Anda di halaman 1dari 22

D20112054107 1

KRB 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI


2014/2015
KRB 3013
PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
TAJUK ESEI ILMIAH

Berdasarkan kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang


dipilih, jelaskan Peringkat Pengajaran Penulisan. Bincangkan dari
segi teori, model, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan.
Laporkan hasil kajian anda dalam bentuk penulisan ilmiah.

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO MATRIK
NORFIZAH HANOM BINTI SULIMAN D20112054107

NO TEL
019-5584084

PUSAT PEMBELAJARAN : EL-UPSI-05


NAMA TUTOR E-LEARNING : DR IKHSAN BIN OTHMAN
TARIKH SERAH : 14 NOVEMBER 2014

D20112054107 2
KRB 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

ISI KANDUNGAN
BIL

PERKARA / TAJUK

1.

Pengenalan

Prinsip Pengajaran Penulisan

MUKA
SURAT
3

4-6
2.1 Peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis
3

Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa

7-8

Malaysia Tahun 5
4

Teori, Model, Pendekatan, Kaedah dan Teknik


9 - 17

yang digunakan
4.1

Teori

yang

Digunakan

dalam

Pengajaran

Penulisan
4.2

Kaedah-Kaedah yang Digunakan dalam

Pengajaran
Penulisan
4.3

Teknik yang Digunakan dalam Pengajaran

Penulisan
4.4

Model yang Digunakan dalam Pengajaran

Penulisan
4.5 Pendekatan yang Digunakan dalam
Pengajaran Penulisan
5

Peringkat

Pengajaran

Penulisan

(Masalah

17 19

Kajian)
6

Kesimpulan

20

6.

Rujukan

21

PENGENALAN
Pendidikan di negara ini mengalami perkembangan pesat, terutama dalam era reformasi
pendidikan, kemajuan teknologi maklumat, globalisasi, revolusi pengetahuan, revolusi
pengurusan, k-ekonomi, dan sebagainya menyebabkan pendekatan bersepadu pendidikan
bahasa Melayu dijadikan sebagai terjemahan serta realisasi falsafah pendidikan negara
diberi tumpuan utama. Matlamat pendidikan negara telah dijelaskan dalam kurikulum mata
pelajaran bahasa Melayu bagi sekolah rendah dan menengah oleh Bahagian Perancangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum tersebut menggariskan bahawa
pengajaran yang lengkap, iaitu aspek kenahuan dan kecekapan berbahasa ditafsir dan diajar
sebagai dua aspek kebahasaan yang saling melengkapi.
Salah satu aspek yang

penting

dalam

pembelajaran bahasa Melayu adalah

kemahiran menulis. Kemahiran ini merupakan salah satu unsur dalam perkembangan
bahasa. Selain dari ungkapan, verbal bahasa juga disebarkan melalui tulisan. Oleh sebab
itu,kemahiran menulis dalam bahasa Melayu dipelajari sejak pra sekolah sehingga kepada
peringkat yang paling tinggi kerana masalah menulis berlaku dalam setiap medium usia
dan tahap pendidikan.
Kemahiran menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran
berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Penguasaan dalam
kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata
tetapi penulisan turut melibatkan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini
kerana penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk
menghasilkan tulisan yang baik.
Kemahiran menulis merupakan satu kemahairan yang agak sukar berbanding
dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Ianya hanya dikuasai melalui program

pembelajaran. Untuk mencapai kemahiran menulis yang sempurna, sebahagian


tanggungjawab adalah terletak kepada guru. Sikap guru, kesedarannya terhadap
kepentingan kemahiran tetrsebut daan perkaedahan yang sesuai yang akan digunakan
dalam proses pembelajaran adalah penting untuk merangsang minat, dan mempengaruhi
mereka menyukai kemahiran tersebut sepanjang masa.

