Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2014

HBSC 3103 : BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : :

731208125515001 731208125515 0138927731 faudzi@oum.com.my OUM, TAWAU

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

ISI KANDUNGAN BIL 1 2 3 PENGENALAN FAEDAH KEJURUTERAAN GENETIK TERHADAP MANUSIA KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KEJURUTERAAN GENETIK 3.1 Kelebihan Kejuruteraan Genetik 3.1.1 Kejuruteraan genetik memajukan industri pemakanan 3.1.2 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi pencemaran alam 3.1.3 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi masalah kesihatan 3.1.4 Kejuruteraan genetik membantu meningkatkan produktiviti pernanian dan penternakan 3.1.5 Kejuruteraan genetik membantu pengenalan biologi seseorang 3.2 Kelemahan Kejuruteraan Genetik 3.2.1 Kelemahan maklumat 3.2.2 Teknologi tidak tepat 3.2.3 Kesan sampingan 3.2.4 Kegagalan tanaman yang meluas 3.2.5 Ancaman kepada keseluruhan sistem makanan manusia 4 3 ETIKA KEJURUTERAAN GENETIK PENUTUP BIBLIOGRAFI TAJUK M/S 2 4 7 7 7 7 8 8 9 9 11 11 11 12 12 12 15 17

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

1.0

PENDAHULUAN

Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak bidang. Di antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan genetik. Ramai sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang pula yang menentang. Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk mengawal perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada zaman dahulu pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah oleh segolongan masyarakat, tetapi sekarang dengan kemajuan di bidang genetik, pasangan tersebut akan mampu untuk mempunyai anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam bahasa malaysianya sebagai kaedah Bayi Tabung Uji. Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan. Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagaibagai jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih yang telah dilakukan oleh manusia. Secara umumnya, kejuruteraan genetik merupakan istilah yang digunakan terhadap bidang pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA organisma lain. Menurut Dr. Ricarda Steinbrecher (1998), 2

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

kejuruteraan genetik merupakan satu kaedah untuk menggabungkan satu gen dan sebahagian DNA sesuatu spesis dengan gen bagi satu spesis yang lain. Kejuruteraan genetik memecahkan halangan bagi ketidaksamaan sesuatu spesis dan mewujudkan kesesuaian bagi mencipta spesis yang baru daripada penggabungan gen dan DNA. Manakala Jurnal Elektronik Wikipedia (2008), pula menyatakann bahawa kejuruteraan genetik melibatkan penggunaan DNA rekombinan iaitu DNA yang menggabungkan maklumat genetik dua spesis organisma yang berlainan. Jika gen-gen ini digabungkan dalam sel telur atau sel sperma supaya maklumat genetik ini boleh diturunkan kepada progeni, maka hasil daripada gabungan ini dinamakan organisma transgenik. Penghasilan DNA rekombinan melibatkan tiga proses iaitu peringkat manipulasi DNA

invitor (luar sel organisma), peringkat gabungan, atau rekombinasi DNA sesuatu organisma dengan DNA bakteria dalam plasmid atau bakteriofaj dan peringkat pengklonan, atau teknik untuk mereplikasi progeni yang membawa DNA rekombinan. Proses-proses di atas pertama kali dilakukan oleh Paul Berg dan A.D. Kaiser pada tahun 1972. Mereka berjaya memasukkan DNA prokariot ke dalam bakteria, kemudian oleh S.N. Cohen dan Herbert Boyer yang berjaya menggabungkan DNA organisma eukariot bersama plasmid bakteria. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik pembiakan biasa. Menurut Zhu (1998) kejuteraan genetik bertujuan untuk menyusun semula urutan DNA dalam gen menggunakan kaedah buatan. Kejuteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah secara tidak langsung. Kejuteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuteraan genetik telah berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi tanaman, pembuatan insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi penyelidikan kanser.

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Berdasarkan kepada pengaruh bidang kejuruteraan genetik dalam perkembangan dan evolusi manusia maka penulisan ini akan memperincikan lagi mengenai kejuruteraan genetik dari sudut faedah, kebaikan dan keburukan, permasalahan yang timbul dan etika kejuruteraan genetik.

2.

FAEDAH KEJURUTERAAN GENETIK TERHADAP MANUSIA

Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak bidang. Di antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan genetik. Ramai sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang pula yang menentang. Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk mengawal perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada zaman dahulu pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah oleh segolongan masyarakat, tetapi sekarang dengan kemajuan di bidang genetik, pasangan tersebut akan mampu untuk mempunyai anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam bahasa Malaysianya sebagai Kaedah Bayi Tabung Uji. Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan. Kejuruteraan genetik secara umumnya telah dapat memberikan pelbagai manfaat dalam kehidupan seharian manusia dari pelbagai aspek baik bidang pertanian, bidang perubatan bidang siasatan jenayah, bidang ekologi alam sekitar, bidang ternakan, zuriat, dan bidang penyelidikan dan pembangunan.

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Bidang kejuruteraan genetik telah memberikan banyak manfaat kepada bidang pertanian. Sebelum ilmu kejuteraan genetik diperkenalkan kita bergantung sepenuhnya kepada aktiviti pertanian yang bersandarkan kepada sifat semualajadi tanaman seperti tempoh tumbesaran, tempoh tuaian, serangan kulat dan serangga, saiz, rasa dan sifat. Oleh sebab itu hasil tuaian tanaman tidak dapat dipertingkatkan. Selain itu juga hasil tuaian akan lebih cepat rosak dan kurang berkualiti. Dengan adanya kejuruteraan genetik tempoh tumbesaran tanaman telah dapat dipercepatkan. Antara contoh sumbangan kejuruteraan genetik dalam hal ini adalah penanaman padi, gandum dan kentang. Melalui teknik kultur tisu pembesaran tanaman akan berlaku lebih cepat berbanding tempoh pembesaran semulajadi.Selain itu juga, penggunaan baja kimia dan baja organik yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik akan menjadikan tanaman lebih subur dan cepat matang. Kegiatan pertanian secara tradisional mengundang risiko kerosakan dan kematian tanaman yang diakibatkan oleh serangan kulat, bakteria, tikus dan serangga perosak. Dengan adanya kejuruteraan genetik penghasilan racun perosak akan dapat mengatasi risiko tersebut. Penggunaan racun perosak akan dapat mengawal dan menghalang kehadiran kulat, bakteria, tikus dan serangga perosak. Dengan itu hasil pertanian akan meningkat dan berupaya mengelak risiko kerugian. Selainj itu juga, penghasilan racun rumpai dan rumput akan dapat mengelak persaingan antara tanaman dan rumput disekeliling. Kegiatan pertanian tradisional juga mempunyai risiko ancaman cuaca, suhu dan habitat persekitaran. Melalui kejuruteraan genetik, benih-benih baru tanaman telah dihasilkan melalui teknik manipulasi DNA tumbuhan. Sebagai contohnya, dengan memasukkangen AtDBF2, ke dalam sel tomato dan tembakau, kedua-dua tanaman ini akan mempunyai daya tahan yang lebih tinggi terhadap tanah yang keras dan kepelbagaian cuaca.

Tanaman seperti epal dan anggur bukan sahaja boleh ditanaman di negara-negara beriklim sejuk tetapi juga di negara-negara yang beriklim sederhana dan panas kerana proses kejuruteraan genetik akan mengubah sifat dan kemandirian spesis tumbuhan. Selain itu, benih-benih baru yang dihasilkan akan mengeluarkan hasil yang lebih bermutu dan tahan

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

lama kerana kandungan mineral dan antioksidan seperti karotenoid, flavanoi dan vitamin A, C dan E telah dipertingkatkan. Kejuruteraan genetik juga telah memberikan pelbagai manfaat dalam bidang perubatan. Melalui kejuruteraan genetik penghasilan vaksin dan ubat baru bagi merawat penyakit dapat dilakukan, Antara ialah insulin bagi mengawal kencing manis ataupun diabetis. Insulin dihasilkan melalui proses pengekstrakkan enzim haiwan. Selain itu juga, kejuruteraan genetik telah membolehkan penyakit kanser dapat dikawal atau disembuhkan melalui teknik terapi gen. Kejuruteraan genetik juga telah banyak membantu pasangan yang sukar mendapat zuriat melalui pengenalan kaedah bayi tabung uji. Melalui teknik ini, pensenyawaan sperma dapat dilakukan di luar rahim. Selain itu juga, kejuruteraan genetik telah memperkenalkan kaedah ibu tumpang bagi membolehkan pasangan mendapat zuriat. Kejuruteraan genetik juga sudah mula memberi kesan positif dalam kes-kes jenayah dan sivil. Jika dahulu pihak polis sukar untuk menahan seseorang tanpa sebarang bukti yang konkrit kini masalah itu dapat diatasi kerana penggunaan teknologi kejuruteraan genetik akan memudahkan proses pengesanan dan pengecaman. Proses ini dilakukan melalui kaedah pemadanan DNA penjenayah dengan kesan peninggalan DNA di tempat kejadian jenayah. Kejuruteraan genetik juga banyak membantu usaha memelihara ekologi alam sekitar melalui pengenalan teknik mikro genetik. Antara contohnya kegiatan mengatasi masalah tumpahan minyak. Kejuruteraan genetic telah memperkenalkan Enzimlipose yang dapat mencernakan molekul minyak Selain itu juga, pembersihan alam sekitar secara mesra alam dapat dilakukan melalui teknik pembiakan pembiakan bakteria.

Impak yang paling menarik yang dibawa oleh teknologi ini ialah industri ternakan akan mampu diperluaskan. Sudah pasti lebih banyak baka ternakan yang berkualiti tinggi mampu dihasilkan dengan mudah dan cepat. Hasil ternakan yang sebegini memberikan manusia satu sumber protein yang penting untuk memastikan keseinambungan kehidupan

manusia. Penternak juga, tidak akan mengalami sebarang masalah kritikal untuk menghasilkan ternakan yang baik. Dengan kejuruteraan genetik, gen-gen yang berguna telah 6

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen yang telah diterapkan.

3.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KEJURUTERAAN GENETIK

Setiap teknologi yang dihasilkan oleh manusia mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Seperti teknologi kenderaan, pergerakan manusia labih pantas dan jauh. Sungguhpun begitu, teknologi ini telah mengundang pencemaran alam dan kehilangan nyawa akibat kemalangan. Begitu juga halnya dengan kejuruteraan genetik. Walaupun kejuruteraan genetik terbukti membina ketamadunan namun ianya juga membawa pelbagai kemudaratan yang boleh meruntuhkan ketamadunan manusia.

3.1

Kelebihan Kejuruteraan Genetik

3.1.1 Kejuruteraan genetik memajukan industri pemakanan Hasil kejuruteraan genetik membaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan. Produk baru misalnya perasa, pemanis, dan pewarna dapat dihasilkan dengan mikrob (bakteria) yang diubah suai secara genetik. Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan bahan semulajadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan. Enzim keluaran mikrob kejuruteraan genetik boleh membaiki rasa dan texture makanan seperti roti dan kek.

3.1.2 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi pencemaran alam Mikrob seperti bekteria baru hasil kaedah kejuruteraan genetik dapat mempercepat proses pereputan, membantu penguraian najis haiwan ternakan dan manusia dengan sempurna. Kaedah ini telah digunakan oleh syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd 7

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

untuk menguruskan air kumbahan penduduk Malaysia dalam tangki tangki septik di seluruh negara dengan sempurna.Mikrob biotek tertentu boleh digunakan untuk merawat najis haiwan ternakan, sisa keluaran kelapa sawit, koko malah hasil sampingan industri makanan untuk menjadi baja organik. Penguraian dan penggunaan selengkapnya sisa pertanian membantu mengatasi masalah pencernaan khususnya sistem saliran dalam negara.

3.1.3 Kejuruteraan genetik membantu mengatasi masalah kesihatan Pengaplikasian teknologi pengklonan dan kultur tisu akan dapat menghasilkan sel -sel neutron untuk menghasilkan saraf otak rosak dalam pesakit Parkinson. Sel dan tisu kulit mungkin dapat dikultutkan untuk menggantikan kulit yang terbakar teruk kepada mangsa kebakaran. Usaha kultur tisu (jika berjaya) pankreas untuk menghasilkan horman insulin bagi merawat pesakit diabetis pasti merupakan satu pencapaian terunggul dalam bidang perubatan. Pengubahsuaian kod genetik seperti kuda dan lembu supaya seperti yang ada pada manusia untuk tujuan ekstrak insulin dan hormon-hormon lain ialah satu pendekatan baru dalam mengatasi penyakit ketidakseimbangan hormon. Teknologi pengklonan pula membolehkan saintis menghasilkan klon manusia (atau organ tertentu) dan haiwan untuk mengatasi masalah kerosakan organ seperti jantung dan kegagalan ginjal.

3.1.4 Kejuruteraan genetik membantu meningkatkan produktiviti pernanian dan penternakan Bovine Growth Hormone ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu untuk merangsang pertumbuhan anak lembu dan mengawal penghasilan susu pada lembu dewasa. Kini hormon Bovine ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan secara kejuruteraan genetik. Lembu-lembu yang memakan hormone ini setiap hari telah terbukti dapat meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus. Penggunaan baka kapas kebal kepada ulat perosak kapas di ladang-ladang kapas Amerika telah mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak. Ini bukan sahaja menjimatkan kos racun makhluk perosak malah telah meningkatkan keluaran kapas berlipat kali ganda di Amerika. Di Malaysia, kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk 8

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit, pisang, bunga orkid dan tanaman-tanaman lain dengan ciri-ciri istimewa secara besar-besaran untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

3.1.5 Kejuruteraan genetik membantu pengenalan biologi seseorang Ujian DNA membantu untuk mengenal pasti ibu bapa kandung seseorang dengan tepat. Teknologi ini berguna dalam mahkamah untuk menyelesaikan kes-kes sivil seperti perebutan anak dan kes jenayah seperti kes rogol. Kegunaan-kegunaan lain analisis ini meliputi membantu pakar forensik mengenal pasti identiti mangsa kebakaran, peperangan, dan pembunuhan yang tidak dapat dicam muka lagi. Identiti seseorang itu dapat dikenal pasti hanya dengan melakukan ujian terhadap tisu badan, rambut, gigi atau tulangnya. Kod genetik setiap insan berbeza jika dilihat mengikut kaca mata pena gen manusia yang telah dihasilkan daripada kajian dalam bidang biologi sel dan molekul.

3.2

Kelemahan Kejuruteraan Genetik

Menerusi kajian para saintis, kejuruteraan genetik ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam. Teknologi baru radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai tikus makmal. Menurut Mohideen Abdul Kader (A guide to Genetically-modified Foods ini Malaysia), keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, pencemaran genetik tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi.

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia. Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear. Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji. Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media. Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan. Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Ad. Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.

10

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Secara umumnya, kelemahan kejuruteraan genetik adalah seperti berikut;

3.2.1 Kelemahan maklumat Kelemahan utama kejuruteraan genetik berlaku apabila tiada kajian jangka panjang yang berkecuali mengenai keselamatan produk makanan atau tanam-tanaman yang dihasilkan melalui Kejuruteraan Genetik. Hampir kesemua maklumat dan kajian yang sedia ada adalah daripada industri yang mempromosikan produk dan tanam-tanaman tersebut. Menyentuh soal ini, Daniel Koshland (2000) mencadangkan reka bentuk keselamatan yang standard bagi mengawal perkembangan kejuruteraan genetik. Standard ini seharusnya menjadi panduan dan harus dipatuhi oleh setiap saintis serta pakar-pakar yang terlibat dalam kejuruteraan genetik.

3.2.2 Teknologi tidak tepat Kejuruteraan Genetik boleh mengubah gen dari satu organisma ke organisma yang lain. Gen boleh dipotong dengan tepat dari DNA sesuatu organisma, tetapi jurutera genetik tersebut tidak tahu (walaupun jika dia tahu) di mana gen tersebut akan dimasukkan ke dalam DNA organisma penerima, dan mereka juga tidak sedar akibat yang mungkin berlaku.

3.2.3 Kesan sampingan Gen baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak dirancang kerana gen menghasilkan protein, yang biasanya mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Di dalam organisma yang berlainan, protein baru ini boleh jadi mengubah sifat dan menghasilkan kesan baru atau kesan tambahan yang tidak disengajakan atau diramal. Ahli-ahli sains tidak cukup pengetahuan mengenai sistem kehidupan untuk melakukan pembedahan DNA tanpa menyebabkan mutasi dan perubahan dalam organisma tersebut, yang mana ia boleh mendatangkan kesan buruk. Dr. Ricarda Steinbrecher (1998) menyatakan bahawa terdapat kecenderungan untuk virus berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru dihasilkan. Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas penyakit.

11

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

3.2.4 Kegagalan tanaman yang meluas Kejuruteraan genetik dijalankan untuk membuat duit dengan pempatenkan benih yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Ini bermakna, apabila peladang menanam benihbenih ini, kesemua benih adalah sama, tidak seperti tanaman biasa yang lain. Akibatnya, jika kulat, virus atau haiwan perosak tertentu menyerang tanaman ini, keseluruhan tanaman akan gagal.

3.2.5 Ancaman kepada keseluruhan sistem makanan manusia Serangga, burung dan angin boleh membawa benih-benih KG ini ke ladang berhampiran dan tempat-tempat yang lebih jauh lagi. Apabila tumbuhan transgenik ini didebungakan, persenyawaan silang boleh berlaku di antara tumbuhan yang asal dari segi genetiknya dan tumbuhan liar yang sama jenis dengannya. Kesemua tanaman, samada organik atau tidak organik, adalah terdedah kepada pencemaran gen ini.

4.

ETIKA KEJURUTERAAN GENETIK

Kejuruteraan genetik masa kini banyak memberikan kemudahan serta kemajuan pada menusia secara meluas. Kemajuan ini meliputi bidang pertanian, perubatan, keselamatan dan penternakan. Kemajuan akibat perkembangan kejuruteraan genetik ini secara tidak langsung telah merubah hidup manusia itu sendiri dari landasan yang semula jadi. Sebagai contoh, manipulasi genetik telah membantu mengawal sel barah dalam perubatan dan manakala racun biologi pula dibangunkan untuk tujuan ketenteraan. Sungguhpun begiru, kemajuan kejuruteraan genetik ini telah menimbulkan soal etika. Etika berasal dari bahasa Yunani iaitu ethico iaitu moral. Secara definisinya, etika di sini bermain pada persoalan moral yang bermaksud persoalan praktikal yang berkaitan dengan betul atau salah, benar atau tidak. Pertimbangan moral seseorang sebahagiannya bergantung kepada suasana atau keadaan ia dibesarkan, sistem sscial atau kelas ia hidup atau agama yang dianutinya. Sebagai contohnya penggunaan ibu tumpang bagi proses mendapatkan zuriat adalah tidak beretika bagi meraka yang beragama Islam tetapi nilai ini diterima oleh 12

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

penganut-penganut agama yang lain. Oleh sebab itu, ketetapan nilai etika bidang ini secara jelasnya bergantung kepada nilai masyarakat setempat, budaya dan agama. Dewasa ini bidang kejuruteraan telah berjaya memanipulasi kod genetik manusia, haiwan dan tumbuhan untuk menghasilkan satu bentuk baka baru seperti yang dilakukan oleh Ian Wilmut seorang ahli embriologi Scotland di Britain. Beliau telah berjaya menghasilkan seekor kambing biri-biri yang bernama Dolly pada 5 Julai 1996. Kejayaan ini dari segi etikanya merupakan usaha yang baik ke arah menyelesaikan masalah ternakan yang mudah diserang penyakit, bulu yang nipis, saiz yang kecil dan sebaginya. Sungguhpun begitu, manipulasi kod genetik DNA untuk melahirkan baka manusia yang baru telah memberikan persepsi yang negatif terhadap bidang kejuruteraan genetik. Ini adalah kerana penghasillan baka manusia yang baru melibatkan manipulasi DNA haiwan seringkali gagal dan membawa implikasi identiti dan sifat baka. Selain itu juga, tindakan pengklonan DNA juga dilihat sebagai tindakan yang melanggar maruah manusia yang diklon, Menurut Rifkin (1991) it violates the inherent dignity of humans and other life-forms to alter their DNA under any circumstances. Sesetengah ahli agama pula berpendapat aktivi pengklonan dan manipulasi kod genetik adalah seperti bermainan atau mempersendahkan ciptaan tuhan. Merujuk kepada ajaran Islam, manipulasi yang dilakukan terhadap genetik yang dilakukan oleh pakar-pakar kejuruteraan genetik, khususnya yang melibatkan makhluk yang bernyawa mempunyai pelbagai implikasi. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang bermaksud: "Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merubahnya.".

13

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Kejayaan Ian Wilmut juga telah membawa teknologi baru dalam bidang perubatan. Kejuruteraan genetik memperkenalkan kaedah bayi tabung uji dan ibu tumpang sebagai cara mengatasi pasanngan yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat. Walaupun teknologi ini telah berjaya namun kejayaan ini melanggar sifat fitrah manusia yang perlu berkahwin, hidup berkeluarga dan berpasang-pasangan. Dari sudut agama Islam, zuriat ialah kurniaan Allah yang di berikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Ada orang sudah ditentukan tidak mendapat anak dalam perkahwinannya. Ketentuan ini mempunyai hikmah tersirat yang hanya di ketahui oleh Sang Pecipta yakni Allah Jala Waala. Walaubagaimanapun, ketentuan, menggalakkan hambaNYA beriktiar bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Namun begitu penyelesaian yang di lakukan haruslah menepati spesifikasi yang di tetapkan oleh syariat islam. Nasab keturunan dalam syariat islam bukan suatu anugerah yang boleh di kongsi-bahagi sesuka hati. Nasab keturunan tidak boleh di susun atur oleh manusia kerana ia adalah hak Allah secara mutlak. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan ayat ke 25, bermaksud: Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya mempunyai titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNYA). Pembangunan kejuruteraan genetik secara jelas adalah untuk meningkatkan kesejahteraan manusia. Kejuruteraan genetik membolehkan manipulasi gen dalam keadaan terkawal terhadap sesuatu tumbuhan dengan tujuan penambahbaikan hasil, meningkatkan kandungan bahan aktif berfaedah, kerintangan terhadap penyakit dan serangan serangga perosak serta toleransi terhadap keadaan persekitaran melampau. Sungguhpun begitu, pengubahsuaian yang dilakukan terhadap gen tumbuhan misalnya melibatkan peningkatan dari segi mutu, serta daya tahan terhadap jangkitan penyakit. Dr. Ricarda Steinbrecher (1998), menyatakan bahawa terdapat kecenderungan untuk virus berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru dihasilkan. Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas penyakit. Apa yang lebih bahaya lagi, kita tidak mengetahui bahawa spesis tumbuhan yang dihasilkan bebas daripada toksin yang baru atau mempunyai kesan alergik kepada pengguna.

14

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Terdapat juga kemungkinan teknologi dalam kejuruteraan genetik digunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menghasilkan senjata biologi secara besar-besaran yang boleh mengancam kesejahteraan dunia sejagat. Dalam soal ini Dr. Patrick Dixon (1995) menyatakan kejuruteraan genetik membuka lebih banyak peluang untuk penghasilan senjata untuk tujuan kemusnahan manusia. Reka bentuk virus baru akan dihasilkan untuk membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa. Hal ini kerana, penggunaan senjata biologi sedemikian boleh disebarkan dalam sekelip mata melalui udara atau sumber bekalan air. Terdapat juga kecenderungan firma pembuat senjata biologi untuk menggunakan sekelompok manusia sebagai sasaran ujian kerana dalam penghasilan senjata biologi, kesan virus yang disebarkan mungkin tidak sama hasilnya antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Hal ini berkaitan dengan kemampuan manusia untuk menghasilkan mutasi atau kekebalan terhadap jangkitan virus. Selain itu juga, penyebaran virus sebagai senjata tidak akan mudah dikawal. Kemungkinan untuk ia tersebar luas tidak dapat disangkal, menjadikan ia sebagai satu wabak yang dapat mengancam pihak tentera sendiri mahupun orang awam.

5.

PENUTUP

Kejuruteraan genetik telah membawa impak yang besar dalam kehidupan manusia. Walaupun, kejuruteraan ini dipercayai telah lama dihasil oleh manusia zaman lampau namun perkembangan yang pesat melibatkan kajian dan pembangunan telah dilakukan sejak dunia mengalami revolusi perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat. Bidang kejuruteraan ini secara hakikatnya digunakan untuk membangunkan kaedah-kaedah terbaru dalam bidang pertanian, perubatan, pembiakan, penternakan dan keselamatan. Dengan adanya kejuruteraan ini, masalah tanaman, seranggan serangga, zuriat, pengesanan jenayah, penyakit kanser dan bermacam lagi dapat ditangani dengan baik. Sungguhpun begitu, bidang kejuruteraan genetik ini dilihat telah melawan kehendak semulajadi ciptaan tuhan kerrana penghasilan benih -benih baru dan baka-baka baru mengubah sifat asal tumbuhan, haiwan ataupun manusia. Selain itu juga, penyalahgunaan teknologi ini akan menyebabkan kesejahteraan manusia tercapat. Penghasilan senjata-senjata biokimia dan racun serangga akan menyumbang kepada pencemaran dan kerosakan alam dan isinya. 15

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

Kesimpulannya, teknologi kiejuruteraan genetik itu adalah satu usaha manusia untuk memperbaiki kualiti kehidupan namun penyalahgunaan dan pelanggaran etika akan menjadikan teknologi ini menyumbang kepada kerosakan dan kemusnahan kepada manusia. 3719 patah perkataan

16

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

BIBLIOGRAFI

Ricarda Steinbrecher Dr. (1999). Synthesis/Regeneration: A Magazine of Green Social Thought, Vol. 18. Rifkin, Jeremy (1991). Biosphere Politics: A New Consciousness for a New Century. New York: Crown Publishers. Zhu, Yifei (1998). On Genetic Engenering dlm Vajra Bodhi Sea. April & May.

Sumber Internet. Daniel Koshland (2000). http://maelsocialscience4u.blogspot.com/2008/07/kesanperkembangan-kejuruteraan-genetik.html Genetic modification/manipulation. http://en.wikipedia.org/wiki/ Genetic_engineering Mohideen Abdul Kader.(___). http://bobex.wordpress.com/2007/12/18/bioteknologikelebihan-dan-ancamannya-terhadap-sarwajagat/

17

Anda mungkin juga menyukai