Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2012

HBML 1103 : PENGENALAN BAHASA MELAYU

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : : OUM, TAWAU

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

ISI KANDUNGAN

BIL 1 2 PENGENALAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT 2 3

DEFINISI DAN KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU CIRI-CIRI KEPENTINGAN PENGAJARAN PERIBAHASA. STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN KESIMPULAN Bibliografi

4 8 9

11 15 16

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

1.

PENGENALAN

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

Frasa di atas merupakan frasa yang lahir dalam dunia bahasa orang Melayu zaman dahulu bagi menyampaikan pesanan ataupun nasihat. Frasa-frasa tersebut disusun dengan indah dan menggunakan perlambangan bagi menyimpan maksud tertetu. Frasa-frasa inilah yang akhirnya dikenali sebagai peribahasa dalam dunia bahasa Melayu Moden hari ini.

Penggunaan peribahasa bagi menyampaikan maksud tertentu telah menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu yang menunjukkan ketinggian budi bahasa dan kesopanan bangsa yang diakui oleh masyarakat luar termasuklah pedagang Arab, China, India dan bangsa penjajah. Sungguhpun begitu, masyarakat Melayu moden hari ini, telah mengkhazanahkan peribahasa dalam kamus ataupun dalam buku-buku tertetu. Ianya tidak lagi menjadi sebahagian bahasa harian orang Melayu hari ini malahan sebahagian besar orang Melayu tidak mengetahui maksud peribahasa apabila diutarakan.

Menyedari hakikat tingginya nilai peribahasa sebagai madah pemupuk nilai-nilai murni, pengajaran peribahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu telah ditekankan sejak tahun 3 lagi. Pengajaran dan pembelajaran peribahasa di tahap 2 sekolah rendah pula dilaksanakan melalui aktiviti pembacaan dan penulisan.

Walaupun begitu, pengajaran dan pembelajaran peribahasa didapati kurang ditekankan oleh guru sehinggakan sebahagian besar murid hanya mengetahui maksud sebahagian peribahasa tetapi tidak tahu menggunakannya dalam konteks pembinaan ayat.

Berdasarkan kepada pernyataan ini, maka penulisan ini akan mengupas mengenai definisi dan konsep peribahasa, kepentingan ciri-ciri peribahasa dan seterusnya langkah-langkah pengajaran peribahasa yang berkesan. Kupasan penulisan ini akan didukungi oleh pendapat tokoh-tokoh bahasa dan hasil kajian-kajian terdahulu yang berkaitan bahasa. Di akhir

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

penulisan ini, rumusan penulisan akan menghimpunkan maksud keseluruhan penulisan. Hasil penulisan ini diharap akan menjadi rujukan kepada penulis-penlis seterusnya.

2.

DEFINISI DAN KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Secara umumnya, peribahasa merupakan kumpulan kata-kata yang digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk menyampaikan maksud secara berlambang atau secara simbolik. Tujuan penyampaian maksud seperti ini adalah untuk menjaga kesopanan dan norma-norma kehidupan yang telah dipersetujui bersama.

Definisi peribahasa dari sudut bahasa ditakrifan dalam Kamus Dewan (2005), sebagai ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal , pepatah atau seumpamanya. Manakala Indirawati Zahid (1993), pula berpendapat peribahasa merupakan cabang kekayaan bahasa yang dimiliki oleh semua bahasa dan merupakan satu ungkapan yang di dalamnya tersirat makna yang cukup mendalam lagi persis untuk tujuan kelancaran komunikasi.

Zaba (1965) pula mentakrifkan peribahasa sebagai susunan cakap pendek atau ringkas yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab ianya menarik didengar, penggunaan perkataan yang bijak dan mempunyai maksud yang luas. Selain daripada itu, beliau juga telah memperjelaskan bahawa bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa. Ini kerana semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu percakapan bijaksana dan ringkas yang merupakan warisan dari zaman dahulu yang meniti dimulut orang-orang dulu hingga kini, kadangkadang ianya dikenali sebagai perkataan orang tua-tua sahaja. .

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 (2003), peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata hikmat yang perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.

Manakala Abdullah Hussain (1982: vii) dalam pengantar Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyatakan bahawa; Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk dik hujan dan tak lekang dik panas. Hampir setiap bangsa mempunyai bentuk-bentuk peribahasa sendiri dan peribahasa sesuatu bangsa itu mencerminkan watak bangsa itu.

Abdullah Hussain (2003), pula menyatakan salasilah peribahasa mendasarkan kepada tiga sumber utama yang digunakan oleh masyarakat penuturnya iaitu melalui sumber pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa, melalui sumber penaakulan para bijak pandai dan menerusi sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci. Atas sebab ini,, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi, kias dan ibarat yang tepat lagi tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan amat teratur, ringkas padat dan bernas. Justeru peribahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran mempunyai ciri-ciri kesantunan bahasa yang indah sebagai halwa dan penambat hati penuturnya.

Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran bangsa Melayu. Sebagai salah satu daripada puisi tertua yang memaparkan akal budi bangsa

Melayu, penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama. Sejajar dengan itu, menerusi peribahasa dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, sikap, aktiviti kehidupan serta falsafah hidup yang mereka anuti.

Menurut Wilkinson (1907), peribahasa Melayu yang telah dicipta berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang Melayu. Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga dapat diketahui daripada peribahasa Melayu. Malah peribahasa berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya. Menurut Hamilton (1947), Penciptaan peribahasa berdasarkan fenomena 4

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

sebenar kehidupan masyarakat, turut menyerlahkan pemikiran bangsa Melayu tentang alam kehidupan yang mereka tempuhi.

Dalam peribahasa, terpancarnya hubungan antara bahasa dengan pemikiran bangsa Melayu. Cara bangsa Melayu memandang dunianya tersimpul dalam peribahasa yang dicipta mereka. Hal ini menunjukkan benarnya penyataan hipotesis Sapir-Whorf. Sapir (1921) menjelaskan bahawa bahasa menentukan pemikiran penuturnya. Cara seseorang penutur berfikir dalam bahasanya tergambar menerusi penggunaan sesuatu perkataan itu dengan lebih meluas. Dengan yang demikian dapat dikatakan bahawa bahasa adalah bahagian integral, iaitu yang perlu atau yang menjadi sebahagian daripada hidup manusia. Bahasa menyerap dalam setiap fikiran dan cara penutur itu memandang dunianya. Von Humboldt (1767) mendapati terdapat saling hubungan yang erat antara pemikiran masyarakat, bahasa, dan budaya.

Peribahasa Melayu merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan. Di samping itu peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Ariffin Nur (1971) berpendapat, peribahasa merupakan ikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera. Ikatan ini wujud pada permulaan zaman setiap bangsa di dunia

Menyentuh mengenai konsep peribahasa pula, peribahasa Melayu memancarkan hubungan antara bahasa dengan pemikiran bangsa Melayu. Cara bangsa Melayu memandang dunianya tersimpul dalam peribahasa yang dicipta mereka. Hal ini selari dengan penyataan hipotesis Sapir-Whorf. Sapir (1921) yang mendapati bahawa bahasa menentukan pemikiran penuturnya. Cara seseorang penutur berfikir dalam bahasanya tergambar menerusi penggunaan sesuatu perkataan itu dengan lebih meluas. Dengan yang demikian dapat dikatakan bahawa bahasa adalah bahagian integral, iaitu yang perlu atau yang menjadi sebahagian daripada hidup manusia. Bahasa menyerap dalam setiap fikiran dan cara penutur itu memandang dunianya. Bahkan terdapat saling hubungan yang erat antara pemikiran masyarakat, bahasa, dan budaya (von Humboldt, 1767).

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

Peribahasa Melayu merupakan salah satu daripada jelmaan intelektualiti penutur bahasa Melayu. Ia diungkap menerusi bahasa yang indah-indah. Setiap ungkapan yang tercipta disusun dan dipadan dengan sedemikian rupa untuk membolehkan idea, rasa dan buah fikiran pengungkapnya dapat diserlahkan dengan lebih bermakna. Menurut Abdul Samad Idris (1990), menerusi peribahasa ini, penutur bahasa Melayu berjaya mengungkap falsafah yang mendalam tentang aspek-aspek ketamadunan, pemikiran, ethos dan moral bangsa Melayu sejak sekian lama Dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peradaban, di samping membuat ketentuan antara baik-buruk serta mencari ketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat. Mohd. Tajuddin Bin Hj. Abdul Rahman (1986) berpendapat bahawa seseorang yang dapat menggunakan peribahasa berkenaan di tempat-tempat yang betul, baik dalam percakapan mahu pun tulisan akan memberikan satu gambaran tentang kemahiran menggunakan sesuatu bahasa.

3.

CIRI-CIRI KEPENTINGAN PENGAJARAN PERIBAHASA.

Peribahasa dikatakan sebagai cerminan watak bangsa yang memilikinya. Di samping itu peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peradaban, di samping membuat ketentuan antara baik-buruk serta mencari ketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat.

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

Menurut Abdullah Hussain (2003), dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama digunakan oleh masyarakat penuturnya, iaitu yang pertama melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa, kedua melalui penaakulan para bijak pandai dan ketiga menerusi sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci. Hasilnya, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan amat teratur, ringkas dan padat. Oleh itu, perlu disedari bahawa peribahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau pembacanya tidak mudah terasa hati. Pada masa yang sama, unsur didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka.

Peribahasa dikatakan sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan (HSP Bahasa Melayu Tingkatan 4, 2003:xiv). Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya. Biasanya simpulan bahasa berkaitan dengan beberapa perkara iaitu tubuh badan, contohnyatelinga kuali dan hati batu, haiwan, contohnya, buaya darat dan cicak kubin, tumbuh-tumbuhan, contohnya durian runtuh dan diam ubi, dan kata nama khas seperti Mat Jenindan Abu Nawas. Terdapat juga simpulan bahasa yang bersifat bebas, contohnya juling air danserkap jarang. (Zaba,1965:151-157).

Perumpamaan pula merupakan peribahasa yang menyatakan sesuatu maksud dengan diumpamakan kepada sesuatu yang lain sehingga menerbitkan makna dua lapis. Istilah perumpamaan digunakan kerana sesuatu maksud itu dikaitkan atau diumpamakan dengan satu perkara lain yang setanding Ini bermakna perkataan yang diungkapkan mempunyai makna yang lain daripada erti perkataan yang dipaparkan. Malah Zaba (1965:173) dalam hal ini menyatakan bahawa peribahasa yang tidak mempunyai erti dua lapis tidaklah boleh dinamakan perumpamaan yang berasal daripada bahasa kiasan.Perumpamaan terdiri daripada dua jenis iaitu yang menggunakan perbandingan dan yang tidak menggunakan perbandingan.

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

Pepatah pula lebih menitikberatkan sifat ringkasnya di samping ketepatan perkataan dan kebenaran pengajaran yang diungkapkan di dalamnya. Dengan kata lain, setiap patah perkataan yang digunakan membawakan unsur pengajaran kepada pendengarnya walaupun ada juga pepatah yang tidak memuatkan sebarang pengajaran secara khusus. Ungkapan pepatah adalah berasal daripada patah-patah perkataan.

Sementara itu, bidalan merupakan peribahasa yang maknanya selapis sahaja, iaitu ungkapannya tidak membawa maksud yang lain daripada perkataan yang dipaparkan. Oleh itu, bidalan sering digunakan untuk memberikan teladan secara terus. Dalam hal ini bentuk bidalan terdiri daripada dua bahagian, iaitu menyatakan maksud yang hendak disampaikan, diikuti dengan unsur pematah atau pelengkap bagi maksud tersebut.

Perbilangan mempunyai ciri seakan-akan bidalan dan pepatah, tetapi berbeza dari segi bentuk susunannya, iaitu pernyataan perkataan secara berangkap yang terdiri daripada dua baris atau lebih. Perbilangan biasanya disebut satu persatu seperti kaedah membilang dan isinya seringkali diungkapkan sebagai peraturan dan undang-undang.

Selain itu, terdapat pecahan yang lain, iaitu kiasan dan kata hikmat. Kiasan atau bunga bahasa secara ringkasnya ialah ungkapan yang menghuraikan sesuatu perkara dengan mengiaskan dengan perkara lain. Tujuannya adalah untuk menjelaskan dan menegaskan lagi sesuatu maksud yang cuba disampaikan. Di samping itu menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2003), kiasan juga bertujuan memaniskan kata ketika menyebut perkara yang tidak digemari oleh pendengar atau pembaca. Kiasan biasanya menggunakan isyarat perbandingan dan adakalnya tanpa isarat perbandingan, contohnya, ayam tambatan, mandi kerbau dan orang rumah. Menurut Zaba (1965), kiasan terpecah kepada beberapa bahagian kecil iaitu kiasan sandar, contohnya tidur ayam; kiasan terus, contohnya kutu embun; kiasan berangkap

contohnya, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula atau sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa; kiasan berbunga, kiasan pemanis kiasan melompat, tamsil, ibarat, kias ibarat dan tamsil ibarat. Sementara itu kata hikmah pula ialah perkataan bijak 8

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

pandai yang mengandungi pengajaran dan pengertian yang tinggi. Ungkapan cendekiawan ini dijadikan nasihat, panduan dan pedoman hidup. Contohnya,

Dalam era globalisasi pada hari ini, penggunaan peribahasa amat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh itu, dalam era moden ini nilai dan norma masyarakat Melayu juga kadangkala tergugat akibat daripada penggunaan bahasa yang terlalu berterus terang dan terbuka. Namun begitu, dalam konteks masyarakat Melayu yang kaya dan mementingkan nilai norma serta adap sopan, sikap keterbukaan ini masih perlu dibataskan. Dalam kaitan ini, hati budi orang Melayu sebagai pemilik peribahasa ini akan dapat dikenali dengan jelas selaras dengan ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa dan Bahasa Menunjukkan Bangsa.Oleh itu, penggunaannya dalam wacana penulisan, khususnyan dalam bidang pengajaran, amat sesuai dilaksanakan kerana ia secara tidak langsung dapat mendidik generasi muda menjadi warga yang berkeperibadian mulia.

Dalam konteks kemasyarakatan, peribahasa mempunyai dua tujuan utama, iaitu menyembunyikan ungkapan atau kata-kata kasar dan penghuraian sistem adat Melayu. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang lembut ketika berkomunikasi dengan pihak lain. Pada kebiasaanya, masyarakat Melayu tidak gemar berterus terang dalam menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya. Contohnya, untuk meluahkan rasa marah terhadap perlakuan seseorang akan diungkapkan peribahasa yang berikut :

Menerusi peribahasa juga kata-kata kasar dapat dielakkan penggunaannya dan diganti dengan kata-kata yang lebih halus dan indah bagi menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati. Contohnya dalam menyatakan badan seseorang yang terlalu kurus, maka digunakan peribahasa badannya melidi, sementara bagi menyatakan kebodohan seseorang diganti dengan ungkapan Pak Pandir.

Dalam membicarakan persoalan adat pula, peribahasa banyak mengungkapkan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat dalam kehidupan sehari-hari. Dalam hal ini, perbilangan digunakan sebagai media untuk menyampaikan petunjuk dan pengajaran kepada tertentu khususnya golongan muda. Bagi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan perbilangan masih 9

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

digunakan dengan meluas dalam urusan adat dan interaksi sosial ahli masyarakatnya. Contohnya bagi menggambarkan ikatan kemesraan dan kasih sayang, digunakan perbilangan.

Dalam proses pengajaran-pembelajaran subjek Bahasa Melayu khasnya di sekolah, peribahasa mempunyai kedudukan yang sama penting dengan aspek lain. Hal ini kerana peribahasa berupaya untuk berkembang dan relevan dengan bahasa tersebut secara keseluruhannya. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat, dalam bahagian Sistem Bahasa, perkara v, halaman xiv dinyatakan bahawa:

Peribahasa...perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa... hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia,... dan hendaklah diajarkan dalam konteks"

Dalam hal ini, jelas bahawa pembelajaran dan penghayatan peribahasa bertujuan meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid. Kemahiran berbahasa ini pula akan diteliti dalam konteks kebolehan pelajar menggunakan peribahasa dalam aktviti seharian dan penulisan. Hasil penulisan tentunya akan menjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai.

Sehubungan itu, murid perlu diajar mengenai ciri dan penggunaan peribahasa secara mudah dan tepat. Namun begitu murid tidak seharusnya digalakkan menghafal sesuatu peribahasa seperti yang lazim dilakukan sebelum ini. Sebaliknya, mereka harus dirangsang agar menggunakan peribahasa dalam pelbagai situasi. Bagi mencapai tujuan ini, beberapa halangan perlu dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah kesukaran murid untuk mengingat sesuatu peribahasa ekoran sifatnya yang mempunyai pelbagai makna. Selain jumlah dan jenisnya yang banyak, sifat peribahasa yang hanya sesuai untuk keadaan tertentu telah menyebabkan minat dan kecenderungan untuk mempelajarinya menurun.

Selain itu, menurut Koh Boh Boon (1992), pengajaran berpusatkan guru turut menyebabkan pengajaran peribahasa tidak begitu berkesan. Guru memberikan penjelasan mengenai maksud peribahasa, manakala murid begitu pasif sebagai penerima maklumat. Akibatnya murid akan 10

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

berusaha menghafal peribahasa yang diberikan dan tidak menghayatinya sehingga mereka menganggap peribahasa adalah sesuatu yang sukar untuk diperlajari. Justeru itu, sebagai jalan penyelesaian adalah dicadangkan agar pengajaran peribahasa di dalam bilik darjah menggunakan pendekatan kontekstual, iaitu guru bertindak sebagai fasilitator. Menerusi pendekatan ini, pengamatan perlu dilakukan mengenai hubungan antara perkara yang dibandingkan, diikuti dengan menyimpul makna yang simbolik dan terakhir dengan membuat penilaian terhadap ketepatan peribahasa berdasarkan konteks atau situasinya. Dengan cara ini, murid diajar menghayati peribahasa berdasarkan kontek dan situasi.

Dengan strategi pengajaran berdasarkan konteks ini, guru perlu bijak memilih peribahasa yang akan diajar. Guru dicadangkan agar memilih peribahasa yang mudah dan biasa digunakan dalam masyarakat. Guru juga harus mengetahui maksud dan pengertian serta penggunaan peribahasa yang diajar kepada murid. Berikut merupakan contoh pengajaran peribahasa mengunakan konteks situasi. ...Remaja di kawasan perumahan itu sanggup menggadai nyawa untuk berlumba haram walaupun telah didiberi amaran beberapa kali oleh pihak polis

Jelas sekali peribahasa menggadai nyawa di atas diungkapkan dalam bentuk yang tidak tepat. Peribahasa tersebut sebenarnya lebih sesuai bagi menyatakan perajurit negara yang berjuang mempertahankan tanah air atau pengorbanan yang suci dan bermakna. Justeru itu, peribahasa yang tepat bagi remaja yang berlumba haram seperti yang digambarkan dalam petikan tadi ialah menempah maut. Ini kerana, perbuatan yang dilakukan adalah tidak bermoral.

4.

STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN

Secara mudahnya, peribahasa Melayu yang merupakan salah satu pancang dan cabang bahasa Melayu, mempunyai peranan besar dalam membentuk entiti dan jati diri bangsa yang memiliki dan mengamalkan nilai-nilai murni. Atas kepentingan pendidikan, pengajaran peribahasa Melayu amat wajar dilaksanakan secara terancang dan bijaksana bagi menghindari 11

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

halangan dan kesukaran murid memahami, meminati dan mengingati sesuatu peribahasa Melayu yang memang banyak terkandung dalam kitab orang Melayu. Oleh itu, seorang pengajar atau guru hendaklah berusaha untuk mempermudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Banyak teori pendekatan yang telah dikemukakan oleh ramai ahli penyelidik dan pendidikan boleh digunakan dalam pengajaran peribahasa Melayu, antaranya ialah pendekatan kontekstual, induktif, deduktif, dan banyak lagi. Pendekatan pengajaran yang dipilih guna mestilah bersesuaian dengan kandungan dan objektif pengajaran yang turut disertakan kaedah, teknik dan bahan yang sejajar dengan pendekatan tersebut. Pengisian pengajaran dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik pasti dapat meransang dan membantu meningkatkan pemahaman terhadap maksud dan konsep sesuatu peribahasa itu.

Oleh kerana bahasa Melayu merentas kurikulum, maka adalah wajar peribahasa Melayu diberi perhatian dalam pendidikan bahasa Melayu agar dapat mencapai ketrampilan berbahasa, iaitu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi. Penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar di sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi perlu dipupuk kembali dan dikembangkan. Justeru itu, bagi meningkatkan minat, kefahaman dan penggunaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar baik di sekolah rendah, menengah atau universiti, satu reka bentuk, strategi, kaedah atau pendekatan berkesan perlu dirancang oleh guru atau pengajar.

Koh Boh Bon (1992), menyarankan pendekatan pengajaran peribahasa Melayu dengan cara berkesan ialah menerusi pendekatan kontekstual. R.J Wingfield (1968) pula, berpendapat bahawa dalam pengajaran peribahasa pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan budaya bangsa peribahasa itu dan peribahasa yang diajar perlu dipilih dengan teliti untuk memberi kefahaman dan galakan kepada mereka untuk terus menggunakannya. Sementara itu, 12

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

Nathesan (1989) pula, berpendapat bahawa simpulan bahasa seharusnya diberi perhatian yang wajar dalam penulisan dan penuturan. Corak pengajaran simpulan bahasa bukan sekadar menghafal tetapi harus diajar untuk menikmati dan menggunakannya secara meluas dalam kehidupan harian mereka. Manakala Cover, D.J (1971) pula, berpendapat bahawa peribahasa boleh diajar dengan empat teknik supaya pelajar dapat menguasai peribahasa Melayu dengan baik iaitu :

i.

Guru perlu menggunakan nota tatabahasa sebagai alat mencatatkan peribahasa yang terpilih dan membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.

ii.

Dalam kemahiran lisan, pelajar-pelajar membaca petikan yang mengandungi peribahasa. Seterusnya guru menanya semula peribahasa tersebut dan berbincang tentang peribahasa yang telah dibaca.

iii.

Guru menggunakan teknik karangan di papan tulis. Guru mencatat peribahasa di papan tulis dan membimbing pelajar-pelajar dalam perbincangan sambil mencatatkan isi-isi dari peringkat demi peringkat yang akhirnya menghasilkan satu karangan yang lengkap.

iv.

Guru menggunakan petikan dialog. Guru memilih petikan yang pendek yang mengandungi peribahasa untuk dihafal oleh pelajar-pelajar. Teknik ini boleh membantu pelajar-pelajar mengingat konteks peribahasa yang digunakan apabila diperlukan.

Pun begitu, sejajar dengan perkembangan arus dunia moden semasa dan cabaran dunia pendidikan khususnya terhadap bahasa Melayu, satu pendekatan pengajaran yang lebih inovatif dan kreatif perlu dirancang dengan teliti dan bersesuaian dengan kandungan pelajaran. Antara pendekatan yang sering dan rancak digunakan ialah melalui bahan beranimasi. Animasi merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang dipersembahkan secara menarik dan ringkas untuk menyampaikan maklumat dan pesanan.

13

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

Oleh kerana sifatnya yang unik, animasi mampu meninggalkan kesan ingatan dan mengukuhkan ingatan pelajar. Animasi juga berfungsi untuk mendidik murid-murid ke arah menumpukan minat terhadap penggunaan animasi yang bermutu tinggi dari segi lukisan mesej dan sudut persembahan serta bahasa yang digunakannya. Kartun boleh

memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik.

Pengajaran peribahasa dan simpulan bahasa menjadi lebih mudah difahami jika disampaikan dengan mengunakan bahan animasi. Selain itu, guru juga boleh menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan pilihan seperti permainan bahasa interaktif, keratan tanyangan video seperti siri sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu atau ungkapan oleh wartawan Karam Singh Walia, yang mengandungi peribahasa Melayu yang menarik untuk pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.

Selain itu, pengajaran peribahasa juga harus dijalankan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang menarik. Penggunaan teknologi maklumat boleh diterapkan untuk menghasilkan ilustrasi yang menggambarkan maksud peribahasa. Pengajaran secara visual ini, seperti tayangan klip video dapat memudahkan murid memahami maksud peribahasa dengan lebih mendalam. Penggunaan kuiz peribahasa Melayu juga boleh diterapkan sebagai aktiviti pengukuhan.

Selain itu, penerapan aktiviti permainan dalam pembelajaran dan pengajaran juga merupakan salah satu pendekatan yang berkesan. Permainan dalam pengajaran bertujuan menghidupkan suasana pembelajaran yang melibatkan setiap orang murid serta mewujudkan pengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu secara holistik. Sebagai contoh, permainan Domino beraplikasikan persembahan Microsof Power Point merupakan satu set aktiviti pengukuhan yang dijalankan secara berkumpulan dan melibatkan setiap orang murid. Dalam permainan tersebut, setiap murid akan diberikan sekeping kad domino yang mengandungi peribahasa 14

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

serta maksudnya. Murid dikehendaki mencantumkan kad yang ada pada diri mereka dengan rakannya yang lain sehingga setiap kad tersebut dapat dipadankan.

Permainan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan dan harus diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kumpulan yang berjaya mencantumkan kad domino dalam masa yang terpantas akan diisytiharkan sebagai pemenang.

5.

KESIMPULAN

Kepentingan pengajaran peribahasa adalah setaraf dengan kepentingan mempelajati tatabahasa kerana peribahasa tekah menjadi sebahagian dari pembentukan bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Sebagaimana pentingnya irama pada lagu, begitu jugalah pentingnya peribahasa kepada bahasa Melayu.

Secara umumnya mengetahui bahawa bahasa adalah cerminan kepada identiti bangsa kerana bahasa itu lahir hasil pengalaman hidup seharian dan hasil interaksi kumpulan manusia terhadap persekitarannya. Peribahasa bagi masyarakat Melayu terdahulu merupakan cara mereka melakukan teguran, meluahkan perasaan, menasihati, keluhuran sikap, ketaatan pada agama dan sebagai madah untuk menzahirkan pendirian.

Oleh sebab itu, pengajaran dan pembelajaran peribahasa di sekolah seharusnya berlaku dengan aktif dan bermakna kerana peribahasa itu juga lahir hasil suasana persekitaran kehidupan masyarakat Melayu terdahulu.

Perubahan persepsi masyarakat Melayu terhadap bahasanya perlu dilakukan kerana sebahagia dari masyarakat Melayu enggan menganggap bahasa ibundanya sebagai bahasa yang tinggi martabatnya sedangkan bahasa Melayu pernah menguasai dunia perdagangan ketika dahulu. Penemuan Perakman, juga seharusnya menyedarkan kita bahawa bangsa Melayu telah bertamadun lebih awal dari mana-mana bangsa yang telah meletakkan bahasanya sebagai bahasa perhubungan di dunia. Apatah lagi, peribahasa Melayu menyimpan makna yang tersembunyi, baik kata nasihat, kata agama, kata pendidikan dan sebagainya. 15

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

Bibliografi Abdul Samad Idris, (1990). Payung Terkembang. Kuala Lumpur : Pustaka Budiman. Abdullah Hussain (1982). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Ariffin Nur (1971). Kesusasteraan Lama Melayu. Kota Bahu : Pustaka Aman Press. Asmah Haji Omar (1993). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamilton A.W. (1947). Malay proverbs. Singapore: Eastern Universiti Press Ltd. Indrawati Zahid (1998). Peribahasa Melayu: Satu Klasifikasi yang Tiada Penentu. Kuala Lumpur: Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 42, (11): hlm. 978-984. Kamus Dewan (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Koh Boh Boon (1992). Peribahasa Melayu dan Peribahasa Cina Satu Perbandingan Ringkas. Kuala Lumpur: Pelita Bahasa. Mohd. Ali Abdul Hamid (1986). Kamus Peribahasa. Kuala Lumpur: K Publishing & Distributors Sdn. Bhd Mohd Tajuddin Hj Abdul Rahman dan Rahman Shaari (1997). Peribahasa Untuk KBSM. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Nathesan, S. (1989). Keindahan Simpulan Bahasa dalam Masyarakat Melayu. Jurnal Dewan Bahasa 1(1): 64-69. Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2003). Bahasa Melayu STPM (Kertas 1 & 2). Shah Alam : Fajar Bakti. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Sapir, E. (1921). Language: An introduction to the study of speech. London: Harcourt Brace Jovanovich Publishers.

16

HBML 1103 : Pengenalan Bahasa Melayu

von Humboldt, W. (1767). From thought and language to thinking for speaking. Dlm J. J. Gumperz & S.C. Levinson (pnyt.), Rethinking linguistic relativity. (hlm. 7076). Cambridge: University Press. Wilkinson, R. J. (1907). Papers on Malay subject 1: Malay literature. London: Luzac & Co. Zaba (1965). Pelita bahasa Melayu Penggal 1 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

Anda mungkin juga menyukai