Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

AKTIVITI ‘EDU PROGRAMS’ MENARA KUALA LUMPUR


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK TAMAN TASIK, AMPANG
SELANGOR

1.0 PENDAHULUAN

Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Taman Tasik, Ampang telah bercadang untuk
mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar ke Menara KL, Kuala Lumpur. Program ini amat baik
sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-
murid PPKI. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan
pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat negara untuk memasyarakatkan golongan
berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara
langsung kepada murid-murid pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk
berinteraksi sesama rakan sebaya dan keberanian mencuba sesuatu yang baru akan meningkat.

3.0 MATLAMAT
Memberi peluang murid-murid PPKI mengikuti aktiviti pembelajaran di luar kelas dan
berupaya mengembangkan minda melalui aktiviti berbeza.

4.0 OBJEKTIF

1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid


pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti hands on yang bersesuaian.
2. Dapat membuka minda murid-murid pendidikan khas dengan suasana dan pengalaman
yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan situasi
berbeza dari suasana di dalam kelas atau di rumah
4. Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran untuk pendidikan khas.

5.0 PELAKSANAAN
TEMPAT

Menara Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

TARIKH / MASA :

Tarikh ( yang dicadangkan ) : 15 Ogos 2018


Hari : Rabu
Waktu : 7.30 am – 1.30 pm
6.0 KUMPULAN SASARAN

35 orang murid dan 8 orang guru

7.0 JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : En.Mohamad Zulkifli Bin Ahmad Kharman Shah
Pengerusi : Pn.Nik Masniyana Binti Nik Ab.Majid
Setiausaha : Pn.Noor Asikin Binti Aman
Bendahari : Pn.Marina Binti Ishak

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Penasihat : En.Mohamad Zulkifli Bin Ahmad Kharman Shah
Pengerusi : Pn. Nik Masniyana Binti Nik Ab.Majid
Setiausaha : Pn. Noor Asikin Binti Aman
Bendahari : Pn.Marina Binti Ishak
Penyelaras Aktiviti : Pn.Jamilah Binti Kamarudin
Pn Asmidar Binti Mohamad
Pengangkutan : Pn Nur Ruzzana Binti Nordin
Disiplin : Pn Norhidayah Binti Sha’ari
Datin Jamilah Binti Jaafar

9.0 PENGISIAN PROGRAM

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.30 am Bergerak dari SMK Tmn Tasik
8.30 am Tiba di lobi KL Tower
Taklimat dan bergerak ke Pelantar Permandangan
9.30 am Break untuk sarapan
10.00 am Aktiviti ‘Sky Box’
11.00 am Melalui canopy walkway ‘Jelutong Walk’
12.00 am Berehat menikmati aiskrim
12.30 pm Bergerak pulang ke sekolah
1.30 pm Tiba di SMK Tmn Tasik

Lampiran aktiviti program disertakan


10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Bayaran pengangkutan : 35 orang murid x RM14.30 = RM500.00


2. Makanan : Tiada
3. Bayaran pakej Sky Explorer B : 35 orang murid x RM 28 = RM980.00
( Edu-program KL Tower)
JUMLAH BESAR = RM 1480.00

11.0 PUNCA PENDAPATAN


PCG = RM500.00
KUTIPAN MURID = RM980.00
JUMLAH = RM1480.00

12.0 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada murid-murid pendidikan khas SMK Taman Tasik. Melalui program ini juga murid-murid
diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-
rakan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh :

…………………………….
(Pn.Noor Asikin Binti Aman) )
Guru Penyelaras Program

Disemak dan disahkan oleh : Diluluskan oleh :

……………………………. ………………………………………
(Pn Nik Masniyana Binti Nik Ab Majid) (En.Mohamad Zulkifli Bin Ahmad Kharman Shah)
PK Kanan Pend Khas Pengetua

Anda mungkin juga menyukai