Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN BENDAHARI

PROGRAM ILMIAH DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI AL-KAUTHAR

PISMP PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 6 SESI 2011

Bidang Tugas :-

Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan program meliputi :

1. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan


bertanggungjawab di atas kesahihannya.

2. Merancang anggaran perbelanjaan kewangan program.

3. Menyediakan penyata kira-kira serta menandatanganinya.

4. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli


jawatankuasa.

5. Menyediakan laporan kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam


mesyuarat.

6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke


semasa.

Laporan Sebelum :

Satu perancangan dan satu aspirasi telah digariskan bagi memastikan kedudukan
kewangan Program Ilmiah ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Al-Kauthar
berada di tahap yang stabil serta mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan
kewangan program meliputi ke semua aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Antara
perancangan yang telah dipersetujui dalam kalangan ahli jawatankuasa program
adalah membuat bajet perbelanjaan kasar program, mencadang kutipan ahli per
seorang, mengkaji sumber tajaan serta sumbangan serta merancang untuk
melancarkan tabung sumbangan ikhlas ke pusat pemulihan dalam komuniti.

Maka, satu pelaksanaan disertai dengan satu matlamat telah disepakati oleh
ke semua ahli jawatankuasa untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan yang
merupakan perkara yang mustahak dalam kelancaran dan keberlangsungan
sesebuah program. Jika sumber kewangan tidak mencukupi, maka sesebuah
program tentunya mengalami kesukaran serta masalah dalam melaksanakan aktivti
kerana kesemuanya memerlukan kos dan perbelanjaan. Pelaksanaan bagi fasa I
adalah “Colmem”. Colmem adalah satu cetusan inovasi daripada singkatan
perkataan collection from members yang mana setiap ahli wajib membuat
pembayaran sebanyak RM20. Manakala pertambahan kutipan sebanyak RM17 telah
diasingkan secara terus bagi pembayaran setiap unit baju t-shirt program. Maka,
setiap ahli wajib membayar RM37 per individu. Jumlah keseluruhan bagi colmem
adalah RM259.

Bagi pelaksanaan fasa II adalah pencarian sumber tajaan serta sumbangan.


Sebelum pencarian tajaan dan sumbangan bermula, kami telah menyenaraikan
tempat-tempat yang berpotensi sekitar Kota Bharu, Kelantan untuk memohon tajaan
serta sumbangan kepada program yang kami anjurkan. Antara tempat yang telah
disenaraikan adalah seperti berikut :-

i. Parkson, Kota Bharu Trade Centre


ii. Mydin Mall, Kubang Kerian
iii. CIMB Bank, Kota Bharu
iv. Bank Islam, Kubang Kerian
v. Pejabat Perhubungan Pas Kota Bharu
vi. Pejabat Istana, Istana Balai Besar, Kota Bharu
vii. Pejabat Setiausaha Kerajaan, Kota Darul Naim
viii. Bernas
ix. Sinar Harian
x. Syarikat Aman Razak
xi. Kurnia Prima
xii. Da’ Afiq T-Shirt
xiii. Kedai Buku Banggol
xiv. Kedai-kedai di dalam KB Mall dan sekitar bandar Kota Bharu

Selain itu, kami juga memohon dana dan sumbangan ikhlas daripada agensi-
agensi lain di luar kelantan seperti pertubuhan peladang rompin, KFC Holding dan
sumbangan individu yang kami kenali. Dalam melaksanakan pencarian dana ini,
pelbagai cara telah dijalankan iaitu secara bersemuka terus dengan pengurus,
secara faks dan talian. Pembahagian kumpulan juga telah dibuat bagi memudahkan
serta melicinkan lagi pencarian dana dan tajaan. Kumpulan pertama terdiri daripada
Muhammad Syafiq, Mohamad Iqbal dan Muhamad Naim manakala kumpulan kedua
pula adalah Anizah, Rubiahni, Nadhirah dan Siti Nabila. Hasil daripada kerjasama
dan usaha yang tinggi daripada crew-crew program, akhirnya kami beroleh tajaan
serta sumbangan daripada pihak-pihak tertentu yang begitu cakna terhadap program
yang adakan khas untuk insan istimewa. Antara pihak yang telah memberi
sumbangan serta tajaan adalah seperti berikut :

BI NAMA PERKARA JUMLAH


L PIHAK/AGENSI/SYARIKAT TAJAAN/SUMBANGAN
1. SUMBANGAN INDIVIDU Wang Tunai RM330.00
En. Affendy Bin Derisa 100.00 100.00
Pn. Aslina Bt Derisa 50.00 150.00
Cik. Fariza Bt Ismail 100.00 250.00
Pn. Rohani Bt Awang 50.00 300.00

En. Fadzil Bin Yahaya 30.00 330.00


2. SUMBANGAN PIHAK LUAR Wang Tunai RM234.00
Pertubuhan Peladang Rompin 150.00 150.00
Kedai-kedai sekitar bandar 84.00 234.00
Kota Bharu dan KB Mall
3. SUMBANGAN WARGA IPG Wang Tunai RM115.00
Pensyarah-pensyarah IPG
4. SUMBANGAN MATERIAL RM3,239.00
Kurnia Prima Sdn. Bhd Banner Program 60.00
Da’ Afiq T-Shirt Diskaun Harga Baju 49.00
Home-U Mart Hamper 30.00
Kedai Buku Banggol Buku Cerita 100.00
Indo Cafe 500 Gelas -
PDK Al-Kauthar Makanan Jamuan Hari Raya 3000.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 3,918.00
Rajah 1 : Tajaan Serta Sumbangan Yang Diperolehi

Pelaksanaan fasa III adalah melancarkan tabung sumbangan di pusat dalam


komuniti (PDK) bertempat di IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan. Pelancaran tabung
sumbangan PDK ini adalah cetusan ah-ha hasil daripada perbincangan antara
sesama ahli. Pelancaran tabung ini juga selari dengan pelancaran Karnival Seni
Visual, Muzik dan Ko-Kurikulum. Dalam majlis pelancaran tersebut, sedikit taklimat
mengenai program telah diberikan oleh salah seorang daripada crew kami. Dalam
majlis pelancaran tabung sumbangan ini, tidak disangka-sangka mendapat
sokongan dan galakan yang begitu memberansangkan daripada pelbagai pihak
samaada daripada pihak pelajar, pensyarah, staf sokongan serta pihak lain yang
turut-serta menyumbang dalam tabungan tersebut. Jumlah keseluruhan bagi
pelancaran tabung sumbangan di PDK mencecah RM458.

Bagi pelaksanaan fasa terakhir adalah membuat anggaran bajet semula


mengikut keseluruhan kewangan yang ada. Dalam fasa ini, saya sebagai bendahari
bertindak untuk membuat senarai semak tentang keperluan atau peralatan yang
perlu dibeli bagi kegunaan program yang dijalankan nanti serta memastikan agenda
kewangan sentiasa berada pada aliran yang betul dan sistematik. Oleh yang
demikian, saya telah membahagikan anggaran bajet kasar kepada beberapa item
bagi program yang akan dilaksanakan seperti yang tertera di bawah :

BIL ITEM ANGGARAN


PERBELANJAAN
1. Aktiviti Jamuan Hari Raya dan Perasmian 472.00
Program Ilmiah PDK Al-Kauthar
2. Aktiviti Keceriaan 80.00
3. Aktiviti Home-Based 150.00
4. Aktiviti Sukaneka 179.00
5. Aktiviti Akademik 54.00
6. Tempahan baju 119.00
7. Kos Pengangkutan 110
JUMLAH KESELURUHAN RM 1,164.00
Rajah 2 : Anggaran Bajet Kasar Mengikut Keseluruhan Kewangan Program

Laporan Semasa :

Semasa program berlangsung, saya lebih banyak melaksanakan tugas dalam


membuat catatan rekod, mengawal perbelanjaan serta mengemas kini penyata
kewangan dari masa ke semasa disebabkan terdapat aliran kewangan program
yang masuk dan keluar. Hal ini sangat berguna bagi saya untuk memastikan baki
kewangan program adalah tepat. Selain itu, saya juga perlu menghebahkan
kedudukan kewangan dari masa ke semasa kepada ahli jawatankuasa yang terlibat
supaya penyelarasan dari segi pembelian barangan serta keperluan dapat
diselarikan mengikut baki kewangan yang ada.

Di samping itu, saya juga menjalankan tugas lain seperti yang diarahkan oleh
Pengerusi Program. Antara tugas-tugas yang perlu saya lakukan sepanjang program
berlangsung 5 hari adalah menjadi ketua bagi Aktiviti Ice-Breaking,pelukis mural,
AJK Cenderahati dan Penyampaian Hadiah bagi Majlis Jamuan Hari Raya dan
Perasmian Program, Pengerusi Majlis Penyampaian Hadiah Sukaneka, dan
menjadi Penolong kepada tukang masak bagi aktiviti home-based.

Laporan Selepas :

Saya perlu menyediakan penyata kewangan yang lengkap untuk diaudit,


mengumpul ke semua resit-resit pembelian sebagai bukti pengeluaran wang
program berlaku. Selain itu, saya juga bertindak untuk bertanya kepada ahli
sekiranya terdapat penggunaan wang ahli terlebih dahulu semasa membeli barang
keperluan atau peralatan program. Maka, sesi tuntutan kewangan pada masa
tersebut di buka untuk semua ahli dengan menunjukkan resit pembayaran. Saya
juga perlu menyiapkan laporan bendahari secara powerpoint untuk sesi
pembentangan projek serta laporan secara bertulis untuk pemarkahan kerja kursus
PKU 3112 : Pemulihan dalam Komuniti.

Disediakan oleh :- Tarikh : 15 Oktober 2011

................................

(ANIZAH BT DERISA)

Bendahari,

Program Ilmiah PDK Al-Kauthar,

PISMP Pendidikan Khas Semester 6/11

Anda mungkin juga menyukai