Anda di halaman 1dari 1

IN SAFF TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

1120123-W (KPK/LN8448)
Lot 20051 A-5, Jalan Gelam 2,
Kawasan Perindustrian Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu, No Pejabat: 09-6670220
Terengganu Darul Iman Email: insafftravel@gmail.com

PENGUMUMAN PENTING BERKENAAN KENAIKAN HARGA PAKEJ


UMRAH 2023
KEPADA : SEMUA CAWANGAN, WAKIL PEMASARAN DAN JEMAAH IN SAFF TRAVEL &
TOURS SDN BHD
TARIKH : 08 NOVEMBER 2022

Adalah dimaklumkan, harga pakej umrah In Saff Travel & Tours Sdn Bhd terpaksa
dinaikkan dari harga yang ditawarkan sebelum ini, bermula tarikh trip 01 Januari 2023, kepada
jemaah yang sudah berdaftar mahupun jemaah yang ingin berdaftar dengan pakej kami. Pihak
pengurusan ingin memaklumkan kenaikan ini disebabkan oleh beberapa faktor semasa
seperti berikut:

i. Kenaikan harga tiket penerbangan.


ii. Kenaikan harga hotel di Arab Saudi.
iii. Kenaikan yang disebabkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding Riyal
Saudi.

In Saff Travel & Tours Sdn Bhd akan mengumumkan harga pakej yang terbaru dalam
masa terdekat. Segala kesulitan yang berlaku adalah di luar bidang kuasa syarikat. Kami di
pihak In saff Travel & Tours amat mengambil berat dan cuba untuk memberi servis yang
terbaik dalam menyantuni semua jemaah kami. Kesabaran dan sokongan yang diberikan oleh
para jemaah kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

………………..……………………………….
MOHD FAHMI BIN MOHD NAWI
PENGARAH URUSAN
IN SAFF TRAVEL & TOURS SDN BHD

Anda mungkin juga menyukai