Anda di halaman 1dari 3

SKOP DAN TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PENILAIAN SEKOLAH

PENGERUSI
Merancang program dan aktiviti sekolah
Mengambil langkah-langkah melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang.
Mempengerusikan mesyuarat jawankuasa.
Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf.
Mempertingkatkan mutu pemeriksaan dan pelaporan penilaian aktivit sekolah.Cadangkan
dan melaksanakan projek-projek penilaian dari masa ke semasa.
Mewakili panitia dalam mesyuarat sektor atau mesyuarat-mesyuarat lain yang diperlukan.
Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan unit-unit di bahagian- bahagian lain di
peringkat sekolah.
Menyediakan laporan penilaian kepada PPD dan JPNT
Menilai keberkesanan program dan akitiviti yang dilaksanakan.
Menilai prestasi tahunan panitia dan unit-unit.
NAIB PENGERUSI
Menghadiri mesyuarat Ketua-Ketua/Ahli-Ahli Panitia dalam pengurusan.
Membantu merancang dan menyelaras strategi pemeriksaan dan penyeliaan programprogram dan aktiviti-aktiviti.
Membantu merancang dan menyelaras strategi penilaian.
Membantu, merancang dan melaksanakan program perkembangan staf di kalangan warga
sekolah.
Mengikut perkembangan dan pembaharuan item-item pihak pemantau luar.
Membantu merancang, menyelaras dan menjalankan kursus, seminar, ceramah dan bengkel
untuk warga sekolah.
Memelihara hubungan erat dengan semua peringkat panitia dan unit-unit.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengerusi dari masa ke semasa

SETIAUSAHA
Menyediakan dan mengedarkan surat penggilan mesyuarat.
Mencatatkan minit mesyuarat.
Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli-ahli jawatankuasa.
Mengumpul dan menyimpan segala dokumen program dan aktiviti.
Menghubungi ahli unit untuk memperolehi maklumat segera tentang isu-isu berbangkit
dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
Menguruskan percetakan laporan projek setiap unit.
Mengumpul dan membekalkan maklumat yang diperlukan oleh Pengerusi.
AHLI JAWATANKUASA

Menasihati ketua unit atau ketua program mengenai tindakan ke atas rekod-rekod
yang tidak aktif.
Membuat penilaian rekod aktiviti yang telah dilaksanakan.
Membincang dan membuat keputusan rekod yang telah dinilai sama ada disimpan
sementara/kekal atau dimusnahkan.
Mencadangkan sama ada cadangan dasar baru atau cadangan penjimatan perlu
disediakan.
Mengkaji kriteria-kriteria yang digunakan bagi menentukan pencapaian keberkesanan
aktiviti.
Menentukan sama ada objektif, fungsi-fungsi dan output aktiviti adalah selari dengan
kehendak pihak pentadbir.
Menilai prestasi pengurusan aktiviti dari segi tenaga kerja, kewangan dan input-input
lain.

Skop Penilaian
Fungsi utama Jawatankuasa Penilaian ialah sebagai pemelihara mutu dan keberkesanan
program-program sekolah. Jawatankuasa ini juga menyediakan khidmat nasihat atau
rundingcara kepada semua unit peringkat sekolah. Oleh itu tugas utama Jawankuasa Penilaian
ialah memeriksa, melapor dan mengemukakan syor-syor serta memberikan kepimpinan
terhadap aktiviti dan program sekolah. Khidmat nasihat atau rundingcara profesional yang
diberikan bertujuan meletakkan pihak sekolah di atas landasan pengurusan yang efisien secara
profesional. Jawankuasa Penilaian juga melakukan Kajian-Kajian Pendidikan dan Kajian
Imperikal Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas dan sebagainya. Semuanya
ini dilakukan dengan penuh daya iktisas dan keikhlasan kerana seorang ahli jawankuasa adalah
seorang profesional yang dipilih atas profesionalismenya.
Spesifikasi Skop Penilaian.
Skop Jawatankuasa Penilaian yang digariskan adalah seperti berikut :
1. Pemeriksaan.
2. Memberi Nasihat.
3. Mengemukakan Laporan PKG, PPD dan JPNT.
4. Penerbitan.
5. Kajian
6. Melakukan Garis Standard Kualiti Peringkat Sekolah.
Aktiviti-Aktiviti Asas Penilaian.
Antara Aktiviti Asas Penilaian ialah :
1. Pemeriksaan
2. Penilaian
3. Pemantauan
4. Pemulihan

5. Perkembangan Profesionalisme Staf

Anda mungkin juga menyukai