Anda di halaman 1dari 4

CARA-CARA MENYEMAI RASA CINTA AKAN NEGARA

Pendahuluan jenis definisi


Nasionalisme berasal daripada gabungan dua kata bahasa Inggeris, iaitu nation
yang membawa maksud bangsa dan ism yang membawa maksud faham.
Lalu, nasionalisme boleh difahami sebagai faham yang menjunjung tinggi rasa
kebangsaan.
Menurut kamus dewan, nasionalisme ialah perasaan cinta akan bangsa sendiri yang
mendalam, perasaan mencintai negara dan bangsa sendiri, semangat kebangsaan,
pergerakan membebaskan ekonomi negeri dari kuasa asing.
Takrif ini telah menerangkan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang
meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, meletakkan
kepentingan negaranya melebihi dari segala kepentingan yang lain, sama ada ia
merupakan kepentingan peribadi atau kepentingan negara-negara lain.

Contoh Karangan Langkah Memupuk Semangat Nasionalisme Di Dalam


Kalangan Masyarakat Di Malaysia
Pendahuluan
Dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat negara kita pada masa
ini banyak pihak telah mendakwa bahawa ianya semakin luntur. Hal ini terjadi kerana sikap
masing-masing yang sibuk dengan urusan sendiri dan menyebabkan mereka tidak
menghiraukan perkara lain. Menurut mereka, apa yang penting bagi kehidupan adalah
bekerja untuk mengumpul kekayaan serta ingin mendapatkan wang bagi menambahkan
pendapatan mereka sahaja. Justeru itu, mereka mungkin terlupa dan tidak menitikberatkan
langsung semangat nasionalisme sehingga tidak mempedulikan tentang apa yang berlaku
pada negara hari ini. Sebagai contoh, ada dari kalangan masyarakat kita kini alpa untuk
mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Hal ini amat membimbangkan dan kita berharap agar semangat nasionalisme
dalam kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan. Sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia
mengambil langkah yang sewajarnya bagi memupuk semangat nasionalisme dalam diri
sendiri dan juga kalangan masyarakat.
Isi-isi penting
Apabila dilihat secara terperinci, sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan
bagi memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Antaranya adalah dengan memupuk semangat nasionalisme sejak dari awal umur lagi
seperti di bangku sekolah. Hal ini membolehkan semangat patriotik hidup sebati dalam diri
murid seperti kata pepatah Melayu iaitu “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Perlu
difahami pengaruh guru di sekolah adalah penting dan berperanan dalam usaha menyemai
semangat nasionalisme dalam jiwa anak-anak murid mereka semenjak mereka masih kecil.
Hal ini disebabkan para guru yang mengajar di sekolah boleh menekankan sifat-sifat
nasionalisme di dalam kelas. Mereka perlu mendorong kanak-kanak untuk melahirkan
perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan tanah air. Sebagai contoh,
pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
sekolah, nanyian Lagu Negara ku ketika perhimpunan dan banyak lagi. Guru-guru juga boleh
menerapkan semangat nasionalisme semasa mengajar dalam subjek seperti dalam subjek
Sejarah, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam/Moral. Sekiranya semangat patriotik dapat
dipupuk sejak kecil, sudah pasti semangat itu akan terus diamalkan dan dikekalkan sehingga
dewasa. Dalam pada itu, amalan sebegini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat
yang sentiasa cinta pada negara dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh
mencemarkan nama baik negara. Sekiranya semangat nasionalisme dapat dipupuk sejak
kecil, sudah pasti semangat itu akan terus diamalkan dan dikekalkan sehingga dewasa.
Dalam pada itu, amalan sebegini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang
sentiasa cinta pada negara dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh
mencemarkan nama baik negara.

Selain daripada itu, ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dalam memupuk
semangat nasionalisme pada jiwa sanubari anak-anak mereka. Ini kerana, anak-anak yang
masih belum matang untuk berfikir akan sentiasa mencontohi tingkah laku ibu bapa mereka
ibarat kata pepatah “bapa borek, anak rintik”. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran yang
mereka lihat dan sering mendengar kata-kata ibu bapa mereka dan sikap yang diamalkan
semasa kecil biasanya akan kekal hingga mereka dewasa. Disebabkan itu, ibu bapa
sewajarnya menerapkan semangat nasionalisme dalam jiwa anak mereka “bagai menatang
minyak yang penuh”. Ini kerana anak-anak remaja zaman kini dilihat sering terlibat dengan
masalah sosial. Gejala buruk ini mestilah dielakkan kerana ianya boleh menyebabkan remaja
semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini.
Sebaliknya, ibu bapa haruslah mendidik anak mereka tentang sejarah kemerdekaan negara
dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Selain itu, contoh-
contoh lain yang boleh diikuti oleh ibu bapa adalah seperti melibatkan diri bersama anak-
anak dalam mengibarkan bendera ketika sambutan hari kemerdekaan negara, melawat
bersama-sama anak-anak ke tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah,
berkongsi cerita-cerita yang berkaitan isi kandungannya dengan patriotisme dengan anak-
anak. Tegaslah bahawa, peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam langkah-langkah
untuk memupuk semangat nasionalisme dalam masyarakat Malaysia dan lebih spesifiknya
kepada anak-anak ketika masih kecil.
Selain itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-
besaran dalam memupuk semangat nasionalisme antara masyarakat. Kempen-kempen yang
berkaitan dengan semangat nasionalisme ini akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di
negara kita. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan
kemerdekaan. Oleh itu, Jabatan Penerangan Malaysia boleh menggunakan media elektronik
seperti televisyen dan radio yang sememangnya berkesan untuk menyuburkan dan
meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat. Dengan ini, ianya bukan
sahaja dapat memupuk semangat nasionalisme malahan dapat mengeratkan perpaduan
antara kaum di negara kita seperti ayat pepatah “sambil menyelam minum air”. Sebagai
contoh, tindakan yang sewajarnya boleh dilakukan oleh media massa televisyen dan radio
adalah seperti menyiarkan rancangan atau program yang berunsurkan nasionalisme supaya
dapat meningkatkan semangat cinta akan negara seperti menyiarkan rencana tentang
pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Menayangkan filem-filem patriotik seperti “Paloh”,
“Bukit Kepong” dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
Jelaslah, sekiranya pihak yang bertanggungjawab mengambil peranan mereka masing-
masing, ia sedikit sebanyak dapat menerapkan semangat nasionalisme dalam diri masyarat.

Di samping itu, kita juga hendaklah sering bermuhasabah terhadap diri sendiri. Kita
seharusnya berasa amat bersyukur dan merasakan diri amat bertuah kerana dapat hidup di
negara yang aman dan damai. Belajar mengagumi tokoh-tokoh agung dunia dan tokoh
negara sendiri untuk melahirkan perasaan berbangga kerana negara kita memiliki pemimpin
yang berdedikasi. Simpanlah cita-cita untuk menjadi insan yang berjiwa besar yang mahu
mencapai kejayaan cemerlang terutama dalam kerjaya yang bagus dan ingin berkhidmat
untuk negara.

Individu yang memiliki semangat nasionalisme yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan pantas.
Sebagai contoh, melawat ke tempat bersejarah seperti Kota A’ Famosa di Melaka. Sambil
melawati tempat bersejarah, pemandu pelancong yang mengetuai lawatan tersebut akan
menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A’ Famosa.
Sesungguhnya, bangsa yang mulia ialah bangsa yang sentiasa berbangga terhadap tanah air,
sesuai dengan kata peribahasa Arab iaitu “kasih akan negara adalah sebahagian daripada
iman”. Oleh itu, kesedaran awal daripada kecil lagi perlu diterapkan dengan membina
kekuatan semangat patriotik dalam diri kita sendiri.

Akhir sekali, generasi pada masa kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak
kerajaan. Program-program tersebut lazimnya dipenuhi dengan aktiviti yang memupuk
semangat nasionalisme seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan. Program seperti ini
dapat memupuk semangat nasionalisme di mana para peserta akan lebih merasai semangat
cinta akan negara. Antara kelebihan yang boleh diperolehi adalah dapat mempelajari nilai-
nilai murni seperti kerjasama, nilai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan rasa
hormat-menghormati. Pelatih-pelatih ini akan bercampur gaul sesama mereka yang
berlainan budaya, agama yang berbeza dan berbilang kaum. Dapat memupuk semangat
perpaduan yang merupakan elemen yang penting di dalam semangat patriotik sesuai
dengan pepatah iaitu “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Program ini akan dapat
melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kedaulatan
negara serta kerajaan yang memerintah. Antara contoh lain program yang boleh
menawarkan perkara sebegini adalah salah satu inisiatif kerajaan yang pernah diwajibkan
disertai oleh pelajar lepasan SPM iaitu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Penutup
Akhir sekali, generasi pada masa kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak
kerajaan. Program-program tersebut lazimnya dipenuhi dengan aktiviti yang memupuk
semangat nasionalisme seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan. Program seperti ini
dapat memupuk semangat nasionalisme di mana para peserta akan lebih merasai semangat
cinta akan negara. Antara kelebihan yang boleh diperolehi adalah dapat mempelajari nilai-
nilai murni seperti kerjasama, nilai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan rasa
hormat-menghormati. Pelatih-pelatih ini akan bercampur gaul sesama mereka yang
berlainan budaya, agama yang berbeza dan berbilang kaum. Dapat memupuk semangat
perpaduan yang merupakan elemen yang penting di dalam semangat patriotik sesuai
dengan pepatah iaitu “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Program ini akan dapat
melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kedaulatan
negara serta kerajaan yang memerintah. Antara contoh lain program yang boleh
menawarkan perkara sebegini adalah salah satu inisiatif kerajaan yang pernah diwajibkan
disertai oleh pelajar lepasan SPM iaitu Program Latihan Khidmat

Anda mungkin juga menyukai