Anda di halaman 1dari 9

Impak Kejuruteraan Genetik Terhadap

Manusia?
Kejuruteraan genetik membawa manfaat yang banyak kepada manusia.
Walau bagaimanapun, kesan negatifnya juga tidak boleh diabaikan.
Huraikan pernyataan ini.
Kejuruteraan genetik meliputi bidang penyelidikan dan pengubahsuaian genetik manusia, haiwan
dan tanaman. Sudah banyak kejayaan yang dicapai oleh penyelidik-penyelidik luar negara dalam
aspek ini sehingga ada yang mendapat liputan meluas media massa antarabangsa. Namun,
setiap teknologi itu pasti ada kesan baik dan buruknya.
Kemungkinan aspek positif kejuruteraan genetik ini adalah kepada pasangan suami isteri yang
tidak mempunyai anak. Kini, sudah ada teknologi dan kaedah yang membolehkan pasangan yang
sebegini mempunyai anak dengan mudah dan selamat. Kewujudan anak dalam sesuatu keluarga
itu sudah pasti mampu memberikan lebih suasana ceria yang diimpikan oleh manusia.
Malah, teknologi sebegini juga boleh membuat penyelidikan awal untuk menentukan bahawa anak
yang bakal dilahirkan itu tidak mengalami sebarang kecacatan tertentu. Tindakan membuat
penentuan genetik sebegini sudah pasti mampu memberikan satu ketenangan kepada ibu bapa
yang bakal menerima anak dalam kehidupan mereka.
Malah, kejuruteraan genetik juga sudah mula memberi kesan positif dalam kes-kes jenayah dan
sivil. Kalau dahulu pihak polis sukar untuk menahans eserang tanpa sebarang bukti yang konkrit
kini masalah itu semakin menghilang kerana penggunaan teknologi ini akan memudahkan polis
mengesan penjenayah. Dalam masa yang sama, penjenayah juga akan berfikir dua kali sebelum
melakukan sebarang tindakan jahat kerana sedar sebarang tinggalan genetik mereka pasti
mampu dikesan oleh polis dengan mudah.
Impak yang paling menarik yang dibawa oleh teknologi ini ialah industri ternakan akan mampu
diperluaskan. Sudah pasti lebih banyak baka ternakan yang berkualiti tinggi mampu dihasilkan
dengan mudah dan cepat. Hasil ternakan yang sebegini memberikan manusia satu sumber
protein yang penting untuk memastikan keseinambungan kehidupan manusia. Penternak tidak
akan mengalami sebarang masalah kritikal untuk menghasilkan hasil yang baik.
Namun, kejuruteraan genetik juga membawa impak negatif hang harus diberikan penekanan oleh
masyarakat. Akan wujud golongan tertentu yang akan menggunakan teknologi ini untuk
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama dan perundangan. Tindakan
mengklonkan manusia untuk sesuatu yang berunsur negatif akan menyusahkan masyarakat.
Bayangkan penjenayah mampu bertukar wajah dengan mudah lalu menyukarkan pihak polis
menahan mereka daripada melakukan jenayah berulang kali.
Kesimpulannya, teknologi genetik memang baik buat manusia Cuma kita harus sedar limitasi yang
wujud. Sebarang usaha menggunakan teknologi ini untuk membawa masalah kepada kehidupan
manusia hendaklah diharamkan oleh kerajaan. Teknologi dihasilkan untuk memudahkan
kehidupan manusia dan bukannya membawa impak negatif.

Adakah Kejuruteraan Genetik (KG) Selamat?


by Pesticide Action Network Asia & The Pacific
KG: Kelemahan-Kelemahan Asas
Kurangnya Maklumat
Tiada kajian jangka panjang yang berkecuali mengenai keselamatan produk makanan atau tanam-tanaman
yang dihasilkan melalui Kejuruteraan Genetik. Hampir kesemua maklumat dan kajian yang sedia ada
adalah daripada industri yang mempromosikan produk dan tanam-tanaman tersebut.
Teknologi Yang Tidak Tepat
Kejuruteraan Genetik boleh mengubah gen dari satu organisma ke organisma yang lain. Gen boleh
dipotong dengan tepat dari DNA sesuatu organisma, tetapi jurutera genetik tersebut tidak tahu (walaupun
jika dia tahu) di mana gen tersebut akan dimasukkan ke dalam DNA organisma penerima, dan mereka juga
tidak sedar akibat yang mungkin berlaku. Menurut seorang ahli sains gen yang terkemuka:
Bayangkan seseorang sedang memanah kepada sasarannya. Sekarang tutup mata orang yang sedang
memanah itu, dan begitulah realiti mengenai seorang jurutera genetik yang sedang melakukan
pemindahan gen.
Kesan Sampingan
Gen baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak dirancang. Gen menghasilkan protein, yang biasanya
mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Di dalam organisma yang berlainan, protein baru ini boleh jadi
mengubah sifat dan menghasilkan kesan baru atau kesan tambahan yang tidak disengajakan atau diramal.
Ahli-ahli sains tidak cukup pengetahuan mengenai sistem kehidupan untuk melakukan pembedahan DNA
tanpa menyebabkan mutasi dan perubahan dalam organisma tersebut, yang mana ia boleh mendatangkan
kesan buruk.
Kegagalan Tanaman Yang Meluas
Kejuruteraan genetik dijalankan untuk membuat duit dengan pempatenkan benih yang dihasilkan melalui
kejuruteraan genetik. Ini bermakna, apabila peladang menanam benih-benih ini, kesemua benih adalah
sama, tidak seperti tanaman biasa yang lain. Akibatnya, jika kulat, virus atau haiwan perosak tertentu
menyerang tanaman ini, keseluruhan tanaman akan gagal.

Ancaman Kepada Keseluruhan Sistem Makanan Manusia


Serangga, burung dan angin boleh membawa benih-benih KG ini ke ladang berhampiran dan
tempat-tempat yang lebih jauh lagi. Apabila tumbuhan transgenik ini didebungakan, persenyawaan
silang boleh berlaku di antara tumbuhan yang asal dari segi genetiknya dan tumbuhan liar yang
sama jenis dengannya. Kesemua tanaman, samada organik atau tidak organik, adalah terdedah
kepada pencemaran gen ini.

Masalah Kesihatan

Tiada Ujian Keselamatan Jangka Panjang


Kejuruteraan genetik mengubah sifat asli makanan yang kita makan. Tanpa ujian jangka panjang,
tiada siapa tahu jika makanan ini selamat. Contohnya, kesan sampingan racun serangga hanya
diketahui setelah 20 tahun ia digunakan.

Toksin
Kejuruteraan genetik boleh menyebabkan mutasi pada sesuatu organisma, yang boleh
menghasilkan toksin atau racun baru dan tinggi parasnya dalam makanan.

Di United Kingdom, penyebab utama kontroversi mengenai kesan buruk daripada kentang KG
terhadap kesihatan manusia mendedahkan bahawa tikus-tikus yang diberi makan kentang ini
mengalami kerosakan teruk pada sistem imunisasi dan organ-organ penting mereka.
Kajian juga menunjukkan bahawa susu daripada lembu-lembu yang disuntik dengan hormon
tumbesaran bovin KG (di Amerika Syarikat) mungkin menyumbang kepada meninggikan risiko
barah buah dada pada wanita dan barah prostat pada lelaki.

Reaksi Alahan
Kejuruteraan genetik juga boleh menghasilkan agen penyebab alahan pada makanan. Kajian yang
dilakukan oleh ahli-ahli sains di University of Nebraska menunjukkan bahawa kacang soya KG yang
dihasilkan supaya mengandungi protein yang biasa terdapat pada kacang Brazil menyebabkan
reaksi alahan kepada mereka yang alah kepada kacang Brazil.

Virus
Apabila tanam-tanaman yang dihasilkan secara genetik untuk melawan virus tertentu dijangkiti virus
lain, sejenis virus baru yang boleh mengubah ciri-ciri dan sifat biologi perumah tersebut boleh
terhasil.

Bakteria Tahan Antibiotik


Jurutera genetik menggunakan gen yang tahan antibiotik untuk menanda gen yang dimasukkan
untuk membantu mengenalpasti tanaman KG. Gen-gen ini mungkin diserap oleh bakteria dan
bakteria itu tidak akan alah kepada antibiotik itu lagi. Ini boleh menyumbang kepada bertambahnya
jumlah bakteria dan virus yang tahan antibiotik.

Nilai Khasiat Berkurangan


Dalam kes-kes tertentu, kandungan khasiat dalam tanaman KG boleh berubah. Makanan
transgenik mungkin mengelirukan pengguna, kononnya ia lebih segar dan lebih berkhasiat.
Contohnya, tomato merah yang kelihatan segar dan ranum boleh jadi telah dipetik beberapa
minggu sebelumnya dan telah kurang kandungan khasiatnya.

Masalah Tidak Dapat Dikesan


Tanpa label yang sepatutnya, agensi yang mengawasi kesihatan awam tidak mampu mengesan
punca masalah yang timbul. Akibatnya, tragedi boleh berlaku dan ini amat menakutkan.

Pencemaran Alam

Bertambahnya Penggunaan Racun Rumpai


Lebih 50 peratus daripada tanaman yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat telah dicipta sedemikian
rupa supaya ia tahan racun. Akibatnya, para peladang yang tahu bahawa tanaman mereka dapat
melawan racun akan menggunakannya dengan sewenang-wenangnya.

Lebih Banyak Racun Serangga


Tanaman kini juga dicipta untuk menghasilkan racun serangganya sendiri. Dengan ini, bilangan
serangga yang tahan racun akan bertambah. Strategi ini akan menyebabkan bertambahnya
kandungan racun serangga di ladang-ladang dan di dalam makanan kita, yang mana ia boleh
membahayakan kesihatan manusia.

Kerosakan Ekologi
Pengaruh organisma yang diubah secara genetik di dalam rantai makanan boleh merosakkan
ekologi setempat, dan menyebabkan perubahan yang tidak dijangka pada alam sekitar. Organismaorganisma baru akan bersaing dengan jayanya dengan tumbuhan liar sejenisnya dan ada
kemungkinan tumbuhan liar ini akan pupus.
Apabila tanaman KG ditanam dekat dengan tumbuhan liar sejenisnya yang aktif, penyebaran gen
dari satu pokok ke pokok lain melalui pendebungaan silang sukar dielakkan. Menurut laporan,
penyebaran gen seperti inilah yang telah menghasilkan tumbuhan kanola transgenik di Eropah dan
Kanada. Kajian yang perlu untuk mentaksir kesan yang boleh berlaku akibat pendebungaan silang
ini tidak pula dijalankan.
Ada juga kesan-kesan buruk daripada tanaman KG ke atas spesis lain, contohnya kebimbangan
mengenai kesan tanaman KG pada alam sekitar bertambah apabila rama-rama didapati mati
selepas menghisap madu rumput yang tercemar dengan debunga jagung hasil kejuruteraan
genetik.

Pencemaran Gen Tidak Boleh Dibersihkan


Sekali organisma, bakteria dan virus KG disebarkan ke alam sekitar, adalah mustahil untuk
mengumpul
atau
menariknya
kembali.
Kesan
negatifnya
tidak
dapat
diubah.

Kesan Ke Atas Industri Pertanian Dan Peladang


Tanaman dan makanan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik mempunyai risiko tinggi ke
atas kesihatan dan alam sekitar, malah ia juga menyusahkan para peladang. Masalah-masalah
yang timbul termasuklah:

Kehilangan Pasaran
Dengan bertambahnya jumlah pengguna yang menolak makanan hasil kejuruteraan genetik kerana
kesan yang mungkin timbul kepada kesihatan dan alam sekitar, para peladang kini kehilangan
pasaran. Mereka juga terpaksa menanggung beban kewangan dan logistik untuk menjalankan ujian
dan pengasingan tanaman KG yang telah mereka setujui dengan syarikat yang menjanjikan hasil
dan keuntungan yang lebih besar.

Hilang Kebebasan
Tanaman KG memberikan pihak syarikat kuasa mengawal benih, dan dengan itu ia juga
mempunyai kuasa ke atas peladang. Di seluruh dunia, kira-kira 1.4 bilion peladang menyimpan
benih, menanam semula, meniagakan dan berkongsi benih itu dengan peladang lain, serta
membiakkan benih itu untuk menghasilkan tanaman yang sesuai dengan keadaan setempat.
Sebaliknya, benih-benih KG adalah dilesenkan, biasanya untuk satu musim. Peladang boleh makan
atau menjual hasil tuaian mereka, tetapi tidak boleh menggunakan benih yang dihasilkan semula
oleh tanaman itu.
Malah, Monsanto, sebuah syarikat multinasional yang terlibat dalam bidang pertanian, telah
mengambil tindakan undang-undang ke atas beratus-ratus orang peladang untuk mengukuhkan
penguasaan mereka ke atas bagaimana benih-benih itu digunakan. Teknologi baru yang sedang
dibangunkan akan membenarkan sekatan ini, yang akan dikuatkuasakan secara biologi.

Teknologi KG "Pembunuh" Dan "Pengkhianat"


Di negara-negara maju, syarikat-syarikat TNC menghendaki para peladang menandatangani kontrak bagi
benih-benih KG yang mereka beli dan bahan kimia yang diperlukan. Walaupun kontrak seperti ini tidak
dikuatkuasakan di negara-negara membangun (kerana masalah polisi mengenai perjanjian seperti ini),
syarikat-syarikat ini menggunakan cara jahat yang lain untuk menjerat para peladang menggunakan benih-

benih KG. Ini termasuklah mencipta benih yang menghasilkan tanaman yang mandul atau mengawal sifatsifat genetiknya melalui bahan kimia.
Teknologi "Pembunuh" Teknologi Pengkhianat
Generasi baru teknologi Pembunuh berfungsi dengan cara mengawal tanaman KG. Benihnya hanya akan
tumbuh jika disembur dengan bahan kimia yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat tertentu. Ada juga
teknologi untuk mengawal proses lain seperti proses percambahan, penunasan, pengeluaran bunga,
penghasilan buah dan sebagainya.

Thursday, July 17, 2008


Kesan Perkembangan Kejuruteraan Genetik
KEJURUTERAAN GENETIK : PRO DAN KONTRA KEATAS UMAT MANUSIA DAN KEHIDUPAN SEJAGAT
1.0 Pengenalan
Some say that genetic engineering opens an enormous vista for mankind,
and others say it's the beginning of a catastrophe, that even a small
step such as curing a defective gene is also the first step down a slippery
slope to disaster
Daniel Koshland, JR. (2000)
Merujuk kepada kata-kata Koshland, kita dapat mengaitkannya dengan kelahiran
seekor kambing biri-biri bernama Dolly 5 Julai 1996. di Britain, hasil manipulasi dalam kejuruteraan
genetik beberapa tahun yang lampau telah mengejutkan umat manusia di seluruh dunia. Bagi sebilangan
ilmuan dan penyokong kejuruteraan genetik, kehadiran Dolly telah menghidupkan banyak peluang dalam
bidang kajian sains, terutama bagi memperolehi sumber-sumber serta kegunaan baru dalam bidang
tersebut. Selain itu juga, bagi pasangan yang tidak mempunyai anak, kaedah kelahiran melalui
kejuruteraan genetik akan dapat membantu pasangan terbabit memperoleh zuriat sendiri bagi meneruskan
kesinambungan hidup atau keturunan mereka.
Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan
eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain,
dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu,
kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan. Secara
tidak langsung, bidang kejuruteraan genetik telah dapat mencorakkan semula bidang penghasilan produk
ke arah hasil yang lebih baik dan terjamin, serta pulangan yang lumayan kepada para pengusaha.
Walaupun begitu, kita tidak seharusnya lupa terhadap kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku
terhadap ketamadunan manusia jika sekiranya teknologi dalam bidang kejuruteraan genetik ini tidak
dikawal oleh pihak yang berkenaan. Hal ini kerana, di luar sana terdapat banyak manusia yang rakus
mengejar kebendaan, cita-cita dan hawa nafsu semata-mata untuk mengejar kemasyhuran dan kebendaan
juga kekuasaan. Sekiranya teknologi kejuruteraan genetik ini dikuasai oleh golongan sebegini, ia akan
menjadi ancaman kepada kehidupan manusia sejagat.
1.1 Defnisi kejuruteraan genetik
Dr. Ricarda Steinbrecher (1998), menyatakan kejuruteraan genetik merupakan satu kaedah untuk
menggabungkan satu gen dan sebahagian DNA sesuatu spesis dengan gen bagi satu spesis yang lain.
Kejuruteraan genetik memecahkan halangan bagi ketidaksamaan sesuatu spesis dan mewujudkan
kesesuaian bagi mencipta spesis yang baru daripada penggabungan gen. dan DNA.
Jurnal elektronik Wikipedia (2008) menyatakann kejuruteraan genetik melibatkan penggunaan DNA
rekombinan - iaitu DNA yang menggabungkan maklumat genetik dua species organisma yang berlainan.
Jika gen-gen ini digabungkan dalam sel telur atau sel sperma supaya maklumat genetik ini boleh
diturunkan kepada progeni, maka hasil daripada gabungan ini dinamakan organisma transgenik.
Penghasilan DNA rekombinan melibatkan tiga proses:
Manipulasi DNA in vitro (luar sel organisma)

Gabungan, atau rekombinasi DNA sesuatu organisma dengan DNA bakteria dalam plasmid atau
bakteriofaj.
Pengklonan, atau teknik untuk mereplikasi progeni yang membawa DNA rekombinan.
Proses-proses diatas pertama kali dilakukan oleh Paul Berg dan A.D. Kaiser pada tahun 1972. Mereka
berjaya memasukkan DNA prokariot kedalam bakteria, kemudian oleh S.N. Cohen dan Herbert Boyer yang
berjaya menggabungkan DNA organisma eukariot bersama plasmid bakteria.

Gambar 1: Tikus yang digunakan untuk membina cuping telinga manusia


(Sumber : http://www.globalchange.com/clone_index.htm)
1.2 Teknik-teknik kejuruteraan genetik
Antara teknik-teknik kejuruteraan genetik ialah;- Permanian berhadas yang dilakukan terhadap pasangan
suami isteri apabila suami mandul .- Persenyawaan in-vitro - membolehkan wanita yang mempunyai tiub
Fallopia tersumbat melahirkan anak. - Persenyawaan tabung uji - sperma bapa dan telur ibu disenyawakan
dalam makmal menghasilkan embrio yang akan diletakkan dalam rahim ibu / ibu tumpang untuk proses
seterusnya. - Kultur tisu - cara pembiakan menggunakan tisu daripada tumbuhan baka yang baik dalam
satu larutan nutrien khas (garam mineral, gula, vitamin & hormon) - Penglonan - teknik manipulasi gen
daripada tanaman/haiwan untuk menghasilkan zuriat yang benar-benar menyerupai induk dalam semua
aspek. - Gabungan semula DNA - DNA (deoxyribonukleic asid) ialah molikul kompleks yang membawa ciriciri arahan pembesaran dan pertumbuhan setiap benda hidup. Melibatkan gabungan 2 atau lebih gen
daripada spesis yang berlainan untuk memperolehi sifat yang dikehendaki. - Ammiosintesis mengenalpasti jantina bayi dalam kandungan, sama ada menghadapi penyakit genetik atau tidak Pembiakan / kacukan - mengacuk jenis tanaman/haiwan ternakan yang mempunyai suatu sifat baik
dengan jenis yang mempunyai sifat baik. - Sitologi - bidang pengajian yang mengkaji struktur, tabiat, sifat
dan fungsi sel haiwan, tumbuhan dan bakteria. - Pemetaan genetik - bidang ini masih baru, melibatkan ilmu
mengubahsuai arahan genetik DNA agar organisma yang dihasilkan dapat ditentukan ciri-cirinya terlebih
dahulu.
2.0 Sumbangan kejuruteraan genetik terhadap ketamadunan manusia
Kejuruteraan genetik merupakan salah satu cabang biologi yang berkaitan dengan penurunan ciri-ciri
daripada induk (ibu bapa) Kini, ilmu genetik merangkumi kajian tentang struktur dan fungsi baka seperti
kromosom, gen, DNA dalam makanisme keturunan. Tujuan ilmu ini adalah untuk melahirkan zuriat yang
sihat dan menjamin kelangsungan hidup manusia. Diamalkan sejak zaman purba lagi, Negara Kota Yunani
Sparta mengamalkan teknik pembiakan secara pemilihan (bayi-bayi yang sihat daripada induk yang sihat)
untuk dilatih menjadi tentera yang gagah berani melawan Athens. Teknik pembiakan terpilih akan
melahirkan bangsa yang agung secara sistematik yang diamalkan oleh Athens dan seterusnya Jerman,
Amerika, Singapura dan lain-lain.
Bidang Perubatan
Perkembangan pesat teknologi genetik sejak awal 1900-an telah melahirkan ilmu baru iaitu Kejuteraan
Genetik (teknik manipulasi gen).Antara aplikasi terpenting yang terbit daripada teknologi DNA rekombinan
ialah pengubahsuaian sel bakteria supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon,
sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah, dan juga hormon
insulin, merupakan antara produk terawal DNA rekombinan. Kini, hormon tumbesaran boleh dihasilkan
secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein pembeku darah untuk pengidap hemofilia, dan enzim-enzim
seperti kolesterol oksidase untuk mendiagnos masalah metabolisme kolesterol.
Penghasilan vaksin melalui proses DNA rekombinan bermakna ia lebih murah, tulen, spesifik, dan tidak
menyebabkan kesan sampingan yang banyak dan memudaratkan. Banyak penyelidikan dilakukan untuk
merawat penyakit genetik dengan memasukkan gen yang berfungsi bagi menggantikan yang rosak. Ini
adalah satu contoh terapi gen. Malah, kemasukan gen dalam sel gamet yang kurang sempurna boleh
mengelakkan pewarisan penyakit oleh anak dalam kandungan.
Dalam industri
Proses fermentasi berlaku dalam penghasilan minuman alkohol, antibiotik, dan roti. Tetapi kesemua ini
boleh diperbaiki lagi dengan kehadiran agen yang berDNA rekombinan. Contohnya, penambahan gen-gen

tertentu kepada strain yis Saccharomyces untuk sintesis amylase membolehkan penghasilan alkohol
daripada kanji. Lain-lain kegunaan DNA rekombinan dalam industri termasuklah degradasi sellulosa dan
lignin, penjanaan bahan api, dan pembersihan agen-agen pencemar alam sekitar. Strain Pseudomonas
putida yang boleh menghancur komponen-komponen minyak yang berlainan telah "dijuruterakan" untuk
mempertingkatkan upayanya untuk mendegradasi kesemua komponen minyak.
Dalam pertanian
Sesetengah strain bakteria telah dicipta untuk mengawal populasi serangga yang menyerang tanaman.
Syarikat Monsanto berjaya mengubahsuai strain bakteria Pseudomonas fluorescens yang
membolehkannya membunuh serangga perosak melalui penghasilan toksin yang berasal daripada Bacillus
thuringiensis. Toksin B. thuringiensis telah lama digunakan sebagai bahan pembunuh haiwan perosak.
Kejuruteraan genetik tumbuhan membabitkan tiga aktiviti berikut: mendapatkan gen yang diperlukan,
proses kultur tisu dan memindahkan gengen berkenaan ke dalam tisu tumbuhan. Pokok yang dihasilkan ini
dipanggil pokok transgenik.Transgenik berasal daripada dua perkataan dasar iaitu trans dan gen. Trans
adalah singkatan kepada perkataan transfer atau pemindahan, oleh itu pokok transgenik adalah pokok
yang telah dipindahkan dengan gen baru (asing).Pokok transgenik dengan gen yang baru akan seterusnya
membawa suatu ciri baru.Proses mendapatkan gen adalah berkaitan dengan kajian keseluruhan gen di
dalam sesuatu hidupan atau kajian genomik. Kajian genomik ini semakin popular dan akan dijelaskan lebih
lanjut di penghujung artikel ini. Kaedah mendapatkan gen amat kompleks dan tidak akan dihuraikan dalam
perbincangan ini. Gen ini tidak dapat ditentukan dengan mata kasar, sebaliknya beberapa uji kaji khusus
diperlukan untuk membuktikan gen yang kita peroleh.Kultur tisu pula ialah kaedah penghasilan anak pokok
lengkap di dalam tabung uji menggunakan bahagian pokok seperti daun dan akar. Kultur tisu
menggunakan agar-agar yang mempunyai bahan makanan, vitamin dan bahan perangsang, akan
mengubah kepingan daun atau akar tadi menjadi kalus. Kalus seterusnya menghasilkan kalus
embriogenik, embrio, poliembriogenik, daun dan akhirnya akar (secara berperingkat, satu demi satu). Pada
setiap peringkat perubahan itu, jenis bahan perangsang akan diubah sesuai dengan bahagian pokok yang
akan dihasilkan. Semua proses ini dijalankan dalam keadaan bebas kuman (steril).Transformasi pula
adalah proses pemindahan gen asing, sama ada daripada tumbuhan itu sendiri atau daripada hidupan lain
ke dalam tumbuhan. Proses ini unik dan mus*l dapat dilakukan melalui kacukan biasa. Proses pemindahan
gen ini boleh dilakukan oleh bakteria atau kaedah terus. Bakteria, Agrobacterium, berkebolehan
memindahkan serpihan khusus gen yang dibawanya ke dalam tumbuhan apabila ia
menjangkitinya.Kaedah terus pula adalah seperti penembakan zarah. Sel tumbuhan akan ditembak
dengan zarah emas yang telah disalut dengan gen.Gen yang dipindahkan itu akan masuk ke dalam sel
tumbuhan yang kemudiannya diganda dan dibesarkan menjadi pokok.Antara kejayaan yang dicapai dalam
bidang bioteknologi tumbuhan ialah penghasilan buah tomato yang membawa gen pengawal buah masak.
Pokok tomato ini menghasilkan buah yang lambat lembik dan segar. Penemuan ini amat penting untuk
mengeksport buah ke luar negara. Kejayaan ini menguntungkan penjual dan pembeli kerana mendapat
bekalan buah yang masih segar di pasaran.Kejayaan kedua ialah pemindahan gen sejenis asid lemak
menghasilkan biji jarak yang tinggi asid laurik (37 peratus) untuk kegunaan industri bahan pencuci,
makanan dan penjagaan badan.Pemindahan gen sejenis asid lemak lain telah meningkatkan kandungan
asid stearik daripada dua peratus kepada 40 peratus yang penting khususnya sebagai pengganti lemak
koko.Pemindahan tiga gen bakteria ke dalam beberapa pokok telah menghasilkan plastik mesra alam.
Penemuan ini penting kerana memberi pulangan lumayan dan memulihara alam sekitar. Plastik biasa
(daripada petroleum) akan kekal selama puluhan tahun yang menimbulkan kesan alam sekitar, sebaliknya
plastik mesra alam ini akan terurai dalam masa beberapa minggu atau bulan saja. Antara kegunaan plastik
mesra alam ialah sebagai benang jahitan selepas pembedahan dan sedang dikaji sebagai injap jantung
dan injap pembuluh darah.
3.0 Kesan negatif kejuruteraan genetik
Persoalan mengenai kesan negatif kejuruteraan negatif berkisar mengenai etika, ancaman dan
penyalahgunaan kejuruteraan genetik.
Etika dan keagamaan
Merujuk kepada ajaran Islam, manipulasi yang dilakukan terhadap genetik yang dilakukan oleh pakarpakar kejuruteraan genetik, khususnya yang melibatkan makhluk yang bernyawa mempunyai pelbagai
implikasi.
Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi; yang bermaksud: "Dan aku
(syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada
mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk
dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka
merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."
Menurut Abu Bakar Bin Yang (2008) bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah adalah merupakan
sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan

Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta
mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.
Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan mudharat kepada
manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya, seperti eksperimen yang dilakukan
di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang,
dengan harapan, kacukan ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh
binatang yang dapat digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian. Tenaga-tenaga
buruh ini diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada manusia kerana mereka senang
diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa.
Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap lagi memberi ruang kepada sains untuk
menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan tidak
mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.
Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan kepada
pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan dengan benih
isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah
mengambil benih daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana
akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.
Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka
yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Ini adalah sesuai
dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya dengan Rasullullah
s.a.w tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah menjawab, "Engkau lebih
mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada
manusia dan tidak memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan.
Ketiadaan kawalan
Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah
kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang
mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan
anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti
manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.
Bagi pihak yang mempunyai sumber kewangan yang tidak terbatas, kejuruteraan genetik akan menjadi
satu bentuk pelaburan untuk mereka menghasilkan produk genetik sebagai sokongan kepada bidang
perubatan. Misalannya, menghasilkan klon manusia khusus untuk mendapatkan organ-organ penting untuk
tujuan pemindahan kepada pesakit kronik atau menjadi bahan ujikaji bagi produk kesihatan.
Menyentuh soal ini Daniel Koshland (2000) mencadangkan reka bentuk keselamatan yang standard bagi
mengawal perkembangan kejuruteraan genetik. Standard ini seharusnya menjadi panduan dan harus
dipatuhi oleh setiap saintis serta pakar-pakar yang terlibat dalam kejuruteraan genetik.
Sandard keselamatan
Terdapat juga persoalan mengenai keselamatan produk yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Hal
ini kerana pengubahsuaian yang dilakukan terhadap gen tumbuhan misalnya melibatkan peningkatan dari
segi mutu, serta daya tahan terhadap jangkitan penyakit. Dr. Ricarda Steinbrecher (1998) menyatakan
bahawa terdapat kecenderungan untuk virus berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru dihasilkan.
Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas penyakit. Apa yang
lebih bahaya lagi, sejauh manakah kita mengetahui bahawa spesis tumbuhan yang dihasilkan bebas
daripada toksin yang baru atau mempunyai kesan alergik kepada pengguna? Apakah kesannya terhadap
alam sekitar dan hidupan liar?
Dalam soal ini juga., Dr. Patrick Dixon (2007) membangkitkan mengenai kesan yang timbul yang
membawa kepada kematian kambing klon Dolly. Menurut kajian, kambing tersebut mungkin mengalami
atritis kerana kesan penuaan sel yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini berkait rapat dengan petunjuk
daripada ujikaji yang merujuk penuaan sel berlaku kerana secara genetiknya sel Dolly setua sel ibunya.
Sehubungan dengan itu juga, proses pengklonan manusia yang dilakukan oleh pakar genetik kemungkinan
besar akan mewujudkan ketidakseimbangan kepada insan yang dilahirkan dan akhirnya akan mewujudkan
kegagalan kepada proses tersebut.
Terdapat juga kemungkinan teknologi dalam kejuruteraan genetik digunakan oleh pihak yang tidak
bertanggung jawab untuk menghasilkan senjata biologi secara besar-besaran yang boleh mengancam
kesejahteraan dunia sejagat. Dalam soal ini Dr. Patrick Dixon (1995) menyatakan kejuruteraan genetik
membuka lebih banyak peluang untuk penghasilan senjata untuk tujuan kemusnahan manusia. Reka
bentuk virus baru akan dihasilkan untuk membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa. Hal ini kerana,
penggunaan senjata biologi sedemikian boleh disebarkan dalam sekelip mata melalui udara atau sumber
bekalan air. Terdapat juga kecenderungan firma pembuat senjata biologi untuk menggunakan sekelompok

manusia sebagai sasaran ujian kerana dalam penghasilan senjata biologi, kesan virus yang disebarkan
mungkin tidak sama hasilnya antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Hal ini berkaitan dengan
kemampuan manusia untuk menghasilkan mutasi atau kekebalan terhadap jangkitan virus. Selain itu juga,
penyebaran virus sebagai senjata tidak akan mudah dikawal. Kemungkinan untuk ia tersebar luas tidak
dapat disangkal, menjadikan ia sebagai satu wabak yang dapat mengancam pihak tentera sendiri
mahupun orang awam.
Bibliografi
Gregory B Stock (2000). Engineering the Human Germline : An Exploration of the
Science and Ethics of Altering the Genes We Pass to Our Children. Cary, NC, USA. Oxford University
Press, Incorporated
Patrick Dixon, Dr. (1995) The Genetic Revolution. New York. Kingsway Publication.
Patrick Dixon , Dr. (2007), Jurnal,Future Trends,
http://www.globalchange.com /clonenews.htm
Abu Bakar Bin Yang(2008). Artikel, Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya.
www.ikim.gov.my
Ricarda Steinbrecher Dr. (1999). Synthesis/Regeneration: A Magazine of Green Social
Thought, Vol. 18
_____________(2008).Artikel, Genetic engineering, recombinant DNA technology,
genetic modification/manipulation. http://en.wikipedia.org/wiki/ Genetic_engineering
Posted by ismail@mael_iptho at 11:33 AM

http://maelsocialscience4u.blogspot.com/2008/07/kesan-perkembangan-kejuruteraangenetik.html
David.cronenberg. (2005). Perang Bosnia (1 Mac 1992 - 14 Dec 1995) muat turun 14 Ogos,
2013. dari http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=420213

AFP.(2009). Inilah Inti Masalah di Jantung Konflik Israel-Palestina muat turun 15 Ogos,2013,
dari http://internasional.kompas.com/read/2013/07/29/0956588

Isom Faudi Firki (2002). KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENDIDIKAN DI NEGARA ASIA
TENGGARA, TIMUR-TENGAH, DAN BARAT. Muat turun 15 Ogos , 2013 dari
http://isomfuadifikri.blogspot.com/2013/02/kelebihan-dan-kekurangan-pendidikan-di.html

Anda mungkin juga menyukai