Anda di halaman 1dari 12

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBSC 3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE

Name

: AZILAH BTE ASBULLAH

Matric number

: 680317125752001

NRIC

: 680317125752

Telephone number

: 0138017368

E-mail address

: zyl68@yahoo.com

Learning Centre

: SABAH LEARNING CENTRE

Tutors Name

: CAROLE ANNE JUSTIN

JANUARI 2014

Senarai kandungan

Muka surat

Pengenalan

Definisi
Faedah kejuruteraan genetik kepada manusia

Keburukan kejuruteraan genetik

Masalah dalam kejuruteraan genetik

Etika dalam kejuruteraan genetik

10

Kesimpulan

11

Rujukan

12

Pengenalan
Kejuruteraan genetik merupakan isu moden yang timbul apabila manusia semakin
maju dalam menggunakan ilmu sains dalam pelbagai aspek khidupan khususnya berkaitan
2

dengan kajian-kajian genetik. Kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik


memungkinkan manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen dengan
mencampurkan benih untuk menghasilkan spesis yang dikehendaki. Walaupun terdapat
pelbagai kebaikan, kita tidak seharusnya lupa terhadap kemungkinan-kemungkinan yang
mungkin berlaku terhadap ketamadunan manusia jika sekiranya teknologi dalam bidang
kejuruteraan genetik ini tidak dikawal oleh pihak yang berkenaan. Hal ini kerana, di luar sana
terdapat banyak manusia yang rakus mengejar kebendaan, cita-cita dan hawa nafsu sematamata untuk mengejar kemasyhuran dan kebendaan juga kekuasaan. Sekiranya teknologi
kejuruteraan genetik ini dikuasai oleh golongan sebegini, ia akan menjadi ancaman kepada
kehidupan manusia sejagat. Dalam mengejar kemajuan sains teknologi dan perubatan ini,
para saintis mampu untuk melakukan pelbagai experimen namun kadangkala bercanggah
dengan prinsip serta melanggar etika kemanusiaan.

Definisi
Pada dasarnya, kejuruteraan genetik merupakan salah satu cabang biologi yang
berkaitan dengan penurunan ciri-ciri daripada induk (ibu bapa). Namun pada masa kini, ilmu
genetik merangkumi kajian tentang struktur dan fungsi baka seperti kromosom, gen, DNA
(Deoxyribonucleic Acid) dalam makanisme keturunan. Sebenarnya tujuan ilmu ini adalah
untuk melahirkan zuriat yang sihat dan menjamin kelangsungan hidup manusia. Pengetahuan
ini telah diamalkan sejak zaman purba lagi, Negara Kota Yunani Sparta mengamalkan teknik
pembiakan secara pemilihan (bayi-bayi yang sihat daripada induk yang sihat) untuk dilatih
menjadi tentera yang gagah berani melawan Athens. Teknik pembiakan terpilih akan
melahirkan bangsa yang agung secara sistematik yang diamalkan oleh Athens dan seterusnya
Jerman, Amerika, Singapura dan lain-lain.
Apabila kita membincangkan maksud sebenar kejuruteraan genetik, Dr. Ricarda
Steinbrecher (1998), menyatakan kejuruteraan genetik merupakan satu kaedah untuk
menggabungkan satu gen dan sebahagian DNA sesuatu spesis dengan gen bagi satu spesis
yang lain. Kejuruteraan genetik memecahkan halangan bagi ketidaksamaan sesuatu spesis

dan mewujudkan kesesuaian bagi mencipta spesis yang baru daripada penggabungan gen dan
DNA1.
Jurnal elektronik Wikipedia (2008) menyatakan pula bahawa kejuruteraan genetik
melibatkan penggunaan DNA rekombinan iaitu DNA yang menggabungkan maklumat
genetik dua spesis organisma yang berlainan. Jika gen-gen ini digabungkan dalam sel telur
atau sel sperma supaya maklumat genetik ini boleh diturunkan kepada progeni, maka hasil
daripada gabungan ini dinamakan organisma transgenik2. Transgenik merujuk kepada
organisma yang telah diubahsuai secara genetik (GMO). Teknologi ini membolehkan
manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis
organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik
pembiakan biasa. Kejuteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen
organisma diubah secara tidak langsung. Kejuteraan genetik menggunakan teknik pengklonan
dan pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung.

