Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

ANJURAN

KELAB CATUR D
JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN
POLITEKNIK UNGKU OMAR
JALAN RAJA MUSA MAHADI, 31400 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN.

SESI DISEMBER 2017

PADA
28 FEBRUARI 2018

TEMPAT
M305
1.0 PENGENALAN

Untuk menerokai kehidupan yang serba canggih serta menghadapi cabaran pembangunan
globalisasi tahun 2020, negara kita memerlukan tenaga dan penglibatan golongan remaja yang
berwibawa, cemerlang dan terbilang untuk menerajui sekali gus menjadikan negara terkenal,
dihormati dan disanjung oleh negara-negara yang berjiran mahu pun dimata dunia.

Namun apa yang kita lihat hari ini ramai golongan remaja yang kurung berpengetahuan
dan berkefahaman dari segi berkomunikasi, perhubungan, kemahiran kendiri, bekerjasama
terlibat dengan perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat.
Peratusan gejala sosial yang memburukkan remaja masa kini serta kemurungan remaja adalah
amat membimbangkan seluruh masyarakat, ianya buka sahaja berlaku didalam bandar malah
penularannya telah lama berlaku diluar bandar. Oleh itu gejala-gejala sosial perlulah dibendung
dengan sebaik-baiknya.

Justeru itu selain daripada ibubapa, tenaga pengajar yang berpengalaman perlu
mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan aktiviti-aktiviti kurang sihat yang boleh
merosakkan remaja masa kini dapat diatasi dan dikawal dengan sebaik-baiknya. Aktiviti luar
kampus seperti perkhemahan, beriadah, bergotong-royong bersama masyarakat setaman,
mendaki gunung adalah antara aktiviti yang dapat memastikan remaja boleh mengenali banyak
perkara yang menjurus kepada sikap bertanggungjawab, menyayangi, tolong menolong,
bertolak ansur, kemahiran kendiri (Soft Skills), berkomunikasi, perhubungan dan lain-lain lagi.

Pelajar bertanggungjawab bersama bagi menggerakkan program ini dan telah memilih
aktiviti perkhemahan sebagai landasan menjati diri agar remaja menjadi lebih cekal, berfikiran
positif, berdaya saing, cemerlang dan terbilang. Harapan kami semoga program ini dapat
sokongan serta berjaya dilaksanakan dengan berpandukan jadual yang telah dirancang.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Menerapkan kerjasama yang bagus antara kumpulan.


2.2 Melahirkan pelajar yang mahir menerapkan perkataan-perkataan melalui tajuk
yang diberi.
2.3 Melatih pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik.
2.4 Melatih pelajar menggunakan pemikiran untuk mengatur strategi bagi
membenarkan pasukan mereka menang.
2.5 Melatih pelajar berfikir dalam masa yang terhad.
2.6 Menguji pelajar dalam membuat balingan yang tepat.
2.7 Memberi keseronokan kepada pelajar di samping dapat menghilangkan tekanan
semasa belajar.

3.0 PENGISIAN PROGRAM

3.1 Kecergasan minda dalam berfikir dan mengatur strategi.


3.2 Semangat perhubungan kerjasama sesama ahli kumpulan.
3.3 Pengurusan masa yang betul.
4.0 PENGLIBATAN PROGRAM

Peserta = 35 orang
Urusetia Pelaksana Program = 6 orang (pelajar catur D)
Pensyarah Pengiring = 1 orang
Sasaran Peserta = Pelajar Kelab Catur D

(Rujuk Lampiran A)

5.0 PERBELANJAAN PROGRAM

Bil Perkara Jumlah (RM)

 Bajet telah ditetapkan mengikut bilangan pemenang di 6 orang


dalam kelas
RM3.00 x 6
 Bajet ditetapkan (RM3.00/pelajar urusetia)

JUMLAH BESAR RM18.00


6.0 PERMAINAN
BAHAN-BAHAN

LETTER CHALLENGE

1.Kertas

2.Pen

FLYING COIN

1.Syiling

2.Bekas air

3.Air

4.Pita pelekat

CARA-CARA PERMAINAN

LETTER CHALLENGE

1.Pelajar akan mencabut undi untuk mendapatkan tajuk masing-masing.

2.Pelajar akan diberikan sehelai kertas berserta tajuk yang diperolehi daripada undian.

3.Pelajar diberikan 3 minit untuk menulis sebanyak mana perkataan berpandukan tajuk yang
diperolehi.

4.Pemilihan pemenang dilakukan berdasarkan perkataan yang terbanyak.

FLYING COIN

1.Bekas air diletakkan sejauh 5 meter di atas lantai.

2.Melekatkan pita pelekat pada lantai sebagai penanda agar pelajar tidak melebihi jarak yang
ditetapkan.

3.Setiap pelajar akan membaling 1 syiling setiap seorang ke dalam bekas air yang ditetapkan.

4.Kumpulan yang membuat balingan terbanyak ke dalam bekas air akan dikira sebagai
pemenang.
LAMPIRAN
7.0 PENUTUP
Letter Challenge dan Flying Coin banyak memberi manfaat kepada pelajar mahupun golongan
remaja seperti dalam memberi pengalaman baru dan berguna terutamanya untuk mengeratkan
hubungan baik dan murni, semangat kekawanan dan kerjasama yang cemerlang serta keyakinan
diri yang jitu.

Dalam masa yang sama permainan ini dapat membina dan melahirkan peserta yang cemerlang
dari segi daya berfikir, kemahiran kendiri, berdaya saing cergas dari aspek fizikal dan rohani.
Semoga dengan adanya kertas kerja ini dapat memudahkan dan melancarkan lagi program yang
akan dijalankan tanpa halangan.
Disediakan oleh :

……………………………
AYUNIE SYAQIREEN BINTI LAZIM
Setiausaha Kumpulan 4,
Politeknik Ungku Omar

Disemak oleh :

……………………………
SHARIFAH ZUHAIRA BINTI SYED MIZURI
Pensyarah Kursus Kokurikulum
Kelab Catur D
Politeknik Ungku Omar
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN 4

1.WONG JING WEN 01DPM17F1078

2.WAN NUR MAISARAH BT. WAN AZMI 01DPM17F1052

3.AYUNIE SYAQIREEN BT. LAZIM 01DPM17F1069

4.FATIN NURDINI BT. FAZIL 01DPM17F1048

5.SYARIFAH NUR FADHILAH BT. SYED MUSA 01DRM17F1018

6.AIMAN NASRULLAH B. AZHAR 01DRM17F1006

Anda mungkin juga menyukai