Anda di halaman 1dari 2

W.D.T. 12, 90200, KOTA KINABATANGAN,SABAH Tel :089- 561909 No.

Fax : 089-561386

KELAB BOLASEPAK SMK BUKIT GARAM

Rujukan : SMKBG/Kelab Bola Sepak/ 10-1 Tarikh: 11 FEBRUARI 2011 Kepada: ____________________ ____________________ ____________________ Melalui: Aniswandy Mohammad, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Bukit Garam, 90200, Kinabatangan, Sabah. Tuan, MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGENDALIKAN PROJEK BOLA SEPAK LIGA PREMIER SMK BUKIT GARAM 2011 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 02. Sukacita dimaklumkan bahawa kelab Bola Sepak SMK Bukit Garam akan mengadakan Projek Liga Premier SMK Bukit Garam 2011 yang bakal bermula pada 1 Mac 2011 hingga 20 April 2011. Penganjuran aktiviti ini adalah untuk mendukung Dasar 1 Murid, 1 Sukan di daerah Kinabatangan sekaligus menghasilkan pelajar yang berkualiti dari segi akademik dan kokurikulum. 03. Bagi maklumat pihak tuan, sebanyak 8 pasukan dari kalangan murid sekolah yang ditubuhkan untuk menyertai projek ini. Setiap pasukan pula deterajui oleh seorang pengurus pasukan yang bertanggungjawab mengendalikan kelab masing-masing untuk merebut piala pusingan Liga Premier SMK Bukit Garam. Aktiviti ini akan dijadikan satu tradisi di sekolah kami untuk dianjurkan lagi pada masa hadapan dan diharapkan penganjuran kali pertama ini akan menarik lebih minat murid untuk berdaya saing dalam aktiviti ko-kurikulum . Bersamasama dengan ini disertakan lampiran maklumat projek sebagai makluman atau layari laman sesawang www.smkbgfc.wordpress.com untuk maklumat lebih lanjut.

04. Sehubungan dengan itu pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan bantuan dan sumbangan ikhlas dalam bentuk kewangan / jersi / trofi / bola sepak bagi menjayakan projek ini. Sumbangan pihak tuan boleh diberikan di pejabat sekolah atau melalui En. Aniswandy Mohammad (Penolong Kanan Ko-Kurikulum). Segala kerjasama dan sumbangan pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian. 1 MURID, 1 SUKAN Yang menjalankan tugas: .... (HARYANTO SALAMAT) Penyelaras Kelab Bolasepak SMK Bukit Garam Kinabatangan.

Anda mungkin juga menyukai