Anda di halaman 1dari 5

Pengertian Patriotisme.

Patriotisme merupakan Semangat cinta tanah air atau sikap


seseorang yang sudi mengorbankan segala galanya termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian
untuk kejayaan dan kemakmuran tanah airnya.

Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa dan
negara. Patriotisme berasal dari kata "patriot" dan "isme" yang berarti sifat kepahlawanan
atau jiwa pahlawan, atau "heroism" dan "patriotism" dalam bahasa Inggris. Pengorbanan ini
dapat berupa pengorbanan harta benda maupun jiwa raga.

Ciri-Ciri Patriotisme

Patriotisme mempunyai beberapa ciri, antara lain:

Simpati terhadap bangsa. Patriotisme membuat seseorang mampu mencintai bangsa


dan negaranya tanpa menjadikan negara tersebut sebagai tujuan yang menguntungkan
diri sendiri. Patriotisme menciptakan solidaritas untuk mencapai kesejahteraan
bangsa.
Patriotisme ini mampu melihat kekuatan dan kelemahan bangsa.
Dengan modal nilai-nilai dan budaya bangsa, berjuang pada saat ini untuk mencapai
cita- cita bangsa.
Rasa mempunyai identitas diri. Patriotisme adalah sikap mau melihat, menerima,
serta mengembangkan watak dan kepribadian bangsa.
Bersifat terbuka. Patriotisme berarti melihat bangsanya dalam konteks hidup dunia,
bersedia terlibat di dalamnya dan bersedia belajar dari bangsa- bangsa lain demi
kemajuan bangsa.

Berikut ini ciri-ciri seorang patriot:

Cinta tanah air


Tidak kenal menyerah
Berjiwa Pembaru
Menempatkan persatuan dan kesatuan bangsa di atas kepentingan pribadi dan
golongan.
Contoh Patriotisme

Contoh sikap dan kegiatan yang mencerminkan jiwa patriotisme dalam kehidupan sehari-
hari, diantaranya:

Mengambil bahagian dalam sambutan hari-hari istimewa hari Kebangsaan.


Mengambil bahagian dalam aktiviti khidmat masyarakat
Mengambil bahagian dalam kempen-kempen Negara.
Mengambil bahagian dalam seni budaya masyarakat
Menghormati Guru, Orang tua,, dan masyarakat setempat.
Rajin belajar,
Mencintai dan menggunakan produk dalam negeri.
Menjaga kemudahan awam yang disediakan dengan baik.
Melibatkan diri dalam pembangunan Negara.
Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara.
Melestarikan budaya bangsa

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

Kepentingan pertama semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat adalah


untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat
cinta akan negara dalam kalangan masyarakat, pasti negara akan terus aman dan damai.
Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak
mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah
ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.

Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Semangat ini sangat penting
kepada negara kita yang berbilang bangsa, budaya, agama dan kepercayaan. Sesungguhnya,
semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara
daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat
melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana
yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan
dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara dan meningkatkan ekonomi
negara.
Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat juga dapat menjadi contoh kepada generasi
muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan
semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan
semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi
kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat
patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan
vandalisme.

semangat patriotisme dalam kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia
terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat
membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan
rakyat.

Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara.
Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah
pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai
dan ini akan mendorong leblih ramai pelabur asing melabur di Malaysia. Sesungguhnya,
kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup
rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.
Di samping itu, semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat juga dapat menaikkan imej
negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara
Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi
dalam kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh
kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Malaysia
juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama
di beberapa buah negara jiran.

Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat Patriotik dalam kalangan


Masyarakat
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk semangat
patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik
sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari
rebungnya. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan
sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah
semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula,
amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara
dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik
dalam sanubari anak anak. Ibu bapa harus sentiasamenanamkan kesedaran tetang
pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih
kecl lagi. Ibu bapa juga mestimenjadi contoh teladan yang baik kepada anak-
anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika
sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-
tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah
mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa
sejak kecil.
Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-
besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik
ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di
samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan
dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain,
televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat
meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem
seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta
akan negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara
kita.
Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta
akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan
negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan
dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah
berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai