Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN MINGGU PENGURUSAN DIRI

TEMPAT : KELAS PENDIDIKAN KHAS


TARIKH : 12-16 SEPTEMBER 2018
MASA : 8.00 PAGI – 10.00 PAGI
BILANGAN YANG TERIBAT : I. 15 ORANG MURID
II. 3 ORANG GURU
III. 2 ORANG PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Murid pendidikan khas perlu dibimbing agar menguasai kemahiran mengurus diri,
bersosialisasi dan berdikari. Latihan dan kemahiran penjagaan diri, perkembangan
peribadi, perkembangan sosial, hidup berkeluarga dan pengurusan rumah tangga menjadi
fokus komponen ini. Komponen pengurusan diri bertujuan membimbing dan melatih murid
agar berkemahiran dan mampu hidup berdikari

pengurusan diri pada peringkat awal perlu didedahkan tentang cara menjaga kebersihan
diri dengan memberi latihan amali tentang cara dan kaedah pembersihan diri seperti
menggosok gigi, mandi, memotong kuku, syampu dan sebagainya. latihan dan amali perlu
dilakukan dengan betul serta memeperkenalkan peralatan yang perlu digunakan serta
mengingati nama dan bentuknya.

kanak-kanak perlu diberi pendedahan awal untuk mengenali setiap nama anggota badan
yang bermula dari atas kepala sehingga ke tapak kaki. pelajar perlu mengenali bentuk dan
nama yang betul pada setiap anggota badan.

Bagi memperkukuhkan lagi kemahiran pengurusan diri murid, guru-guru Pendidikan Khas
telah mengadakan minggu pengurusan diri untuk murid – murid khas ini. Antara aktiviti
yang dijalankan ialah :

 Pemeriksaan kuku.
 Tatacara pemotongan kuku yang betul

1
 Tayangan Video tentang pengurusan diri.
 cara mencuci pakaian sekolah
 cara menyidai pakaian
 Cara memakai pakaian luaran dan dalaman wanita
 Kebersihan tubuh badan (cara mandi)
 cara menggunakan tandas
 cara mencuci tandas selepas digunakan
 cara membersihkan tuala wanita

objektif utama program minggu pengurusan diri ini diadakan untuk :

 Membimbing murid berpakaian dengan betul..


 Menggalakkan murid berpakaian dengan bersih dan kemas.
 Memberi pendedahan tentang penjagaan tubuh badan seperti gigi dan kuku.
 Menggalakkan murid berdisiplin dan mengikut peraturan sekolah.
 Membimbing murid perempuan untuk menghadapi fasa akil baliqh.

Dengan adanya program sebegini diharap murid-murid Pendidikan Khas SKSJ akan lebih
bijak dalam bidang pengurusan diri masing – masing. Program ini akan diteruskan lagi di
tahun-tahun akan dating bagi memperkukuhkan lagi kemahiran murid-murid dalam bidang
pengurusan diri.

Disediakan oleh disemak oleh :

…………………………………. ……………………………..
(NOOR FADZILLA BT. MAHMAD RAZALI)
S/U Progam

DISAHKAN OLEH :

……………………………………

2
LAMPIRAN

AKTIVITI MEMOTONG KUKU

AKTIVITI MENCUCI KASUT SEKOLAH

3
MENYAPU MINYAK RAMBUT

PENYAMAPAIAN HADIAH

Anda mungkin juga menyukai