2.0

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

Asas menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Oleh itu kemahiran
asas dalam penulisan berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan
yang terang, jelas dan lengkap untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Kamarudin Hj. Hj.
Husin (1988;178); Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Ia
merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menurut
Raminah Hj. Sabran (1985 : 183) ; Penulisan ialah bentuk penglahiran perasaan, fikiran
dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan
bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Kemahiran menulis seharusnya diajar dengan prinsip yang betul dan sesuai agar
pengajaran untuk menguasai kemahiran tersebut lebih efektif. Prinsip-prinsip kemahiran
menulis yang boleh dijadikan garis panduan melakukan latihan menulis adalah seperi
berikut :
Latihan imlak mestilah diberi penegasan wajar kerana ia memberi latihan bertulis
yang berguna kepada pelajar dengan memerlukan mereka menyalin dengan tepat
sesuatu yang telah dibaca oleh guru.
Pelajar mesti diberi latihan yang memadai untuk menulis perenggan yang terdiri
daripada urutan ayat yang teratur dan logik.
Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh

pelajar

termasuk kesalahan ejaan, tanda bacaan dan imbuhan.

2.1

Peringkat Kemahiran Menulis

Peringkat
pra-menulis

pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat


(persediaan),

peringkat

mendirikan

makanis) dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat

asas

(peringkat

pra-menulis ialah

tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis


sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul.
Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta
koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awalawal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis,

mampu

memahami dan mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk


dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambinglambang tulisan. Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan
fikiran mereka secara bertulis pada peringkat menulis untuk pelahiran.

2.1.1 Peringkat Pra-menulis (persediaan)


Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanakkanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang
bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat
awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda
yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan
bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan
bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini
adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta
kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan
perkara-perkara berikut. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan
dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam,
menampal, menguli tepung dan lain-lain. Selain itu, menguasai gerak
tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya
supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.Melakukan latihanlatihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lainlain.Terakhir adalah melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi)
mata dan tangan.

2.1.2 Peringkat Mekanis


Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka
telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul
dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut
didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi
kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk
huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan.Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf
diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar atau luas
membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit. Latihan-latihan
tulisan

mekanis

diharapkan

murid-murid

akan

dapat,

kemahiran

mengawal dan memegang pensel, meneliti, mengenal, menyalin


bentuk-bentuk huruf mengikut urutan, mendapat kesedaran tentang
perkaitan bunyi dengan tulisan.

2.1.3 Peringkat Pelahiran (mentalis)


Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis.
Kemahiran penulisan peringkat pelahiran biasanya dikuasai setelah
murid-murid mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak
melibatkan mental .Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat
menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk
menggunakan daya kreatif untuk membina ayat, mengarang cerita,
mengarang pantun, sajak, teka-teki dan menulis surat kiriman. Di
peringkat ini terdapat lima peringkat pengajaran iaitu ;
a)
b)
c)
d)
e)

Menyalin dan meniru


Menghasilkan semula
Menggabung
Penulisan berpandu
Penulisan bebas.

3.0 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MALAYSIA


TAHUN EMPAT ( SEKOLAH KEBANGSAAN ) 2014

UNIT/TEMA/BAHAGIA

HASIL PEMBELAJARAN

Fokus Utama ( FU)

SISTEM BAHASA

PEN

KUR

Fokus Sampingan (FS)


Unit 5

3.1

Menyampaikan

maklumat Tatabahasa:

Tema:

tentang sesuatu perkara

Sukan dan Kesihatan

atau tajuk dengan menggunakan


kata, istilah, frasa,

Bahagian 3

Imbuhan di-...-kan

PJK

Penanda wacana

Nilai M

struktur ayat yang betul, dan laras


bahasa yang sesuai.

Menjaga
Sebutan intonasi:

Tajuk:

3.1 Aras 3 (i) Menganalisis data dikir barat

Awasi Nyamuk

berdasarkan sesuatu
perkara.

Ilmu:

Kosa Kata:

kesihata
Rajin

Kemahi

3.1 Aras 3 (ii) Mengbentangkan Wabak, lokasi, vaksin,

Bernilai

hasil analisis secara tepat.

