Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROJEK 1 : MENCERIAKAN KELAS PRASEKOLAH

Projek menceriakan keadaan kelas prasekolah telah dijalankan


pada hari Sabtu, 19 Februari 2005. Sebelum itu, perbincangan antara
pengerusi Majlis Permuafakatan dan guru prasekolah telah dijalankan
seminggu dari tarikh Mesyuarat kali pertama Majlis Permuafakatan
iaitu 15 Januari 2005. Hasil dari perbincangan ini, kami telah
memutuskan untuk melukis mural mengikut tema dan mewarnakannya
secara bergotong royong. Guru prasekolah menyiapkan lakaran untuk
tema haiwan liar, pengangkutan, pekerjaan, hidupan laut dan kartun
kesukaan kanak-kanak prasekolah.
Pada 19 Februari 2005, gotong-royong diadakan bermula jam
8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada hari tersebut selain mengecat
mural, kami juga dapat menyiapkan pentas untuk kanak-kanak
membuat persembahan.
Merujuk kembali matlamat projek ini iaitu dapat mewujudkan
ruang yang selesa dan menarik dalam suasana pembelajaran yang
kaya dengan pelbagai bahan sumber telah dicapai. Mural yang impresif
dan informatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada murid
prasekolah tetapi seluruh warga SaKTIE.

LAPORAN PROJEK 2 : TAMAN MINI

Pada 5 Mac 2005, satu lagi projek yang dijalankan bersama ibu
bapa murid prasekolah iaitu mewujudkan suasana taman di kawasan
prasekolah ANAK EMAS ini. Setiap murid dikehendaki membawa
sepasu bungauntuk tujuan itu.
Hasilnya, keadaan persekitaran prasekolah berubah dengan
adanya pokok bunga dan dedaunan yang hijau. Taman ini juga
dijadikan sebagai tempat murid-murid membuat aktiviti berkebun dan
mengenal tumbuhan.

SUKAN MINI PERINGKAT ZON UTARA DAN DAERAH


TARIKH : 16 OGOS 2005 / Selasa (Peringkat Zon)

19 OGOS 2005 / Jumaat (Peringkat Daerah)


MASA : 8.00 pagi ~ 1.00 ptg
Seramai 10 orang murid mengambil bahagian dalam peringkat zon.
BIL

NAMA

NO. SRT
BERANAK

ACARA

2 MUHD NUR FARID B ZARAFI

AJ 93657

3 MUHD FIRDAUS AZIM B M. NAJIB

AM 18289

Lari 80m, 4 x 50m


lompat jauh
Lari 50m,
4 x 50m
Lompat tinggi,
4 x 50m

4 MUHD HAZIQ SYAZANI B M. NAZLI

AL 28561

4 x 50m

5 ZAFRI EZUAN B ZULHIERI

AM 80460

6 IFFAH HAZIRAH BT SULIMAN

AK 76248

7 NUR DAYANA BT ISMAIL

AM 77688

8 NURUL FATIN NADZIRA

AK 01197

Baling bola lisut


Lompat jauh, 80 m,
4 x 50m
Lompat tinggi,
4 x 50m
Lari 50m,
4 x 50m

9 SITI AISHAH BT NASIR

AJ 97831

4 x 50m

AM 18361

Baling bola lisut

1 MUHD JAZSLAN B MD GANI

10 NUR SYAHIDAH BT SABARUDDIN

KEPUTUSAN

3 Emas
1 Emas
1 Emas
1 Emas

Iffah Hazirah telah mewakili Zon Bandar Utara untuk keperingkat


daerah dalam acara lompat jauh, lari 80 m dan 4 x 50m. Beliau telah
mendapat perak dalam 80m.

LAWATAN KE ZOO NEGERI JOHOR DAN DANGA BAY


TARIKH : 27 Julai 2005 / Rabu

MASA : 8.00 pagi ~ 12.00 tengahari


Lawatan berjalan seperti yang dirancangkan mengikut jadual.
Malah, kami bertolak awal iaitu 8.30 pagi menuju ke zoo.
Tiga orang ibu kepada murid anak emas telah secara sukarela
mengikuti program ini bagi tujuan mengawal keadaan murid semasa
program ini berjalan. Beliau ialah Puan Mazlina, Puan Hazura, Puan Siti
Zainab.
Murid dapat melihat haiwan yang ada di zoo secara dekat. Murid
sangat gembira dan mempelajari sesuatu yang baru kerana diberi
peluang untuk memberi makan kepada haiwan yang ada.
Lawatan di zoo sehingga jam 10.45 dan kami terus menuju ke
Danga Bay untuk makan tengahari dan bersantai. Selain dari itu muridmurid dibenarkan bermain di taman permainan.
Lawatan berakhir jam 12.00 tengahari tiba di kelas prasekolah
Anak Emas.

PERTANDINGAN MEWARNA
(KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU)
Tarikh

: 13 Julai 2005 / Rabu

Tempat

: SK Kompleks Sultan Abu Bakar

Dua orang murid dihantar untuk mewakili zon Bandar Utara. Iffah
Hazirah bte Suliman dan Nur Dayana bte Ismail mewakili Sekolah
Kebangsaan Taman Impian Emas.
Kedua-dua murid ini berjaya mendapat saguhati

dan sijil

penghargaan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)


Seperti

sediamaklum,

pendidikan

prasekolah

menggunakan

pelbagai media dan cara untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran

(P&P). P&P disampaikan melalui bermain, aktiviti kumpulan, individu,


main peranan dan sebagainya.
Untuk menarik perhatian murid selain dari bermain, melibatkan
individu-individu tertentu juga penting bagi tujuan menyampaikan
pengajaran. Antaranya, saya dengan kerjasama pengerusi Majlis
Permuafakatan menjemput doktor gigi, peguam, pasukan polis dan
juruterbang mengambil bahagian dalam P&P. Murid begitu seronok
dengan kehadiran mereka. Mereka dapat lebih mengenali dari dekat
peranan, cara berpakaian dan sahsiah seseorang pekerja.

Anda mungkin juga menyukai