Faedah kejuruteraan genetik kepada manusia


Faedah kejuruteraan genetik dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.
Ini adalah hasil usaha untuk meningkatkan lagi kualiti, kuantiti dan sebagai cara mengatasi
masalah-masalah yang dihadapi dalam pelbagai aspek kehidupan masa kini dan akan datang.
Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh
digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami
boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri
itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau
mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan
porak-peranda di dalam masyarakat. Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun
tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan
manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Secara tuntasnya faedah-faedah ini akan
dibincangkan dalam empat bidang utama iaitu perubatan, industri, pertanian dan ekonomi.

1 What is Genetic Engineering?


http://online.sfsu.edu/rone/GEessays/WhatisGE.html
2 Kejuruteraan genetik http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_genetik
4

Namun aspek ekonomi adalah faedah secara tidak langsung hasil daripada kejuruteraan
genetik dalam pelbagai bidang yang lain.
Bidang Perubatan
Dalam bidang perubatan, perkembangan pesat teknologi genetik sejak awal 1900-an
telah melahirkan ilmu baru iaitu Kejuteraan Genetik (teknik manipulasi gen). Antara aplikasi
terpenting yang terbit daripada teknologi DNA rekombinan ialah pengubahsuaian sel bakteria
supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon, sejenis protein yang
digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah, dan juga hormon insulin,
merupakan antara produk terawal DNA rekombinan. Kini, hormon tumbesaran boleh
dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein pembeku darah untuk pengidap
hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksidase untuk mendiagnos masalah
metabolisme kolesterol.
Penghasilan vaksin melalui proses DNA rekombinan bermakna ia lebih murah, tulen,
spesifik, dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang banyak dan memudaratkan. Banyak
penyelidikan dilakukan untuk merawat penyakit genetik dengan memasukkan gen yang
berfungsi bagi menggantikan yang rosak. Ini adalah satu contoh terapi gen. Malah,
kemasukan gen dalam sel gamet yang kurang sempurna boleh mengelakkan pewarisan
penyakit oleh anak dalam kandungan.
Industri
Sementara itu, salah satu masalah yang sering dihadapi dalam bidang industri adalah
berkaitan dengan proses fermentasi. Proses fermentasi adalah proses menjana tenaga dalam
sel dalam keadaan anaerobik (tanpa oksigen)3. Biasanya proses ini berlaku dalam penghasilan
minuman alkohol, antibiotik, dan roti. Tetapi kesemua ini boleh diperbaiki lagi dengan
kehadiran agen yang berDNA rekombinan. Contohnya, penambahan gen-gen tertentu kepada
strain yis Saccharomyces untuk sintesis amylase membolehkan penghasilan alkohol daripada
kanji. Lain-lain kegunaan DNA rekombinan dalam industri termasuklah degradasi sellulosa
dan lignin, penjanaan bahan api, dan pembersihan agen-agen pencemar alam sekitar. Strain
Pseudomonas putida yang boleh menghancur komponen-komponen minyak yang berlainan

3 http://id.wikipedia.org/wiki/Fermentasi
5

telah "dijuruterakan" untuk mempertingkatkan upayanya untuk mendegradasi kesemua


komponen minyak.

Pertanian
Dalam bidang pertanian pula, masalah banyak dihadapi oleh para petani berkaitan
dengan serangan serangga perosak. Hasil kejuruteraan genetik maka sesetengah strain
bakteria telah dicipta untuk mengawal populasi serangga yang menyerang tanaman. Syarikat
Monsanto

berjaya

mengubahsuai

strain

bakteria

Pseudomonas

fluorescens

yang

membolehkannya membunuh serangga perosak melalui penghasilan toksin yang berasal


daripada Bacillus thuringiensis. Toksin B. thuringiensis telah lama digunakan sebagai bahan
pembunuh haiwan perosak.
Kejuruteraan genetik tumbuhan membabitkan tiga aktiviti iaitu mendapatkan gen
yang diperlukan, proses kultur tisu dan memindahkan gen-gen berkenaan ke dalam tisu
tumbuhan. Pokok yang dihasilkan ini dipanggil pokok transgenik. Transgenik berasal
daripada dua perkataan dasar iaitu trans dan gen. Trans adalah singkatan kepada perkataan
transfer atau pemindahan, oleh itu pokok transgenik adalah pokok yang telah dipindahkan
dengan gen baru (asing). Pokok transgenik dengan gen yang baru akan seterusnya membawa
suatu ciri baru. Proses mendapatkan gen adalah berkaitan dengan kajian keseluruhan gen di
dalam sesuatu hidupan atau kajian genomik. Semua ini bertujuan untuk ketahanan dan
penghasilan yang lebih baik.
Selain daripada itu, antara kejayaan yang dicapai dalam bidang pertanian ialah
penghasilan buah tomato yang membawa gen pengawal buah masak. Pokok tomato ini
menghasilkan buah yang lambat lembik dan segar. Penemuan ini amat penting untuk
mengeksport buah ke luar negara. Kejayaan ini menguntungkan penjual dan pembeli kerana
mendapat bekalan buah yang masih segar di pasaran. Ini adalah kesan daripada proses kultur
tisu iaitu kaedah penghasilan anak pokok lengkap di dalam tabung uji menggunakan bahagian
pokok seperti daun dan akar.
Kultur tisu sebenarnya menggunakan agar-agar yang mempunyai bahan makanan,
vitamin dan bahan perangsang, akan mengubah kepingan daun atau akar tadi menjadi kalus.
Kalus seterusnya menghasilkan kalus embriogenik, embrio, poliembriogenik, daun dan
6

akhirnya akar (secara berperingkat, satu demi satu). Pada setiap peringkat perubahan itu, jenis
bahan perangsang akan diubah sesuai dengan bahagian pokok yang akan dihasilkan. Semua
proses ini dijalankan dalam keadaan bebas kuman (steril). Transformasi pula adalah proses
pemindahan gen asing, sama ada daripada tumbuhan itu sendiri atau daripada hidupan lain ke
dalam tumbuhan. Proses pemindahan gen ini boleh dilakukan oleh bakteria atau kaedah terus.
Bakteria, Agrobacterium, berkebolehan memindahkan serpihan khusus gen yang dibawanya
ke dalam tumbuhan apabila ia menjangkitinya. Kaedah terus pula adalah seperti penembakan
zarah. Sel tumbuhan akan ditembak dengan zarah emas yang telah disalut dengan gen. Gen
yang dipindahkan itu akan masuk ke dalam sel tumbuhan yang kemudiannya diganda dan
dibesarkan menjadi pokok.
Kejayaan kedua ialah pemindahan gen sejenis asid lemak menghasilkan biji jarak
yang tinggi asid laurik (37 peratus) untuk kegunaan industri bahan pencuci, makanan dan
penjagaan badan. Pemindahan gen sejenis asid lemak lain telah meningkatkan kandungan
asid stearik daripada dua peratus kepada 40 peratus yang penting khususnya sebagai
pengganti lemak koko. Pemindahan tiga gen bakteria ke dalam beberapa pokok telah
menghasilkan plastik mesra alam. Penemuan ini penting kerana memberi pulangan lumayan
dan memulihara alam sekitar. Plastik biasa (daripada petroleum) akan kekal selama puluhan
tahun yang menimbulkan kesan alam sekitar, sebaliknya plastik mesra alam ini akan terurai
dalam masa beberapa minggu atau bulan saja. Antara kegunaan plastik mesra alam ialah
sebagai benang jahitan selepas pembedahan dan sedang dikaji sebagai injap jantung dan injap
pembuluh darah.

Keburukan kejuruteraan genetik


Setelah membincangkan pelbagai kebaikan kesan daripada kejuruteraan genetik, maka setiap
perkara yang dilakukan oleh teknologi pasti juga mempunyai keburukan yang tersendiri.
Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka
bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat,
seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah
mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula
binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan
berbagai-bagai masalah lagi.

Bagi pihak yang mempunyai sumber kewangan yang tidak terbatas, kejuruteraan
genetik akan menjadi satu bentuk pelaburan untuk mereka menghasilkan produk genetik
sebagai sokongan kepada bidang perubatan. Misalannya, menghasilkan klon manusia khusus
untuk mendapatkan organ-organ penting untuk tujuan pemindahan kepada pesakit kronik atau
menjadi bahan ujikaji bagi produk kesihatan. Ini bermakna kawalan dan batasan perlu ada.
Menyentuh soal ini, Daniel Koshland (2000) mencadangkan reka bentuk keselamatan yang
standard bagi mengawal perkembangan kejuruteraan genetik. Standard ini seharusnya
menjadi panduan dan harus dipatuhi oleh setiap saintis serta pakar-pakar yang terlibat dalam
kejuruteraan genetik.
Terdapat juga persoalan mengenai keselamatan produk yang dihasilkan melalui
kejuruteraan genetik. Hal ini kerana pengubahsuaian yang dilakukan terhadap gen tumbuhan
misalnya melibatkan peningkatan dari segi mutu, serta daya tahan terhadap jangkitan
penyakit. Dr. Ricarda Steinbrecher (1998) menyatakan bahawa terdapat kecenderungan untuk
virus berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru dihasilkan. Keadaan ini akan menyebabkan
kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas penyakit. Apa yang lebih bahaya lagi, sejauh
manakah kita mengetahui bahawa spesis tumbuhan yang dihasilkan bebas daripada toksin
yang baru atau mempunyai kesan alergik kepada pengguna? Apakah kesannya terhadap alam
sekitar dan hidupan liar?
Dalam soal ini juga., Dr. Patrick Dixon (2007) membangkitkan mengenai kesan yang
timbul yang membawa kepada kematian kambing klon Dolly. Menurut kajian, kambing
tersebut mungkin mengalami atritis kerana kesan penuaan sel yang tidak sepatutnya berlaku.
Hal ini berkait rapat dengan petunjuk daripada ujikaji yang merujuk penuaan sel berlaku
kerana secara genetiknya sel Dolly setua sel ibunya. Sehubungan dengan itu juga, proses
pengklonan manusia yang dilakukan oleh pakar genetik kemungkinan besar akan
mewujudkan ketidakseimbangan kepada insan yang dilahirkan dan akhirnya akan
mewujudkan kegagalan kepada proses tersebut.
Terdapat juga kemungkinan teknologi dalam kejuruteraan genetik digunakan oleh
pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menghasilkan senjata biologi secara besar-besaran
yang boleh mengancam kesejahteraan dunia sejagat. Dalam soal ini Dr. Patrick Dixon (1995)
menyatakan kejuruteraan genetik membuka lebih banyak peluang untuk penghasilan senjata
untuk tujuan kemusnahan manusia. Reka bentuk virus baru akan dihasilkan untuk membunuh
8

ribuan nyawa yang tidak berdosa. Hal ini kerana, penggunaan senjata biologi sedemikian
boleh disebarkan dalam sekelip mata melalui udara atau sumber bekalan air. Terdapat juga
kecenderungan firma pembuat senjata biologi untuk menggunakan sekelompok manusia
sebagai sasaran ujian kerana dalam penghasilan senjata biologi, kesan virus yang disebarkan
mungkin tidak sama hasilnya antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Hal ini
berkaitan dengan kemampuan manusia untuk menghasilkan mutasi atau kekebalan terhadap
jangkitan virus. Selain itu juga, penyebaran virus sebagai senjata tidak akan mudah dikawal.
Kemungkinan untuk ia tersebar luas tidak dapat disangkal, menjadikan ia sebagai satu wabak
yang dapat mengancam pihak tentera sendiri mahupun orang awam.