KB - me

virus,

Idea
6.3 Membaca dan mengenal pasti isi

- mengh

utama dan isi

KP - log

sampingan daripada teks.

matema

6.3 Aras 3 (i) Mengemukakan idea


utama dan idea
sokonganyang tedapat dalam bahan
bacaan.
8.4 Membina dan menulis ayat
topik dan ayat huraian
berdasarkan sesuatu perkara.
8.4 Aras 3 (i) Menulis karangan
dengan menggunakan
ayat topik dan ayat huraian yang
lengkap.
8.5 Aras 3 (i) Menghubungkaitkan
isi utama dan isi
sampingan

dengan menggunakan

penanda wacana untuk


menghasilkan pemerengganan yang
kohesi.

Berdasarkan soalan tugasan, saya memilih kemahiran penulisan 8.4


dan 8.4 Aras 3(i) bagi menghuraikan teori, model, pendekatan,
kaedah dan teknik yang digunakan dalam sukatan pelajaran tahun lima
ini.

4.0

TEORI, MODEL, PENDAKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK YANG


DIGUNAKAN

Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam
konteks pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan dan
bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru ialah;
Teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan,
teknik, kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar,
Teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja bagi
membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana
memberi arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran dan ini
membentuk tindak balas yang diingini berlaku
Teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin dibina berdasarkan
konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya. Teori adalah cabaran,
kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan membuat
penilaian bagi membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini bersesuaian
dan berguna serta berhasil.
Menurut Thomas ( 1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri-ciri seperti
dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna untuk membuat
ramalan masa hadapan dan memperjelas perkara-perkara yang sudah lepas, boleh

diterapkan secara praktikal, bersifat konsisten dan tidak berasaskan banyak andaian
(kepercayaan-kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan).

4.1

Teori yang Digunakan dalam Pengajaran Penulisan

Berdasarkan kemahiran yang dipilih dalam sukatan pelajaran, saya


memilih teori pengajaran penulisan aliran Struktural.

4.1.1 Prinsip Berfalsafah Aliran Struktural.


Teori ini dikaitkan seiring perkembangan linguistik ilmiah di Amerika
pada tahun 1930-an iaitu pada abad ke-20 Sebelum Masihi.Teori ini juga
dikenali sebagai Taxanomic atau Bloomfieldian. Tokoh bahasa yang
terlibat dalam teori ini terdiri daripada Sausure, Otto Jespherson, Harris
dan sebagainya.
Konsep teori struktural menyatakan bahawa bahasa merupakan
satu sistem yang mempunyai talian antara unit fonem iaitu sebagai unit
bahasa dengan morfem dalam satu unit bahasa.Di samping itu, teori ini
menekankan bahasa dalam sebagai satu sistem pertuturan yang
arbitrari. (Arbitrari menurut kamus dewan edisi keempat ialah, tidak
berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti.)
Implikasi dalam teori struktural adalah

pembelajaran lebih

kepada berasaskan rangsangan dan gerak balas. Bahan rangsangan


untuk

penguasaan lisan ditunjukkan dahulu sebelum pengajaran

kemahiran menulis. Berbanding teori tradisional, teori ini lebih kepada


pengajaran berbentuk induktif. Pengajaran juga berasaskan fakta dalam
erti kata lain, ia dijalankan secara formal.Teori ini tidak menekankan
penyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Makna perkataan dijelaskan dengan cara memberikan makna yang


sama dalam bahasa natif dalam pembelajaran bahasa kedua.
Dalam teori ini pembelajaran lebih kepada berasaskan
rangsangan dan gerak balas. Bahan rangsangan untuk penguasaan
lisan ditunjukkan dahulu sebelum pengajaran kemahiran menulis.
Berbanding teori tradisional, teori ini lebih kepada pengajaran
berbentuk induktif. Pengajaran juga berasaskan fakta dalam erti kata
lain, ia dijalankan secara formal.Teori ini tidak menekankan
penyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Huraian bahasa dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan
contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi huraian bahasa tidak
mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran. Huraian
bahasa juga menumpukan kajian terhadap morfologi dan sintaksis. Pada
peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu
berdasarkan taburan kata- kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat
sintaksis

ahli-ahli

perkembangan

bahasa

struktural

elemen-elemen

memberikan

dalam

ayat

tumpuan

ataupun

pada

konstituen-

konstituen dalam ayat. Ini merupakan analisis ayat yang memecahkan


bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan
kemudian mengaitkan setiap konstituen kepada konstituen.

4.2

Model yang Digunakan dalam Pengajaran Penulisan.

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti


perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat
beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar
pendidik

sebagai

panduan

untuk

menghasilkan

pembelajaran dengan lebih berkesan.

4.2.1

Model Pembelajaran Masteri

pengajaran

dan

Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan pendekatan


pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid
dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah Bloom
menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai
sesuatu

pengetahuan

atau

kemahiran

dengan

baik

dan

penuh

keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi


disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
Menurut Anderson dan Block (1975), pembelajaran masteri ialah
satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat
membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini
menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila
menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang
mencukupi untuk murid mencapai masteri berpadukan kriteria yang
jelas.
Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil
Pembelajaran perlu ditentukan untuk mengenal pasti apa yang perlu
dikuasai oleh murid dan memberi tumpuan dalam penguasaan hasil
pembelajaran. Selain itu, merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu
belajar. Ia juga dapat membantu guru untuk membina ujian formatif dan
sumatif. Hasil pembelajaran dinyatakan berdasarkan Sukatan Pelajaran
dalam, bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur.
Dinyatakan secara eksplisit, jelas dan terperinci. Selain itu, di

dalam

domain kognitif, afektif dan psikomotor. Mengikut aras pembelajaran


dari mudah ke sukar.
Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru
mesti mengambil kira perkara seperti kebolehan dan keupayaan murid
berbeza-beza.

Sahsiah

seseorang

murid

mempengaruhi

gaya

pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi


merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.Guru mestilah membuat
kepelbagaian

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran.

Seterusnya

mengambilkira kemudahan yang sedia ada dan juga masa yang


diperuntukkan untuk mengajar.
Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan oleh guru iaitu
pendekatan berpusatkan guru dan pendekatan berpusatkan murid.
Pendekatan berpusatkan guru menggunakan kaedah penerangan,
penjelasan,

bercerita,

huraian,

memberi

nota,

syarahan

dan

demonstrasi. Pendekatan berpusatkan murid pula boleh menggunakan


kaedah bercerita, bacaan, latih tubi, pembelajaran akses kendiri, inkuiri
penemuan, soal jawab, main peranan, demonstrasi, penyelesaian
masalah, sumbang saran, projek, pembelajaran koperatif dan amali.
Penilaian dalam model masteri ini adalah suatu proses untuk
mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian
murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian dalam
Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir
oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif. Kedua-dua
penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada
Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan.Penilaian dalam Pembelajaran
Masteri bertujuan untuk mengesan pencapaian murid, mengenal pasti
murid yang cerdas, sederhana dan lemah, mengenal pasti sama ada
Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai dan mengenal pasti
sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran.
Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa
yang difikirkan sesuai seperti semasa pengajaran dan pembelajaran,
selepas sesuatu unit pembelajaran atau selepas tempoh tertentu seperti
mingguan,bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah
kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Tindakan
susulan ini bertujuan untuk memastikan kelemahan murid tidak
terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya. Seterusnya
dapat memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran

dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan susulan boleh dilakukan melalui
aktiviti pemulihan dan pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).
Aktiviti pemulihan dalam model masteri merupakan aktiviti yang
dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri.
Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran
yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan
dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Untuk aktiviti pengukuhan pula, bertujuan untuk memantapkan
pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit
pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh
dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih mencabar,
memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid
menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta
minda, cartaorganisasi dan rajah, melatih murid membuat nota,
menjalankan latih tubi dan melatih murid mengenal pasti idea utama.
Pembelajaran masteri perlu dilaksanakan kerana guru perlu
mengetahui bahawa murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang
berbeza antara satu sama lain seperti kebolehan membaca dan
kebolehan

menulis.

Seterusnya,

murid

memerlukan

pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Ini disebabkan


oleh kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu pembelajaran
berbeza seperti sesetengah murid mudah memahami pembelajaran
melalui

aktiviti

nyanyian.

Akhirnya,

murid

mesti

menguasai

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan. Perkara ini untuk


memastikan

tiada

murid

yang

tercicir

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran.
Kesimpulannya,

Pembelajaran

Masteri

ialah

satu

kaedah

pengajaran secara individu yang berstruktur dan dibahagikan kepada


unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari.
Pembelajaran

secara

ini

memerlukan

pelajar

menguasai

hasil

pembelajaran sesuatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran


seterusnya.

4.3 Pendekatan yang Digunakan dalam Pengajaran Penulisan.


Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah, dan teknik yang dapat diaplikasikan dalam
pengajaran aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan wacana. Tidak ada satu
pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah,
melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar.

4.3.1 Pendekatan Terkawal (Pendekatan pengajaran Penulisan Raimes)


Raimes mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan
Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Pola-Perenggan, dan Pendekatan Komunikatif.
Berdasarkan kemahiran yang dipilih dalam sukatan pelajaran, saya
memilih Pendekatan Terkawal
Melalui pendekatan ini, saya dapat memandu dan mengawal murid daripada
melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, saya mengawal secara menyeluruh. Namun
begitu, murid masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur
ayat mereka sendiri. Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang saya berikan adalah
dengan menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki murid mengisi tempat-tempat
kosong dengan perkataan yang sesuai; saya memberikan senarai frasa yang berkaitan
dengan sesuatu topik dan murid perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; saya
mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian
murid menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.
Pendekatan Terkawal adalah satu perkara yang memulakan proses
pengajaran daripada mudah kepada perkara yang lebih susah atau
daripada konkrit kepada abstrak. Pendekatan ini memang sesuai untuk
murid-murid yang lemah seterusnya dapat memberi motivasi kepada
mereka untuk terus belajar kerana aktiviti yang dijalankan adalah
bersesuaian

dengan

kebolehan

mereka.

Aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran yang agak sukar dan tidak sesuai dengan kebolehan

murid-murid akan mematahkan semangat mereka untuk terus belajar.


Oleh itu, guru perlu memainkan peranan untuk memberi bimbingan
kepada para pelajar sama ada secara kelas, kumpulan atau individu
agar mereka tidak mudah berasa jemu atau memudahkan mereka untuk
menyiapkan sesuatu tugasan.
Dengan menggunakan Pendekatan Terkawal, para pelajar akan
diberi panduan dan bimbingan sepenuhnya. Jadi, mereka akan dapat
belajar tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahan-bahan
yang diberi oleh guru sebagai contoh untuk melaksanakan tugasan
yang baru.

4.4

Kaedah-Kaedah yang Digunakan dalam Pengajaran

Penulisan.
Kamus Dewan mentakrifkan kaedah sebagai cara atau aturan
melakukan sesuatu.

dalam

Dapatlah dikatakan bahawa kaedah adalah

seperangkat tindakan sistematik yang menepati prinsip dan tatacara


yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan demi mencapai sesuatu visi.
Sharifah Alwiah Alsagof (1986), memperincikan kaedah mengajar
sebagai peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancang
dengan teratur.
Seperti yang dinyatakan di atas, sehingga kini tiada kaedah
standard atau rigid terhadap proses pengajaran penulisan atau bahasa
di sekolah.

Ia menjadi fleksibel mengikut keupayaan murid-murid,

situasi dan latar belakang mereka.Untuk pengajaran penulisan kaedahkaedah yang dikenalpasti ialah kaedah pengucapan terkawal, kaedah
pengucapan bebas dan kaedah retorika. Pengajaran penulisan berkait
rapat dengan kebolehan murid-murid mengumpul dan
dapatan,

mencernanya

dan

seterusnya

mengolah

menganalisis
idea

tersebut

sehingga menjadi seperangkat kata-kata yang mempunyai makna.

4.4.1 Kaedah Retorika


Retorika adalah merujuk kepada seni penggunaan bahasa yang menarik
dan

berkesan dalam melahirkan gagasan untuk

memujuk

mempengaruhi khalayak mengenai sesuatu perkara.

atau

Deskripsi ini

dinyatakan oleh Nik Safiah dan Wan Malini. Ia melibatkan perkaraperkara seperti penciptaan, susunan dan stail dalam penulisan.

