Anda di halaman 1dari 2

Antara tujuan penggunaan sesuatu sumber dalam pengajaran dan

pembelajaran sejarah adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir dalam


kalangan murid. Kemahiran ini sangat penting untuk murid-murid melakukan
analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat
inferens serta mengumpul maklumat semasa penglibatan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah. Penggunaan sumber P&P sejarah seperti
surat khabar dan manuskrip lama dapat membantu murid-murid untuk menajamkan
lagi kemahiran berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-
murid akan melibatkan secara aktif dalam proses P&P. Ini kerana terdapat sumber
yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan
pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik. Melalui
pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan mengamati maklumat
baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang disampaikan dalam
pembelajaran.

Seterusnya, penggunaan sesuatu sumber dalam P&P sejarah adalah


bertujuan untuk menimbulkan keseronokan dalam pembelajaran. Keseronokan
dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-
murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sebagai
contoh, kewujudan sumber-sumber sejarah yang maujud seperti kostum pakaian-
pakaian zaman batu, peta dan sebagainya akan meningkatkan lagi keterujaan murid
untuk mempelajari topik yang dibincangkan pada hari tersebut. Guru juga boleh
membuat lawatan sambil belajar agar murid melihat sendiri fakta-fakta sejarah yang
dipelajari di dalam kelas seperti Muzium Negara, Arkib Negara dan lain-lain.

Cara yang paling berkesan untuk membantu murid memahami persekitaran


semulajadi serta persekitaran sosial mereka adalah dengan memberi mereka
pengalaman sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan teliti yang
kemudiannya menghasilkan soalan untuk dikaji. Oleh itu, penggunaan pelbagai
sumber sejarah dalam proses P&P seperti tayangan video,bahan bercetak, bahan
tiga dimensi dan sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang
pengetahuan ingin tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang
kemudiannya akan mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu
tajuk.
Oleh yang demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin
disasarkan dan juga kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru.
Tumpuan dan pengamatan pelajar akan memudahkan penyampaian maklumat dan
fakta sejarah yang ingin disampaikan oleh guru kepda pelajar.

Anda mungkin juga menyukai