Masalah dalam kejuruteraan genetik


Bidang kejuruteraan genetik merupakan salah satu bidang ilmu yang sangat mencabar.
Bidang ini mungkin tidak diminati oleh para pelajar kerana cabaran dan masa depan bidang
ini sendiri. Oleh yang demikian, teras dasar adalah untuk meningkatkan kefahaman saintifik
dan teknologi supaya lebih ramai tertarik kepada kerjaya di dalam bidang-bidang berkaitan
dengan sains dan teknologi. Pihak universiti haruslah terus mengeluarkan lebih ramai
graduan dan penyelidik yang berkaliber tinggi. Program-program pendidikan yang terpilih di
dalam sains dan teknologi gunaan perlu juga disediakan untuk tenaga kerja yang sedia ada
bagi membolehkan mereka bukan sahaja dilatih semula, tetapi juga mempertingkat dan
memperolehi pengetahuan dan kepakaran baru yang praktikal. Ini adalah selaras dengan
objektif untuk membangunkan tenaga kerja yang mudah menyesuaikan diri, berpengetahuan
dan berkemahiran.
Sementara itu, dalam satu kajian yang dilakukan oleh sebuah makmal di Jepun, gen
asing yang digunakan sebagai agen proses pemula dalam kejuruteraan genetik mungkin boleh
mengubah kandungan nutrien makanan dengan cara yang tidak dijangkakan. Misalnya
mengurangkan kandungan sesetengah nutrien dan meningkatkan kandungan nutrien yang
lain. Kerintangan terhadap antibiotik mungkin boleh berlaku kerana gen yang digunakan
dalam sesetengah tanaman yang diubahsuai mungkin boleh memindahkan penyakit yang
disebabkan oleh mikrob, ke dalam usus manusia atau haiwan yang menggunakan makanan
kejuruteraan ginetik. Proses ini mungkin akan menyumbang kepada masalah perkembangan
kesihatan umum kerana rintangan terhadap antibiotik ini akan akhirnya terpindah kepada
manusia melalui pengambilan makanan yang terhasil melalui kaedah kejuruteraan ginetik.
9

Penemuan terbaru hasil kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan


bahawa tanaman-tanaman ladang yang diubahsuai melalui proses kejuruteraan ginetik telah
menunjukkan tahap kerintangan yang tinggi dan luarbiasa terhadap racun pemusnah
tumbuhan seperti racun Herbisid, Pesticid dan lain-lain lagi. Kemungkinan jika dibiarkan,
akan berlaku hubungan silang dengan spesies-spesies yang lain dan akan menghasilkan satu
bentuk tanaman liar baru yang sukar untuk dimusnahkan. Keadaan ini sekaligus akan
memerlukan kita mencipta racun yang lebih kuat untuk mengawalnya dan secara tidak
langsung akan membahayakan alam sekitar kita.

Etika dalam kejuruteraan genetik


Pada hakikatnya, bahawa sistem sains dan teknologi sememangnya tidak mempunyai
landasan moral tersendiri iaitu ia bersifat amoral iaitu ia bukan sesuatu yang betul atau
salah. Namun ini tidak bermakna bahawa semua kemajuan sains khususnya kejuruteraan
genetik boleh berlaku tanpa sebarang implikasi etika dalam kehidupan manusia sendiri.
Merujuk kepada ajaran Islam, manipulasi yang dilakukan terhadap genetik yang
dilakukan oleh pakar-pakar kejuruteraan genetik, khususnya yang melibatkan makhluk yang
bernyawa mempunyai pelbagai implikasi. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat
yang ke 119, yang berbunyi; yang bermaksud: "Dan aku (syaitan) benar-benar akan
menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan
menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan
kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka
merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."
Menurut Abu Bakar Bin Yang (2008) bahawa secara umumnya, merobah ciptaan
Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala
bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di
dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan
manfaat kepada manusia.
Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan
mudharat kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya,
seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih
10

manusia telah dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan dapat
menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan
sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini
diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada manusia kerana mereka
senang diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa.
Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap memberi ruang
kepada sains untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan
prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan
juga alam sekitar.
Kesimpulan
Apabila menyentuh tentang isu ini, pelbagai pendapat dilontarkan daripada banyak
pihak tentang kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik. Dengan anggaran daripada
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa dunia perlu meningkatkan tahap pengeluaran
makanan sebanyak 50% lagi menjelang tahun 2030 demi mengelak berlakunya krisis
makanan yang lebih buruk, maka ada kemungkinnya juga bahawa penghasilan makanan
melalui kaedah kejuruteraan genetik ini adalah salah satunya jalan keluar terbaik untuk
mengatasi kemelut krisis bekalan makanan dunia hari ini. Demikian juga halnya dengan
keperluan pembangunan teknologi kesihatan sebagaimana pelbagai penyakit baru kini
mengancam kesihatan manusia. Seperti biasa pro dan kontra pasti menjadi noktah
perbincangan tanpa ada pihak yang benar-benar dapat memastikan atau menjamin setiap
perkara yang terhasil melalui kaedah kejuruteraan genetik adalah benar-benar selamat atau
beretika. Selain mengwujudkan undang-undang yang diterima oleh semua pihak, sebagai
pengguna, kita perlulah mengikut panduan yang disediakan oleh kerajaan dan badan-badan
yang berwajib di Malaysia mengenai isu ini. Oleh yang demikian, penekanan yang diberi
oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi dalam
bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan
mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semulajadi dan menjaga keseimbangan
alam sekitar.

11

Rujukan
Ellyza Karim, Azizah Ngah Tasir, (2013). HSBC3103 Biology II: Continuity of Life Edition), Seri
Kembangan Selangor: Open UniversityMalaysia.

Hamdan Mohd Noor et. al, (2003). Fokus Biologi Ungu Masteri SPM. Selangor: Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.

S. H. Chan, (2013). Biologi SPM. Shah Alam: UG PRESS SDN. BHD.

Primack, R.B. (1995), A Primer of Conservation Biology. Sinauer Associates Inc. Chapter 2
Threats to Biological Diversity.

Moulton, M.P. and Sanderson, J. ( 1999) , Wildlife Issues in a Changing World. 2nd edition.
Lewis Publishers. pages 88-90; 96. and pages 235-243.

Primack, R.B. (1993) Essentials of Conservation Biology. Sinauer Associates Inc. Chapter 7
Exotic species, introductions, disease and overexploitation.
Abu Bakar Bin Yang (2008). Artikel, Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya. Dicapai
pada 3 MAC 2014
dari:www.ikim.gov.my
Kejuruteraan-Akademi Sains Malaysia. Dicapai pada 23 FEBRUARI 2014 dari:
www.akademisains.gov.my/download/estidotmy/2005/edisi_38.pdf
Ricarda Steinbrecher Dr. (1999). Synthesis/Regeneration: A Magazine of Green Social
Thought, Vol. 18
_____________(2008).Artikel, Genetic engineering, recombinant DNA technology,
genetic modification/manipulation. Dicapai pada 27 FEBRUARI 2014
dari :http://en.wikipedia.org/wiki/ Genetic_engineering
Siti Fairuz Sujak dan rakan-rakan ( ). Pendekatan Islam Dalam Menangani Percanggahan
Manfaat Dan Risiko Bioteknologi Moden Tumbuhan. Dicapai pada 27 FEBRUARI 2014
dari: www.ukm.my/jhadhari/makalah/v3n22011/abstrak-v3n2-n1.pdf
12

Anda mungkin juga menyukai