama dan tiada perbezaan. Aktiviti pengukuhan
bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid
dalam unit pembelajaran yang sama.
Dalam proses pengukuhan, saya memilih untuk bersoal jawab dengan murid. Hal ini
membantu saya mengaplikasikan teknik scaffolding yang diutarakan oleh Lev Vygotsky iaitu
proses membimbing dan membantu pembelajaran. Selain itu, saya juga dapat menggalakkan
murid bertanya dan memberikan jawapan yang munasabah bagi soalan mengapa dan
bagaimana yang ditimbulkan oleh murid.

6
3.4 PENILAIAN
Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan,
keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.
Aktiviti penilaian yang saya pilih dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan pengaplikasian teori konstruktivisme ialah penilaian kendiri. Saya ingin melihat
sejauhmana pemahaman murid tentang apa yang telah diajar dan kesan pembelajaran
tersebut. Saya akan meminta murid untuk membuat refleksi dan mengaitkan isi pelajaran yang
telah dipelajari. Melalui kaedah ini, saya dapat menerapkan ciri-ciri teori konstruktivisme iaitu
menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid. Hal ini kerana saya hanya
mahu menilai bagaimana murid mengaitkan isi pelajaran yang telah diajar kepada diri sendiri.

3.5 KESIMPULAN
Kesimpulan atau penutup dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya akan
merumuskan isi pengajaran dan pembelajaran yang telah diajar sebagai langkah terakhir
sebelum mengakhiri kelas yang diajar.

7
4.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, mempelajari teori-teori pembelajaran sememangnya
membantu para guru untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Guru hendaklah bukan sahaja mempelajari, malah mempraktikkan teori-teori ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran agar dapat mencapai tahap keberkesanan yang maksimum
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.
Daripada huraian di atas, dapat dirumuskan bahawa konstruktivisme adalah satu
daripada teori pembelajaran yang pada asasnya merupakan proses pembelajaran yang
menerangkan bagaimana pengetahuan sedia ada disusun semula dalam minda pelajar untuk
membentuk pengetahuan baru. Melalui pembelajaran secara konstruktivisme, pengetahuan
dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada
persekitarannya. Pelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing dan
pengetahuan sedia ada mereka. Ini menjadikan pelajar lebih seronok dan berminat untuk
belajar kerana pengetahuan yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri. Selain itu, untuk
memastikan proses pertukaran idea berlaku pada tahap optimum, gaya pengajaran guru
perlulah setara dengan gaya pembelajaran yang terdapat pada setiap pelajar untuk
memastikan mereka terus termotivasi untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan.
Oleh itu, diharapkan kepada semua warga pendidik agar sentiasa cakna dengan
perkembangan pendidikan yang kian maju seiring dengan arus pemodenan dan sekaligus
dapat bersama-sama memperjuangkan maruah dan martabat pendidikan negara di mata
dunia.

8
RUJUKAN
Azura Mohd Nor & Sabariah Sharif. (2014). Penggunaan bahan visual di kalangan guru
teknikal. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal For Educational Thinkers), Vol. 5(1985-
3637), 79-98.

Peter, O. I., Abiodun, A. P. & Jonathan, O. O. (2010). Effect of constructivism instructional


approach on teaching practical skills to mechanical related trade students in western
nigeria technical colleges, International NGO Journals, 5 (3): 59-64.

Sawchuk, S. (2009). Backers of ‘21st Century Skills’. Education Week, 2823: 1-2

Sharifah Maimunah, S. Z. (2001). Vision and mission of mathematics curriculum. Paper


presented at the National Conference of Mathematics Education, Petaling Jaya, 14-
15 August 2001.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi, Strategi dan
Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Tan, P. Y. (2007) Kesan gaya pembelajaran visual, audio dan kinestatik terhadap
pembelajaran bahasa pengaturcaraan di kalangan pelajar politeknik. Masters Thesis,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Zamri Mahamod. (2012). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung ISSN:
2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 22-30 30 Malim: Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai