Anda di halaman 1dari 27

Teknik Penulisan Sejarah

Nama: Aiman
Koh Bao Sheng (2019182340150)
Kumpulan: Sej 1
Nama Pensyarah: Pn Lim Li Bin
Kemahiran Nukilan
• Nukilan – memetik (quotation) atau merumus idea (citation) dari sumber rujukan.
• Dalam penulisan, pengambilan sesuatu petikan dari buku ataupun sumber yang
lain adalah suatu yg umum dan perlu dilakukan bagi menyokong hujah dan
pendapat yang diutarakan.
• Penulisan sejarah memerlukan fakta yang benar dan sahih.
• Penulis perlu membuat penilaian dan penganalisaan terhadap sesuatu fakta
sebelum memetiknya.
• Petikan haruslah mengekalkan bentuk asal terutama bahasa, ejaan dan tanda baca.
Memetik (Quotation)
• Aspek yg perlu dititikberatkan sblm memetik petikan:
• Memetik seringkas-ringkasnya. Petikan diguna sebagai pendokong,
penegas, perbandingan dan pembahas idea yangg hendak disampaikan
oleh penulis.
• Petik perkara yang penting dan perlu sahaja
• Jangan terlalu banyak memetik
• Menjejaskan kelancaran huraian dan bahasa.
Memetik Secara Langsung
• Diambil terus dari bahan bacaan yang dirujuk tanpa membuat apa-apa
perubahan ayat atau perkataannya.
• Contoh
• Pendapat Wan Ahmad berbunyi,
Suatu Gerakan nasional yang bergantung kepada beberapa orang yang penting di
bahagian atasnya sahaja akan menghadapi kegagalan kerana Belanda boleh bila-bila
masa sahaja mengenepikan pemimpin-pemimpin seperti itu daripada arena politiknya.
Memetik Secara Tidak Langsung
• Rumusan atau idea yg penulis ilhamkan hasil dari pengamatan dan
penelitian serta penilaian terhadap bahan bacaan atau sumber yang telah
dibacanya.
• Contoh
• Dalam perbincangannya mengenai gerakan nasionalisme Indonesia, Wan Ahmad
percaya bahawa gerakan para nasionalis Indonesia akan mempunyai kekuatan yang
padu jika sebilangan besar anggota-anggotanya memiliki semangat kedewasaan
politik dan memahami tentang konsep nasionalis.
Prinsip dalam Quotation
• Petikan dibolehkan dalam pelbagai Bahasa, tetapi sekiranya ia selain
daripada Bahasa Melayu atau Inggeris, hendaklah diberikan
terjemahannya pada catatan bawah (nota kaki)
• Setiap akhir petikan, dimestikan menggunakan tanda kutip (angka) yang
diletakkan atas sedikit dari paras biasa. Angka tersebut merujuk kepada
catatan bawah (nota kaki) yang menerangkan sumber dari mana sesuatu
nukilan yang dipetik itu diperolehi.
Prinsip dalam Quotation
• Untuk petikan yang Panjang (lebih daripad tiga baris ayat) harus diletakkan
sebagai satu perenggan tersendiri dalam bentuk ayat bebas. Petikan sebegini
tidak memerlukan pengikat kata dan perlu ditaip secara satu langkau.
Contohnya :
• Lantaran itu nasionalisme yang berbentuk perkauman itu telah menjadi satu isu
yang hangat dalam kalanhan mereka sehingga tercetusnya perang saudara. Ini
berlainan sekali dengan pendapat Emerson yang mengatakan bahawa orang
Melayu dan India adalah kecil bilangannya dan sebenarnya tidak mempunyai
kesedaran politik.
Teknik Nota Kaki (Catatan Bawah)
Nota kaki boleh didefinisikan sebagai catatan tambahan yang
disediakan oleh penulis bagi menyokong dan menunjang
maklumat yang dibuat.

Biasanya dilakukan untuk mengelakkan diri penulis


daripada menghuraikan sesuatu perkara dengan panjang
lebar dan boleh memesongkan perbincangan asal.

Sementara pembaca yang teliti terhadap pembacaannya sering


memerhatikan catatan nota kaki bagi memastikan maklumat
yang dibaca itu tepat, benar dan boleh dipercayai
kesahihannya.
Cara menulis nota kaki:
• Nota kaki diletakkan di bawah setiap muka surat esei.
• Nota kaki hendaklah dinomborkan mengikut nombor berturutan dan
selaras dengan urutan dalam isi.
• Nota kaki ditaip dengan selang baris satu langkau
• Rujukan pertama sesuatu sumber rujukan hendaklah mengandungi
nombor, notakaki, nama penulis, tajuk atau nama sumber, tempat
penerbitan, nama penerbitan, tahun terbit dan halaman.
• Jika nota kaki kedua dan ketiga menggunakan rujukan yang sama dan berturut-turut tanpa rujukan
yang lain di antaranya, gunakan singkatan Ibid.

• Buku yang ditulis oleh dua atau tiga orang pengarang, senaraikan semua nama pengarang, tetapi
jika lebih daripada tiga orang pengarang, tulis et.al atau dan lain-lain selepas nama pengarang
pertama.
Nama Penulis
• Semasa menulis nota kaki, nama penulis hendaklah dimulakan dengan
nama pertama dan diikuti oleh nama kedua atau nama keluarga (surname).

• Contohnya nama David Beckham. David alah nama pertama penulis dan
Beckham adalah nama kedua atau nama keluarga penulis.
• Sekiranya penulis sesuatu bahan tidak lebih dari tiga orang, maka ditulis ketiga-tiga
nama mereka sepenuhnya.
• Jika penulis terdiri lebih daripada tiga orang, maka nama penulis utama ditulis
dengan diikuti singkatan et.al.
• Bagi nama penyunting atau penyusun, nama harus ditulis dengan perkataan
penyunting atau singkatan penyt ataupu ed (editor), eds (editors) dan diletakkan
dalam tanda kurungan selepas namanya.

• Bagi buku terjemahan pula digunakan perktaan terjemahan atau singkatan terj yang
diletakkan dalam tanda kurungan selepas nama buku atau tajuk sumber

• Seandainya tiada nama pengarang tetapi katakan terdapat badan pengeluaran


seperti institusi dan agensi, maka nama badan harus dinyatakan.
Tajuk Buku atau Nama Sumber
• Tajuk bagi sesebuah buku pada nota kaki mestilah sama ada digariskan ataupun
dicondongkan (italic).
• Tajuk utama harus dipisahkan oleh tanda bertindih (: ) dan seterusnya diikuti oleh
tajuk kecil.
Nama Tempat Terbitan
• Nama bandar atau negeri tempat sumber diterbitkan harus dinyatakan.
Nama Penerbit
• Nama penerbit harus ditulis selepas nama tempat penerbit. Tanda titik
bertindih atau kolon harus diletakkan di antara nama tempat dan nama
penerbit tersebut
Halaman
• Ini adalah perkara terakhir dalam catatan nota kaki. Ia harus ditulis dengan
perkataan halaman ataupun singkatan hlm dan diikuti oleh nombor halamannya.
• Rujukan yang hanya terdiri daripada satu halaman sahaja akan ditulis hlm.21. Jika
lebih dari satu halaman harus ditulis hlm 21-23 yang termasuk halaman 22.
• Sekirannya hendak menunjukkan kepada halaman 21 dan 23, ia harus ditulis hlm
21 dan 23.
• Tanda noktah harus diletakkan pada akhir nota kaki.
• Penggunaan nota kaki adalah berbeza terhadap jenis-jenis sumber. Bagi sumber
artikel atau esei sama ada terdapat dalam buku ataupun makalah, nota kaki
hendaklah mengandungi urutan nombor notakaki, nama penulis, tajuk artikel
atau esei, tajuk atau nama sumber, nama penerbitan, tahun diterbit dan halaman.
• Tajuk artikel atau esei tidak boleh dicondongkan seumpama yang harus
dilakukan terhadap tajuk atau nama sumber.
Kepentingan Penggunaan Nota Kaki
• Nota kaki dapat membantu menjalinkan hubungan antara satu idea dengan
yang lain. Dengan ini penulis akan mendapatkan tema dan membentuk
keterangan yang selari pada nota kaki yang diberikan.
• Nota kaki digunakan dalam sejarah untuk memastikan penulis
memperolehi idea dari fakta secara teliti, tepat dan penting.
• Nota kaki berperanan untuk menyatakan pendapat-pendapat atau
maklumat tambahan kepada teks penulisan.
Teknik Nota Hujung
• Nota hujung: dikumpulkan dan berada di satu muka surat selepas penutup atau
kesimpulan esei ilmiah.

Tajuk buku perlu diitalikkan. Maklumat tentang penerbitan aitu


Maklumat dipisahkan oleh tanda tempat, nama dan tahun penerbitan
koma. diletakkan dalam tanda kurungan.
Cara menulis nota
Hujung
Bagi rujukan kali kedua, bahan Bagi bahan rujukan yang sama
rujukan yang sama dan muka surat tetapi muka surat yang berbeza
yang sama hendaklah ditulis ibid hendaklah ditulis ibid diikuti
sahaja. dengan nombor halaman.
Contoh Menulis Nota Hujung
Teknik Bibliografi
• Bibligrafi merupakan teknik terakhir dalam melakukan penulisan sejarah.
• Ia diertikan sebagai satu senarai rujukan yang sistematik berupa buku,
manuskrip, makalah, alat pandang dengar dan sebagainya yang menjadi
rujukan penulis dan disenaraikan di bahagian akhir teks untuk menjadi tempat
rujukan.
• Ia juga dianggap sebagai rujukan tambahan kepada nota kaki yang telah
disenaraikan semasa membuat penulisan.
• Membantu pembaca mengetahui sumber yg digunakan dalam penulisan.
Cara Menulis Bibligrafi
Nama pertama pengarang dalam bibligrafi didahulukan seperti Emerson, R. Penekanan
teknik ini ialah nama keluarga haruslah didahulukan.

Bibligrafi diatur atau disusum mengikut urutan abjad berbanding nota kaki yang
dibuat mengikut keperluan sumber sahaja.

Penyusunan mengikut nama pengarang dalam urutan abjad adalah perlu unuk
memudahkan membuat rujukan semula.
Bibligrafi yang lengkap akan mengandungi nama keluarga pengarang, tahun
penerbitan, judul sumber yang lengkap, terjemahan (jika ada), bilangan jilid atau
edisi. Nama tempat penerbitan, nama penerbit.
Secara umumnya bibligrafi dibahagikan kepada dua kelompok sumber, iaitu
berasaska kepada pecahan sumber primer dan sumber sekunder.

Biasanya sumber rujukan ini disusun mengikut jenisnya iaitu sumber awalan (primer)
dan sumber pendua (ssekunder) dan juga laihan ilmiah.
Contoh bibligrafi
Soalan

• 2. Apakah kepentingan menulis nota kaki?


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai