Anda di halaman 1dari 2

KELAB BOLASEPAK SMK BUKIT GARAM

W.D.T. 12, 90200, KOTA KINABATANGAN,SABAH


Tel :089- 561909 No. Fax : 089-561386

Rujukan : SMKBG/Kelab Bola Sepak/ 10-1


Tarikh: 11 FEBRUARI 2011

Kepada:

____________________
____________________
____________________

Melalui:

Aniswandy Mohammad,
Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Bukit Garam,
90200, Kinabatangan,
Sabah.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGENDALIKAN PROJEK BOLA


SEPAK LIGA PREMIER SMK BUKIT GARAM 2011 et

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa kelab Bola Sepak SMK Bukit Garam akan mengadakan
Projek Liga Premier SMK Bukit Garam 2011 yang bakal bermula pada 1 Mac 2011 hingga 20
April 2011. Penganjuran aktiviti ini adalah untuk mendukung Dasar 1 Murid, 1 Sukan di daerah
Kinabatangan sekaligus menghasilkan pelajar yang berkualiti dari segi akademik dan ko-
kurikulum.

03. Bagi maklumat pihak tuan, sebanyak 8 pasukan dari kalangan murid sekolah yang
ditubuhkan untuk menyertai projek ini. Setiap pasukan pula deterajui oleh seorang pengurus
pasukan yang bertanggungjawab mengendalikan kelab masing-masing untuk merebut piala
pusingan Liga Premier SMK Bukit Garam. Aktiviti ini akan dijadikan satu tradisi di sekolah
kami untuk dianjurkan lagi pada masa hadapan dan diharapkan penganjuran kali pertama ini
akan menarik lebih minat murid untuk berdaya saing dalam aktiviti ko-kurikulum . Bersama-
sama dengan ini disertakan lampiran maklumat projek sebagai makluman atau layari laman
sesawang www.smkbgfc.wordpress.com untuk maklumat lebih lanjut.
04. Sehubungan dengan itu pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat
menghulurkan bantuan dan sumbangan ikhlas dalam bentuk kewangan / jersi / trofi / bola sepak
bagi menjayakan projek ini. Sumbangan pihak tuan boleh diberikan di pejabat sekolah atau
melalui En. Aniswandy Mohammad (Penolong Kanan Ko-Kurikulum).

Segala kerjasama dan sumbangan pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“1 MURID, 1 SUKAN”

Yang menjalankan tugas:

……………………....
(HARYANTO SALAMAT)
Penyelaras Kelab Bolasepak
SMK Bukit Garam
Kinabatangan.

Anda mungkin juga menyukai