Anda di halaman 1dari 6

8/12/2019 Kertas Kerja Program Kesihatan Prasekolah (Recovered)

KERTAS KERJA
PROGRAM KESIHATAN
“ TELINGA SIHAT, HIDUP GEMBIRA” 

1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit
kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar ,warga sekolah serta waris
prasekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat
yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan
mengambil berat mengenai kesihatan telinga.

Murid-murid prasekolah dan waris menjadi kumpulan sasaran dan seterusnya dapat
mengubah amalan dan cara hidup kearah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk
sejak di bangku sekolah lagi.

KEMPEN “TELINGA SIHAT, HIDUP GEMBIRA”  


Kempen “Telinga  sihat, hidup gembira” boleh menjamin insan dan masyarakat hidup
lebih sejahtera. Amalan ini menjurus kepada kebersihan diri dan cara penjagaan
telinga dengan lebih baik.

2.0 TUJUAN PROGRAM 

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu


Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan
Progresif melalui amalan hidup sihat melalui penjagaan telinga dengan cara yang
betul. Di samping itu ia bertujuan member
pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan telinga kepada para
pelajar sertai bubapa dan guru. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini
amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi
mudah arus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari
seawall usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibubapa juga amat penting
bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

3.0 RASIONAL PROGRAM  

Program “ Telinga  Sihat, Hidup Gembira” ini merupakan satu program kesihatan
untuk semua warga prasekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggung
 jawab para pelajar, guru dan seterus nya ibubapa pelajar mengenai kepentingan
penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah dan pemeriksaan kesihatan telinga
kepada para pelajara kan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan dan
Kebersihan telinga.

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-program-kesihatan-prasekolah-recovered 1/6
8/12/2019 Kertas Kerja Program Kesihatan Prasekolah (Recovered)

4.0 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari
segi fizikal.mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di
sekolah. Telinga peka lahir dari minda yang cerdas,

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

5.1 Meningkatkan kerjasama bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman


dan kemahiran pencegahan dan penjagaan telinga yang betul kepada
murid, guru dan ibubapa terhadap kesihatan telinga.
5.2 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara guru dan ibubapa bagi
mencapai matlamat bersama-sama.

5.3 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan telinga


dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
5.4 Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar
walau di mana mereka berada.
5.5 Memastikan para pelajar dapa belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika
di sekolah,

6.0 TARIKH DAN MASA

6.1) Tarikh : 9 MAC 2014


6.2 )Hari : Ahad
6.3) Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi

7.0 TEMPAT

Dewan Makan Prasekolah, SK Laguna Merbok

8.0 KUMPULAN SASARAN


50 orang murid prasekolah , 50 orang waris 3 orang guru prasekolah dan seorang
Pembantu Pengurusan Murid.

8.0 KANDUNGAN PROGRAM

8.1 Ceramah Kesihatan


8.2 Pemeriksaan telinga
8.3
Ceramah tentang makanan kesihatan

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-program-kesihatan-prasekolah-recovered 2/6
8/12/2019 Kertas Kerja Program Kesihatan Prasekolah (Recovered)

 
9.0  ANGGARAN PERBELANJAAN
 Anggaran perbelanjaan
Makanan

1) Murid RM2.00 x 50 orang = RM 100.00


2) Waris RM 3.00 x 50 orang = RM 150.00
3) Guru RM 3.00 x 15 orang = RM 45.00
Jumlah = RM 295.00 

Cenderahati RM30 x 1 = RM 30.00

Buku program = RM 10.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 335.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan prasekolah = RM 185.00


Sumbangan individu = RM 150.00
Jumlah keseluruhan = RM 335.00

11.0 JAWATANKUASA PROGRAM “TELINGA SIHAT, HIDUP GEMBIRA” 

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Ghazali bin Said


(Guru Besar SK Laguna Merbok)
TimbalanPengerusi : Pn. Muaini bt Abdul Rasib
( PK HEM SK. Laguna Merbok)
NaibPengerusi I : Pn. Rosnah bt Kassim
( PK Kurikulum )
NaibPengerusi II : En. Sharim Shah binSaad
( PK Ko-Kurikulum

