Anda di halaman 1dari 21

BIOTEKNOLOGI

Definisi dan cakupan bioteknologi amatlah luas sekali. Mungkin jika kita
mendengar istilahnya yang bunyinya begitu saintifik, ramai antara kita
yang tidak menceburi bidang ini merasakannya ianya tidak begitu
mustahak padahal hidupan manusia sendiri berkaitan rapat dengan
bioteknologi.
Bioteknologi berkait dengan semua hidupan organik samada hidupan seni
untuk kegunaan proses fermentasi hinggalah kepada kejuruteraan evolusi
genetik. Proses bioteknologi melibatkan kedua-dua proses semulajadi
dalam kehidupan dan juga proses kajian menerusi makmal.
Di segi tradisinya, kajian dilakukan dengan membuat pilihan ke atas
haiwan atau pun tumbuhan. Cara proses kajian berkait genetik
umpamanya pembiakan dilakukan membabitkan keadaan yang terkawal
seperti suhu, bahan-bahan yang digunakan, kebersihan persekitaran,
makanan dan sebagainya kerana semua ini mempengaruhi keputusan
atau hasil kajian samada kejayaan berjaya dicapai atau pun tidak.
Kejayaan bioteknologi telah banyak melahirkan kaedah/teknik pertanian
dan pembiakan haiwan yang maju umpamanya kacukan baka,
pengklonan, hidroponik, aeroponik dan banyak lagi. Dikatakan walaupun
teknologi ini baru kedengaran pada kita hari ini, teknologi ini sebenarnya
telah lama digunakan sebelum dipopularkan kembali oleh saintis-saintis
hari ini. Umpamanya perlakuan multigene untuk penghasilan intrinsik dan
ketahanan hidup melibatkan pembiakan selektif yang beroperasi ke atas
semua organisma set yang lengkap dengan gen yang selaras manakala
kejuruteraan genetik pula terhad kepada pemindahan 3-4 gen dengan
kawalan yang kecil di mana gen yang baru dimasukkan. Bagi perlakuan
agronomi, cara pembiakan tradisi masih mendapat sambutan. Lain-lain
bioteknologi bukan genetik melibatkan kegunaan organisma mikro untuk
memudahkan proses penapaian bagi menghasilkan keju, enzim untuk
sabun dan sebagainya. Dari sini juga lahirnya idea untuk menggunakan
radiasi dan kimia dan terhasillah mutagenesis yang menghasilkan
pertukaran genetik dalam bakteria samada dari perlakuannya mahupun
jumlahnya yang amat berguna untuk menjadikan sesuatu produk lebih
baik dan bermutu tinggi.
Saintis hari ini kini sedang mencuba untuk mengelakkan pindaan terhadap
gen dan menggunakan kaedah bioteknologi moden umpamanya antibodi
monoklon bagi ikatan protin yang digunakan untuk aplikasi diagnostik
seperti ujian mengandung dan sebagainya. Mungkin ramai yang
berpendapat bahawa pindaan terhadap gen adalah meminda sesuatu
semulajadi atau cubaan menentang Pencipta sementara masih ada
alternatif untuk meminimakan pindaan yang drastik terhadap gen.
Teknologi pengklonan mamalia juga telah mendapat banyak tentangan.
Proses ini melibatkan penanaman nukleus dari sel dewasa ke dalam telur

yang telah dibuang nukleusnya untuk memudahkan telur berkenaan


berkembang dengan cara yang berganti-ganti. Pengklonan sebenarnya
tidak melibatkan pindaan gen atau perlakuannya tetapi hanya sekadar
pemindahan nukleus yang mengandungi maklumat lengkap genetik.
Walaubagaimanapun, apa yang dapat dipelajari dari pemindahan nukleus
ialah teknologi yang berkaitan dengan prospek manipulasi tiruan dan
pemindahan genetik satu hidupan ke satu hidupan yang lain secara
harmoni. Umpamanya asid amino yang membentuk protin berkaitan rapat
dengan kejadian manusia. Telah kedapatan di pasaran produk-produk
ubat-ubatan yang sangat mahal tetapi mengandungi kandungan asid
amino yang dikatakan mampu menguatkan protin dalam tubuh.
Kemungkinan kejuruteraan genetik akan dapat membantu bidang
perubatan moden amatlah tinggi sekali umpamanya penggantian gen
yang rosak dengan gen yang baik kondisinya. Buat masa ini, kejuruteraan
genetik yang melibatkan manusia hanya dilakukan menggunakan sel yang
tidak reproduktif atau somatik yang diambil dari tulang.
Bioteknologi dan Makanan
Walaupun dunia dipenuhi dengan makanan namun terdapat kira-kira 700
juta yang masih kekurangan makanan bernutrien dan angka ini terus
meningkat dari hari ke hari selaras dengan pertambahan populasi dunia.
Krisis makanan sedunia biasanya disebabkan oleh faktor-faktor forcemajeur seperti:
- peperangan
- Dasar ekonomi dan kewangan sesebuah negara yang mungkin tidak
mampu diterima oleh negara pengekspot makanan umpamanya cukai
impot, taraf perintis, pasaran modal, kuota dsb., - ini juga pengaruh
kepada naik turunnya harga makanan dan kemungkinan jika peningkatan
pendapatan individu yang tidak selaras akan menyebabkan kurangnya
kuasa belian terhadap makanan yang berkualiti,
- bencana alam
- kekurangan kawasan (tanah) kerana dibangunkan kembali untuk industri
lain seperti perumahan - walaupun bioteknologi mampu meminimakan
masalah ruang tetapi adalah lebih baik jika ruangan yang luas untuk
sektor makanan dimaksimakan.
Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah ke hadapan untuk
memastikan negara tidak akan terlibat dalam krisis makanan menerusi
dwi galakan kepada sektor pertanian dan bioteknologi. Kita bersyukur
kerana kita tidak menghadapi masalah krisis makanan, dasar ekonomi
dan kewangan masih antara yang terbaik (jika dibandingkan dengan
negara-negara lain), bencana alam juga kurang dan kita masih
mempunyai kawasan tanah atau ruang yang mencukupi untuk
menjadikan bioteknologi sebagai pemangkin kemajuan sektor pertanian
selain pengekalan cara tradisional.

Definisi
Pengklonan merupakan suatu proses menghasil dan menyalin sesuatu
makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui
proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia
melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan.
Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan
manusia. Pengklonan merupakan suatu prosedur yang mengeluarkan
salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa
pembiakan seks. Ini menyebabkan organisma yang dihasilkan dimasukkan
ke dalam ovum yang tidak tersenyawa, yang dikeluarkan nukleusnya.
Pengklonan bermaksud penghasilan anak yang sama dengan induk dari
segigenetik. Contoh klon semula jadi ialah organisma yang membiak
secara aseks.Walau bagaimanapun, klon buatan dapat dihasilkan dengan
teknik pengklonan, iaitu proses makmal yang menghasilkan induk yang
mempunyai unsur genetik yang sama dengan induk penderma. Klon
haiwan yang sudah matang dicipta melalui proses pemindahan nuklear sel
sama. Ini adalah salah satu proses pembiakan yang biasa di kalangan
tumbuh-tumbuhan dan sel-sel mikroorganisma, yang juga dikenali
sebagai pertunasan.Pengklonan dilakukan secara meluas khususnya
dalam bidang pertanian melalui pengkulturan tisu, contohnya getah
klon, durian malah kelapa sawit klon. Sekarang, proses pengklonan boleh
diperlakukan sesama manusia adalah serba serupa dengan induknya
daripada segi genetiknya mahupun fizikalnya.
Latar Belakang
Perkataan klon berasal daripada Bahasa Yunani, klwn yang
bermaksud tunas. Klon, atau tunas, adalah replika atau pendua
(fotostat) daripada sesuatu organisme. Pengklonan adalah satu proses
pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman sel jantan
(sperma) dengan sel betina (ovum). Sebenarnya, teknikpengklonan
telah dijalankan berpuluh-puluh tahun yang lalu. Banyak ahli sains
yang menyoalkan bahawa adakah pengklonan haiwan berlaku pada
1950-an. Adalah dipercayai bahawa species yang julung-julungkali
dijalankan eksperimen pada masa itu ialah berudu, iaitu anak katak pada
tahun 1952. Akan tetapi, tiada bukti yang mengesahkannya kerana
eksperimen tersebut tidak terbuka kepada orang awam. Pada tahun
1963, seorang embriologi Cina yang bernama Tong Dizhou, telah
mengklonkan seekor ikan. Keputusan pengklonan tersebut telah
diterbitkandalam journal sains Cina, yang tidak diperterjemahkan dalam
Bahasa Inggeris. Pada tahun 1997, mamalia yang pertama telah

diperklonkan. Seekor bebiri,bernama Dolly, telah berjaya diperklonkan


di Institusi Roslin di Edinburgh,Scotland. Ia hidup selama 6 tahun dan
disahkan meninggal dunia kerana menghidapi penyakit peparu.
Kesannyanya, ini mengakibatkan berlakunya kontroversi bahawa klonklon speciestidak hidup lama. Ahli sains Roslinmembela bahawa Dolly
mati disebabkan oleh penyakit peparu yang biasa dijangkitioleh bebiri,
terutamanya bebiri yangdiperlihara di dalam bangunan. Memangtidak
dapat disangkalkan, Dolly merupakan seekor bebiri yang dilindungi
dengan sekuriti yang ketat. Ini sebablah Dollydijangkiti penyakit
tersebut lalu meninggal dunia. ada tahun-tahun yang seterusnya,
pelbagai species berjaya diperklonkan. Antaranya termasuklah kuda,
kucing dan monyet.

Intro:
Bioteknologi secara am adalah merujuk kepada penggunaan teknologi
proses biologi untuk mengatasi pelbagai masalah kehidupan manusia.
Kaedah teknologi ini meliputi kejuruteraan genetik iaitu pengubahan ciri
genetik organisma (haiwan atau tumbuhan) demi memenuhi matlamat
tertentu, kultur tisu dan pengklonan sel-sel. Fokus asal teknologi biologi
adalah untuk membaiki kesihatan manusia dan haiwan ternakan. Aplikasi
teknologi ini kini meliputi penggunaan organisma hidup untuk
mengubahsuai produk dan proses pengeluaran makanan, membaiki
spesies tumbuhan dan haiwan ternakan serta pembangunan mikrob untuk
kegunaan tertentu.
Bioteknologi merupakan satu teknologi baru yang dimanfaatkan
untuk tujuan pertanian, perubatan, perindustrian dan alam
sekitar.
Pertanian
-kemajuan penyelidikan mampu menghasilkan tumbuh-tumbuhan secara
genetik tahan penyakit atau kalis kepada serangan serangga.Dengan
bantuan bioteknologi juga dapat mencipta bijih benih yang dapat
mengeluarkan hasil pertanian yang berlipat ganda dengan saiz tanah
yang kecil.

Pada pendapat saya, bioteknologi banyak menyumbang kepada sektor


pertanian. Salah satu prospek rancangan Malaysia kesembilan(2006-2010)
menekankan sektor bioteknologi. Alikasi teknologi pelantar bioteknologi
seperti kejuruteraan genetik, genomik dan proteomik fungsian digalakkan
untuk mengeluarkan produk bioteknologi pertanian bagi meningkatkan
produktiviti serta menambah baik ciri agronomi tanaman dan ternakan.
Aktiviti bioteknologi pertanian lain yang akan digalakkan termasuk
biopharming, iaitu penggunaan tumbuh-tumbuhan atau ternakan
transgenik bagi mengeluarkan protein bernilai tinggi. Selain itu, Institut
Bioteknologi Pertanian Kebangsaan di MARDI juga akan berperanan
sebagai pusat kecemerlangan negara bagi R&D, pengkomersilan dan
penyebaran bioteknologi pertanian. Di samping itu, Institut ini juga akan
membangunkan perkongsian bersinergi dengan Agropolis yang akan
dijadikan sebagai pusat kecemerlangan bagi pemprosesan dan
pengeluaran makanan. Agropolis akan menganjurkan pameran bertaraf
antarabangsa seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pertanian
berasaskan Pelancongan Malaysia untuk mempamerkan produk dan
perniagaan pertanian negara bagi membantu penyebaran teknologi dan
amalan pertanian moden. (Loh Xin Yin U6B2
Perkembangan Bioteknologi amat penting dan bermanfaat kepada
masyarakat kita.Abad ke-21 dikenalkan sebagai abab biologi di mana
perkembangan pesat dalam ilmu biologi akan mendatangkan perubahan
dan kemajuan dalam bidang perubatan dan pertanian.Kaedah kultur tisu
dan kejuruteraan genetik telah meningkatkan mutu dan hasil pertanian
dan perternakan.Bijih benih dan ternakan dengan baka yang baik dapat
dihasilkan

Bidang pertanian sangat memerlukan kaedah ini. Bioteknologi dapat


meningkatkan kandungan nutrisi tanaman serta membuat ia lebih tahan
daripada gangguan pelbagai penyakit dan tidak tergantung kepada
keadaan cuaca atau musim.
Dengan ini, usaha penyelidikan dan pembangunan patut dipergiatkan
untuk meningkatkan lagi potensi bidang bioteknologi demi kebaikan umat
manusia.
Dalam bidang pertanian pula, bioteknologi telah menghmencipta
tanaman baru yang dapat menghasilkan pupuk sendiri.Tanaman yang
dicipta juga tahan kekeringan, kebekuan, salinitas tinggi dan tekanantekanan lingkungan lainnya.Di samping itu,bioteknologi telah mencipta

substans yang dapat mempercepat pertumbuhan ternak dan vaksin untuk


penternakan.Dengan ini,makanan ternak dapat dijual dengan harga yang
lebih murah.
Dalam bidang pertanian, ia dikatakan wujud sejak zaman dulu lagi yang
mana petani menggunakan bahan mikrobiologi untuk penyuburan
tanaman dan makanan ternakan.
Penyertaan Malaysia dalam konvensyen itu selaras iltizam berterusan Perdana Menteri
mengangkat industri bioteknologi negara dan memodenkan sektor pertanian tempatan.
Sebelum ini pun beberapa agensi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan dan
Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Minyak Sawit
Malaysia (PORIM) dan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) sudah lama bergiat
di dalam penyelidikan dan pembangunan menggunakan kaedah ini. Antara hasil penyelidikan
itu ialah pengenalan baka padi yang boleh menambahkan hasil petani daripada sekali setahun
kepada lima kali dalam tempoh dua tahun dan lebih tahan kepada cuaca dan penyakit. Pusat
Bioteknologi Felda pula menyediakan kemudahan makmal untuk menghasilkan anak benih
tumbuh-tumbuhan menerusi kaedah kultur tisu terutama sawit, pisang dan tongkat ali yang
terbesar di dunia. Pusat yang dibina dengan perbelanjaan RM25 juta itu terletak di bandar
Enstek, Nilai, Negeri Sembilan berupaya menghasilkan sehingga tiga juta anak benih sawit
setahun menerusi kaedah pengklonan bagi keperluan ladang sawit dalam dan luar negara.
Lagipun, penekanan yang diberikan kepada bidang ini mendorong kerajaan memperuntukkan
sejumlah RM2.021 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi
membangunkan industri bioteknologi. Diharapkan usaha itu diiringi dengan kelahiran lebih
ramai saintis tempatan berkaliber setaraf dengan saintis dunia pada dekad akan datang.
Dalam pada itu, kerjasama dan hubungan kukuh dengan komuniti bioteknologi antarabangsa
cukup penting bagi membantu Malaysia merealisasikan cita-cita dan objektifnya.
Oleh BEH YIT NING (U6B1)
2. Bidang Pertanian
> Memajukan bidang penternakan seperti kambing biri-biri Dolly yang dihasilkan.
> Menghasilkan biji benih padi yang boleh meningkatkan pengeluaran dan mempunyai daya
tahan yang lebih kuat berbanding dengan benih yang biasa.

> Menjalankan R&D (Research & Development) untuk menghasilkan hormon tiruan seperti
hormon auksin untuk meningkat produktiviti bahan pertanian.
Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup
manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam
sekitar. Pada abad ke 21 ini bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti
kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan
bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen
bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.
Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas
dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain
bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik
atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan
pelbagai produk lain.
Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu biologi dan teknologi. Kamus Dewan
mentakrifkan biologi sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara teknologi itu
pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian
dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.
Pembangunan Bioteknologi Pertanian merubah dan memperluaskan nilai
penciptaan dalam sektor pertanian melalui bioteknologi.
Pembangunan Bioteknologi Perindustrian Memastikan pertumbuhan
peluang-peluang dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknologi
bio-pembuatan
Sains dan teknologi juga telah membantu dalam industri makanan melalui
bioteknologi. Melalui cara pengklonan, baka yang baik iaitu tanaman
kelapa sawit, getah dan padi dapat dicipta. Selain itu, terdapat banyak
tanaman GMC ( Genetically Modified Crops ) seperti tomato, kacang soya,
strawberi dan lain-lain lagi yang ditanam. Kacukan tanaman juga
dijalankan oleh MARDI iaitu kacukan buah-buahan seperti durian,D24,
betik jenis Excortica, dan belimbing, kacukan sayur-sayuran seperti kubis,
cili dan kacang panjang. Oleh itu, bioteknologi telah banyak membantu
dalam industri makanan iaitu mencipta makanan yang berkualiti dan
mampu menampung keperluan dalam negara serta keperluan eksport
yang dapat mendapat keuntungan maksimum.
Dari sektor penternakan juga,kejuruteraan genetik juga dipraktiskan oleh
para saintis untuk mengacukan dan menghybridkan dua jenis binatang
supaya lahirnya species yang baru. Pengubaihsuaian genetik juga
dilakukan di atas haiwan dan ternakan antaranya bertujuan memperbaiki
kualiti dan kuantiti daging, susu dan penghasilan ternakan seperti
lembu.Selain itu, pemindahan embrio biak haiwan juga memberi

sumbangan yang signifikan kepada bidang penternakan ini.Melalui kaedah


ini, embrio yang baka baik dipindahkan dari penderma ke
penerima.Dengan itu, maka lahirnya anak baka baik .
Seterusnya, bidang sains dan teknologi juga telah membawa manfaat
dalam sektor pertanian. Contohnya, kaedah kultur tisu dan pengklonan
tumbuh-tumbuhan dapat meningkatkan produktiviti dalam sektor
pertanian. Dalam bidanag ini, telah berjaya menghasilkan buah-buahan
dan sayur-sayuran seperti betik, pisang dan sebagaonya secara besarbesaran. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kandungan nutrisi
pelbagai jenis tanaman sehingga ia mempunyai kualiti yang tinggi.
Industri pertanian
Dalam industri pertanian, petani-petani banyak mengalami masalah yang
mampu menggugat hasil pendapatan mereka. Ini menyebabkan ramai
generasi-generasi baru tidak berminat mengusahakan industri disebabkan
hasil pendapatan mereka yang tidak menentu. Maka dengan
menggunakan bioteknologi masalah kesuburan tanaman, jangkitan
penyakit dan haiwan perosak serta pengaruh alam sekitar dapat
dikurangkan.
Dengan penggunaan teknologi genetik, tumbuhan yang dihasilkan akan
lebih bermutu dan produktif. Sebagai contohnya :
Buah yang besar
Buah tanpa biji
Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan
perosak
Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar.
Industri ternakan
Penggunaan teknologi ini sangat penting dalam menampung keperluan
protein manusia seluruh dunia.
Contohnya :
- Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak
- Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan bervitamin
- Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan persekitaran

Gen-gen yang berguna telah diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam
keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang telah disenyawakan
dipindahkan kepada ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran
berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah
dibawa oleh gen yang telah diterapkan.
Perubatan
Dalam perubatan penghasilan seperti hormon-hormon khusus, vaksin,
antibiotik, dan pendermaan organ atau sel khusus adalah intipati penting
dalam menyelamatkan nyawa manusia.
Bioteknologi Pertanian
Skop Penyelidikan
Bioteknologi pertanian telah dikenalpasti sebagai salah satu teknologi
penting yang diperlukan dalam proses transformasi pertanian. Kepakaran
dalam pelbagai bidang bioteknologi pertanian seperti biologi molekul,
kejuruteraan genetik, diagnostik, teknologi bioreaktor dan biokeselamatan
dapat menjana teknologi terkini dalam sektor pertanian.
Terdapat tiga skop penyelidikan di bawah kluster bioteknologi pertanian
iaitu:
1. Biologi Molekul dan Kejuruteraan Genetik (BT01)
Skop Penyelidikan
1. Biologi Molekul dan Kejuruteraan Genetik
Biologi Molekul dan Kejuruteraan Genetik berperanan untuk membangun
dan mempromosikan teknologi kejuruteraan genetik bagi meningkatkan
kualiti dan produktiviti tanaman dan hasilannya. Di antara teras
penyelidikan yang terlibat adalah teknologi omik, kejuruteraan genetik
tumbuhan, teknologi kultur tisu dan penanda molekul.
Teknologi Omics merangkumi disiplin yang luas seperti sains dan
kejuruteraan genetik untuk menganalisis perhubungan interaksi
maklumat biologi termasuk genomik, proteomik dan metabolomik.
Matlamat utama Omics ialah pemetaan gen-gen, protein dan metabolit;
memanipulasi tapakjalan untuk memahami jaringan pengawalaturan

sistem biologi.
Kejuruteraan genetik tumbuhan membolehkan manipulasi gen dalam
keadaan terkawal terhadap sesuatu tumbuhan dengan tujuan
penambahbaikan hasil, meningkatkan kandungan bahan aktif berfaedah,
kerintangan terhadap penyakit dan serangan serangga perosak serta
toleransi terhadap keadaan persekitaran melampau.
Kultur tisu pula melibatkan pertumbuhan dan pemeliharaan sel, tisu dan
organ primordial secara in vitro untuk penghasilan bahan tanaman
tulen/klon, pembiakan mikro, pembiakbakaan tumbuhan secara besarbesaran dan penghasilan bahan tanaman bebas penyakit. Proses ini juga
diperlukan dalam transformasi dan kejuruteraan genetik tumbuhan.
Penanda biomolekul merupakan fragmen DNA yang boleh dikenalpasti
pada lokasi yang spesifik di dalam genom. Ia digunakan untuk menanda
kedudukan gen tertentu atau pewarisan ciri spesifik yang berkait kepada
penanda molekul dalam kacukan hibrid. Matlamat utama adalah untuk
membolehkan pemilihan individu-individu yang mempunyai ciri-ciri yang
diingini.
Antara penyelidikan yang sedang dijalankan bertujuan:
1) Meningkatkan kualiti tanaman;
Pemanjangan tempoh jangka hayat buah betik Eksotika
Pemanjangan tempoh segar bungaan orkid
Mengubahsuai warna kulit buah limau bali
2) Menghasilkan tanaman yang rintang terhadap penyakit;
Menghasilkan baka betik Eksotika rintang terhadap `Papaya Ring Spot
Virus (PRSV)
Menghasilkan varieti markisa rintang terhadap virus (Passion fruit
Mosaic Virus, PVMV)
Menghasilkan buah nenas rintang terhadap penyakit Black heart
Menghasilkan varieti padi rintang terhadap penyakit merah padi dan
penyakit hawar seludang
3) Penerokaan bidang genomik dan bioinformatik dalam pencarian gengen baru;
Gen-gen berkaitan peningkatan hasil daripada spesies padi liar O.
rufipogon
Profil ekspresi gen yang terlibat dalam kemasakan buah betik eksotika

Profil ekspresi gen yang terlibat dalam penghasilan penyakit dieback


pada buah betik
Profil ekspresi gen yang terlibat dalam penghasilan haruman pada
bunga cempaka
Pengasingan gen anti-fungal daripada bakteria dan tumbuhan
Pengekstrakan bahan anti virus daripada pokok dukung anak
Gen-gen yang terlibat dalam pembungaan awal pokok duku
2. Biopemprosesan (BT02)
Skop Penyelidikan
2. Biopemprosesan
Penyelidikan dalam bidang Biopemprosesan memfokuskan kepada
penggunaan sumber biologi seperti mikroorganisma, enzim, sel tumbuhan
dan haiwan bagi menukarkan bahan mentah atau substrat kepada
pelbagai jenis produk makanan serta produk bukan makanan baru yang
ditambah nilai. Objektif penyelidikan dalam bidang biopemprosesan ialah
untuk menghasilkan teknologi dan produk baru yang mudah, mampu
diperolehi serta tahan lama. Penyelidikan biopemprosesan tertumpu
kepada tiga teras utama iaitu teknologi fermentasi dan mikrob, teknologi
enzim, serta teknologi kultur sel dan metabolit tumbuhan.
Teknologi fermentasi dan mikrob melibatkan penggunaan sumber organik
oleh mikroorganisma bagi penghasilan sel mikrob, enzim dan metabolit.
Teknologi fermentasi juga telah digunakan untuk meningkatkan kualiti
dan kuantiti produk makanan melalui proses pengawetan (penapaian)
makanan, penghasilan produk baru berasaskan biologi (bahan bioramuan) serta bahan perisa makanan. Kajian teknologi fermentasi dan
mikrob kini telah beralih kepada pembangunan makanan berfungsi
(functional food) dan makanan yang berasaskan kesihatan (health
oriented food) atau nutraseutikal. Antara kajian yang dijalankan:
Penghasilan komponen anti-oksidan daripada buah-buahan peraman.
Membangunkan enzim penghadaman baru daripada sumber mikrob
yang diperolehi daripada makanan peraman tradisional.
Membangunkan enzim penghadaman daripada buah-buahan dan
tumbuhan tempatan.
Penghasilan komponen anti-kolesterol daripada pemeraman beras
merah.

Membangunkan cendawan tempatan yang berpotensi bagi penghasilan


b-glucan.
Membangunkan hidrolisat kanji sebagai substrat bagi penghasilan
bakteria asid laktik sebagai makanan tambahan.
Membangunkan penghasilan etanol daripada nira nipah.
Teknologi enzim melibatkan penggunaan enzim bagi menukarkan substrat
kepada produk baru dan mempunyai nilai tambah, memperbaiki citarasa
dan ciri fizikal sesuatu produk supaya ia boleh digunakan dalam proses
atau industri seperti industri makanan, kosmetik dan farmaseutikal.
Teknologi enzim telah diaplikasikan bagi menjalankan projek-projek
berikut :
Pengubahsuaian minyak kelapa bagi meningkatkan kandungan
monolaurin.
Bioprospek, penambahbaikan dan penghasilan enzim lipase baru bagi
pengubahsuaian minyak.
Penambahbaikan minyak kelapa dara dengan ciri antimikrob.
Penghasilan enzim transglutaminase halal dari Physarum polycephalum
menerusi teknologi rekombinan.
Teknologi kultur sel dan metabolit tumbuhan digunakan bagi
menghasilkan produk bernilai daripada sumber tumbuhan di dalam
makmal berbanding di ladang melalui sistem kultur sel dan bioreaktor.
Kaedah ini dapat menjimatkan masa serta mengatasi segala masalah
yang timbul di ladang.
Antara projek penyelidikan yang melibatkan teknologi kultur sel dan
metabolit tumbuhan;
Pembangunan teknologi bioreaktor tumbuhan untuk penghasilan
sebatian wangian daripada Cempaka Putih (Michelia alba)
Penghasilan produk kaya antioksidan daripada buah-buahan tempatan

3. Biodiagnosis dan Biokeselamatan (BT03)


Skop Penyelidikan
3. Biodiagnosis Dan Biokeselamatan
Penyelidikan dalam bidang biodiagnostik dan biokeselamatan bertujuan

bagi memenuhi keperluan pembangunan dan penghasilan alat diagnostik


tempatan untuk diaplikasikan dalam sektor pertanian dan makanan.
Pembangunan teknologi diagnostik dan biosensor memainkan peranan
penting dalam proses pemantauan bahan tercemar dalam makanan dan
hasil pertanian seperti penggunaan antibiotik secara berlebihan bagi
haiwan ternakan, mengesan sisa racun perosak organofosfat di dalam
sayur-sayuran dan pengesanan awal penyakit Ganoderma boninense pada
pokok kelapa sawit. Gabungan kedua-dua teknologi ini membolehkan
proses pemantauan dijalankan dengan lebih cepat, tepat, murah dan
tidak merbahaya kepada persekitaran. Penyelidikan tertumpu kepada tiga
teras utama iaitu biodiagnostik, biosensor dan nanoteknologi.
Biodiagnostik menekankan kepada pembangunan produk-produk
biodiagnostik tempatan. Pembangunan produk-produk biodiagnostik ini
berasaskan antibodi poliklonal, asid deoksiribonukleik (DNA) dan enzim.
Bagi pembangunan produk diagnostik berasaskan antibodi poliklonal,
proses pengimunan bagi penghasilan antibodi poliklonal perlu dilakukan di
rumah haiwan dan keberkesanan antibodi yang terhasil boleh diuji
menggunakan kaedah asai immunoserapan berangkai-enzim (ELISA) .
Bagi produk-produk biodiagnostik yang melibatkan DNA dan enzim,
keberkesanan produk biodiagnostik yang terhasil boleh diuji
menggunakan kaedah tindakbalas berantai polimerase (PCR) dan
pengasaian enzim. Pembangunan produk-produk ini bukan sahaja boleh
mengurangkan kos import malah ianya setanding dengan produk sediada
di pasaran antarabangsa.
Biosensor memainkan peranan yang penting khususnya dalam bidang
kawalan kualiti dan keselamatan makanan serta hasil pertanian. Teknologi
biosensor merupakan gabungan antara reseptor biomolekul contohnya
antibodi, enzim, mikrob dan jaringan sel dengan
mikroelektronik.Perubahan sifat fizikal-kimia pada reseptor biomolekul
tersebut akan mengekspreskan maklumat yang akan diterjemahkan
menjadi isyarat elektronik. Kelebihan penggunaan teknologi biosensor
bukan sahaja pada penjimatan masa dan kos yang jauh lebih murah,
tetapi ianya juga adalah mudah alih di mana penggunaan teknologi ini
tidak terhad hanya di dalam makmal sahaja, malah turut boleh digunakan
di kawasan kajian lapangan.

Pendahuluan:

Kini industri bioteknologi dan teknologi genetic semakin berkembang


di negara ini.

Aplikasi bioteknologi dan teknologi genetic


mendatangkan pelbagai kesan positif dan dikesankesannegatif.
Isi:
1Merevolusikan bidang pertanian.

Bioteknologi dapat menghasilkan baka- baka


tanaman yang baik dan berkualiti membolehkan
pembiakan secara besar- besaran dilakukan.

Kaedah kultur tisu dan mutasi aruhan menghasilkan


baka tanaman yang baik sertamempercepat
pembiakan tanaman. Hal ini dapat
mempertingkatkan produktivitipertanian.2Meningkatkan
taraf kesihatan manusia.

Genetik seseorang boleh diubahsuai untuk


mengelakkan warisan yang berpenyakitgenetik.
Teknologigenetikbolehmengubahseseorangyangberpenyakitjiwakepadagenerasi
yangnormal dengan pengubahsuaian maklumat pada kromosom
dalam gen induk.3Membantu usaha pengenalan diri
seseorang.

Teknologi genetik dapat membantu pihak forensik dan


polis untuk mengenal pastiidentitimangsakemalangan mautdan
dalamkes-kes jenayahmelaluiujianterhadaptisu,rambut serta tulang
mayat.

Ujian DNA juga boleh dilakukan untuk


mengenalpasti penjenayah dan perogol supayalebih

mudahuntukmendapatkanbuktiuntukmensabitkankesalahan
jenayah.4Teknologi boleh disalahgunakan.

Aktiviti pengklonanmanusiaboleh dijalankan olehsegelintirsaintisuntuk


menjadikanbahankomersial, hambaseks dansebagainya.

Manusia tidak perlu berkahwin untuk mendapatkan


zuriat kerana penghasilan bayitabung uji mudah didapati dan
hilangnya fungsi hubungan seks sebagai lambang cintasucidan fitrah
manusia.
Penutup:
Industri bioteknologi dan teknologi genetic banyak
membantu dalam kehidupan manusiapada hari
ini.Namun, kemajuan ini tidak harus disalahgunakan
dalam mengejar pembangunan.
2. Sumbangan dalam Bidang Pertanian
Baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan
Kaedah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman
Dapat menghasilkan baka padi yang mengeluarkan hasil yang banyak dan
cepat matang
Pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan
mempunyai daya tahan penyakit
Penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang

Pendahuluan:
Bioteknologi, yang meliputi kejuruteraan genetik dan pengklonan,
memberikan sumbangan yang besar
Melalui bioteknologi, kita dapat mengatasi masalah pertanian dan
penternakan dengan mudah
Isi: Kepentingan bioteknologi dalam pertanian dan penternakan:
Bioteknologi menghasilkan tanaman yang berkualiti:
Mutasi aruhan menghasilkan baka padi yang lebih baik
Padi mempunyai rintangan yang lebih tinggi terhadap penyakit
Tumbesaran lebih cepat dan hasil lebih tinggi

Kaedah kultur sel dapat membiakkan tanaman dalam kuantiti yang


banyak
Baka yang baik dapat membekalkan makanan yang mencukupi
Bioteknologi menghasilkan tanaman yang mempunyai rintangan
yang lebih tinggi:
Ubi kentang New Leaf mempunyai sistem pertahanan yang kebal
Ubi kentang ini tidak mudah diserang kumbang kentang Colorado kerana
benihnya dihasilkan melalui teknologi genetik
Gen yang mempunyai rintangan terhadap serangan penyakit dapat
diterapkan dalam baka yang baru
Bau yang sering menarik perhatian kumbang juga dikurangkan
Bioteknologi menjamin hasil tanaman tahan lebih lama:
Betik Eksotika, pisang Mutan, dan nangka Nadu dihasilkan melalui
bioteknologi
Betik Eksotika mempunyai tempoh matang tiga minggu lewat daripada
betik biasa
Pisang Mutan juga dapat bertahan dua bulan sebelum kulitnya bertukar
warna; dapat mengeksportnya ke negara Eropah
Bioteknologi menghasilkan baka ternakan yang lebih baik:
Baka-baka ternakan terbaik dapat dihasilkan melalui kaedah kimera,
teknik in-vitro, permanian berlaras
Lembu-lembu tenusu yang menghasilkan susu yang lebih banyak dapat
dihasilkan
Ayam daging kini membesar dalam masa 51 hari sahaja
Ayam telur tanpa kolesterol juga dapat dihasilkan
Bioteknologi menambah pembiakan ternakan:
Biri-biri Dolly dihasilkan daripada teknik pengklonan
Anak dapat diklonkan daripada sel biri-biri dewasa
Melalui teknik in-vitro, haiwan tidak perlu menunggu musim mengawan
untuk bunting
Di Malaysia, teknik in-vitro meningkatkan pembiakan lembu tenusu dan
biri-biri

Pembiakan secara besar-besaran dapat dilakukan


Penutup:
Bioteknologi penting untuk memajukan sektor pertanian:
Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini masih kurang
memuaskan
Kita perlu menggiatkan usaha untuk memajukan bioteknologi tempatan

Maksud bioteknologi pertanian;


Bioteknologi pertanian bermaksud teknologi atau proses yang melibatkan penggunaan sains
hayat (biologi) seperti mikro organisma, haiwan atau tumbuhan untuk menyelesaikan
masalah pertanian atau menghasilkan produk pertanian yang bermanfaat kepada manusia.
Contohnya: Pengklonan, Kacukan atau hibrid.
(ii) Huraikan kebaikan penggunaan bioteknologi pertanian terhadap sektor pertanian pada
masa ini. .[8]
A2.1 Meningkatkan produktiviti hasil pertanian.
A2.2 Menghasilkan produk pertanian berkualiti / mutu/ masa singkat.
Produk pertanian yang berkualiti dan tahan lama daripada ancaman perosak dan penyakit
kerana mikrorganisma diguna untuk melawan ancaman perosak dan penyakit.
Seperti betik yang mempunyai ketahanan daripada serangan virus dan kapas Bt yang
menerima gen bakteria Bacillus.
Serangan larva serangga.
Penambahbaik/pengklonan.
A2.3 Menghasilkan produk pertanian yang bersih dan mesra alam.
Hasil tanaman hidroponik, hasil agrobio melalui kaedah kultur tisu yang tidak memerlukan
tanah dalam aktiviti pertanian.
A2.4 Meningkatkan daya tahan benih padi yang bermutu tinggi (golden rice) yang tahan
daripada serangga dan penyakit.
A2.5 menghasilkan kepelbagaian produk melalui bioteknologi kepelbagaian produk boleh
dihasilkan daripada sumber yang sama.
Cth: buah tomato boleh dihasilkan daripada pokok lada.

A2.6 Pertanian/penternakan di luar musim - Pertanian / penternakan boleh dijalankan di luar


musim.
A2.7 Menjimatkan penggunaan tanah/pertanian tanpa tanah Pertanian masih boleh
dijalankan walaupun tanpa tanah seperti kaedah hidroponik dan kaedah agrobio. (cth: kultur
tisu )
Peperanan bioteknologi dalam konteks pembangunan negara .
Pengenalan

Bioteknologi secara am adalah merujuk kepada penggunaan teknologi proses biologi


untuk mengatasi pelbagai masalah kehidupan manusia .

Kaedah teknologi ini meliputi kejuruteraan genetik iaitu pengubahan ciri genetik
organisma (haiwan atau tumbuhan) demi memenuhi matlamat tertentu , kultur tisu
dan pengklonan sel-sel .

Bioteknologi merupakan pendekatan baru untuk meningkatan produktiviti pertanian

Bovine Growth Hormone ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu untuk
merangsang ketumbuhan dalam anak lembu dan penghasilan susu pada lembu dewasa
.

Kini , hormon Bovine ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan secara
kejuruteraan genetik .

Lembu-lembu yang memakan hormon ini setiap hari telah terbukti dapat
meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus .

Di Malaysia , kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk


menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit , pisang , bunga orkid dan tanaman
lain .

Penutup

Bidang bioteknologi ini amat berguna dalam pelbagai aspek pembangunan negara .

Usaha penyelidikan dan pembangunan patut dipergiatkan untuk meningkatkan lagi


potensi bidang bioteknologi demi kebaikan umat manusia .

Pengenalan Bioteknologi
Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan
teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan organisma hidup
bagi tujuan :

1. Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi


2. Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman
3. Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu

tujuan yang khusus


Bioteknologi adalah suatu teknik saintifik yang menggunakan selsel hidup serta komponen biokimianya untuk menghasilkan
sesuatu produk yang dikehendaki bagi i tujuan-tujuan yang

tertentu.
Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang
dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin
semula jadi dalam bioteknologi ialah genetik biokimia, kimia, sains
pemakanan,

kejuruteraan

teknologi

makanan,

kejuruteraan

makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik

dan mikrobiologi.
Sebenarnya, bidang bioteknologi bukanlah suatu perkara yang
baru. la telah terbentuk sejak beribu-ribu tahun dahulu dan

teknologi ini semakin dimajukan mengikut perkembangan semasa.


Pada zaman dahulu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan bioteknologi
meliputi proses tradisional seperti membuat roti, wain, keju. Malah
penghasilan makanan tempatan seperti kicap dan tempe juga

melibatkan bioteknologi.
Bidang ini semakin diberi perhatian serta dimajukan melalui
penelitian dan analisis saintitik yang rapi. Bidang bioteknologi kini
terlibat dalam bidang kejuruteraan genetik, enzim, makanan dan
minuman, perubatan, pertanian, perhutanan dan persekitaran

manusia.
Misalnya dalam bidang kesihatan, bioteknologi digunakan untuk
menghasilkan
bioteknologi

antibiotik,
dalam

hormon

bidang

dan

pertanian

vaksin.

termasuk

Kegunaan
pengawalan

serangan mengunakan mikrob, pembiakan genetik tumbuhan dan

pembentukan haiwan untuk meningkat tumbesaran.


Bidang industri makanan dan minuman atau pengeluaran bahan
bakar

dan

kimia

pula

melalui

proses

teknologi

fermentasi.

Sementara bioteknologi alam sekitar melibatkan sistem rawatan


dan biodegradasi bahan kimia toksik.

Bersesuaian dengan kedudukan Malaysia dalam kawasan Tropika


yang kaya dengan sumber asli yang bernilai, cara terbaik untuk
memanfaatkan

sumber

ini

ialah

dengan

menggunakan

bioteknologi.

Posted by Khairul at 11:38 PM 0 comments


WEDNESDAY, MARCH 25, 2009

Teknologi biologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama


apabila ia digunakan dalam bidang pertanian, sains makanan dan
perubatan. Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:[1]

"Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem


biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau
mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus."

Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam


industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai
digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik
berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti
pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah
istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan
keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik
bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu istilahnya boleh ditakrifkan
sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik bagi
pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma
peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi
manusia.[2]

Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi


dengan harapan ubat ajaib dapat dihasilkan. Walaupun kini terdapat
sebilangan kecil ubat mujarab, secara umumnya revolusi tidak terjadi dalam
bidang farmaseutikal. Akan tetapi, perkembangan terbaru dalam ubat
berasaskan antibodi monoklon mengesyorkan bahawa bioteknologi kini
telah mempunyai fungsi dalam penjualan farmaseutikal.

Anda mungkin juga menyukai