Di

antara elemen retorika yang terkenal ialah keberkesanan bentuk-bentuk


prosa deskriptif, naratif, ekspositori dan argumentatif. Kehadiran asas
retorika di dalam teks boleh dirasai apabila kedapatan elemen-elemen
skema berdasarkan maklumat atau isi yang boleh disusun.

Teks akan

menekankan penyusunan isi yang berbeza berdasarkan perengganperenggan yang telah mungkin diproses melalui gaya analisis, analogi,
kontras masa, falsafah dan sebagainya.
Kaedah

ini

menitikberatkan

bentuk-bentuk

pengembangan

perenggan yang berlainan seperti yang ditegaskan Kaplan (1966),


melalui Bander yang menegaskan bahawa setiap satu perenggan yang
terdapat di dalam sesebuah penulisan berkecenderungan mempunyai
jalinan pengembangan yang berbeza-beza seperti pengembangan selari
atau pengembangan terus.
Sebagai kesimpulannya, terhadap pelbagai kaedah yang perlu
disesuaikan

oleh

guru-guru

di

dalam

proses

pengjaran

dan

pembelajaran menulis karangan dan usaha mendapatkan karangan


yang cemerlang. Guru-guru harus jelas dengan objektif dan keupayaan
murid-muridnya ketika merangka sesuatu cara latihan yang hendak
digunakan.

Terdapat kaedah yang mungkin sesuai untuk sesebuah

sekolah berdasarkan latar belakang dan lokasi murid-murid serta


beberapa aspek lain yang perlu diambil kira.

4.5

Teknik yang Digunakan dalam Pengajaran Penulisan.

Teknik adalah himpunan kelakuan atau cara di dalam kaedah. Tidak


terkecuali, teknik dikatakan sebagai perlaksanaan kaedah atau taktik
yang digunakan oleh para guru untuk mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Daripada Kamarudin Hj Husin & Siti


Hajar Hj Abdul Aziz (1988) menegaskan teknik pengajaran ialah
perlaksanaan dan perjalanan suatu organisasi yang berlaku secara
nyata dan melibatkan murid-murid dan alatan pengajaran sebagai
wahana di dalam bilik darjah yang dipastikan boleh mencapai sesuatu
objektif.
Sebagai

contoh,

sekiranya

guru-guru

menggunakan

kaedah

pengucapan bebas di dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan


maka, teknik yang boleh digunakan oleh para guru adalah teknik
pengajaran berpandu, teknik pendekatan bebas, dan teknik pendekatan
proses.atau

teknik-teknik

yang

bersesuaian

bergantung

keapda

pengalaman, ketokohan dan kewibawaan guru sendiri.


4.5.1 Teknik Pengajaran Berpandu
Teknik pengajaran berpandu merupakan teknik yang paling popular dan
digunakan dengan pengawasan guru sepenuhnya.

Boleh dikatakan

teknik merangkumi latih tubi dan soal jawab ini adalah gabungan
kaedah

pengucapan

terkawal,

yang

memerlukan

murid-murid

menghasilkan kuantiti karangan yang banyak di samping mengenalpasti


kesalahan yang dilakukan semasa proses menulis itu berlangsung.
Guru akan memberikan tajuk dan dan kemahiran terpenting di dalam
mengarang iaitu mengenalpasti bidang isi, organisasi dan ekspresi.
Ketiga-tiga elemen ini dapat digunakan ketika proses menilai
sesuatu penulisan.

Penting sekali, murid-murid didedahkan dengan

prinsip utama bidang kepengarangan iaitu apa yang hendak dikata (isi),
bagaimana menyusun apa yang dikatakan (organisasi) dan bagaimana
hendak mengatakan apa yang hendak dikatakan. (ekspresi). Teknik ini
adalah berasaskan pendekatan deduktif iaitu di mana guru-guru akan
memperkenalkan, menerangkan peraturan dan seterusnya memberikan
langkah-langkah untuk menghasilkan bentuk penulisan tersebut.

5.0

PERINGKAT PENGAJARAN PENULISAN ( MASALAH KAJIAN )

Berdasarkan kemahiran (Fokus Utama 8.4 dan Fokus Sampingan 8.4


Aras 3(i) ) yang dipilih dalam Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa
Melayu Tahun 5, , saya telah menjalankan pengajaran penulisan bagi
kelas Tahun 5 Bijak. Seramai 15 orang murid terlibat. Saya memilih tajuk
Langkah-langkah Mencegah Penyakit Denggi. Saya menggunakan
Model Pembelajaran Masteri, Pendekatan Terkawal, Kaedah Retorika dan
teknik Pengajaran Berpandu.
Responden yang dipilih dalam kajian ini merupakan murid dari kelas
berpencapaian sederhana. Kebanyakan responden yang dipilih mempunyai pencapaian di antara 40
hingga 60 peratus dalam bidang penulisan. Walaupun semua murid tahu membaca tetapi
terdapat murid yang tidak dapat menulis karangan.

Tarikh

03 Mac 2014

Masa

8.00 pagi hingga 9.00 pagi

Kelas

5 Bijak

Mata Pelajaran

Bahasa Melayu

Tajuk

Penulisan- Awasi Nyamuk

(Langkah-langkah Mencegah Penyakit Denggi).


Tema

Sukan dan Kesihatan

Fokus Utama :

8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian


berdasarkan sesuatu perkara.

Fokus Sampingan :

8.4 Aras 3 (i)


Menulis karangan dengan menggunakan ayat topik dan ayat
huraian yang lengkap.

Langkah 1
Untuk langkah pertama ini, (set induksi) tayangan slaid sebuah iklan tentang sebuah
keluarga yang kehilangan anaknya akibat penyakit denggi. Sesi soaljawab berdasarkan

5 W iaitu, siapa, apa, mengapa, di mana ,bila untuk mengenal pasti pengetahuan sedia
ada murid tentang kisah yang dipaparkan. Dalam langkah ini saya menggunakan teknik
sumbangsaran

Langkah 2
Dalam langkah ini, saya paparkan gambar seekor nyamuk. Saya menggunakan Peta Buih
berdasarkan peta pemikiran i-think dalam Bahasa Melayu. Saya menggunakan

untuk

mendapatkan isi-isi pelajaran tentang Nyamuk seperti penyakit-penyakit bawaan


nyamuk, tempat-tempat pembiakan nyamuk, langkah-langkah mencegah penyakit denggi
dan sebagainya. Murid bebas melahirkan idea tetapi masih dalam pengawasan guru.
Murid-murid membina lalu melengkapkan peta buih berdasarkan isi-isi karangan yang
murid bincangkan tadi.

Langkah 3
Berdasarkan Peta Buih yang dibina, murid dibimbing untuk memilih isi-isi pelajaran
yang telah mereka berikan untuk dijadikan bahagian pengenalan penulisan karangan,
bahagian isi dan bahagian penutup penulisan karangan. Saya menggunakan Teknik
Pengajaran Berpandu.

Murid dibimbing menyusun isi-isi penting berdasarkan

pemerengganan pengajaran penulisan.

Langkah 4
Untuk langkah seterusnya, murid dibahagikan kepada

3 kumpulan. Di sini saya

menggunakan Kaedah Retorika dan masih lagi menggunakan teknik Pengajaran


Berpandu. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan sebuah karangan berpandukan isiisi pelajaran yang dibincangkan dalam langkah 3 di atas. Murid dibimbing untuk
mengembangkan isi-isi mengikut perenggan yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan
membentangkan hasil perbincangan mereka. Guru membetulkan kesalahan yang dilakukan
oleh murid seperti kesalahan tatabahasa dan kesalahan penanda wacana.

Langkah 5
Dalam langkah terakhir ini, saya masih menggunakan Kaedah
Retorika

dan

teknik

menitikberatkan

Pengajaran

bentuk-bentuk

Berpandu.

Kaedah

pengembangan

Retorika

perenggan

ini

yang

berlainan seperti yang ditegaskan Kaplan (1966), melalui Bander yang


menegaskan bahawa setiap satu perenggan yang terdapat di dalam
sesebuah

penulisan

berkecenderungan

mempunyai

jalinan

pengembangan yang berbeza-beza seperti pengembangan selari atau


pengembangan terus. Murid menghasilkan penulisan karangan secara
individu.

Murid

diberi

kebebasan

mengolah

penulisan

mereka

berdasarkan isi-isi pelajaran yang telah mereka bincangkan bersama.


MAKLUMBALAS KAJIAN
Berdasakan kajian yang saya telah jalankan, setelah beberapa kali
pengajaran dan pembelajaran penulisan yang

menggunakan teknik,

kaedah, dan pendekatan yang betul seperti di atas, ia telah dapat


membantu murid-murid yang lemah dalam penulisan. Hasil penulisan
mereka lebih baik berbanding sebelum saya menggunakan teknik,
kaedah dan pendekatan seperti dalam kajian saya di atas. Mereka dapat
menyusun isi-isi karangan mengikut perenggan yang betul dan setiap
perenggan mempunyai jalinan pengembangan selari.

6.0

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang perlu
dipelajari oleh manusia untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural
dan mudah.

Malah di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dinyatakan

dengan jelas bahawa kemahiran menulis adalah keperluan wajib bagi selain daripada
kemahiran membaca, mengira dan menaakul yang menjadi elemen pengukuhan aplikasi
untuk perlaksanaan modul-modul pembelajaran di alaf baru ini.

Setelah membincangkan mengenai pendekatan, teori, kaedah,


model dan teknik, dapatlah dirumuskan bahawa pengetahuan secara
holistik merupakan satu keperluan yang mendesak di dalam sesi
pengajaran

dan

pembelajaran

penulisan.

Sememangnya,

tiada

pendekatan, kaedah atau teknik khusus di dalam menghasilkan kualiti


dan kuantiti cemerlang di dalam pengajaran penulisan tetapi guru-guru
mempunyai seleksi yang luas dengan kepelbagaian pendekatan dan
konsep

yang

telah

dibincangkan

di

atas.

Keutamaan

adalah

memastikan objektif pengajaran berkesan mencapai matlamatnya.


Dalam merealisasikan matlamat untuk meningkatkan kemahiran menulis, terdapat
faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhinya. Antaranya ialah
faktor minat, jantina dan kaedah serta pendekatan yang digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Faktor-faktor ini
merupakan penyumbang terpenting dalam mempengaruhi keputusan dan pencapaian
murid. Semakin tinggi minat seseorang murid untuk belajar semakin tinggi kecemerlangan
yang akan dicapai olehnya. Perasaan kurang yakin dan berasa rendah diri kerana kurang
menguasai kemahiran menulis, akan menjadikan mereka kurang berminat untuk menulis.
Fenomena ini seharusnya dihindari untuk mencapai kecemerlangan dalam sesuatu mata
pelajaran.
Kepelbagaian pendekatan yang digunakan oleh guru akan mempengaruhi hasil
pencapaian objektif pengajaran. Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan menjamin
keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran serta pencapaian objektifnya secara
optimum. Pemilihan kaedah dan teknik yang bersesuaian ini menyumbang kepada tahap
penguasaan dan minat seseorang murid untuk belajar dengan lebih berkesan. Proses
menulis adalah proses berterusan yang tidak tertakluk kepada pengajaran di sekolah tetapi
berlangsung sepanjang hidup.

RUJUKAN
1. Sulaiman Masri et al. (2007). Bahasa Melayu; Rujukan Menengah. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

2. Awang Sariyan. (1992). Asas Penulisan Deskriptif. Kuala Lumpur: Menara Ilmu
Sdn. Bhd.
3. Ismail Ahmad. (1996). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4. Kamarudin Hj. Husin, (1998), KBSM dan Model-model Pengajaran
Bahasa, Selangor :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

5. Dr.Adenan Ayob (2009), HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran


Bahasa Melayu. Kuala Kumpur: Open University Malaysia.
6. http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedahteknik-dan-strategi
7. www.slideshare.net/.../kemahiran-menulis-1143177

Anda mungkin juga menyukai