Penyelaras : Pn.Aida Zuliana btAwang


Setiausaha : Pn. Anismazura bt Abdullah

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-program-kesihatan-prasekolah-recovered 3/6
8/12/2019 Kertas Kerja Program Kesihatan Prasekolah (Recovered)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Ghazali bin Said

(Guru Besar SK Laguna Merbok)


TimbalanPengerusi : Pn. Muaini bt Abdul Rasib
( PK HEM SK. Laguna Merbok)
NaibPengerusi I : Pn. Rosnah bt Kassim
( PK Kurikulum )
NaibPengerusi II : En. Sharim Shah bin Saad
( PK Ko-Kurikulum
Penyelaras : Pn.Aida Zuliana b Awang
Setiausaha : Pn. Anismazura bt Abdullah
Bendahari : Pn. Norizan bt Haji Abdullah

AhliJawatankuasa

1) JK Makanan : Pn. Norhasli Yanti bt Ramli


2) JK Buku Program : Pn. Zainidah bt Mohamad Isa
3) JK Siaraya :Pn. Saniyah bt Abdullah

4) JK Persiapantempat : Pn. Aida Zuliana bt Awang


5) JK Disiplin : Ustaz Mohamad Syahmi bin
6) JK Cenderahati : Pn. Anismazura bt Abdullah
7) JK Dokumentasi : Pn. Norhana bt Che Me
8) JK Pendaftaran : Pn. Saniyah bt Abdullah
9) PengacaraMajlis : Cik Rohaya bt Ismail
10)BacaanDoa : Ustaz Othman bin Kassim

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-program-kesihatan-prasekolah-recovered 4/6
8/12/2019 Kertas Kerja Program Kesihatan Prasekolah (Recovered)

12.0 TENTATIF PROGRAM

Pengisian program ini dicadangkan akan dilaksanakan dalam tempoh 4 jam. Jumlah
masa ini meliputi 1 jam untuk sesi ceramah dan soal jawab berkaitan dengan
masalah telinga. 2 jam untuk pemeriksaan kesihatan telinga murid dan baki 1 jam
untuk perbincangan umum berkaitan masalah kesihatan dan pengambilan vitamin.

Bil Masa Aturcara majlis


1 8.00 - 8.30 pagi Pendaftaran ibu bapa

2 8.30 - 9.30 pagi Sesi ceramah bermula oleh Dr Sakina binti Mohd Saad
( Doktor pakar ENT Hospital Sultan Abdul Halim )

3 9.30-10.00 pagi Rehat


4 10.00 - 12.00 Sesi 1 (murid) :
tgh Rawatan telinga oleh Dr.Sakina bt Mohd Saad

Sesi 2 (Ibu bapa) :


Ceramah penjagaan kesihatan diri oleh wakil Amway.

5 12.00 tgh Bersurai

12.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancangkan ini, akan dapat mengeratkan lagi hubungan
antara pihak sekolah dan waris serta komuniti luar. Diharapkan melalui program
ini juga dapat memberikan info yang bermanfaat untuk ibubapa dan guru
berkaitan dengan kepentingan penjagaan telinga.“ Telinga sihat, hidup gembira”.

Disediakan oleh ; Disahkan oleh:


………………………………  ……………………………………… 
(Anismazura bt Abdullah) ( Ghazali bin Said )
( Setiausaha ) (Guru Besar SK Laguna Merbok)

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-program-kesihatan-prasekolah-recovered 5/6
8/12/2019 Kertas Kerja Program Kesihatan Prasekolah (Recovered)

KERTAS KERJA

PROGRAM KESIHATAN
“ TELINGA SIHAT, HIDUP GEMBIRA” 

TARIKH :
9 MAC 22014

HARI :
AHAD

TEMPAT:
DEWAN MAKAN PRASEKOLAH,
SK LAGUNA MERBOK

PENCERAMAH:
DR. SAKINA BT MOHAMAD SAAD

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-program-kesihatan-prasekolah-recovered 6/6

Anda mungkin juga menyukai