Anda di halaman 1dari 2

Pendekatan eklektik

Eklektik bermaksud bercampur. Pendakatan hasil gabungan kedua-dua pendakatan


induktif  dan deduktif digunakan dalam proses pengajaran Sains dan Matematik.
Pendekatan ini menggunakan stratgei berpuisatkan guru , berpusatkan murid, berpusatkan
bahan atau berpusatkan tugasan. Lazimnya digunakan dalam aktiviti pemulihan dan
pengayaan. Tujuan pendekatan  Eklektik adalah untuk menghasilkan satu strategi 
pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang. Menurut Kamarudin dan Siti Hajar
(1999), ciri-ciri pendekatan eklektik adalah seperti berikut:

 Menggunakan pelbagai kaedah.

 Menggalakkan daya usaha dan kretaviti guru.

 Banyak menggunakan latihan dalam pengajaran.

 Menekankan penglibatan murid secara aktif.

 Menekankan kemahiran kognitif.

Pendekatan Bersepadu (intergratif)

Pendakatan integratif bertujuan mewujudkan persekitaran pengajaran yang


meransang murid-murid untuk menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara
disiplinakademik yang berbeza-besa, menghargai unsur kepelbagaian, dan berusaha secara
produktif ke arah pencapaian satu matlamat yang sama. Pendakatan ini membolehkan guru
memberi fokus kepada kandungan dan kemahiran berfikir. Langkah pengajaran dan
pembelajaran integratif  berdasarkan langkah  Hilda Taba (1962). 

Prinsip-prinsip pendekatan integratif

1. Tumpuan diberi kepada strategi pemudatan murid.

2. Penggunaan pembelajaran aktif.

3. Peranan guru sebagai fasilitator.

4. Keutamman diberi kepada kemahiran asas.

5. Peluang untuk kerja berpasukan.

6. Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugasan/projek.


Pendekatan Tematik

Pendekatan tematik lazimnya digunakan dalam kebanyakan program pendidikan


awal kanak-kanak. Pendekatan ini digunakan dengan merujuk kepada tema yang
terkandung dalam kurikulum mengikut minggu berkenaan. Tema akan disusun mengikut
perkara atau isu yang biasa. Pendekatan bertema merujuk kepada tema atau topik yang
dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan tahap perkembangan
murid. Ini meliputi penggunaan satu tema umum merentasi bidang pembelajaran. Pemilihan
tema berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa. Saling
berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperolehi secara
tersusun dan sistematik.

Prinsip pengajaran secara tematik

1. Tema dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman murid.

2. Tema harus berkait rapat dengan kehidupan harian murid.

3. Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang.

4. Sekuen sesuatu tema amat penting agar murid dapat mengikuti perkembangan topik
dengan lancar.

5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema harus merangkumi pelbagai


bidang kurikulum. Pengabungan jalinan bertujuan menyumbang kepada aspek
JERIS.

6. Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan  pencetusan idea yang banyak


dan pelbagai.

Anda mungkin juga menyukai