Anda di halaman 1dari 2

SETIAUSAHA, KOLEJ KEDIAMAN DATO BENTARA LUAR, IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, 80350, JOHOR BAHRU, JOHOR.

___________________________________________________________________ PENYELIA ASRAMA, IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, 80350, JOHOR BAHRU, JOHOR. 7 OKTOBER 2013

Puan, Permohonan Barangan Penggunaan Bilik Pengering Sebagai Stor Penyimpanan

Dengan segala hormatnya, berhubung perkara di atas dirujuk. 2. Permohanan penggunaan Bilik Pengering ini adalah kerana : 2.1 Ruang di dalam bilik tidak mencukupi untuk menyimpan barang. 2.2 Fail MQA yang banyak untuk disimpan.

3. Oleh yang demikian, kami memerlukan ruang di Bilik Pengering untuk penyimpanan barangan seperti yang telah dinyatakan di atas. Saya sebagai wakil penghuni Kolej Kediaman Dato Bentara Luar amat berharap agar pihak Puan dapat memberikan kebenaran penggunaan bilik pengering tersebut. Hal ini kerana, hari penilaian Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Bilik Asrama sempena Hari Karnival Blok Kediaman sudah semakin hampir iaitu pada 9 Oktober 2013.

4. Saya berharap pihak Puan dapat memberikan maklum balas dengan segera terhadap permohonan kami ini. Kerjasama dari pihak Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...................................................... (SITI NUR AFIQAH BINTI OTHMAN) Setiausaha, Kolej Kediaman Dato Bentara Luar, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor. Sk: Fail Setiausaha Fail Kolej Kediaman Fail Warden

Anda mungkin juga menyukai