Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SAMUDRA, JALAN SAMUDRA BARAT 4, TAMAN 2019

SAMUDRA, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SAMUDRA, BATU CAVES

1.0 RASIONAL
Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah
ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah
dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk
menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

2.0 MATLAMAT
Membina satu kumpulan pelajar (PRS) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan
membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

3.0 OBJEKTIF

 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya


dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.
 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling supaya
mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan.
 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan
diri.
 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan
diri supaya dapat membina sikap positif.
 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-
rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.
 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih
mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar yang berminat:
Kumpulan Perintis - Tahun 4, 5 dan 6 seramai 20 orang pelajar lelaki dan perempuan tahun 2020
di bawah kelolaan seorang jurulatih / guru pembimbing.

1
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SAMUDRA, JALAN SAMUDRA BARAT 4, TAMAN 2019
SAMUDRA, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.

5.0 AHLI JAWATANKUASA


Penasihat : Guru Besar
Penyelaras : Guru Bimbingan
Pengerusi : Murid Tahun 6
Naib. Pengerusi : Murid Tahun 5
Setiausaha : Murid Tahun 6
Bendahari : Murid Tahun 5
AJK : Murid Tahun 4

6.0 SUMBER KEWANGAN


7.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS akan diadakan pada peringkat dalaman sahaja iaitu
dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan menjalankan aktiviti-aktiviti asas dalam bidang
Perkembangan Diri dan Kemahiran Asas Komunikasi. Selain itu, PRS akan memiliki identiti diri
dengan memakai ‘Vest’ yang akan digunakan setiap hari bila hadir ke sekolah. Anggaran
perbelanjaan untuk ‘Vest’ itu adalah seperti berikut:

i. Vest PRS – RM 32.00 sepasang X 15 pasang = RM 480.00

8.0 PEMILIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


Pemilihan PRS sekolah dilakukan berdasarkan langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1
 Kaedah 1
o Guru Kaunseling mengiklan di papan kenyataan tentang pemilihan PRS baru.
o Masa yang diperuntukkan adalah dalam tempoh seminggu (7 hari) dari tarikh iklan.
o Pelajar yang berminat diminta untuk mengisi borang permohonan yang boleh
didapati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling.

 Kaedah 2
o Dengan mengedarkan soal selidik. Pelajar-pelajar diminta memilih dan
mencatatkan nama pelajar lain yang mereka merasa selesa untuk berbincang
tentang sebarang masalah / persoalan.

 Kaedah 3

2
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SAMUDRA, JALAN SAMUDRA BARAT 4, TAMAN 2019
SAMUDRA, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.

o Guru memilih dan mengisi borang cadang nama pelajar yang dianggap sesuai
dilantik sebagai PRS.

LANGKAH 2
 Kaedah 1
o Semua nama pelajar yang dicalonkan akan disenaraikan. Guru Kaunseling akan
membuat satu pemberitahuan tentang tarikh, masa, dan tempat untuk calon-calon
PRS mengikuti ujian personaliti.

 Kaedah 2
o Sekiranya bilangan pencalonan tidak melebihi 30 orang, maka satu sesi temuduga
akan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak dilantik sebagai PRS.
o Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan asas PRS yang akan
dimaklumkan.

9.0 PENUTUP
Membina program memerlukan perancangan dan perbelanjaan. Ini merupakan titik mula
untuk memperkembangkan PRS dalam sekolah sebagai sebahagian daripada pasukan
yang dapat memberikan manfaat kepada sekolah. Pengorbanan, minat yang berterusan,
kerjasama serta komitmen yang tinggi sangat diperlukan daripada semua warga SK St.
Martin Merdang agar potensi dan daya yang ada pada PRS dapat memberi banyak
kebaikan melalui moto ‘bantu diri untuk membantu orang lain’. Janganlah dibiarkan PRS
hidup segan mati tak mahu atau mereka akan memikul bahu tiada, akan menjunjung
kepada luncung bermakna tidak berdaya mengerjakan tugas kerana tiada ilmu. Akronim
keramat PRS nanti terus diperolok-olokkan dengan pelbagai jolokan dan gelaran yang
menyakitkan telinga seperti perosak rakan sebaya ataupun pengedar rokok sekolah.

Disediakan oleh,

………………………..
(Vithiyaavathy A/P Nittianatham)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
SK Taman Samudra, Batu Caves

Diluluskan oleh,

…………………………
(Taufek Bin Mohamed)
Guru Besar
SK Taman Samudra, Batu Caves

Anda mungkin juga menyukai