Anda di halaman 1dari 4

Hubungan antara genarasi tua dan muda Hubungan antara tua dan muda sentiasa berada dalam suasana

hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan bertatasusila. Bagi yang muda mestilah mendahulukan yang tua, bertegur sapa dengan menggunakan panggilan pak cik atau makcik atau kakak atau pun adik jika lebih muda. Selain itu, harus bertutur, bercakap atau berbual dengan nada suara lembut, bersopan dan rendah diri serta tidak berjenaka sesuka hati, memerli atau memandang rendah. Dalam pada itu, yang tua perlu memberikan peluang kepada yang muda untuk memberi pendapat atau pandangan. Buah fikiran orang-orang muda juga harus dihargai terutama jika bernas. Jikalau pendapat yang kurang bernas patut diperbaiki dan diberi tunjuk ajar dengan cara yang baik. Orang muda pula jangan cepat membantah jika pendapat tersebut kurang baik. Seeloknya pendapat orang ditolak dengan secara yang halus dan merendah diri. Seterusnya yang tua atau yang muda jangan suka bermegah-megah atau menunjukkan sikap sombong. Kejayaan seseorang itu patut dihargai dan disanjung dengan ucapan tahniah dan galakan. Tidak patut jika seseorang yang berjaya itu dipandang serong atau diperli untuk merendahkannya.

Hubungan antara pemimpin masyarakat dan orang awam Hubungan antara pemimpin masyarakat dan orang awam juga perlu di jaga. Setiap orang dalam masyarakat adalah sama kerana peranan sosial dan kemampuan ekonomi yang menyebabkan mereka dipandang tinggi dan hormati. Walaupun begitu, perlu saling menghormati antara satu sama lain. Selain itu, pemimpin yang dipilih haruslah dihormati kerana yang terpilih lebih baik dari yang lain. Masyarakat juga harus menyokong pemimpin bagi melaksanakan sesuatu rancangan dan tindakan yang boleh memberi kebajikan bersama.

Hubungan antara masyarakat umum Seterusnya hubungan antara masyarakat umum. Anggota masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan serta peribadi yang baik dan juga sentiasa menjaga dirinya dari berkelakuan buruk yang tidak disenangi oleh masyarakat. Dalam kalangan anggota masyarakat harus bersikap hormat-menghormati dan memberikan bantuan terutamanya kepada warga tua, orang kelainan upaya (OKU), wanita dan kanakkanak. Dalam bermasyarakat mestilah sentiasa prihatin contohnya sentiasa beratur ketika ingin mendapatkan sesuatu seperti membuat bayaran di kaunter atau menaiki bas.

Janganlah bersikap kasar dengan menolak atau melanggar orang ketika berjalan. Di samping itu, masyarakat harus sabar ketika berkenderaan di jalan raya, jadilah pemandu yang bersopan santun di jalan raya. Bertimbang rasa adalah amalan berbudi bahasa merupakan amalan yang amat baik. Kawal suara dan diri apabila berada di tempat awam kerana orang lain juga memerlukan ketenangan. Hidup bermasyarakat juga perlu menjaga kebersihan dan tunjukkan budi bahasa yang mulia terhadap semua orang terutama kepada pelawat dan pelancong dari luar. Budaya-budaya seperti ini akan menunjukkan keperibadian masyarakat dan memperlihatkan negara dan bangsa yang bertamadun.

Institusi Pendidikan

Dewasa ini, kita sedia maklum bahawa dalam kalangan masyarakat sekarang tidak lagi mementingkan sikap yang baik tetapi lebih mengamalkan cara hidup yang kasar, tidak mengendahkan tatasusila kehidupan dan beradab. Hal ini tidak terkecuali dalam institusi pendidikan yang amat penting kerana sebelum menjadi sekelompok masyarakat yang besar, seseorang itu dididik di institusi pendidikan selepas didikan di rumah oleh keluarga. Oleh yang demikian, budi bahasa dalam masyarakat pada hari ini terutamanya dalam institusi pendidikan akan dijelaskan dengan lebih terperinci lagi kerana penerapan nilai berbudi bahasa dalam kalangan pelajar dilihat semakin menjadi-jadi yang menimbulkan keraguan oleh semua pihak sama ada keluarga, guru, masyarakat dan yang terpenting adalah negara. Penerapan nilai-nilai murni menerusi kurikulum adalah sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Antara Ibu Bapa dan Anak-anak Mengajar anak-anak apa itu hormat, secara tidak langsung membuatkan mereka belajar

untuk menghormati orang lain. Bukankah segalanya bermula dari rumah. Jadi, bercakap dengan baik kepada anak dan tingkah laku itu akan membuatkan anak melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Setiap ahli keluarga perlu mempraktikkan perkataan tolong dan terima kasih. Jadikan ia suatu ungkapan yang wajib dalam keluarganya.

Antara Ibu Bapa dan Anak-anak Budi bahasa yang pertama adalah diantara guru dengan pelajar dimana guru mestilah menunjukkan sikap dan contoh yang baik seperti bersabar dan tidak lokek untuk mengucapkan terima kasih terutamanya kepada pelajar mahupun guru lain dalam institusi pendidikan itu sendiri. Hal ini kerana guru merupakan sebagai rol model kepada para pelajar dimana setiap langkah guru-guru diperhatikan oleh pelajar. Perkara ini juga dijadikan bualan masyarakat tidak kira kaum yang mengatakan bahawa guru akan menentukan setiap perlakuan pelajar-pelajarnya. Bayangkan, berapa banyak masa yang dihabiskan oleh seorang pelajar di sekolah. Alangkah ruginya jika mereka tidak dimanfaatkan untuk penerapan nilai-nilai murni ini kerana guru merupakan ibu bapa kedua bagi pelajar selepas ibu bapanya sendiri. Contohnya, sikap berterima kasih kepada pelajar boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti semasa pelajar menolong guru membawa barang-barang guru. Begitu juga dengan sikap sabar guru boleh diterapkan dalam bilik darjah terhadap pelajar yang bermasalah atau kurang faham mengenai topik pelajaran yang diajar pada hari itu dan di sinilah guru harus bersabar dan menerangkan dengan lebih lanjut lagi. Oleh itu, pelajar yang baik dan berbudi bahasa adalah gambaran serta imej negara pada masa akan datang.

Kesimpulan Sesungguhnya, jelaslah bahawa budi bahasa amat penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Melalui budi bahasa juga kita dapat tahu tinggi atau rendahnya sesuatu bangsa dan tamadun itu. Sesuatu tamadun itu berada di mercu kegemilangannya ketika budi bahasanya mantap dan kukuh. Apabila budi bahasa itu semakin luntur dan malap maka hancurlah tamadun tersebut. Budi bahasa dan amalan nilai murni ini perlulah dididik sejak kecil lagi oleh ibu bapa agar mereka mengenal erti berbudi bahasa dalam menjalani kehidupan kelak sekaligus menghindari mereka bersikap jahiliah. Oleh itu, bersama-samalah kita mengingkatkan diri kita agar mengamalkan amalan budi bahasa dan nilai murni tidak kira dimana kita berpijak kerana ianya adalah jati diri kita.

Anda mungkin juga menyukai