Anda di halaman 1dari 13

PATROTISME

APA ITU
PATRIOTISME??
PENGENALAN DAN DEFINISI

 Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong


terhadap 'tanah air', oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan.
'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau,
namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara.
 Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan
budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar
budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa.
 Patriotisme juga dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini
digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya,
nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu
memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-
dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun
tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).
PENGERTIAN PATRIOTISME

 Merupakan semangat cinta tanah air / sikap seseorang yang


sudi mengorbankan segala-galanya untuk kejayaan dan
kemakmuran tanah airnya.
 Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah
dan rela berkorban demi bangsa dan negara. Patriotisme
berasal dari kata ‘patriot’ dan ‘isme’ yang bererti sifat
kepahlawanan atau jiwa pahlawan, atau ‘heroism’ dan
‘patriotism’ dalam bahasa Inggeris.
 Pengorbanan ini dapat berupa pengorbanan harta benda
mahupun jiwa raga
KEPENTINGAN SEMANGAT
PATRIOTISME

1. Untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara.

Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat,

pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar

atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak

mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti

negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi

negara kita.
KEPENTINGAN SEMANGAT
PATRIOTISME

2. Semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan

negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat

untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh

agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme

akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh

ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya,

kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan

lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.
KEPENTINGAN SEMANGAT
PATRIOTISME

3. Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum.

Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih

mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan

wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan

pelbagai  program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu,

suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya

suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor

pelancongan negara.
KEPENTINGAN SEMANGAT
PATRIOTISME

4. Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh

kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang

memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang

menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan

Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu,

generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri

dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata

pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan

pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.


KEPENTINGAN SEMANGAT
PATRIOTISME

5. Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat

menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang

aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan

pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan

rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh

kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan

rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam

menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.


USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT
PATRIOTISME DALAM MASYARAKAT

 kerajaan mewajibkan semua remaja lepasan SPM menyertai Program Latihan


Khidmat Negara, (PLKN) bukannya memilih secara rawak
 kerajaan perlu menguar-uarkan kepentingan semangat patriotisme kepada
remaja berulang-ulang kali
 kerajaan perlu mewajibkan murid-murid sekolah rendah mempelajari subjek
Sejarah untuk memupuk semangat patriotisme sejak kecil
 kerajaan perlu memperuntukkan masa pembelajaran dan pengajaran yang
panjang bagi subjek Sejarah di sekolah
 kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada remaja yang mempersendakan
tanah air sendiri
 kerajaan perlu melibatkan lebih ramai remaja dalam sambutan kemerdekaan
setiap tahun
 kerajaan memberikan anugerah dan penghargaan kepada remaja yang berjasa
kepada negara
USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT
PATRIOTISME DALAM MASYARAKAT

 ibu bapa perlu memupuk semangat patriotisme dalam kalangan


anak-anak sejak kecil
 ibu bapa hendaklah membawa anak-anak menyertai sambutan
kemerdekaan negara
 ibu bapa hendaklah bercerita kepada anak-anak tentang
pengorbanan generasi terdahulu meempertahankan negara
 ibu bapa hendaklah membeli bahan-bahan bacaan yang berunsur
patriotik kepada anak-anak
 ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai pasukan
keselamatan negara
USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT
PATRIOTISME DALAM MASYARAKAT

 sekolah perlu bertindak tegas kepada pelajar-pelajar yang tidak


menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat
 sekolah perlu menjemput tokoh-tokoh yang terlibat
mempertahankan negara untuk memberi ceramah kepada pelajar-
pelajar
 sekolah perlu merancang aktiviti yang menarik sempena
menyambut bulan kemerdekaan negara
 sekolah perlu mengadakan program yang mampu memupuk
semangat patriotisme dalam diri pelajar
PENUTUP

 Usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah


dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana,
semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara
yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.
 Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan
sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar
mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding
dengan negara-negara maju yang lain.
 Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam
kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan
negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua
pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-
masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan
dalam kalangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai