Anda di halaman 1dari 7

PKS OPEN CHESS CHAMPIONSHIP

2017

ANJURAN :

JSKK & DRS POLITEKNIK KUCHING SARAWAK


PENDAHULUAN :

Program ini merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh jawatankuasa DRS 2071 bagi memberi
pendedahan awal kepada pelajar kursus DRS 2071 untuk mengendali dan melaksanakan aktiviti
mahupun program.

Aktiviti ini juga akan mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran mental yang secara
langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Aktiviti ini juga akan
memberikan kesempatan kepada peserta untuk menggembeleng daya inovasi dan kreativiti mereka
dalam menyelesaikan masalah.

Program ini juga berhasrat untuk mengajak lebih ramai pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti
sukan, termasuk aktiviti catur ini. Hal ini kerana, sukan catur ini boleh menguji dan meningkatkan
daya pemikiran pelajar-pelajar. Oleh yang demikian, pelajar akan mudah memahami dan
mempelajari mengenai subjek-subjek di dalam bidang yang mereka ambil.

MATLAMAT

Program ini dirancang sebagai sebahagian usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang boleh
merancang dan merangka aktiviti serta boleh melaksanakan sesuatu program atau aktiviti.

Selain itu, PKS juga dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri,
masyarakat, agama, bangsa dan negara.

NAMA PROGRAM

PKS Open Chess Championship 2017

OBJEKTIF

a.Memberi peluang kepada pelajar DRS 2071 mengelola,merangka dan melaksanakan aktiviti.

b.Mengeratkan integrasi nasional dalam semangat 1Malaysia melalui acara sukan yang disertai.

c.Mewujudkan budaya bersaing sihat dikalangan pelajar.

d. Meningkatkan kebolehan pelajar menyelesaikan masalah dalam permainan mahupun kehidupan


seharian.

e. Membantu pelajar memahami dan mengetahui kepentingan mempunyai strategi yang berkesan.

f. Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menguasai teknik-teknik


permainan catur.

g. Memberi pendedahan kepada pemain-pemaain tentang situasi perlawanan catur di pertandingan


catur.

h.Membantu meningkatkan daya pemikiran dalam sesuatu situasi.


TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh : 24/3/2017 25/3/2017

Masa: 8 pagi 4 petang

Lokasi : Dewan Jubli Perak

KUMPULAN SASARAN

Penyertaan terbuka kepada semua pelajar DRS untuk menyetai pertandingan catur agar dapat
memeriahkan pertanding catur yang dianjurkan oleh Klub Catur di Politeknik Kuching Sarawak.
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA KUANTITI KOS(RM)


SEUNIT(RM)
1 A. PERALATAN 4.50 20 90.00
( CATUR TITANS)
JUMLAH KECIL A 90.00
2 B. HADIAH
(MEDAL)
JOHAN 15.00 1 15.00
NAIB JOHAN 15.00 1 15.00
KETIGA 15.00 1 15.00
(HAMPER)
JOHAN 40.00 1 40.00
NAIB JOHAN 30.00 1 30.00
KETIGA 20.00 1 20.00
JUMLAH KECIL B 135.00
3 C. LAIN-LAIN PERBELANJAAN
MAKANA DAN MINUMAN 5.00 27 ORANG 135.00
AJK
JUMLAH KECIL C 135.00
JUMLAH PERUNTUKAN DIPERLUKAN RM360.00
Disediakan oleh: Disemak oleh:

ABU ZAID BIN ABU BAKAR ADZRUL IZWAN BIN ABDULLAH

DRS KOD: Ketua Kursus Kokurikulum

TARIKH: Politeknik Kuching Sarawak

TARIKH:

Disokong oleh:

HJ. ENGKU SHAHRULERIZAL BIN ENGKU AB RAHMAN

Ketua Jabatan

Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan

Politeknik Kuching Sarawak

Tarikh:

Diluluskan Oleh:

MOHD SHAH BIN YUNUS

Timbalan Pengarah Akademik

Politeknik Kuching Sarawak

Tarikh:
PENUTUP

Kejayaan satu aktiviti yang dianjurkan itu melibatkan semua pihak secara menyeluruh. Ini kerana
sekiranya salah satu yang diatas gagal berfungsi pada tahap yang sepatutnya, perjalanan aktiviti
tersebut akan menjadi sedikit tidak kancar dan tentunya akan memberikan ketidakselesaan pada
para peserta yang bertanding.
LAPORAN BULANAN ( BULAN MARCH 2017)

AKTIVITI : MENGADAKAN AKTIVITI/PERTANDINGAN

KATEGORI : KELAB/PERSATUAN
NAMA PROGRAM : PKS OPEN CHESS CHAMPIONSHIP 2017
TARIKH : 24-25/3/2017
TEMPAT : POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
PENGANJUR : DRS,JSKK POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
BIL YANG TERLIBAT : 26 orang peserta
26 orang ahli jawatankuasa
1 orang pensyarah
RINGKASAN AKTIVITI/PROGRAM
Politeknik Kuching Sarawak melalui Kelab Catur telah mengadakan pertandingan catur
sempena tahun 2017 yang bertajuk PKS OPEN CHESS CHAMPIONSHIP 2017 pada 24 hingga 25
March tahun ini. Program ini telah dianjurkan oleh DRS dan JSKK Politeknik Kuching dengan
matlamat membangunkan bakat di antara pelajar dan menanam minat pelajar dalam bidang catur.
Program ini merupakan pertandingan yang menandingkan strategi-strategi pelajar Politeknik
Kuching Sarawak dalam main catur titan. Dalam usaha menganjurkan program ini, 26 orang AJK
telah dilantik dan diberi tugasan masing-masing dan seorang pensyarah diberi kuasa untuk
mengawasi anjuran ini supaya berjalan lancar. Terdapat 26 orang peserta dalam pertandingan ini.
Johan pertandingan jatuh kepada Mohd Saiful Idzwan B Amri yang dari Jabatan DPM. Beliau
menggunakan strategi yang sangat menarik untuk menang dalam pertandingan catur ini.
Justerunya, program ini telah banyak menyumbang kepada perkembangan minda dan
rohani individu. Program yang seumpama ini harus selalu diadakan dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai