Anda di halaman 1dari 4

WONG CHIEW PING

PISMP MATEMATIK SJK(C) SEM 3


MALAYSIA, SEHATI SEJIWA
Zaman beralih, musim bertukar. Setelah tamat penjajahan negara kita selama 446
tahun, kita dapat menghela nafas kemerdekaan. Walau begitu, kemerdekaan yang kita
kecapi akan lenyap ditelan zaman sekiranya kita tidak mempunyai semangat patriotik.
Abraham Lincoln pernah menukilkan kata-kata mutiara, "Semangat patriotisme merupakan
asas pembentukan sebuah negara." Malaysia kini berada di landasan yang kukuh sejak
kemerdekaan yang dicapai sejak 57 tahun dahulu. Kemerdekaan yang dicapai ini haruslah
dijadi sesuatu yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia kerana kita telah bebas
daripada jajahan kuasa asing.
Dewasa ini, negara kita sedang mengorak langkah ke arah menju taraf sebagai
negara yang maju seperti negara England dan Jepun yang kian maju. Hal ini selaras
dengan hasrat dan visi kudsi negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 yang telah
diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir. Kita berasa bangga
dengan negera kita dalam pembinaan bangunan yang bertaraf antarabangsa seperti
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara Kulua Lumpur. Namun
semua ini tidak membawa erti sekiranya kemelut semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat yang semakin luntur tidak diatasi.
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Statistik
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemanusiaan pada beberapa tahun yang lalu
jelas menunjukkan
masyarakat semakin

kepada

kita

luntar. Hal

bahawa
ini

semangat patriotisme

berlaku demikian

dalam

kerana banyak

pihak

kalangan
kurang

melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan. Fenomena ini sering menghiasi
dada akhbar-akhbar tempatan. Sekarang, bukanlah masa untuk kita menuding jari dan
menyalahkan sesiapa.Agenda kita sekarang ialah bertindak. Sebagai anak yang bakal
menerajui pucuk kepimpinan negara, terdapat beberapa langkah yang perlu kita lakukan
untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri saya.
Jikalau diri kita tidak berusaha dan hanya menyalahkan orang lain, diri kita yang
akan mendapat malu seperti yang diungkapkan dalam pantun yang berbunyi :
Burung merbuk terbang melayang,
Hinggap setenggak di dahan mati,
Kalau menepuk air di dulang,
Nanti memercik ke muka sendiri.
Persoalannya,

apakah

langkah

yang

semangat patriotisme di kalangan masyarakat?

wajar dilaksanakan

untuk

menyuburkan

WONG CHIEW PING


PISMP MATEMATIK SJK(C) SEM 3
Antara langkah yang paling utama yang perlu kita lakukan ialah dengan melibatkan
diri dalam setiap kempen, program dan aktiviti berkaitan dengan patriotisme yang dianjurkan
oleh pihak kerajaan. Antaranya ialah kita boleh menyertai Program Khidmat Latihan Negara
(PLKN) yang bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan
mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan
kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
Melalui Modul Kenegaraan iaitu sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan
pengetahuan tentang kenegaraan dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan
para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin
kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat,
kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara. Melalui elemen Tanah
Air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan
sanggup mempertahankannya. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi semangat
patriotisme dalam diri saya dan lain-lain peserta serta sanggup "berjuang hingga ketitisan
darah yang terakhir" demi mempertahankan kedaulatan negara.
Sebagai seorang remaja yang lahir di era pascamerdeka , kita perlu mempelajari
sejarah terutama sejarah perjuangan orang-orang terdahulu yang mengalami jerit perih
perjuangan untuk memerdekakan negara. Geroge Santayana, seorang sejarahwan
termasyhur pernah menukilkan, "Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya".
Hatta saya akan mendalami sejarah negara untuk menerapkan perasaan cinta dan sayang
tidak berbelah bagi terhadap tanah air tercinta. Melalui sejarah, saya dapat mengetahui
betapa peritnya para nasionalis memperjuangkan hak dan kedaulatan negara tercinta. Sejak
tahun 1400 masihi, Parameswara telah mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka dan legasi
baginda diteruskan sehinggalah Melaka dijajah oleh kuasa imperialis selama 446 tahun.
Namun dengan semangat yang kental dan iltizam yang tinggi, perajurit tanah air bersabung
nyawa demi mengembalikan kemerdekaan negara. Oleh itu, keteguhan hati kita setiap
orang untuk mempertahankan negara akan bertambah utuh dengan pengetahuan sejarah
yang begitu kimah nilainya .
Sebagai anak malaysia yang bersemangat waja dan begitu sayangkan negara tercinta,
saya akan pastikan untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang jatuh pada tanggal 31 Ogos
dan Hari Malaysia yang jatuhnya pada tanggal 16 September setiap tahun. Melalui
sambutan Hari Kemerdekaan saya berpeluang mengibarkan Jalur Gemilang yang
merupakan lambang identiti negara dan dengan megah akan melaungkan kata-kata
keramat 'Merdeka' bersama-sama rakyat Malaysia yang lain. Pengalaman tersebut dapat
memupuk rasa cinta akan negara dan seterusnya meningkatkan semangat patriotisme,
sepertimana ungkapan Francis Bacan, "tiada pengalaman kita tidak akan tahu sesuatu yang
baharu".

WONG CHIEW PING


PISMP MATEMATIK SJK(C) SEM 3
Sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia juga memiliki kedaulatan tersendiri. Ia
dilambangkan dalam pelbagai bentuk interaksi simbolik. Bendera negara, umpamanya
adalah simbol kepada kewujudan dan kedaulatan sesebuah negara. Maka, mengibarkan
bendera sebagai menzahirkan rasa cinta dan syukur menjadi warga sesebuah negara
adalah satu tingkah laku mulia. Begitu juga dalam soal penghormatan terhadap Malaysia
menerusi lagu kebangsaan Negaraku. Berdiri tegap ketika lagu Negaraku dinyanyikan
adalah satu bentuk penghormatan fizikal yang senang diukur tetapi sejauh mana ia dihayati
sebagai simbol kebesaran negara adalah amat sukar dikenal pasti. Pada realitinya, lirik lagu
kebangsaan membawa makna yang cukup signifikan sehingga mampu membarakan api
perjuangan yang berkobar-kobar dalam sukma sejagat. Sebagai anak watan, saya perlu
menghormati lambang-lambang kebesaran negara dan sedia berkorban apa sahaja untuk
Pernahkah terlintas dalam benak fikiran anda bahawa pihak sekolah juga
berupayadalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat?
Sememangnya pihak sekolah mampu memainkan peranan tersebut. Menurut kata Tun
Abdullahb.Ahmad Badawi, sekolah merupakan kilang yang menghasilkan produk modal
insan yang cemerlang dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Guru diibarat
sebagai lilin yang mebakar dirinya, tidak pernah mengenal rasa jemu dan letih memberi
ajaran kepada anak bangsanya.Tanpa guru, siapalah kita. Maka, guru memainkan peranan
yang penting dalam memberi didikan seperti menceritakan sejarah negara kita agar pelajar
dapat mengetahui betapa susahnya pejuangmasa dahulu bertungkus lumus untuk
mendapat kemerdekaan negara. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mempunyai semangat
untuk mempertahankan negara daripada ancaman atau pencerobohan luar. Pihak sekolah
pula

harus mengadakan

sambutankemerdekaan

setiap

tahun

untuk

menyedari

dan mengelakkan kehilangan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.


Generasi muda kini memikul obligasi yang cukup signifikan dalam menentukan masa
depan tanah air. Kita tidak boleh menongkat dagu dan menanti yang bulat datang bergolek,
yang pipih datang melayang. Saya perlu berpaksikan tarbiah kimah dan karakter madani
serta berpegang teguh pada intergriti. Kredebiliti saya tidak akan bergoyang walaupun
terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Sehubungan itu, bersama-samalah kita memupuk
semangat patriotisme dalam lubuk kalbu masing-masing untuk mempertahankan kedaulatan
negara sebelum ianya diruntuhkan oleh tangan-tangan jahat yang sanggup berbuat apa
sahaja demi merealisasikan impian kotor mereka. Bersamalah kita hayati tema Hari
Kemerdekaan yang ke 58 iaitu "#sehatisejiwa".
Secara

konlusinya,

dalammenjalankan

usaha

semua

pihak

menyuburkan

haruslah

menjangkau

semangat

patriotisme

sehabis
dalam

tangan
kalangan

masyarakat. Prinsip 'bagai aur dengan tebing' dan ' ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni' haruslah dijadikan pegangan dan prinsip mereka. Janganlah meranapkan impian

WONG CHIEW PING


PISMP MATEMATIK SJK(C) SEM 3
negara kita untuk mencapai Wawasan 2020. Marilah kita bersama-sama menyuburkan
semula semangat patriotisme untuk menzahirkan rakyat Malaysia untuk 'duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi' dengan negara gergasi di persada antarabangsa. Demikianlah
perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara
gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.
Ingatlah, semangat patriotisme penting supaya negara kita tidak dijajah sekali lagi. Biar
matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia menjadi sebiji
bintang yang terang di dunia! Malaysia, sehati sejiwa!

Anda mungkin juga menyukai